Ni bukan entri pasal siapa true siapa poser. Tapi memang ada kena mengena dengan aku yang poser. Kembali ke 30 tahun yang lalu.
Spandau Ballet - True (1983)
1983 aku darjah 6. Tahun nak akil baligh. Tahun yang aku mula serius dengar muzik bukannya berkubang mandi paya. Tahun yang mula tau apa itu lagu pop. Apa itu Billboard Top 100 dan apa itu UK Pop Chart. Sudah semestinya apa yang dsogokkan di radio itulah yang aku minat.
Ketika itu demam New Wave sedang melanda. Mungkin sama kuat macam demam K-Pop yang melanda sekarang. Apa sahaja band-band dan penyanyi New Wave dari UK pasti aku minat. Spandau Ballet salah satu darinya. Jujurnya aku pernah tampal poster mereka di dalam bilik (sad but true...heheh..). Semua tu berubah bila pertama kali aku dengar lagu "2 Minutes to Midnight" masa tahun 1985. Ok...bab tu cerita lain.
Spandau Ballet adalah saingan utama Duran Duran. Lagu-lagu mereka dari album ini seperti "Communication", "Gold" dan "True" berjaya mengenalkan mereka kepada dunia. Memang sedap lagu-lagunya. Tetapi aku lebih suka Duran Duran. Spandau Ballet lagu-lagunya jenis balada dengan pengaruh jazz dan R&B dengan solo saxaphone semua. Manakala Duran Duran lagu-lagunya lebih rancak. Synthpop dengan pengaruh punk. Walaupun masa tu aku belum rock, mungkin tanpa disedari, memang jiwa rock dah ada dalam hati. Pasal itu aku lebih sukakan lagu yang rancak, yang guitar oriented.
Dulu-dulu ada kaset. Tapi abang punya. Membeli cd ni demi kenangan zaman tersebut. Walaupun cd jenis kaver kotak kadboard. Takder Inlay pun. Kat UK beli suratkhabar Daily Mail dapat free jer pun cd ni. Tapi dengan harga RM10 kira tutup sebelah mata sudah lah. Sesekali layan memori kanak-kanak di zaman 80an pun syiok jugak.
**masa tu terikut-ikut jugak nak berambut ala-ala Martin Kemp...hehehe..
Friday, August 30, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Tuesday, August 27, 2013
Piala Malaysia, Barclays Premier League dan Metalingkup
Mungkin ada kata aku poser...lalang...Dah la Metallica pun tak pergi. Nampaknya rekod aku pergi ke Larkin setiap game sepanjang musim ni berakhir pada last game liga hari tu. Tapi ada beberapa sebab buat aku macam takder mood nak pergi.
1-TMJ sendiri cakap musim ni dah berakhir dengan berakhirnya liga tempohari. Dia pun tak letak harapan untuk Piala Malaysia. Dia target musim depan. Sebab tu dah sibuk beli player untuk musim depan. Rasanya mana-mana player yang dah tau musim depan nak kena gugur mesti dah tak sedap hati dah. Tu pasal 1st game Piala Malaysia hari tu main hancus. Takder semangat langsung. Nengok pun buat sakit hati.
2- Tiket dah naik harga. Terbuka RM15 dan berbumbung dah jadi RM30. FAM nak untung lebih. Padahal kat Pasir Gudang masih RM10. Tak paham kenapa mesti jadi lebih mahal sedangkan bendanya sama ajer. pemain yang sama, stadium yang sama, seat yang sama dan toilet pun sama. Dah la game kali ni lawannya tak berapa best. Rasa macam tak berbaloi pulak dengan harga tiket. Mungkin ada yang kata menyokong bukan time menang sahaja...tapi kena ingat...benda ni semua bukannya percuma. Kalah melawan dengan kalau main hancus adalah 2 benda yang berbeza. Nak suruh penonton datang...nak suruh aku datang...please entertain us...Metallica pun tak bawak lagu-lagu St Anger dan Lulu pasal dorang tau majoriti peminat tak suka.
3- Aku malas dah nak bersesak-sesak kat pintu masuk. Dah la pintu tak banyak...patut bukak la awal sikit. Dulu rilek jer masuk lepas maghrib masih dapat seat. Sekarang jangan harap. Kalau aku pergi sorang takder hal berdiri sampai abis game. Ni bawak anak bini. Memang leceh la. Tak kan pasal bola tak sembahyang maghrib beb. Kalau duduk grandstand ok la jugak...surau kat dalam...kalau kat terbuka memang leceh sikit. Aku sokong penuh kalau seat letak nombor macam panggung wayang. Senang sikit masuk lambat pun dah konpem tau ada seat.
