Thursday, September 17, 2009

Seri Hari Raya

Dah dekat2 nak raya ni cerita pasal lagu raya la pulak...

Dulu2 zaman aku kecik2 dalam tahun 80 atau 81 ada satu kompilasi lagu2 raya yang orang tua aku beli katrijnya *….Hasil carian aku di internet kalau tak silap kompilasi tersebut bertajuk “Aidilfitri, Bermaaf-maafan” dari gabungan artis2 WEA Malaysia dan Singapura…antara artis yg terlibat adalah Othman Hamzah,Azean Irdawaty,Uji Rashid,Hail Amir,Khaty Ibrahim,Jamal Abdillah,Ahmad Nawab,Sweet Charity dll…

Dalam banyak2 lagu tersebut..ada satu lagu yang benar2 aku suka...apa lagi kalau bukan lagu dari Sweet Charity bertajuk “Seri Hari Raya”…bukan pasal dorang band rock...masa tu aku mana la aku rock pun…bebudak lagi kan...tapi macam yang aku pernah cakap dulu…dari kecik aku lebih cenderung pada lagu2 yang guitar oriented…kena pulak lagu ni guitar work dia memang sedap…power…tu yang buat aku minat tu..

Apatah lagi duduk di JB...pengaruh radio dari Singapura cukup kuat..lagu ni memang antara lagu raya yang cukup popular kat sana selain "Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar” (siap masuk carta lagi) tapi jarang2 main kat radio Malaysia..tu pasal beberapa tahun lalu bila aku cakap aku suka 2 lagu raya ni...member dari negeri selain Johor blur...tak tau...

Rupa2nya ini adalah lagu pertama bertema raya yang dihasilkan dalam irama rock..memang klasik arr…kenapa la band2 rock lain tak nak buat lagu raya..kalau ada yg buat pun lagunya tak rock pun…(contoh Wings Puisi Aidilfitri)….tapi kan…ada lagi satu cerita pasal lagu ni yang beberapa tahun lepas baru aku tau dan buat aku rasa tertipu selama ini…Porty pun pernah tulis pasal ni kat sini

Iyer..rupa2nya lagu ni bukanlah lagu ciptaan Sweet Charity…lagu ciplak rupanya..cover version dari Pat Benatar…lagu bertajuk “I’m Gonna Follow You” dari album Crimes Of Passion terbitan tahun 1980…ceh..bertahun aku tertipu..haha…artis zaman dulu2 ni memang suka betul la cover lagu omputeh…padanlah beberapa tahun yg dulu pernah ternampak lagu ni ditulis penciptanya Copyright Control/S.Milda…dengar rancangan Rock Ria Rock radio Singapura baru tau…memang konpem lagu ciplak..sebijik…tak caya..sila layan youtube dibawah..

Aku memang teringin nak tanya Ramli Sarip pasal ni..tapi dah 2,3 kali terserempak kat Kotaraya…asik la tak teringat…iskh..padanlah tak pernah nampak dorang bawak live lagu ni…hampeh...tak per la..janji lagunya sedap..ciplak pun ciplak la...layan..







*Katrij..atau bahasa omputehnya cartridges..aku rasa bebudak zaman sekarang sure tak pernah tengok punya kan?..dulu tahun2 70an dan awal 80an..sezaman era piring hitam..ada la popular sekejap penggunaan katrij ni sebelum kaset dan cd bermaharajalela...dia pakai tali tape macam kaset tu..tapi dia besar..ada la player dia sendiri..tu jam kereta pun pasang...ala dah tak der simpan la nak tunjuk macamana...korang tanya je la makbapakabangkakak korang yang pernah hidup kat zaman tu...atau baca kat sini je ahh...

Monday, September 14, 2009

Durian Goreng?

Jumaat lepas aku dapat undangan untuk berbuka puasa di Grand Paragon Hotel Johor Bahru..sebuah hotel baru kat JB..tempat baru la kan..memang cantik la..makanannya pun memang mewah...abis refill..abis refill..tak macam sesetengah hotel yg pernah aku pergi..kalau tak berebut beratur panjang jawapnya tak merasa la bila dah abis..tapi yang paling penting makanan kat sini memang sedap.


anak bongsu aku...macam biasa dia yg paling meriah

Menunya standard la buffet ramadhan ni..tradisional melayu + arab sikit..kambing golek pun ada..sate dia pun lembut..sedap...tapi yang paling best pada aku durian gorengnya...memang menjilat jari..iskh nak citer lebih2 tak boleh...puasa..kang terliur pulak...huhu..aku pernah makan durian goreng ni kat sebuah hotel lain..tapi tak boleh celen yang kat sini la..rekomended.


Pada yang tak pernah jumpa...inilah dia durian goreng...buah durian tu dibuang bijinya dan digoreng dengan tepung...stail macam goreng pisang la...ntah tepung apa la dia guna aku pun tak tau..lain kali musim durian korang boleh cuba la..

