Album gitar hero yang menyambut ulangtahun yang ke 20...
Yngwie J. Malmsteen - The Seventh Sign (1994)
Peringatan : bila bercerita bab Malmsteen pastinya saya bias.
28 tahun dulu ketika pertama kali saya mendengar album Marching Out, saya telah pun jatuh hati. Dia adalah antara pelopor shredder neo-klasikal heavy metal yang tidak pernah terkesan dengan apa jua zaman sekalipun. Walaupun beliau sedikit komersial di beberapa album sebelumnya. Tetapi dengan terbitnya The Seventh Sign, beliau kembali ke asal.
Tak kisahlah jika pada tahun semasa muzik rock menjadi Nirvana dan metal menjadi Pantera. Malmsteen tetap dengan neo-klasikal heavy metalnya seperti di tahun-tahun 80an. Kemasukan Mike Vescera (Loudness) sememangnya banyak membantu. Mungkin selepas Jeff Scott Soto, beliaulah suara heavy metal yang dicari-cari.
Track pertama "Never Die" benar-benar mengamit memori ketika zaman Marching Out. Manakala track kedua, "I Don't Know" membuktikan beliau boleh bermain blues dengan pengaruh Jimi Hendrix. Siapa kata beliau hanya tau laju dan laju. Manakala track ke 6, "Brothers" membuktikan beliau juga mempunyai jiwa.
Sedari dulu, saya agak kurang berminat dengan lagu-lagu perlahan beliau. "Forever One" dan "Prisoner of Your Love' tidak terkecuali. Tetapi lagu-lagu lainnya seperti "Seventh Sign", "Crash and Burn" dan "Pyramid of Cheops" membuktikan beliau adalah salah seoarng lagenda shredder terhebat.
Kadang-kadang saya tersenyum sendiri bila ada yang mengatakan Malmsteen di takuk yang lama dan tiada pembaharuan. Laju, laju dan laju. Tapi sedarkah mereka dia adalah pelopor benda yang laju,laju dan laju itu. Selamanya dia akan dikenali kerana itu dan selamanya dia harus bermain begitu. Kalau tidak...bukan Malmsteen lah namanya. Saya tidak pernah suka Metallica menjadi pop dan saya berharap Malmsteen tidak menjadi begitu.
Tak nak dengar banyak solo...sila layan Kurt Cobain. Ini Malmsteen...There is only one Yngwie Malmsteen...yang lain semuanya copy cat...heheh...
Friday, February 28, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Nativity in Black
Album tribute yang dah 20 tahun...
VA - Nativity in Black (1994)
Ketika saya cuba untuk menulis perihal album ini, saya merasakan seperti ianya satu deja vu*. Macam pernah buat. Rupa-rupanya memang betul...saya pernah membuat entri berkenaan album ini 5 tahun yang lalu. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Hampir-hampir terlupa dah.
Khas buat pembaca baru blog ini. Sila klik di >SINI< Abaikan gaya bahasa yang sudah berubah...heheh...
Sedih pula bila membaca di ruangan komen pasal ada antara kawan-kawan blogger yang dah tak aktif lagi berblog malah ada yang dah terputus hubungan langsung. (Mana pergi agaknya saudara Eddie Dewanaga...antara blogger metal awal yang mempengaruhi saya untuk menulis selain saudara Deaf dan Krenmaut...tabik!)
5 tahun dah berlalu sejak kali terakhir mendengar cd ini. Ternyata saya tetap merasa benda yang sama. Pada saya, ini adalah antara album tribute yang terbaik pernah dihasilkan. Rekomended!
*terimakasih kepada Iron Maiden kerana mengajar saya apa erti deja-vu ketika saya budak-budak dulu. Banyak jugak perkataan inggeris yang saya tau melalui lirik-lirik band heavy metal...Benda-benda lagha ni ada juga kebaikan dia...

Tuesday, February 25, 2014
@ Langkawi Cable Car
Sambung lagi sebelum terlupa... percutian ke Langkawi bulan december yang lepas...
Sambungan dari entri Oriental Village....
Banyak benda nak cakap yang aku dah terlupa...maklumlah dah 2 bulan berlalu...tapi yang pentingnya kalau pergi masa cuti sekolah...time sesak....aku nasihatkan korang peruntukan masa sehari khas untuk naik cable car ni...kalau tak konpem kelam kabut dan lari dari jadual asal...lainlah kalau korang sanggup bayar mahal ambik tiket express tak payah beratur panjang.
Ini berlaku kat aku...gara-gara nak naik cable car punya pasal...terpaksa extend lagi satu malam. Yang buat lecehnya kena dua kali beratur. 1st kena beratur untuk beli tiket...kemudiannya beratur untuk naik cable car.
Satu lagi solution kau tinggal jer kat hotel di Oriental Village...senang...pagi-pagi terus beratur beli tiket...jimat masa..
aku lupa dah berapa harga tiket...ikut google macam ni....