4- Aku rasa mungkin bukan aku jer yang rasa macam ni...tu sebab stadium tu hari kosong...orang masih mood raya...belum gaji...tiket mahal...main hampeh....tak tau la game-game akan datang kalau ada mood mungkin aku pergi kot. tapi sokong tetap sokong. Rasa macam nak pergi Pasir Gudang je malam ni...tapi tu la...taman perumahan aku tak habis lagi marhaban.
BPL pulak....
1-Sikit la nak cerita. Musim pertama tanpa SAF rasa macam lain pulak. dah biasa nampak orang tua tu kat tepi padang kan. Bagi can la kat David Moyes. Tapi aku masih tertunggu-tunggu siapa star yang dia nak bawak masuk. Transfer window dah nak tutup dah...tapi masih macam tak nampak bayang.
2-Tapi kalau tak dapat beli sesiapa pun. aku rasa team warisan SAF ni dah cukup kuat. Trio remaja Wilfried Zaha, Adnan Januzaj dan Jesse Lingard pun bagus. Kalau selalu diberi peluang pun aku rasa dorang ni pun boleh jadi star.
3-Game pagi tadi nampaknya Mourinho masih Maourinho yang dulu. Taktik parking bas dia masih tak beubah. Dan aku rasa Rooney dan Van Persie macam tak kena jer kalau main bersama. Stail dorang ni sama. Tapi seri pun ok la. Tak best la game macam ni awal-awal musim dah main. Semua pun belum panas lagi kan.
Last caress...Metallica...
Tu hari bila berborak dengan kawan aku yang sama-sama tak pergi...mula-mula rasa ok...tapi bila dah baca review dan tengok gambar...rasa macam rugi jugak la...tapi tak kisah la...anggap bukan rezeki. Lagipun sebelum ni pun aku dah cakap aku pencen dah konsert-konsert ni. Tambah-tambah bila dah tengok Iron Maiden depan mata. Cukup lah kot. Tapi tak berani juga nak cakap...esok lusa Spin, Scan, Spring dan Budak Kaca Mata tetiba buat reunion konsert....ada pulak yang aku pergi kang....hahahaha...
*lokasi gambar- Bazaar Karat, JB
Monday, August 26, 2013
My Soul is Wet
Ni untuk En Adi Herman. Album yang dah 20 tahun dah.
Mutha's Day Out - My Soul is Wet (1993)
Ketika zaman tiadanya internet, membeli kaset band-band baru adalah melalui cadangan rakan-rakan dan pembacaan. Semuanya adalah suatu proses trial and error. Nasib baik terjumpa yang bagus, kalau tak peram jadi pekasam. My Soul is Wet juga dari proses begitu. Semuanya adalah kerana kes terpengaruh dengan review positif dari Kerrang.
Bagi yang pertama kali mendengar muzik Mutha's Day Out hari ini, mungkin anda berangapan mereka adalah klon muzik rap metal ala Limp Bizkit, Linkin Park dan seangkatan dengannya. Tapi sebenarnya mereka telah ujud lebih awal. Malah terlalu awal sehinggakan tak ramai yang sedar pasal kewujudan mereka. Maklumlah ketika album ini diriliskan, demam grunge sedang bermaharajalela.
Sangat jelas pengaruh mereka adalah dari band-band yang pernah merojakkan metal/rock dengan rap seperti Faith No More, Anthrax, Beastie Boys dan mungkin juga Aerosmith/Run DMC. Mungkin bagi band-band tersebut merakamkan lagu-lagu begitu adalah untuk tujuan suka-suka tetapi tidak bagi Mutha's Day Out, My Soul is Wet majoriti lagu-lagunya memang bercorak begitu.
Pada aku album ni ok. Kalau tak, takkan lah aku upgrade ke cd. (kaset asal dah takder, dah hilang) Mungkin kerana adanya riff-riff groovy thrash dan chorus yang catchy. Suara vokalistnya cuba meniru Mike Patton tapi bunyi ala-ala Glen Danzig pun yer juga. Dan yang aku suka band ni walaupun dia ada rapping, takdernya tukang gosok vynyl tu. Aku memang tak minat benda-benda yang terlebih unsur hip-hop ni.
