Dari idea Zan tempohari...aku ingat nak review satu filem muzikal yang aku suka...tapi disebabkan pengaruh cerita romantik komedi dari blog Portdy tempohari kuat berbeno...akhirnya aku pun ter"seluar koyak main cinta..." la pulak...hahaha..
Ingat nak buat The Spinal Tap...kembur2 dvd lama terjumpa dvd ni pulak...akhirnya terlayan cerita tahun 2005 ni...Elizabethtown
Awalnya dulu tengok cerita ni pasal 2 sebab...pertama pasal ni filem Cameron Crowe beb...semenjak Singles aku memang ketagih citer2 dia...Keduanya dah tentu2 pasal kirsten Dunst...nak kata cantik sangat minah ni tak jugak...tapi tak tau la...muka dia macam ada something la..macam misteri skit..tu yang aku jatuh cinta tu...hahaha...tapi kalau untuk orang pompuan...macam Portdy punya Meg Ryan...tarikan utamanya dah tentu2 la Orlando Bloom kan....
Tapi bila dah tengok abis cerita ni...tak tau la...ada macam satu perasaan feel good pulak...aku kalau tengok movie takder perasan boring..nak forward...tertido..tu kira movie tu best la pada aku...tu yang jadi aku minat cerita ni...nak kata romantik komedi 100% pun tak jugak...ada jugak ciri2 road movie skit...ada rock sikit...biasala Cameron Crowe kan..
adegan bergayut talipon sampai ke bilik tido ni buat aku terkenang2 zaman memuda pulak :P
Lakonan Kirsten Dunst macam biasa...memang menyakinkan...cuma aku kurang minat Orlando Bloom ni..tapi dalam cerita ni agak menjadi jugak la "kimia" antara mereka berdua..Tepat jugak pilihan Cameron Crowe walaupun watak asal tu sebenonya diberi kepada Ashton Kutcher...malas pulak aku nak cerita pasal sipnosis dia...aku cut n paste je la...
Drew Baylor (Orlando Bloom), once a rising star at a leading athletic shoe company, has just fired due to the overwhelming failure of his design for a sneaker and the $972 million loss his cimpany suffered because of the fiasco. As if that wasn't bad enough, things get even worse. Drew receives a phone call informing him that his father has passed away-and now, he must get on a plane for Elizabethtown,Kentucky to retrive his father's remains.
On the plane ride, Drew meets Claire (Kirsten Dunst), a flight attendant and unstoppably positive woman who changes the course of his life. It is in Kentucky that Drew comes to learn the breadth of his father's life and his own family roots. Drew, with the help of Claire, submits to discovering the possibilities for his own destiny. A love letter to the resilience of the life force. "Elizabethtown" is a charming,music-filles journey that proves amazing things can happen when you least expect them.
Ini antara scene yang paling aku suka dalam movie ni....sepupu Drew dengan tribute bandnya perform lagu Free Bird dari Lynyrd Skynyrd...tak kira apa berlaku pun...the show must go on...so rock n roll beb!..best...
(untuk Ijau...Explorer tu beb!)
So sesapa yang bosan nak layan cerita tembak menembak stereotypes...kesan CGI melampau...hantu yang tak seram...cerita2 yang tak masuk akal...lawak ketuk kepala ala2 Prof Iron Maiden...jom layan cerita feel good macamgini...rekomended!
Friday, February 26, 2010
Wednesday, February 24, 2010
A Live
Ini adalah salah satu kaset yang aku hampir2 lupa aku ada...terimakasih En Ijau...kerana ko suruh aku cari cdnya...baru teringat pasal album ni...Ramli Sarip A live...
Album yang diterbitkan pada tahun 1999 ni dikatakan dirakamkan secara live di Synchrosound Studio...tak sure pulak aku rakaman ni ala2 mini konsert ker apa...tak der info pulak kat kaset ni..tapi pemuzik2 pengiringnya memang antara yang terhebat kat Malaysia/Singapura..