Adult = RM30 (with Mykad = RM15)
Child = RM20 (with Mykad = RM10)
Bila dah beli tiket...bukannya terus boleh naik...kena tengok pulak tiket ko tu untuk pukul berapa...cam aku tu hari beratur beli tiket pukul 11...tapi dapat tiket untuk pukul 1.30....kena la tunggu...nasib juga Oriental Village tu cantik kawasannya...tapi cuaca memang panas la...
Dah masuk dalam station ingatkan boleh terus naik...rupa-rupanya kena beratur panjang lagi...(lebih kurang gak macam nak naik cable car Genting Highland time cuti sekolah...panjang giler beratur...). Dia ada point-point-point tempat beratur tu ko boleh tahu lebih kurang berapa minit lagi ko boleh naik cable car...1 jam...45 minit...30 minit...gitulah seterusnya...
(aku lupa nak ambil gambar kat base station...penat beratur lupa semua benda dah...)
Dia ada 2 station. Yang pertama dipanggil Middle Station. Kalau tak silap jarak dari base station ke middle station ni lebih kurang 1,700 meter dengan ketinggiannnya pula ialah 650meter dari aras laut...boleh tahan gayat oo..
Tapi aku tak turun pun kat situ...masa dah banyak terbuang...terus naik Top Station. Jarak Middle Station ke Top Station tu lebih kurang 450 meter dengan ketinggian 708 meter dari aras laut...lagi gayat ooo...
Kat atas puncak Gunung Matchincang (Top Station) tu ada dua 360 degree viewing platform belah kanan dan kiri. yang belah kiri ada tempat makan-makan....dan standard la kalau mahal...ko ingat senang ker nak bawak naik maggi kat atas tu...
Ok...layan gambar la pulak...dah tak tau point apa lagi nak menceceh...
Sorry la...ada banyak lagi gambar...tapi tak larat pulak aku nak pilih satu-satu...lagi pun takat pakai kamera handphone ajer pun....tak cantik mana...ni mana yang terjumpa aja la...
bersambung lagi....

Ikut yang aku google...perjalanan sampai atas tu lebih kurang 2.2 km...boleh tahan tinggi oo... |
Dia ada 2 station. Yang pertama dipanggil Middle Station. Kalau tak silap jarak dari base station ke middle station ni lebih kurang 1,700 meter dengan ketinggiannnya pula ialah 650meter dari aras laut...boleh tahan gayat oo..
Tapi aku tak turun pun kat situ...masa dah banyak terbuang...terus naik Top Station. Jarak Middle Station ke Top Station tu lebih kurang 450 meter dengan ketinggian 708 meter dari aras laut...lagi gayat ooo...
Kat atas puncak Gunung Matchincang (Top Station) tu ada dua 360 degree viewing platform belah kanan dan kiri. yang belah kiri ada tempat makan-makan....dan standard la kalau mahal...ko ingat senang ker nak bawak naik maggi kat atas tu...
Maggi dan tempat tinggi adalah satu kenikmatan...heheh... |
Ok...layan gambar la pulak...dah tak tau point apa lagi nak menceceh...
Sayangnya time aku pergi ni, Sky-Bridge di tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan....rugi betul la tak dapat naik jambatan gantung ni... |
Sorry la...ada banyak lagi gambar...tapi tak larat pulak aku nak pilih satu-satu...lagi pun takat pakai kamera handphone ajer pun....tak cantik mana...ni mana yang terjumpa aja la...
bersambung lagi....
Monday, February 24, 2014
Sudah sampai sini : Pantai Pasir Hitam
Lagi pasal Langkawi...
Langkawi memang banyak pantai yang menarik. Untuk yang kaki mandi laut memang syiok la. Tetapi ada satu pantai kat sini yang terkenal bukan kerana tempat untuk bermandi manda...
kenapa boleh jadi warna hitam?
tapi walaupun begitu...fenomena begini cuma berlaku di Langkawi...untuk lebih info rujuk >SINI<
tapi yang pastinya tempat ni cantik untuk bergambar.....
ada lagi sambungnya nanti.....

Pantai Pasir Hitam |
kenapa namanya pasir hitam?... |
sebab...sememangnya pasirnya berwarna hitam |
kenapa boleh jadi warna hitam?
cerita orang zaman dulu-dulu |
fakta sebenar |
tapi walaupun begitu...fenomena begini cuma berlaku di Langkawi...untuk lebih info rujuk >SINI<
tapi yang pastinya tempat ni cantik untuk bergambar.....
ada lagi sambungnya nanti.....
Friday, February 21, 2014
Wira Cyborg
Album rock melayu yang menyambut ulangtahun ke 20
MAY - Wira Cyborg (1994)
Secara jujurnya tahun 1994 adalah antara tahun-tahun yang saya tidak mengambil tahu perihal rock melayu. Seingat saya memang tidak pernah mendengar apatah lagu memiliki album ini dulunya. Lagu-lagu dari album ini saya dengar beberapa tahun kemudiannya selepas saya memiliki cd kompilasi MAY Metal.