Tetapi secara jujurnya, kalau album ini diterbitkan sekarang. Pastinya aku tak akan berminat pun. Dulu-dulu ianya sekadar mencuba sesuatu yang baru. Mereka pun yang pada ketika album ini dirakamkan berumur belasan tahun telah pun meninggalkan muzik sebegini. Pemain bass mereka Jeff Morgan sekarang bermain drum untuk sebuah band bergenre sludge/doom metal, Rwake yang boleh tahan juga sedapnya.
Sayang hanya muncul untuk satu album. Kalau tak mungkin boleh setaraf Limp Bizkit ataupun Linkin Park.
Mutha's Day Out - My Soul is Wet (1993)
Ketika zaman tiadanya internet, membeli kaset band-band baru adalah melalui cadangan rakan-rakan dan pembacaan. Semuanya adalah suatu proses trial and error. Nasib baik terjumpa yang bagus, kalau tak peram jadi pekasam. My Soul is Wet juga dari proses begitu. Semuanya adalah kerana kes terpengaruh dengan review positif dari Kerrang.
Review Kerrang terbitan May 1994...dapat 4K tu kira album bagus la tu |
Sangat jelas pengaruh mereka adalah dari band-band yang pernah merojakkan metal/rock dengan rap seperti Faith No More, Anthrax, Beastie Boys dan mungkin juga Aerosmith/Run DMC. Mungkin bagi band-band tersebut merakamkan lagu-lagu begitu adalah untuk tujuan suka-suka tetapi tidak bagi Mutha's Day Out, My Soul is Wet majoriti lagu-lagunya memang bercorak begitu.
Pada aku album ni ok. Kalau tak, takkan lah aku upgrade ke cd. (kaset asal dah takder, dah hilang) Mungkin kerana adanya riff-riff groovy thrash dan chorus yang catchy. Suara vokalistnya cuba meniru Mike Patton tapi bunyi ala-ala Glen Danzig pun yer juga. Dan yang aku suka band ni walaupun dia ada rapping, takdernya tukang gosok vynyl tu. Aku memang tak minat benda-benda yang terlebih unsur hip-hop ni.
Tetapi secara jujurnya, kalau album ini diterbitkan sekarang. Pastinya aku tak akan berminat pun. Dulu-dulu ianya sekadar mencuba sesuatu yang baru. Mereka pun yang pada ketika album ini dirakamkan berumur belasan tahun telah pun meninggalkan muzik sebegini. Pemain bass mereka Jeff Morgan sekarang bermain drum untuk sebuah band bergenre sludge/doom metal, Rwake yang boleh tahan juga sedapnya.
Sayang hanya muncul untuk satu album. Kalau tak mungkin boleh setaraf Limp Bizkit ataupun Linkin Park.
Friday, August 23, 2013
Thunder and Lightning
Sebuah lagi album klasik yang menyambut ulangtahun yang ke 30
Thin Lizzy - Thunder & Lightning (1983)
Saya agak lambat untuk mengenali muzik Thin Lizzy. Satu-satunya lagu mereka yang saya tahu hanyalah "The Boys are Back In Town". Tetapi semuanya berubah bila pertama kali saya mendengar Sodom membawakan lagu mereka "Cold Sweat" dalam album Better Off Dead (1990). Tambahan pula bila saya dapat tahu yang lagu tersebut adalah dari zaman John Sykes, semakin bersemangat untuk saya mencari album Thunder & Lightning ni maklumlah saya sememangnya meminati John Sykes sejak dari album Whitesnake (1987) lagi. Bermula dari versi sedut sehinggalah saya berjaya membeli cdnya, Thunder & Lightning adalah salah satu album kegemaran saya. Sesungguhnya album ini membuka jalan untuk saya meminati Thin Lizzy dan mula mencari album-album mereka yang lainnya.
Entah kenapa, band 70an yang berubah arah untuk kekal relevan di tahun 80an, saya suka tetapi band 80an yang berubah arah di tahun 90an saya tak suka. Mungkin kerana jiwa dan telinga saya dah sebati dengan alunan rock dan metal 80an. Inilah yang berlaku kepada Thin Lizzy. Setelah 2 album mereka di awal 80an, Chinatown (1980) dan Renegade (1981) kurang berjaya dan ditengelami dengan munculnya pergerakan NWOBHM. Apa yang Phil Lynot buat untuk kekal relevan adalah seperti kata pepatah orang kampung saya "If you can’t beat them, join them". Menggantikan Snowy White dengan John Sykes iaitu seorang gitaris daripada band NWOBHM, Tygers Of Pan Tang yang sedang meningkat naik adalah satu tindakan yang tepat dan bijak. (Ni Metallica pun buat masa ambik Bob Rock).
