Friday, October 11, 2013

Power & the Glory

Sempena 30 tahun...



Saxon - Power & the Glory (1983)

"Don't judge a book by its cover". Mungkin peribahasa orang putih ini sesuai untuk mengambarkan album ini. Kavernya memang tak cantik. Tapi isinya cantik.

1983 adalah penghujung kepada era gemilang New Wave Of British Heavy Metal. Pada ketika itu boleh dikatakan semua nama-nama besar dalam pergerakan NWOBHM cuba untuk menembusi pasaran USA. Saxon tidak terkecuali. Selepas 3 album klasik mereka, Wheels of Steel, Strong Arm of the Law dan Denim and Leather, mereka hadir dengan Power & the Glory. Sebuah album yang lebih komersial dengan sound yang lebih bersih. Mungkin ianya ditujukan untuk pasaran USA.

Malangnya nasib tidak menyebelahi mereka. Entah mana silapnya mereka gagal di USA. Mungkin mereka tak cukup pop macam Def Leppard ataupun tak cukup heavy macam Iron Maiden. Atau mungkin sahaja seperti apa yang Biff Byford cakap dalam bukunya "Never Surrender (or Nearly Good Looking)" yang mereka ini tak cukup hensem untuk jadi popular.

Walaupun ada yang cakap album ini komersial, tetapi pada saya ianya masih heavy metal. Malah soundnya lebih kepada melodic heavy metal berbanding album-album sebelumnya yang ke arah hard rock. Ada bayangan Iron Maiden di sini terutamanya pada lagu 'Warrior'. Mungkin ini jawapan Saxon kepada lagu "Invaders".



Tetapi lagu kegemaran saya adalah lagu yang menjadi title track "Power and the Glory". Sememangnya ini adalah antara lagu mereka yang paling laju dan paling berat. Memang terhanguk-hanguk kepala bila mendengarnya. Sedap! Lagu lain yang menjadi pilihan adalah "This Town Rocks". Sebuah lagu yang rasanya paling sesuai untuk dibawakan secara live. Manakala "The Eagle Has Landed" adalah satu percubaan mereka untuk menjadi lebih progresif. Satu yang pasti Saxon sentiasa menghasilkan lagu-lagu yang mempunyai chorus yang catchy. Memang sedap!

Walau apa pun, saya cukup tabik dengan mereka. Ini adalah salah satu contoh band yang sentiasa berkerja keras tanpa putus asa. Selayaknya mereka berdiri sama tinggi dengan Iron Maiden ataupun Judas Priest. Tapi apakan daya...

Respek!





6 comments:

  1. saxon ni ada buat album kompilasi best of tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cekidot http://berteromber.blogspot.com/2012/01/best-of-saxon.html

      Delete
  2. dorang takde rod smallwood. haha
    aku dulu suka satu gambo dorang pakai medieval gitu cam knights gitu, pengsi abis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu...dlm buku autobiography dia, Biff Byford pun ada cakap pasal Maiden punya management lagi bagus...

      Delete
  3. Ini album memang best..patutnya mmg saxon ni antara big four nwobhm..

    ReplyDelete