Namun begitu lagu slow meleweh "Suci" memang agak kerap juga di dengar di radio. Lagu-lagu seperti inilah antara yang menjadi punca mengapa saya tidak lagi mahu mengambil tahu perihal rock melayu pada ketika itu. Sedih bila band segah MAY pun berjaya di"Saari Amri"kan oleh syarikat rakaman.
Pada saya tidak menjadi masalah jika mereka mahu manyanyikan lagu-lagu ciptaan Saari Amri. Tetapi sepatutnya susunan muziknya biarlah tetap berbunyi seperti MAY bukan hampir sama sahaja dengan band-band 90an seperti Spring,Spoon,Scoin dan ntahapahapa lagi yang seangkatan dengannya. Maaf lagu "Suci" memang saya skip.
Oleh kerana ini adalah kali pertama saya mendengar keseluruhan album ini, saya cuba juga mengoogle untuk mencari ulasan dan pandangan orang lain tentangnya. Sayangnya...Ntah kenapa susah betul nak baca ulasan pasal album-album melayu di internet. Kalau album inggeris sekali google berderet boleh baca. Ni yang melayu balik-balik link MP3 sahajalah yang kita akan jumpa. Tak apa la..mungkin orang kita tidak berapa minat menulis.
Ini adalah album ke 2 Yantzen bersama MAY. Saya ingat-ingat lupa bagaimana bunyinya album Ziet Giest (yang ni saya ada kasetnya dulu). Tetapi untuk Wira Cyborg ianya memang berbeza dari zaman Mus. Bukan sahaja bab lagu slow, lagu heavynya pun agak berbeza. Mungkin ada pengaruh Rusty Blade yang cuba di bawa masuk oleh Yantzen tetapi yang pastinya lagu-lagu slow mereka kedengaran seperti lagu-lagu dari album solo Yantzen. Satu lagi yang saya perasan sound gitar Abu juga agak berbeza dari MAY yang dulu.
Paling ketara perbezaannya adalah lagu-lagu berbahasa inggeris. Sebagai orang Singapura sudah tentu Yantzen boleh menulis lirik berbahasa Inggeris dengan baik. Selain "Wira Cyborg", lagu-lagu berbahasa Inggeris seperti "Exorcism" dan "Steel Warrior" memang saya suka. Terdapat unsur-unsur speed metal dan thrash di dalamnya. Vokal Yantzen juga agak sesuai dengan lagu Inggeris. Tetapi ntah kenapa bahagian awal lagu "Exorcism" sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada lagu-lagu Loudness.
Selain "Suci", memang saya tiada komplen untuk album ini. Apatah lagi 7 dari 10 lagunya adalah lagu-lagu berentak rancak. Boleh tahan. Dan saya tertarik juga dengan lagu "Kau Ingat Kau Siapa" lagu ciptaan Arwah Samad yang mempunyai kelainan dari lagu-lagu biasa MAY.
.

Thursday, February 20, 2014
Sirens/The Dungeons Are Calling
Last dari draf yang terperuk dari tahun lepas...(yang lain...delete jer la...)
album dan EP yang kalau versi asalnya dah mencapai usia 31 dan 30 tahun
Savatage - Sirens And The Dungeons Are Calling - The Complete Session (2011)
Sebenarnya teringin nak ada cd versi asing-asing antara "Sirens" (1983) dan EP "The Dungeons Are Calling" (1984) terutamanya yang Sirens 2002 Silver Anniversary Edition. Tapi sayangnya agak susah nak dapat dan kalau ada pun harganya mahal dan selalu kalah bid. Dapat cd yang campur kedua-duanya ni pun dah kira ok lah. Siap ada bonus track "In the Dream" (acoustic version).
"Sirens" dan "The Dungeons Are Calling" ni sebenarnya dirakamkan serentak. Asalnya untuk diriliskan dalam satu album. Tetapi memandangkan terlebih lagu...tak muat nak sumbat dalam satu LP. Maka dipecahkan menjadi dua. Satu album dan satu EP. Nak cerita lanjut pasal rakaman album ni boleh baca cerita bergambar yang ditulis oleh Jon Oliva kat bawah.
Saya sememangnya peminat tegar Savatage terutamanya zaman rock opera mereka. "Sirens/The Dungeons Are Calling" adalah zaman-zaman innocent mereka. Low budget production. Muziknya gaya heavy metal 80an dengan sound yang raw dan lagu-lagunya pula agak straight forward. Tiada unsur progressif power metal mahupun rock opera yang menjadi trademark mereka di kemudian hari. Tetapi yang nyatanya kehebatan Criss Oliva dah nampak semenjak dari sini. Tak payah la cerita pasal dia. Sudah semestimya saya akan bias. Mendiang sememangnya gitar hero saya...tabik!..