Jadinya Thunder & Lightning adalah sebuah album Thin Lizzy yang berlainan. Jika mahukan Thin Lizzy 70an..lupakan sahaja. Kemasukan John Sykes memang besar pengaruhnya. Sangat kuat bunyi heavy metal 80annya. Kali ini mereka memainkan muzik yang lebih berat. Maksud saya untuk tahun 1983, muzik sebegini sudah boleh dianggap keras dan berat. Walaupun ketika itu telah muncul band seperti Metallica dan Slayer yang lebih berat dan keras muziknya.
Thin Lizzy masih mengekalkan dual gitar harmoni mereka. Gandingan John Sykes dan Scott Gorham memang menjadi. Ada 2 lagu yang paling saya minat. "Cold Sweat", satu-satunya lagu ciptaan John Sykes. Dah nampak dah kehebatan beliau dalam bab ciptaan lagu. David Coverdale bertuah dapat beliau selepas tu. Lagu yang paling kuat sound heavy metalnya. Tak hairan la banyak band metal membawakan semula lagu ini termasuklah Sodom, Helloween dan paling terbaru Megadeth. Satu lagi lagu yang jadi track pembukaan "Thunder And Lightning" memang boleh buat kita tak senang duduk. Bahagian Phil Lynott menyanyi "God damn, it's so exciting'....tu rasa macam nak melompat ajer walaupun ketika itu sedang memandu kereta..
Sebenarnya lagu-lagu lain pun best. Ini kiler album. Tak perlu forward-forward. Lagu slow/mid tempo yang ada feel progessif 70an "The Sun Goes Down" pun syiok. Solo John Sykes memang berhantu. Layan lagu ni duduk kat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam memang terasa feel giler. Lain-lain macam "This is the One", "Bad Habits", "The Holy War", "Baby Please don't go"....senang cerita semua la. Memang sangat best.
Sayangnya inilah album terakhir Thin Lizzy. Phil Lynot meninggal 3 tahun selepas ini. Mungkin kalau tak kerana itu, kita tak berpeluang untuk mendengar "Still Of The Night" atau mungkin sahaja "Still Of The Night" versi Thin Lizzy. Tak kisah la. Tapi yang pastinya untuk yang gemarkan Heavy Metal sebenar. Ini adalah album yang patut anda cari.
REKOMENDED!

Thursday, August 22, 2013
From Cat Stevens to Yusuf Islam
Ini adalah buku yang sempat saya baca daripada membuta waktu lunch sepanjang bulan ramadhan yang lalu...
Buku ini ditulis oleh Hermawan Aksan. Seorang warga Indonesia rasanya. Ringkasan buku boleh baca di gambar no 2.
Hidayah itu milikNya. Tak kira anda seorang rockstar atau siapa. Bagi sesiapa yang baru mengenali siapa dia Cat Steven dan cerita bagaimana beliau mendapat hidayah untuk meninggalkan dunia glamour dan memeluk Islam, buku ini sememangnya untuk anda. Tapi bagi yang yang dah tau kisahnya, buku ini sedikit mengecewakan.
Ada 2 sebab kenapa ianya mengecewakan.
Pertamanya, nampak sangat penulis buku ini jenis "copy and paste". Kebanyakan info dan tulisan boleh sahaja kita dapati di wikipedia atau laman web Yusuf Islam sendiri. Tiada yang eksklusif. Banyak juga ayat-ayatnya seperti "direct translation".
Keduanya, bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia sedangkan buku ini terbitan Malaysia. Sepatutnya penerbit melakukan terjemahan ke Bahasa Malaysia sebelum ianya diterbitkan. Setakat meletakkan glosari di bahagian belakang seolah2 penerbit nak buat untung lebih. Jenuh juga asyik nak meyelak halaman belakang demi untuk memahamkan sesuatu ayat.
Maaf. Mungkin saya tidak adil kerana mengharapkan ianya sebuah buku ala-ala biografi. Terlampau tinggi mungkin harapan saya sedangkan bukunya tak setebal mana. Mungkin penulisnya hanya sekadar ingin mengambil untung dari populariti nama Yusuf Islam itu sendiri. Takper lah...sangka baik. Sekurang-kurangnya ada juga usaha dari beliau dan penerbitnya.