Arwah Samad (lefthanded) - Guitar
Wan Ahmad (Sweet Charity) - Guitar
Hamid (Black Dog Bone) - Bass
Tom (Revolver),Yazit (Search) - Drums
Oleh kerana aku bukanlah follower tegar Ramli Sarip pada zaman solonya (aku cuma ada kaset Perjalanan Hidup...tu pun ntah dah hilang kemana kasetnya)..aku tak sure track list album ni di ambil dari album2 mana (mungkin En Portdy boleh tolong buat penjelasan)...atau mungkin jugak ada lagu baru...kalau lagu2 Sweet Charity tu aku tau la..
Side A
Tahun 2000
Jejak Ke Syurga
Munafik
Blues Felda Blues
Perjalanan
Side B
Irama Kasih
Akal Vs Jiwa
Blues Bee
Hujan
Tuhan Yang Tahu
Untuk entry ni aku telah cuba untuk mendengar semula lagu2 dari kaset ni...maklum la dah lama...dah tak ingat dah...sayangnya kondisi kaset ni dah tak berapa elok..dah la bunyi tenggelam..bunyi kriak kriok pulak...setelah 2,3 kali usaha aku mencuci head radio kaset aku tak berjaya...aku give up la..ni la masalah kaset kalau tersimpan lama...tu yg kalau ada mana2 kaset yg aku suka aku cuba upgradekan ke cd..
kalau ikut kata kat inlay kaset ni yang ditulis oleh Bob Lokman...album ni diterbitksn selepas Ramli Sarip menjadi tak rock dengan album Syair Timur...dah berkonsep nusantara..so album ni dibuat khas untuk membuktikan yang Ramli Sarip masih berjiwa rock n roll...kira rock sampai tua la tu...hehe
sayangnya...aku dah tak berapa ingat lagu2nya...tapi lagu yang paling lekat kat kepala aku dah tentu2 lagu "Blues Felda Blues"...maklum aku anak felda la kan...tambah2 pulak lagu ni dulu2 DJ Isma Halil Hamzah selalu bukak kat rancangan radio tengahmalam dia tu..radio THR eh?..lupa ahh...lirik dia tu kena betul kat anak2 felda macam aku...tapi lagu ni asalnya dari album mana ahh?..
Lain2 tu aku tak ingat la..so susah aku nak komen...kalau tak silap aku kalau nak dengar solo2 dasat Arwah Samad...boleh try dengar album ni..antara penyebab aku suka kaset ni dulu pasal arwah Samad la..
Untuk En. Ijau...bulan december lepas ada orang jual cd ni kat mudah.com...bulan lepas aku tanya dah sold out dah katanya...tak der rezeki ko la gamaknya..kedai cd sekitar jb memang tak jumpanya..
Last...kalau tak silap dulu Ramli Sarip ada pernah keluar boxset dalam dia ada 4 kaset kan...aku ada beli 2 daripada 4 tu...tajuknya Litar Api Rock dan Muzik Jalan Terus kot...yang lagi 2 tu lagu2 slow dan irama Malaysia aku tak minat...sayangnya tak jumpa pulak aku cari kasetnya..dah hilang kot.

Monday, February 22, 2010
Keindahan Pantai
Ini lah hasilnya berjalan-jalan 2 hari satu malam ke Kuantan raya cina tu hari...sayangnya aku tak mampu nak beli SLR...layan je la kamera murahan 4 megapixel cybershot aku
Pantai 1 - Teluk Chempedak
Mungkin disebabkan pantai ni terletak dekat dengan Kuantan...hari2 cuti macamgini memang sesak la...jalan nak masuk pun jem giler...nak cari parking pun susah..nasib parkingnya cuma RM1 jer...orang ramai...memang tak selesa la...pantainya pun banyak batu dan tak bersih...takat nak lepak2 cuci mata...ok la...
Pantai 2 - Cherating
Dalam 3 pantai yang aku pergi...Cherating lah yang paling best...pasir dia pun lembut ajer...pantai awamnya pun tak la sesak sangat walaupun hari cuti...parking pun free...mungkin kerana pantainya yang luas...kebanyakannya yg bermalam tinggal di resort2 yg bersepah sepanjang pantai...so tak ganggu kat pantai awam...pantai dia pun cantik la..