Saya suka kesemua lagu-lagunya terutamanya "Sirens", "Holocaust", "I Believe", "Twisted Little Sister" dan "Out on the Streets" dari album "Sirens" manakala "The Dungeons Are Calling", "By The Grace Of The Witch", "Visions" dan "City Beneath the Surface" dari EP "The Dungeons Are Calling".
Cuma sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar album ini. Savatage saya cuma bermula dari zaman opera mereka bermula dari album "Gutter Ballet". Maklumlah zaman tu mana nak jumpa. Takper lah...bak kata orang Ulu Tiram "Better late than never".
Khas untuk mereka yang sukakan sound raw heavy metal 80an. This is heavy metal and it rules!!!
Terbaik!
album dan EP yang kalau versi asalnya dah mencapai usia 31 dan 30 tahun
Savatage - Sirens And The Dungeons Are Calling - The Complete Session (2011)
Sebenarnya teringin nak ada cd versi asing-asing antara "Sirens" (1983) dan EP "The Dungeons Are Calling" (1984) terutamanya yang Sirens 2002 Silver Anniversary Edition. Tapi sayangnya agak susah nak dapat dan kalau ada pun harganya mahal dan selalu kalah bid. Dapat cd yang campur kedua-duanya ni pun dah kira ok lah. Siap ada bonus track "In the Dream" (acoustic version).
"Sirens" dan "The Dungeons Are Calling" ni sebenarnya dirakamkan serentak. Asalnya untuk diriliskan dalam satu album. Tetapi memandangkan terlebih lagu...tak muat nak sumbat dalam satu LP. Maka dipecahkan menjadi dua. Satu album dan satu EP. Nak cerita lanjut pasal rakaman album ni boleh baca cerita bergambar yang ditulis oleh Jon Oliva kat bawah.
Click to enlarge |
Saya suka kesemua lagu-lagunya terutamanya "Sirens", "Holocaust", "I Believe", "Twisted Little Sister" dan "Out on the Streets" dari album "Sirens" manakala "The Dungeons Are Calling", "By The Grace Of The Witch", "Visions" dan "City Beneath the Surface" dari EP "The Dungeons Are Calling".
Cuma sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar album ini. Savatage saya cuma bermula dari zaman opera mereka bermula dari album "Gutter Ballet". Maklumlah zaman tu mana nak jumpa. Takper lah...bak kata orang Ulu Tiram "Better late than never".
Khas untuk mereka yang sukakan sound raw heavy metal 80an. This is heavy metal and it rules!!!
Terbaik!
Wednesday, February 19, 2014
Pictured Life
Tuesday, February 18, 2014
Hear 'n Aid - Classic Rock Magazine
Kebetulan Rafi Xyrus Zone dan Deaf dah tercerita pasal Dio minggu lepas....ni aku nak kasi nasi tambah sikit...
Artikel pasal Dio dan projek Hear 'n Aid...ni aku ambik dari Classic Rock isu Feb 2014...
Nak kasi jelas...sila click to enlarge....
Aku pernah buat entri pasal ni dulu >SINI<...Aku rasa artikel ni menarik...tu yang terasa nak share tu...banyak cerita belakang tabir...aku tak pernah tau pun yang Jon Bon Jovi pun pernah kena jemput untuk join projek ni...
Apa-apa pun aku masih menungu-nunggu bila la Wendy Dio nak riliskan balik Hear 'n Aid ni....

Monday, February 17, 2014
Vs Selangor
Liga Super 15hb Februari 2014
Johor Darul Takzim 4 Selangor 1
(Baihakki Khaizan 11', Harris Harun 33', Luis Figueroa 52′, Fadhli Shas 58′)
"No Live No Problem"
(tak letak gambar tiket pasal tiket aku tiket tambahan)
Ramai yang tak puashati game ni takder siaran langsung. Sepatutnya game yang boleh dapat rating tinggi ni sekurang-kurangnya pun ada siaran tertunda. Tak pasti macamana polisi Astro dalam memilih game untuk siaran langsung. Bukanlah aku nak mengecilkan pasukan lain tapi rasanya game ni antara yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola Malaysia. Kalau JDT vs PKNS atau Felda tu aku pahamlah kalau takder...ker memang Astro ada dendam dengan PBNJ???...
Tapi takperlah...ni bebelan aku pasal perlawanan ni..(sory lambat update...pasal hari ahad adalah hari aku bermalas-malasan...malas nak menaip blog..)
1 - Disebabkan takder live kat tv, ditambah pula game hari sabtu, pagi-pagi dah sesak orang beratur kat kaunter tiket. Aku dipahamkan pukul 11 pagi dorang start pakai tiket tambahan (tiket yang takder tulis lawan apa)...tak lama lepas tu aku dengar tiket dah sold out...Adik ipar aku beratur pun tak dapat tiket. Ada yang aku dengar beratur sampai 3 jam pun habuk pun tarak...Nasib aku awal-awal dah dapat tiket...(maaf semua aku memang guna kabel)...adik ipar aku beli kad privilege biru (RM27)...dapat la dia nengok live streaming JDTV kat rumah..aku harap dorang boleh guna sistem on-line lepas ni...stadium dah canggih...tapi proses beli tiket masih ketinggalan...