Kalau di abaikan segala kekurangan tadi, buku ini sebenarnya agak menarik juga. Sesuai untuk dijadikan inspirasi dan tauladan. Memang banyak perkara yang boleh kita contohi. Jika anda malas nak mengoogle tentang Yusuf Islam di internet. Buku ini memang sangat sesuai untuk anda.
Kalau jumpa. Beli!. Apalah sangat RM20 kalau nak dibandingkan tiket Metallica yang beratus tu...heheheh...

Wednesday, August 21, 2013
Wordless Wednesday : Riak Cdwi pasal tak boleh nak riak Metalikawi
*dah nak abis ogos...masih berderet album 20,30 dan 40 tahun yang tak buat cerita lagi....kemalasan melanda....
Tuesday, August 20, 2013
Creeping Death/Jump In The Fire
Entri ini khas di tujukan kepada sesiapa yang tengah demam Metallica.
Metallica - Creeping Death/Jump In The Fire EP (1990)
Tracklist:
1."Creeping Death"
2."Am I Evil?"
3."Blitzkrieg"
4."Jump in the Fire"
5."Seek & Destroy" (Live)
6."Phantom Lord" (Live)
Ini adalah zamannya tak kira apa sahaja rilisan Metallica walaupun dah ada lagunya akan tetap juga di beli. Ketika itu Metallica adalah no 1. di hati. Iron Maiden pun seolah-olah terlupa dah. Tambah-tambah pula bila beli kaset ni dapat pendant logo Metallica secara percuma. Masih tak lupa sebaik beli kaset ni (di kedai kaset tingkat 2 Komtar, JB...alah tak boleh ingat pulak dah nama kedai kaset tu sekarang) terus menuju ke kedai Rock Station di dihadapannya untuk beli rantai. Tak pernah seumur hidup aku pakai rantai, Metallica punya pasal beli rantai dan pakai. Sayangnya rantai dan pendant tu hilang dah. Kawan aku pinjam dan buat harta sampai sekarang. Dan sampai sekarang juga lah aku tak pernah pun ada rantai lain dan pakai.
Kaset ini jugalah yang dipinjam oleh seorang sahabat (Budak Surau) yang teringin sangat nak tau kenapa aku suka sangat dengar Metallica. Ketika memulangkannya selepas seminggu, dia pesan "Sedap muziknya, padanlah ko suka...tapi baik-baik dengan liriknya".
Memang banyak memori pasal Metallica. Tak kisah la walaupun sekarang aku bukanlah lagi peminat no 1 mereka dan buat-buat macho tak pergi konsert mereka. Tapi deep down inside...kalau minat metal...pasti sedikit sebanyak frust juga tak dapat nak nengok dorang live.
Ok lah...Kepada sesiapa yang pergi menonton Metallica di Stadium Merdeka malam esok. Selamat mengamit memori silam. Aku tunggu review ajer la. Harap-harap lagu-lagu seperti dia atas akan dimainkan...Pada yang lainnya (termasuk aku yang tak mampu nak beli tiket pasal tiket murah dah sold out)...kita layan makan tempeyek sudah...heheh...
eleh...Metallica dah tua...bukannya best pun...(ayat kaver line...hahahaha)

Monday, August 19, 2013
Wayang
Hari raya kali ni agak kurang aktiviti depan tv. Cadangan nak menonton Before Midnight pun masih tertangguh. Tapi lepas-lepas raya sementara nak tunggu orang datang beraya, sempat juga menonton cerita-cerita ini. Semua filem-filem ni pelakonnya A-List, antara sebab utama cari masa untuk tengok.
Oblivion (2013)
Filem drama sci-fi yang sedikit berbelit jalan ceritanya. Kena tengok betul-betul untuk paham. Tapi sememangnya genre sci-fi biasanya begitu. Tak boleh masuk kategori klasik, tapi boleh tahan. Bukan senang nak jumpa genre sci-fi yang betul-betul bagus. Jalan ceritanya ada sedikit twist tetapi sudah boleh di agak sejak dari awalnya. Bagi aku ini mengurangkan sedikit keseronokan menontonnya tetapi visual effectsnya memang sangat bagus.