Pantai 3 - Mersing
Ini adalah kawasan persisiran pantai..bukan Air Papan...Air Papan confirm sesak time cuti2 camgini...malas nak pergi..Ini adalah kawasan kampung apa ek...lupa pulak aku nama dia...Kg Seri Lalang kot...dulu mak sedara aku duk area ni...(kalau dari JB...lepas jambatan belok kanan)...dulu kawasan ni kawasan kampung jer...lepas 3,4 tahun tak pergi jauh berubah dah...dah membangun dah...dah ada macam2 dah...konon pergi sini nak beli keropok lekor...tp punya la ramai orang...siap kena ambik nombor nak beli...kansel ahh...jalan situ pun jem giler...kesian orang kampung situ ek...bila dibangunkan kawasan ni...hilang dah privasi dorang...
Kalau korang perhatikan gambo tu...memang tak sesuai nak mandi manda...air surut sampai ke tengah...kalau ikut cerita bapak sedara aku dulu2...boleh jalan kaki sampai ke pulau berdekatan...tapi awas...kalau nasib tak baik...air pasang...naya terperangkap kat pulau...untung kalau dah sampai pulau...kalau kat tengah2...tak ker naya...air pasang laju oo...
Ok..tu ajer...terimakasih.
Thursday, February 18, 2010
Inside The Electric Circus
Atas permintaan En Jairo…(tak cukup Mat Rock la kalau gua takder cd ni…<---- sila baca dgn nada riak cdwi …huhu…) aku persembahkan WASP Inside The Electric Circus
Dulu2..masa zaman2 awal 80an..pada aku…2 band ni iaitu Twisted Sister dan WASP adalah band yang paling ganas dari segi imej dan dressing dorang…dengan chain saw semua...ganas sungguh...Motley Crue pun ada skit2 ganas2..tapi muka dorang jambu2 la...tak macam WASP dan Twisted Sister...muka pun ganas...ni sebelum zaman2 band rock terpengaruh imej glam dengan lipstick macam Poison…sekali tengok memang menakutkan…kalau mak bapak aku terjumpa la kaset ada gambo dorang ni dulu…harus kena bakar semuanya…tapi tu la…bila 1st time dengar lagu2 dorang ni…laaaaa…gitu ajer ker…tak ganas pun…jangan menghakimi buku kerana kulit luarnya…hihi
WASP…ntah apa la maknanya…dedulu budak sekolah aku cakap We Are Satan’s People..tapi terbaca Blackie Lawless cakap dalam satu interview dia kata We Are Sexual Perverts…yang ke 2 tu betul kot…kalau berdasarkan lirik2 dorang ni…agaknya la
1st time dengar adalah lagu L.O.V.E Machine (aku selalu terpikir lagu C.I.N.T.A – Xpdc tu cidok idea dari lagu ni..betul tak?..)..tapi 1st album yang aku ada adalah Into The Electric Circus ni...dan standardnya di zaman tu dah tentu2 lah versi kaset Apache...
Bagi peminat2 tegar WASP...album no 3 ni bukan lah album terbaik WASP...ramai yang cakap 2 album awal dorang lagi best...betul..aku tak nafikan...tapi album ni lebih peribadi...lebih dekat dan lebih familiar dengan aku...sebabnya ia adalah antara album2 yg sering berputar kat radio kaset aku zaman2 aku sekolah dulu...
Album ini jugak merupakan penampilan pertama Blackie Lawless bertukar posisi dari bass ke gitar...setelah gitaris asal dan antara pengasas WASP En Randy Piper meninggalkan mereka...Komen Blackie pasal ni yang boleh dibaca kat inlay cd remastered aku ni adalah..."eleh..2 album pertama tu pun kebanyakan track gitar memang gua dan Chris Holmes yang main"...gitu la lebih kurang dia cakap...hehe..
Satu yang menarik WASP ni dah tentu2lah suara vocalistnya Blackie Lawless...unik arr suara dia...kasar...memberi kelainan daripada berlambak2 band rock zaman tu yang kebanyakan vocalistnya suara halus dan mengada2 (meminjam kata2 En Bentara Kremaut)...kalau korang dengar betul2 lagu2 WASP ni...tentu korang tau daripada mana SYJ/Sofea dapat pengaruh...