2 - Aku masuk lambat..orang yang pegang tiket aku sampai lambat...so dapat la aku tengok kerenah orang ramai. Sampai pukul 6.30 pm masih ada yang berlegar-legar cari tiket. Ramai betul yang tak dapat masuk takder tiket. Ada ulat tiket jual tiket RM10 sampai RM80...melampau betul...Ulat tiket memang masih berleluasa...sebenarnya dorang ni bukan orang lain pun...aku tau yang jadi ulat ni semua ada kabel orang dalam jugak...orang biasa boleh beli 5 tiket sorang...tapi dorang ni boleh sampai 20....hampeh betul...
3 - Kesian juga ada fan Ultra Selangor yang tak dapat masuk....nak buat macamaner...Stadium Larkin bukanlah besar mana....Fan Johor sendiri yang datang dari jauh pun ramai yang tak dapat masuk...dengarnya peruntukan untuk fan Selangor sebanyak 300 tiket dah sold out....tu pun banyak juga fan Selangor yang beratur sama-sama beli tiket biasa...dengarnya ada berbelas bas yang datang...tu belum kira yang datang pakai kereta dan van sendiri...tapi RESPEK kat dorang yang cool jer walau tak dapat masuk stadium. Siap chant dan bergendang kat luar. Harap pihak JDTV dapat lah bermurah hati pasang skrin besar kat luar stadium..
4 - Di sebabkan aku masuk lambat...tak dapat la tempat strategik..kena duduk belah bawah..nasib juga bukan paling bawah...bawah tu memang sakit hati la view lindung pagar...nasib aku atas sikit...tu pun bola leret tak nampak kena lindung ngan board elektronik tu...hampeh betul..
5 - Stadium sendat macam sardin. 1st time dalam sejarah aku duk kat tangga...nak buat camner...dah tu jer yang tinggal...tak larat aku nak berdiri...tu pun sakit bontot wo duduk kat atas simen.
6 - Fan Selangor sama macam Kedah. Tabik!!..dorang memang sempoi dan sporting. Sebagai tanda hormat sekali lagi satu stadium berdiri bila fan Selangor nyanyi lagu negeri Selangor...
7 - Selepas tak boleh bakar flare dan baling resit...(tapi aku tengok kat stadium lain boleh jer...tak kena saman pun...double standard betul FAM ni...)...fan JDT main buih pulak...blowing bubles la pulak...meriah jugak...jangan yang ni pun FAM tak bagi jugak tak tau la nak kata apa...
8 - Tentang penonton pulak...macam biasa sporting...termasuklah fan Selangor...takder provokasi....aku nampak ada 2 orang mat salleh berjersey JDT bersama-sama chant lagu "Luaskan Kuasamu"...terer jugak mat salleh ni nyanyi melayu...dan terserempak jugak dengan dorang masa sama-sama jalan kaki 2 km lebih ke tempat parking...memang sempoi...aku dapat tau kat FB cakap dorang ni staf pengurusan Legoland berasal dari Jerman...padan la lain macam jer bahasa dorang berbual...dan satu lagi yang menarik aku terserempak dengan pasangan yang suaminya berjersey Selangor dan isterinya berjersey JDT...tapi si suami mesti tension pasal anak mereka berjersey JDT...heheh...ni macam kes adik ipar aku la...isteri JDT..suami Kedah...tapi anak die-hard Selangor pasal lahir dan menetap kat Selangor...
9 - Tentang game memang best. Bagus tengok Harris Harun control midfield. Bila Aimar takder macam lagi bagus pulak dorang main...mungkin dorang lebih berani nak tonjolkan diri...kalau ada Aimar...macam semua bola nak kena pass kat dia...macam terlalu harap sangat kat dia...
10 - Selain Harris, aku nak puji Baihakki (kapten), Amri,Mahali dan Izham Tarmizi...paling sempoi lagenda Selangor Amri Yahyah la..walaupun fan Selangor chant "duit..duit...duit..." dia tetap datang kat belah fan Selangor tanda hormat....dan lagi satu lawak jugak dia ni...dah 2 kali dah aku nampak dia joget bila B.O.S nyanyi lagu untuk dia...
11 - Kira aku puas hati game ni...walaupun sengal bontot bersesak duduk atas simen...dah nampak dah keserasian dorang ni...takder dah main long ball macam dulu-dulu...harap ianya berterusan...
Lepas ni liga cuti sebulan kan...bukan sahaja pemain...fan macam aku pun dapat jugalah rilek-rilek sikit...penat oii kalau setiap kali gi stadium sesak macam ni...