Peminat Tom Cruise pasti suka. Tom Crusie sememangnya mendominasi filem ini. Tom Cruise adalah Tom Cruise. Tak kira apa genre lakonannya tetap begitu. Kalau anda suka...suka la...kalau tak...ada dia kesah...hahaha...Morgan Freeman pula kemunculannya tak banyak. Maka tak berapa memberi kesan untuk keseluruhan filem ini.
Ada Tom Cruise. Ada Morgan Freeman. Nama-nama besar Hollywood. Tapi kenapa ntah aku lebih tertarik nak tengok Olga Kurylenko. Hehehe...
Killing Season (2013)
John Travolta dan Robert De Niro adalah 2 nama besar Hollywood yang memang aku suka. Tak pernah aku terlepas peluang untuk meyaksikan filem-filem mereka. Bila kedua mereka bergabung dalam satu filem sudah semestinya sesuatu yang di tunggu-tunggu. Sayangnya kehadiran mereka berdua tidak banyak membantu. Nama mereka sememangnya membolehkan filem ini di jual, sayangnya jalan ceritanya tidak.
Filem begenre aksi ala cat and mouse game ni memang teruk kena kritik. IMDB bagi 5.3 manakala rottentomatoes cuma dapat 11%. Aku bukanlah pandai sangat pasal movie tapi sedikit sebanyak aku setuju dengan rating sebegitu. Tak pasti kenapa jalan cerita macam movie grade B ini boleh menarik 2 bintang besar untuk berlakon dalamnya. Aku hampir terlelap di pertengahan cerita.
Lakonan Robert De Niro agak kurang bertenaga. Adakah faktor usia membuatkannya begitu. Seolah-olah beliau sudah tidak sesuai lagi untuk filem aksi. Tetapi John Travolta nampak kesungguhannya. Mungkin beliaulah penyelamat filem ini.
Tetapi jika anda tak kisah pasal jalan cerita dan cuma nak tengok aksi kedua orang tua ni bergaduh. Mungkin filem ini sesuai untuk anda. Bukan senang kan nak tengok Robert De Niro kena panah dengan John Travolta dan digantung terbalik.
The Expendables 2 (2012)
Ok aku tau aku terlambat. The Expendables yang pertama pun aku tak tengok lagi. Ntah la semakin meningkat usia semakin kurang berminat pulak untuk menonton filem aksi jenis hero sorang boleh mengalahkan lawan berpuluh orang tanpa sedikit luka pun. Berpeluh pun tidak.
Sekali lagi hero-hero tua filem aksi ini bergabung tenaga. Mungkin ini lah caranya untuk mereka kembali diingati. Nama-nama yang cukup besar untuk filem aksi tahun 80an seperti Sylvester Stallone, Chuck Norris, Jean-Claude Van Damme, Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Dolph Lundgren dan ditambah dengan hero 90an sepertri Jason Statham dan Jet Li. Kalau dulu-dulu mungkin susah untuk mereka berlakon bersama. Maklumlah masing-masing pun hero. Masing-masing pun ada ego sendiri. Tapi bila dah tua-tua ni apadahal. Janji Masyuk.
Nama besar tak semestinya filemnya bagus. Tapi kalau nak aksi tanpa perlu memikirkan jalan cerita. Ini memang bagus. Sedari minit awal filem kita dah disajikan dengan tembak menembak dan letup meletup. Tapi kalau yang jenis pentingkan jalan cerita, cerita ni memang hampeh. Apalah sangat kelaianan yang boleh kita dapat dengan cerita aksi jenis macam ni. Biasa arr...kawan mati...misi balas dendam.
Tapi syiok jugak tengok filem letup letup ni terutamanya bila mengunakan set home theater. Bergegar rasanya rumah. Lama dah set home theater aku tak beraksi. Maklumlah asyik layan movie heavy drama jer. Sayangnya baru separuh perjalanan cerita, ada tetamu datang beraya. Tak dapat nak kosentrate dah. Ntah bila agaknya aku termampu untuk menontonnya sampai habis. Mungkin bila ditayang di Astro kot. Tapi untuk sekarang, aku nak layan Before Midnight terlebih dahulu. :P
p/s...teringin pulak nak tengok 10 tahun akan datang ada pula gabungan hero2 tua di masa itu macam Tom Cruise,Brad Pitt, Johnny Depp, Matt Damon, Will Smith, Leonardo DiCaprio,Russell Crowe, George Clooney, Keanu Reeves dan lain-lain bergabung membuat cerita seperti ini?...err...Ocean's Eleven,Twelve,Thirteen tak aci eh...