Banyak lagu best dalam cd ni...antaranya yang paling popular adalah I Dont Need No Doctor..aku dulu tak tau pun lagu ni lagu cover...banyak info cakap cover dari Humble Pie pasal dorang yg popularkan kagu ni tahun 70an dulu...tapi sebenonya lagu ni lagu Ray Charles dari tahun 60an...tak pernah pulak aku dengar versi asal ni..tapi mula2 dulu aku ingat ni lagu ori WASP...pasal melodinya macam sama jer ngan lagu2 lain ciptaan Lawles/Holmes...
tapi lagu yang paling aku suka adalah Sweet Cheetah...layan ar lagu ni...selain tu lagu2 seperti Restless Gypsy, Mantronic, 9.5 - N.A.S.T.Y, I'm Alive dan Inside The Electric Circus pun best jugak..
Aku rasa sapa2 yang minat Motley Crue (era sehingga Theater Of Pains) atau Twisted Sister atau mungkin jugak SYJ atau peminat rock kapak umumnya...pasti senang nak hadam lagu2 WASP ni...cuma aku rasa WASP ni mungkin lebih heavy dari band2 glam yang lain..tapi tak cukup heavy nak duk dalam kem band2 macam Metallica dll...kira dorang tengah2 kot..
Oh yer...ruangan gossip skit...jangan tak tau...gitaris Chris Holmes tu dulu suami kepada Lita Ford...nyum..nyum...nyum..muka pecah pintu camgini pun dapat Lita Ford?..ceh!!!..apa?...tak kenal Lita Ford?..adeiii...google sendiri ahh..

Tuesday, February 16, 2010
Sudah Sampai Sini
Wednesday, February 10, 2010
Festival Layang Layang Antarabangsa 2010
Pada 05 hingga 07hb Februari lalu berlangsungnya acara Festival Layang2 Antarabangsa...tidak seperti tahun2 sebelumnya macam entry aku setahun yang lalu...Festival kali ini tidak lagi di adakan di Pasir Gudang...sebaliknya diadakan di Taman Dato Onn,Johor Bahru...satu lokasi yang tak sampai 5 minit pun berkereta dari rumah aku...ini sudah bagus...berbekalkan kamera murahan (tak mampu nak beli DSLR da.. :P )aku dan keluarga berpoya2 di sana pada petang sabtu, 6hb lepas...
Oleh kerana dekat dengan rumah...aku tunggu sampai lepas Asar...cuaca redup dalam pukul 5.00pm baru bergerak ke lokasi...waktu tengahari tak boleh tahan la...panas terik giler...baik lepak2 depan tv layan Awan Dania 2 lagi best..hahahaha..
Kali ni punya festival kurang meriah la...dibuat dalam suasana Kerabat Diraja Johor masih berkabung...so takder perasmian oleh Sultan Johor seperti selalunya..dan dibuat untuk tempoh 3 hari sahaja bukan seminggu seperti tahun2 sebelumnya...tiada muzik berdentum...tiada live artis...tiada promosi besar2an...crowd pun tak berapa ramai...tiada pertandingan diadakan...hanya lah persembahan dari pelayang2 jemputan sahaja...
tapi ok jugak la lokasi baru ni...angin kuat giler...memang sesuai la untuk main layang2...dapat jugak la tengok bermacam2 jenis layang2 dari yang kecik sampai yang beso...walaupun time aku sampai tu banyak jugak layang2 beso yang dah turun..
keesokannya ahad, 7hb...sekali turun...kali ni lebih awal...konon2nya nak kosentret tangkap lebih banyak gambo...sekali lupa charge bateri kamera da...hampeh!...tak sampai 15 minit...panas terik...balik rumah layan Melodi jer ahhh...hahaha...
kelihatan si ibu dan anak2nya sedang cuba berusaha menaikkan layang2...si bapa rilek one corner sua...pekena milo kotak...alaa..si bapa kecik2 dulu pakar per buat layang2 guna kertas suratkabo,lidi penyapu dan cilok benang jahit maknya...time2 camgini skil kasi simpan la...heheh...
"susah sangat nak naik lelayang ni...makan kang arrr"
ni layang2 untuk Mat Rock dan Metal kot..huhu...nasib tak de layang2 cap Iron Maiden ker...Metallica ker...kalau ada..konpem beli...