Kat belah Selangor pun sendat... |

"Di sini Selangor...Di sana Johor...Di mana-mana kita saudara..." Chant dari UltraSel yang tak dapat masuk stadium masa aku keluar nak balik...Respek! |
4 - Di sebabkan aku masuk lambat...tak dapat la tempat strategik..kena duduk belah bawah..nasib juga bukan paling bawah...bawah tu memang sakit hati la view lindung pagar...nasib aku atas sikit...tu pun bola leret tak nampak kena lindung ngan board elektronik tu...hampeh betul..
5 - Stadium sendat macam sardin. 1st time dalam sejarah aku duk kat tangga...nak buat camner...dah tu jer yang tinggal...tak larat aku nak berdiri...tu pun sakit bontot wo duduk kat atas simen.
6 - Fan Selangor sama macam Kedah. Tabik!!..dorang memang sempoi dan sporting. Sebagai tanda hormat sekali lagi satu stadium berdiri bila fan Selangor nyanyi lagu negeri Selangor...
7 - Selepas tak boleh bakar flare dan baling resit...(tapi aku tengok kat stadium lain boleh jer...tak kena saman pun...double standard betul FAM ni...)...fan JDT main buih pulak...blowing bubles la pulak...meriah jugak...jangan yang ni pun FAM tak bagi jugak tak tau la nak kata apa...
Blowing bubbles...harap-harap gambar ni boleh nampaklah bubblesnya...heheh... |
8 - Tentang penonton pulak...macam biasa sporting...termasuklah fan Selangor...takder provokasi....aku nampak ada 2 orang mat salleh berjersey JDT bersama-sama chant lagu "Luaskan Kuasamu"...terer jugak mat salleh ni nyanyi melayu...dan terserempak jugak dengan dorang masa sama-sama jalan kaki 2 km lebih ke tempat parking...memang sempoi...aku dapat tau kat FB cakap dorang ni staf pengurusan Legoland berasal dari Jerman...padan la lain macam jer bahasa dorang berbual...dan satu lagi yang menarik aku terserempak dengan pasangan yang suaminya berjersey Selangor dan isterinya berjersey JDT...tapi si suami mesti tension pasal anak mereka berjersey JDT...heheh...ni macam kes adik ipar aku la...isteri JDT..suami Kedah...tapi anak die-hard Selangor pasal lahir dan menetap kat Selangor...
9 - Tentang game memang best. Bagus tengok Harris Harun control midfield. Bila Aimar takder macam lagi bagus pulak dorang main...mungkin dorang lebih berani nak tonjolkan diri...kalau ada Aimar...macam semua bola nak kena pass kat dia...macam terlalu harap sangat kat dia...
10 - Selain Harris, aku nak puji Baihakki (kapten), Amri,Mahali dan Izham Tarmizi...paling sempoi lagenda Selangor Amri Yahyah la..walaupun fan Selangor chant "duit..duit...duit..." dia tetap datang kat belah fan Selangor tanda hormat....dan lagi satu lawak jugak dia ni...dah 2 kali dah aku nampak dia joget bila B.O.S nyanyi lagu untuk dia...
11 - Kira aku puas hati game ni...walaupun sengal bontot bersesak duduk atas simen...dah nampak dah keserasian dorang ni...takder dah main long ball macam dulu-dulu...harap ianya berterusan...
Dah 4...anak aku rilek main Ipad...heheheh... |
Lepas ni liga cuti sebulan kan...bukan sahaja pemain...fan macam aku pun dapat jugalah rilek-rilek sikit...penat oii kalau setiap kali gi stadium sesak macam ni...
LUASKAN KUASAMU!
Friday, February 14, 2014
The Battle Rages On...
Lagi entri yang tersangkut dari tahun lepas...
Album dari band kegemaran yang yang menyambut ulang tahun ke20 21
Deep Purple - The Battle Rages On... (1993)
Jarang ada rilisan dari Deep Purple yang mengecewakan. Apatah lagi jika ianya dari MK 2. Walau apa pun zamannya Deep Purple tetap Deep Purple. Tak kisah la zaman grunge ker apa...mereka tetap rocking. Takdernya mereka nak terikut-ikut zaman sangat.
Tetapi mungkin disebabkan faktor itu lah album The Battle Rages On kurang mendapat sambutan. Sangat berbeza ketika mereka melakukan reunion buat kali yang pertama pada tahun 1984. Ketika itu album Perfect Strangers berjaya mencapai tahap platinum di US. Mungkin pada ketika itu muzik rock belum terlampau jauh berevolusi seperti tahun-tahun 90an. Tahun 80an semua muzik gitar berdistortion di panggil rock atau heavy metal. Masih di anggap dalam satu kelompok sama. Tidak seperti tahun-tahun 90an yang mula memisahkan genre-genre rock dan metal hingga menjadi bermacam-macam genre serpihan. Peminat sesuatu genre serpihan itu akan mengangap satu genre yang lain sebagai tidak cool atau ketinggalan zaman. Dan media mainstream juga mengiyakannya. Mungkin ini lah penyebabnya grunge meletup dan segala band hard rock 70an dan 80an di anggap ketinggalan zaman.