Berapa ringgit?..ntah aku tak tau...aku makan free..ni la untungnya ada sedara mara kerja kat bidang perhotelan..huhu..

Friday, September 11, 2009

Dream On

Alhamdulilah..anak aku dah selamat menduduki UPSR...dah meng"enjoy"kan diri pun dia..cepat betul masa berlalu..sedar tak sedar anak sulung aku tu dah ada IC dah..masih banyak benda nak buat..masih banyak impian yang masih lum tercapai..umur semakin meningkat..huhuhu..tapi hidup mesti jalan terus...

hmmm...dream on...dream on...

Dah 2,3 hari aku layan lagu cover version ni...kebetulan pukul 5 pagi tadi masa bersahur Sinar FM bukak pulak lagu original version...macam tau2 je kan...sebelum layan lagu raya...jom layan lagu ni...bukan ori version dari Aerosmith..tapi versi cover..versi Aerosmith pun best cuma aku suka guitar work Malmsteen dan vocal power Ronnie James Dio dari versi cover ni..



Taken from Not the Same Old Song and Dance (1999)
Artist: Ronnie James Dio, Yngwie Malmsteen, Stu Hamm, Gregg Bissonette & Paul Taylor



Every time I look in the mirror
All these lines on my face getting clearer
The past is gone
It goes by, like dusk to dawn
Isn't that the way
Everybody's got their dues in life to pay

Yeah, I know nobody knows
where it comes and where it goes
I know it's everybody's sin
You got to lose to know how to win

Half my life
is in books' written pages
Lived and learned from fools and
from sages
You know it's true
All the things come back to you

Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter, sing for the tears
Sing with me, if it's just for today
Maybe tomorrow, the good lord will take you away

Yeah, sing with me, sing for the year
sing for the laughter, sing for the tear
sing with me, if it's just for today
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away

Dream On Dream On Dream On
Dream until your dreams come true
Dream On Dream On Dream On
Dream until your dream comes through
Dream On Dream On Dream On
Dream On Dream On
Dream On Dream On

Sing with me, sing for the year
sing for the laughter, sing for the tear
sing with me, if it's just for today
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away
Sing with me, sing for the year
sing for the laughter, sing for the tear
Sing with me, if it's just for today
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away......

Tuesday, September 8, 2009

Dup Dap Dup Dap



Hari ini 8hb September, adalah hari pertama anak sulung aku menduduki peperiksaan UPSR...anak yang ambik exam..bapak yang gabra semacam...dup dap..dup dap..

Adoi...agaknya beginlah perasaan orang tua aku dulu setiap kali anaknya ini menduduki peperiksaan...padanlah asik bertanya ajer..sedangkan anaknya ni selamba derk ajer rimas nak menjawap...ampunkan anak mu ini wahai abah dan emak...sekarang baru paham...

Good luck kepada anak aku, Norma Umairah dan semua anak2 yang menduduki UPSR tahun ini..semoga mendapat keputusan yang cemerlang...Amin.


*(err..bab ucapan anak2 bukan adik2 tu..terasa tua la pulak aku..huhu)

nasi tambah..thanks bro Zaid (vocalist Belantara) kerana sudi singgah..Respek!

Saturday, September 5, 2009

Diana Danielle?

Semenjak dua menjak ni macam malas sikit nak update blog..time nak mengarang time tu la mata mengantuk..padahal berderet2 cd tunggu turn nak rebiu..sorry la pada sapa2 yang ada rekues tu..pelan2 ahh..

apa2 pun aku nak ucap terimakasih kepada Bro Shuk (bassist Belantara)kerana sudi jengok dan komen blog aku yang ntahapahapa ni kan..Rock On bro..harap2 impian boxset Belantara tu akan kesampaian..salut!

Ok..nasi tambahnya...siang tadi aku ke Plaza Angsana, JB untuk shopping baju raya anak2..masa tengah cari kasut anak2 kat kedai BATA..ternampak pulak ada awek cun sibuk bergambo kat kedai tu..pelik..tak pernah dibuat orang bergambo dalam kedai kasut..tapi..aku rasa awek tu macam familiar arr muka dia..macam pernah tengok...last2 baru aku perasan ada poster kat kedai tu..laa..artis rupanya...seisi berjumpa peminat..padanlah asik sibuk bergambo...disebabkan orang masih tak ramai..akhirnya ini yang terjadi..


iyer..awek tu adalah Diana Danielle...err..sebenonya anak2 aku tu agak blur bila ibunya suh bergambo...dorang tak kenal pun Diana ni...hehehe...maklum la rumah aku agak jarang tengok drama melayu..serius!..

pssst..sebenonya yang terlebih kenal adalah bapaknya..tapi disebabkan maknya dah menjeling..tak jadi la bapaknya yang nak bergambo...huhuhu..

Thursday, September 3, 2009

Reckless

Bulan puasa ni review album yang tak berapa nak ganas pulak arr..kali ni album yang pernah menduduki carta No 1 di Us Billboard yang diterbitkan pada tahun 1984 iaitu Reckless dari Bryan Adams.