Harap2 tahun depan festival ni lebih meriah la...baru boleh aku tunjuk skill...hehe
Sunday, February 7, 2010
Anak Liar
Nak sambung Wings lagi???...haha..cukup la dulu..tapi pasti akan ada sambungannya nanti...tungguuuu...tapi kali ni nak citer pasal lain...nak tolong meleraikan kemusykilan En Musspeedrider kita...
kaset Sofea Anak Liar kepunyaan En Speedrider
Oleh itu dengan bantuan anak bongsu aku...kami menyiasat di gerobok kaset...aku menyelongkar...anak aku mengembur...dia ingat mainan agaknya kaset2 tu...abis dikitainya isi perut kaset tu...jenuh aku nak menyusun semula...tapi berbaloi...akhirnya misi berjaya...tak sangka masih ada lagi rupanya...inilah yang aku maksudkan...kaset SOFEA ANAK LIAR
iyer...beginilah bentuk rupanya kaset 1st pressing Anak Liar yang diterbitkan pada tahun 1988...mengikut catatan aku kat inlay kaset tu...dibeli pada 28 Dec 1988 bersamaan 19 Jamadil Awal 1409...tarikh bln Islam pun ada ooo...hehe
Bermakna kaset dari Bintulu En Musspeddrider tu sememangnya pressing yang ntah ke berapa ntah...banyak yang telah di modified..gambo cover naik motor ala2 Motley Crue Girls Girls Girls (ciplak atau sekadar mengambil idea...hehe..)dah tak der...(btw..motor Kawasaki tu...bukan Suzuki ahh En Musspeedrider :P)...diganti dengan gambo dari inlay...gambo inlay pulak sebenonya bukan dari Anak Liar...tu dari album Boneka Pentas (Motley Crue Theater of Pain????...lagi sekali???...kebetulan kot...heheh..) sayangnya kaset Boneka Pentas ni gagal aku temui...hilang dah...
So..harap2 En Musspeddrider berpuashati yer...disini jugak aku tampalkan gambo2 dari kaset tersebut khas untuk sapa2 yang tak merasa hidup di zaman tersebut...kalau rajin mungkin aku akan tampal jugak gambo2 dari kaset2 lain dari zaman tersebut yang masih aku simpan...khas untuk tatapan generasi hari ni...tapi sayangnya majoriti darinya dah hilang...
Alang2 dah tercerita pasal album ni...aku nak sentuh sikit isu ciplak lagu Anak Liar tu...kalau band2 lain contohnya Search (Nombor, Sirih Dan Gambir)..terang2 kat inlay dorang tulis lagu Copyright Controlled...maknanya kita tau lagu tu lagu saduran...tapi bab Sofea ni lain...tak caya check gambo bawah ni...
kalau takat ciplak intro, chorus atau solo tu kira boleh maaf la kot...ni kalau satu lagu ciplak...siap dgn lirik2 sekali...pastu tak bagi credit pun kat pencipta/penyanyi asal...tak tau la aku nak cakap...mungkin zaman tu dorang rasa tak banyak yang tau rock omputeh kot...
Ok cukup isu Anak Liar dgn Wild Child WASP ni...so macammana pendapat perbadi aku pasal album ni...Terus terang ini adalah permulaan aku mula tak suka Sofea...pertamanya ketiadaan gitaris asal dorang Zam...sayang sungguh..aku suka sangat brader ni...dan aku tak minat dengan pengantinya Fancy...Tiada rif2 berat dalam album ni...majoritinya bunyi gitar adalah tenggelam dan kebelakang kecuali part solo...jadilah lagu2 dorang yang heavy yang takder sound heavy...kalau korang paham la maksud aku...
Apa2 pun aku suka permainan dan sound bass Man Rani dalam album ni...terutama lagu Sisa Sisa Hidup ...lemak berkrim wooo...(En Ijau...pls take note...mungkin anda hendak mencuba lagu ni mengunakan Black Ice anda...heheh)
Bagi aku album ni bermulalah era Sofea berlembut...mungkin imej ganas tak boleh kemana dalam industri muzik Malaysia zaman tu...nak cari makan beb...bermula la era2 lagu cintan meleweh dorang...kebetulan lagu "cari makan" Bunga Padang Pasir nyanyian Man Rani tu meletup...tapi aku tak suka ahh lagu ni...meleweh sangat...
Kesimpulannya...bukanlah tak best album ni...cuma tak kena dengan selera aku...mungkin aku terlalu mengharapkan SYJ bukan Sofea...atau setidak2nya lagu2 macam album pertama dorang Kembali...tapi lagu Godaan Syaitan tu boleh tahan la...ada bunyi2 SYJ lama..lagu2 lain tu kira so so ajer la..