Friday, August 16, 2013
Native Tongue
Cuti raya dah habis...jom sambung cerita album yang dah 20 tahun
Poison - Native Tongue (1993)
Tak kisah la orang nak cakap apa. Saya sememangnya peminat Poison. Pada saya mereka adalah glam metal/hair band yang sebenar. Album pertama mereka Look What the Cat Dragged In (1986) adalah contoh album glam metal terbaik sepanjang zaman.
Walaupun begitu saya agak kecewa ketika album ini diriliskan. Mereka telah berubah. Muzik mereka kini lebih terarah kepada blues rock. Kemasukan Richie Kotzen benar-benar merubah arah tuju muzik mereka. Tidak dinafikan, Ritchie adalah seorang blues shredder yang terbaik. Memang jauh lebih hebat dari C.C. DeVille. Tetapi kemasukan guitarist virtuoso dengan solo lebih teknikal dan tone gitar yang lebih bagus tidak bermakna satu jaminan untuk mendapatkan sebuah album yang super duper bagus. Saya tak rasa Ritche membawa Poison menjadi lebih baik. Poison yang sebelumnya yang lebih mudah, "rock and roll supposed to be fun band" adalah Poison yang telah di kenali. Dan mereka sudah sebati dan secukup rasanya dengan muzik yang sebegitu. Native Tongue tidak mengangkat Poison ke taraf yang lebi tinggi. Ia hanyalah sekadar sebuah blues based rock album yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewanya. Walaupun begitu, respek kepada mereka. Mereka tidak menjadi trendy seperti sesetengah band thrash yang menjadi groove ataupun band-band hair metal yang meniru sound grunge (Motley Crue contohnya) di awal 90an.
Saya akui. bertahun dah saya meninggalkan Native Tongue sejak mendengarnya pertama kali 20 tahun yang lalu. Cd ini pun di beli hanya kerana terjumpa harga murah dan sekadar mencukupkan koleksi tanpa pernah mendengarnya walaupun sekali. Cuma kali ini, untuk entri ini, saya mencubanya kembali. Ini adalah antara cd peneman saya ketika memandu ke tempat kerja sepanjang bulan puasa yang lalu. Mungkin jarak masa 20 tahun boleh mengubah saya. Hasilnya saya akui ianya sebuah album blues based hard rock yang baik. Lagu-lagunya bagus. Kerja gitar Richie memang superb. Mungkin kalau ini album Poison saya yang pertama, ada kemungkinan saya akan menyukainya. Tetapi oleh kerana itu bukan keadaannya. Saya tetap memilih 3 album Poison yang pertama sebagai pilihan.
*Pengajaran - anda boleh sahaja mencampuri urusan penciptaan lagu dan arah tuju band walaupun anda hanyalah seorang anggota yang baru. TETAPI jangan sesekali memandai-mandai mencampuri urusan tunangan band member anda. Itu mencari bala namanya. Richie Kotzen pasti setuju. Heheh....

Thursday, August 15, 2013
Majalah bumper raya
Taklah selalu beli majalah pun. Tapi kalau terjumpa sesuatu yang menarik, terbeli juga. Di beli pada bulan puasa yang lalu semata-mata pasal adanya Iron Maiden gift pack.
Artikel-artikel dalam Metal Hammer ni aku tak minat pun. Ada la sekali dua belek-belek. Nak suruh aku baca cerita pasal Avenged Sevenfold, Korn, Lamb Of God dan kisah penyanyi baru Sepultura tu memang mintak maaf la. Ni 2 artikel jer yang aku baca dengan review-review album.
Tapi tujuan utama beli pun hanyalah pasal ni...
ok la...20 mukasurat gambar dan artikel tribute Maiden England...ada poster besar gedabak dan dapat juga set alas gelas tu..
Nak lagi banyak gambar-gambar boleh pergi blog En. Darkshahrulez. >KLIK<
ni pulak antara wishlist aku untuk 2013.
Sesiapa peminat Maiden boleh cari edisi Metal Hammer yang ni untuk buat koleksi...tapi kalau minat Avenged Sevenfold pun boleh jugak....
Wednesday, August 14, 2013
Wednesday, August 7, 2013
Tuesday, August 6, 2013
Menjelang...
Di sebabkan malam ni nak balik kampung...dan merujuk kepada entri Ijau...mencari bahan untuk didengar di dalam kereta walaupun perjalanan balik kampung tak sampai pun setengah jam...