Tetapi jangan ingat apa yang dianggap ketinggalan zaman dan tidak dihiraukan oleh media mainstream itu sebagai tidak bagus. The Battle Rages On sebenarnya cukup bagus. Kembalinya Ian Gillan seolah-olah mengembalikan Deep Purple yang dulu. Mereka kembali straight to the core. Tiada lagi pop Joe Lynn Turner. Muzik klasik hard rock ala Deep Purple yang lama. Ada sikit-sikit bunyi Rainbow pun iyer juga.
Banyak lagu best tapi tapi ada 3 lagu yang pada saya sangat best. 'Anya', 'A Twist In The Tale', dan 'Solitaire'. 'Anya' mempunyai sentuhan progressif dan epik. Melodic riff dan solo gitarnya antara yang terbaik pernah di hasilkan oleh Ritchie Blackmore. Lebih best kalau nengok versi livenya. (rujuk versi Come Hell Or High Water). Sememangnya antara lagu kegemaran saya. Klasik!
'A Twist In The Tale' pula adalah Deep Purple on speed. Membuktikan Ian Paice masih hebat. Masih ligat. Walaupun ada yang cakap lagu ni ada bayangan 'Spotlight Kid' - Rainbow. Tapi biasalah...dua-dua pun lagu Ritchie Blackmore. Tiada isu siapa tiru siapa.
'Solitaire' pula agak berlainan. Vokalnya dinyanyikan secara harmoni. Sangat melodic. Kali pertama dengar dah dapat tangkap. Paling menarik solonya bukan dari gitar Ritchie. Tapi solo keyboards Jon Lord. Memang hebat. Deep purple punya identiti sememangnya mereka berdua.
Sayangnya krisis antara Ian Gillan dan Ritchie Blackmore tidak berkesudahan. Sama seperti tajuk album...the battle rages on....Ini adalah album Deep Purple MK 2 yang terakhir. Ritche keluar semasa tour promosi album ini.
Sayang sungguh...dengan tiada lagi Jon Lord...maka tamatlah riwayat MK 2. The best Deep Purple untuk saya...
**Anya juga merupakan panggilan nama untuk anak sulong saya dikalangan keluarga terdekat. Sebutan pelatnya ketika menyebut nama dia semasa kecil melekat sehingga sekarang. Sayangnya dia tak berapa minat lagu Anya ni...maklumlah sebagai budak remaja zaman sekarang...apa yang selain dari K-POP bukanlah sesusatu yang cool....hampeh...heheh...
Album dari band kegemaran yang yang menyambut ulang tahun ke

Thursday, February 13, 2014
Lesen radio dan tv
Pagi tadi terdengar kat radio Sinar FM yang hari ni 13hb February adalah hari radio sedunia. Dan kebetulan beberapa minggu lepas masa mengemas gobok, aku terjumpa bendalah ni.
Khas untuk generasi sekarang yang tak pernah tau yang dulu-dulu nak tengok tv dan dengar radio pun kena ambik lesen...setahun RM24...kalau aku tak silap dia ada yang untuk radio ajer...murah sikit...RM12 kot setahun.
Lesen ni memang aku punya...tapi tak payah la cari aku kat alamat tu...hahaha...tu 17 tahun dulu aku menyewa kat situ...mesti jauh dah berubah tempat ni sekarang...3,4 tahun lepas aku sesat nak cari tempat ni guna jalan belakang depan Ampang Point tu...padahal dulu tu laluan aku hari-hari pun...giler beza KL sekarang...
Berbalik pada cerita lesen radio & tv ni...seingat aku waktu dulu-dulu, majoriti orang akan frame dan gantung lesen ni kat dinding termasuklah bapak aku...cumanya bapak aku tak gantung...tapi letak dalam gobok perhiasan....aku pulak dulu takder la frame....simpan jer dalam fail...tapi tak pernah pulak ada pegawai penguatkuasa datang check...
Kat kampung-kampung dulu-dulu banyak dengar cerita bila ada operasi check lesen tv ni dari rumah ke rumah...mana yang takder lesen tu...kelam kabut dorang sorokkan tv kat mana-mana yang patut...bawah rumah ker bawah katil ker...maklumlah tu jam bukan semua rumah mampu nak beli tv..senang la nak tipu pegawai tu cakap takder tv...heheh...
Denda dia boleh tahan mahal ooo...maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali....jangan main-main...kena jel pasal tengok tv dan dengar radio...hahaha...tapi pada Februari 1989, kerajaan mengumumkan pemansuhan lesen bagi radio dan kemudiannya lesen TV pada tahun 1999. So benda ni jadi sejarah jer la...budak-budak sekarang yang celik-celik mata dan nengok tv memang tak merasa la...