Wednesday, February 3, 2010
Best Of Wings
Baca citer ijau dengan Speedrider pasal Wings…buat aku teringat nak check balik koleksi cd Wings aku..maklum lah kalau cd omputeh memang aku susun cantik2 ikut abjad tapi cd melayu ni bersepah skit…tak der tempat nak letak..nak kena beli rak cd baru nampaknya…
Selama ni aku yakin aku ada complete cd Wings ni kecuali 2 cd Opera Dalam Kenangan yang puas cari nak beli tapi tak jumpa dan Naga Keramat…tapi lepas mengembur sana sini baru aku perasan cd Biru Mata Hitamku dah takder…seingat aku la…aku ada cd ni…tapi ntah mana hilangnya ntah..sapa la yang pinjam tak pulang…adoi…
koleksi cd Wings aku...satu tertinggal masa tangkap gambo..Puisi Aidifitri
Dengar citernya memang susah dah nak jumpa cd tu…nampaknya tak complete jugak la harta karun aku ni…tapi aku ada satu cd yang mengikut kata En Speedrider agak rare jugak kalau nak cari sekarang iaitu cd Best Of Wings..
Apa yang menariknya cd ni?…kan kompilasi lagu2 popular Wings ajer…dah biasa kan…..salah!!!…yang menariknya ada 2 perkara…
satu pasal ada satu lagu baru yang aku rasa tak jumpa kat mana2 album lain iaitu Hutan Simpan…aku suka lagu ni...ala2 lagu2 heavy rock n roll zaman Jerangkung Dalam Almari..
keduanya…semua 3 lagu dari album Belenggu Irama iaitu Inspirasi Taming Sari, Belenggu Irama, Intan Ku Kesepian dan 3 lagu dari album Hukum Karma iaitu Misteri Mimpi Syakila, Hikayat Penuh Ranjau, Taman Rashidah Utama adalah rakaman semula…bermakna lagu tersebut dimainkan semula oleh Joe dan Jojet kerana rakaman asal dimainkan oleh Sham - gitar (Belenggu Irama) dan Black – drums (Belunggu Irama, Hukum Karma)..
So macamana dengan rakaman terbaru tu…ntah la…walaupun aku minat sesangat dengan Joe…tapi disebabkan telinga aku ni dah sebati dengan versi asal dari Belenggu Irama…maka aku lebih suka versi asal…mungkin orang lain…lain pendapatnya kot..
kalau korang baca kat inlay ni...kat belah atas tu cakap lagu Hutan Simpan dorang cipta sendiri...tapi kat lirik bawah tu tulis M Nasir/Nasir Jani...ntah mana yang betul ntah..
Ok la…kalau sesapa ada terjumpa atau nak jual Opera Dalam Kenangan dan Biru Mata Hitamku (cd sahaja) silalah hubungi aku…teringin jugak nak kasi lengkap harta karun aku ni

Monday, February 1, 2010
Anak Rusa Nani
ARSENAL 1
Vermaelen(79)
MANCHESTER UNITED 3
Alminia(OG 32),Rooney(36),Park(51)
31 Januari 2010
Emirates Stadium
Tak sia2 aku berjaga sampai pukul 2 pagi...walaupun suspen jugak bila Sir Alex sekali lagi guna Rooney sebagai lone striker...tapi kehebatan pemain yang hampir2 sudah dilupakan...Nani dengan world class skillnya (Ronaldo who?)dan 2 gol dari counter attack yang penuh bergaya membuktikan Arsenal bukan la tandingan...riak sungguh gua...hahaha...tapi itulah kenyataanya...kena double arsenal musim ni ek.. :P
walaupun sms dari peminat Arsenal terus senyap bila Rooney score gol ke 2 (dorang masuk tido awal agaknya :P)..aku tetap mengucapkan selamat maju jaya kepada Arsenal untuk perlawanan minggu depan...ini game aku sokong korang la...Chelsea jaga2 tu...angin kuat kat atas...haha..
mengantuk ni...nasib hari ni company aku cuti...boleh aku sambung tido...SELAMAT HARI WILAYAH!