Sebelum tahun 1984..aku dah pun kenal Bryan Adams..melalui radio bahasa inggeris singapore (Radio One kot…lupa dah) yang selalu bukak lagu “Cuts Like A Knife” dan “Straight From The Heart” (dari album sebelum Reckless) dan jugak dari magazine Weekend..Tahun2 dari 82 hingga 85 adalah tahun2 dimana aku belum betul2 jadi mat rock…masih kanak2 ribena la kan…zaman tu aku masih banyak dengar lagu2 pop dan new wave macam Duran Duran tu semua..Tapi pada ketika itu aku amat cenderung dan suka dengar lagu2 yang guitar-oriented…dan Bryan Adam adalah salah satu daripadanya..

Lagu pertama yang aku dengar dari album ini adalah Run To You…dengar kat radio…kemudiannya “Somebody”..pastu “Heaven”..pastu..”Summer of 69”..pastu “One Night Love Affair” dan last sekali “It’s only Love”…iyer..memang betul sepanjang penghujung 84 hingga ke 85…ada 6 hits dari album ni memasuki carta Top 15 di US Billboard Hot 100…dasat kan…pencapaian yang hanya Michael Jackson dapat tandingi dengan album Thriller..sekarang mana nak jumpa satu album boleh hasilkan sampai 6 lagu hits kan…hebat!



Track List
1-One Night Love Affair
2-She’s Only Happy When She’s Dancin’
3-Run To You
4-Heaven
5-Somebody
6-Summer Of 69
7-Kids Wanna Rock
8-It’s Only Love (with Tina Turner)
9-Long Gone
10-Ain’t Gonna Cry


Kalau korang sebelum ini mengangap Bryan Adams hanyalah dengan lagu2 leleh seperti lagu “(Everything I do) I Do It For You” atau “Please Forgive Me”..korang tersilap..Bryan Adams di zaman 80an terutamanya album ni memang rock…9 daripada 10 lagu dari album ni berentak rancak dan melodic hard rock..ini adalah album terbaik Bryan Adams …Walaupun “Waking Up The Neighbours” pun best…tapi ini adalah album yang paling aku suka..kalau tak…takkan la 7 juta unit terjual di seluruh dunia…terbaek!…

Boleh dikatakan semua lagu aku suka…mungkin kecuali lagu It’s Only Love..duet ngan Tina Turner tu…semata2 pasal aku tak minat Tina Turner…hehe..paling favourite dah tentu2 la "Summer Of 69"…memang best lagu ni…Cuma baru2 ni baru aku tau…Summer 69 tu bukan citer pasal thn 69 pun…BA pun thn 69 masih kanak2 lagi…rupanya pasal ni –

"'Summer of '69' - i think it's timeless because it's about making love in the summertime. There is a slight misconception it's about a year, but it's not. '69' has nothing to do about a year, it has to do with a sexual position”

huhuhu..


aku masih simpan versi kaset..tak ingat tahun bila beli..tapi cd tu baru 4,5 bulan yang lepas aku beli kat lelong.com.my

Selain tu…satu2nya lagu slow dari album ni iaitu “Heaven” memang layan abis…ni antara lagu slow rock yang jadi all time favourite aku…melodinya..bunyi pianonya…solo gitarnya…memang perfect dengan suara Bryan Adams..sampai sekarang pun aku tak jemu2 dengar…(err…lagu ni ntah dah berapa kali buat tuju kat awek masa zaman muda2 remaja dulu…taktik yang berjaya…dengar tu pada sesapa yang belum kawin…huhuhu…) kalau korang nak layan lagu ni..sila jengah blog sirajanaga

Selain lagu2 seperti Run To You dan Somebody dll yg jadi hits tu…satu lagi lagu yang aku suka adalah "Kid Wanna Rock"…mengikut ceritanya..Bryan Adam dan Jim Vallance (penulis bersama lagu ni) mendapat idea menulis lagu ni selepas mereka menyaksikan konsert Thomas Dolby (artis new wave) yang dipenuhi dgn muzik electronic dan gaya robot…mereka merasa bosan dan meninggalkan konsert tersebut separuh jalan dan merasakan lagu2 begitu kurang emosi dan tak der jiwa…mereka mahukan muzik yang sebenar..dan dari situ la timbulnya ayat kid just wanna rock…and the rest is history…ni kira lagu anti new wave la..jangan tak tau..Sodom pun ada cover lagu ni apa..

Kesimpulannya aku bagi 10/10 untuk album ni…pada sesapa yg nak hard rock 80an...ini memang REKOMENDED!

ok..layan lagu ni..Summer Of 69..aku try cari versi video clip tapi kesemuanya "Embedding disabled by request"...so tak dapat nak letak sini..kalau nak tengok jugak..klik sini kalau nak lagunya sahaja...layan yg di bawah ni..



"Around the world or around the block, everywhere I go the kids wanna rock"