Satu cd pun dah cukup...paling slow bawak pun lagu no 4 atau ke 5 dah sampai dah...disebabkan mood raya yang tengah membuak-buak...layan cd raya la pulak...sebenarnya tak pernah ada cd lagu raya pun....yang ni pun tahun lepas dapat percuma...dan tak ingat pun ada...mengemas sempena nak raya hari tu baru terjumpa...plastik pun tak bukak lagi....layan...
Kepada rakan-rakan yang nak balik kampung...Selamat balik kampung....aku tiap-tiap minggu pun balik kampung...rumah family dan rumah mertua pun dua-dua tak jauh...sampaikan tahun lepas anak-anak suruh bukak lagu Balik Kampung untuk dapatkan feel nak balik kampung beraya...heheh...

Sunday, August 4, 2013
Puisi Aidilfitri
Mood nak raya.
Wings - Puisi Aidilfitri (1996)
Sejak dari zaman-zaman kegemilangan rock 80an lagi saya sememangnya mengharapkan ada band-band rock yang akan merakamkan lagu raya. Ntah kenapa kita memang kekurangan lagu-lagu raya yang bergenre rock. Macam satu kesalahan pulak raya tak boleh rock. Balik-balik masa raya terpaksalah melayan lagu balada Sepasang Kurung Biru. (saya la tu...heheh...)
Kemunculan Wings zaman Mus dengan album raya ni memang ditunggu-tunggu. Tetapi sayangnya album ini sedikit menghampakan saya. Wings memilih untuk berakustik dan berbalada dalam menyampaikan lagu-lagu raya mereka. Memang tak rock langsung.
Sebenarnya lagu-lagunya seperti Hari Raya Yang Mulia dan Keroncong Hari Raya boleh tahan melodinya. Cuma lagu Puisi Aidilfitri memang tak boleh nak masuk kepala. Saya memang bermasaalah untuk hadam lagu yang jenis meleweh. Mungkin pasal keseluruhan albumnya bukan muzik Wings yang biasa, maka saya agak kurang berminat. Mungkin pendengar lain pun merasakan begitu hinggakan agak susah untuk mendengar lagu-lagunya di radio di waktu raya. Album ni pun dah masuk 17 tahun dah. Rasanya memang tiada satu pun lagunya menjadi lagu evergreen raya. Malang sungguh.
Nampaknya selepas berpuluh tahun, walaupun rasa tertipu kerana lagunya lagu ciplak. Seri Hari Raya dari Sweet Charity akan tetap menjadi anthem raya yang rock untuk saya.

1st press cd 1996 |

Friday, August 2, 2013
Live: Right Here, Right Now
Sambung lagi cerita pasal album live. Sama seperti A Live Dead One, yang ini pun dah masuk 20 tahun.
Van Halen : Live: Right Here, Right Now (1993)
Yang ni pun takder nak komplen sangat. Maklumlah sejak zaman David Le Roth mereka tak pernah ada album live. Ini adalah yang pertama dan satu-satunya. Tak tau lah kenapa. Padahal mereka pemuzik yang hebat-hebat belaka. Memang syok layan solo gitar Eddie dalam album ni.
Layan gambar la sambil bercerita.
Rasanya kalau ada nak komplen pun cuma perihal seleksi lagu-lagunya. Terlampau banyak sangat lagu-lagu dari For Unlawful Carnal Knowledge. Sampai 10 lagu. Mungkin kerana rakaman live ini dibuat semasa tour For Unlawful Carnal Knowledge. Kira promosi la tu. Tapi ada la juga lagu-lagu popular dari zaman 5150 dan OU812.
Cuma yang tak bestnya cuma ada 4 sahaja lagu dari era DLR. "Panama", "Jump", "Ain't Talkin' 'Bout Love" dan "You Really Got Me". Teringin juga nak dengar macamana Sammy Hagar menyanyikan lagu-lagu era DLR yang lainnya macam "Runnin' With the Devil", "Dance the Night Away" atau "Pretty Woman"...Kalau ikut telinga aku memang DLR > SH .
Album ni ada sedikit kontroversi sebenarnya. Ada rumour cakap album ni banyak touch-up. Sammy Hagar lepas kena tendang dari VH dalam buku autobiographynya pun mengaku suara dia rakam semula. Tapi tak tau la betul ker tak. Semua pun ada ego rockstar. Bila gaduh macam-macam cerita keluar.
Menarik tapi kalau ada live dari zaman DLR tentu lagi best.