Khas untuk generasi sekarang yang tak pernah tau yang dulu-dulu nak tengok tv dan dengar radio pun kena ambik lesen...setahun RM24...kalau aku tak silap dia ada yang untuk radio ajer...murah sikit...RM12 kot setahun.
Berbalik pada cerita lesen radio & tv ni...seingat aku waktu dulu-dulu, majoriti orang akan frame dan gantung lesen ni kat dinding termasuklah bapak aku...cumanya bapak aku tak gantung...tapi letak dalam gobok perhiasan....aku pulak dulu takder la frame....simpan jer dalam fail...tapi tak pernah pulak ada pegawai penguatkuasa datang check...
Kat kampung-kampung dulu-dulu banyak dengar cerita bila ada operasi check lesen tv ni dari rumah ke rumah...mana yang takder lesen tu...kelam kabut dorang sorokkan tv kat mana-mana yang patut...bawah rumah ker bawah katil ker...maklumlah tu jam bukan semua rumah mampu nak beli tv..senang la nak tipu pegawai tu cakap takder tv...heheh...
Denda dia boleh tahan mahal ooo...maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali....jangan main-main...kena jel pasal tengok tv dan dengar radio...hahaha...tapi pada Februari 1989, kerajaan mengumumkan pemansuhan lesen bagi radio dan kemudiannya lesen TV pada tahun 1999. So benda ni jadi sejarah jer la...budak-budak sekarang yang celik-celik mata dan nengok tv memang tak merasa la...
Wednesday, February 12, 2014
Vs Kedah
Piala FA
Suku Akhir Pusingan Pertama
11hb Februari 2014
Johor Darul Takzim 3 Kedah 1
(Amri Yahya 14', Hariss Harun 21', Luis Figueroa 92′)
Aku memang suka kalau game waktu hari bekerja. Tenang. Jalan tak sesak, parking senang dan tak perlu nak berebut-rebut masuk stadium awal. Tapi tak la bermaksud stadium lengang, game malam tadi tetap full house. Cuma masing-masing bekerja...so biasa la...majoritinya datang stadium lambat.
Antara perkara menarik yang aku nak bebel tapi orang tak pergi stadium tak tau...(jangan jadi keyboard warrior..sila turun stadium!)
1 - Seperti di jangkakan...takder masalah dengan penonton. Orang berbudi kita berbahasa. Tabik orang Kedah! Anda hebat!
2 - Selain dari fan Melaka yang turun masa friendly tu hari, (ini aku cerita untuk musim ni la..) Fan Kedah awal-awal dah chant dulu...(B.O.S biasa pukul 8 baru start). Nyanyian terimakasih penyokong Johor disambut tepukan gemuruh satu stadium. Lebih respek dorang mulakan mexican wave. Tak pernah beb penyokong lawan mulakan mexican wave. Respek!
3 - Selepas habis lagu Negaraku, penyokong Kedah menyanyikan lagu negeri Kedah. Satu stadium yang mulanya dah duduk bangun berdiri untuk menghormati. Kalau kata kami penyokong Johor ni jahat-jahat jugak memang aku pun tak tau nak cakap apa lagi la. Tak pernah pulak rasanya masa away game bila penyokong Johor menyanyikan lagu bangsa Johor, penonton home turut berdiri...
4 - Aku terserempak dengan Azmil Azali. Sempoi duduk sama-sama kat seat RM10...Kenal tak siapa dia?...lagenda Johor dan pernah wakil Malaysia pada pertengahan 90an dulu. Sezaman dengan Omar Salim, Rizal Zamberi Yahya, Idris Karim, Rizal Sukiman, Rosdee Sulong dan jurulatih JDT II sekarang Azmi Mohamad.
5 - Start musim ni, scoreboard dah letak gambar pemain masa pengumuman nama pemain. Harap lepas ni boleh tayang game pulak. Senang nak tengok replay masa gol.
6 - Aimar injured. Figueroa duduk simpanan. Malam tadi kira peluang untuk pemain tempatan tunjuk kemampuan. Sayangnya aku rasa Safee Sali dan Mat Yo tak berapa menjadi. dah berapa game ni aku tetap rasa Amri Yahya lah pemain tempatan yang paling menyerlah. Memang tak sia-sia JDT beli dia walaupun dia tak main sebagai striker.
7 - Game memang takder masaalah. Tapi mutu pengadilan memang masih tahap hampeh. 3 kad merah dan 7 kad kuning. Pemurah betul ref ni. Memang rasa geram bila tengok keputusan pengadil yang tak masuk akal...sampaikan satu stadium chant "ref itu anjing". Iyer...kasar bunyinya...tapi nak buat macamaner...
8 - Taktik counter attack Kedah memang menjadi. Menang 3-1 bukanlah jaminan untuk ke semi. Sekurang-kurangnya lega jugak la... 1st time untuk musim ni dapat score lebih dari 2...
Ni bukan hooligan...tapi penapis asap rokok yang aku sendiri pun tak tahan...patutnya "No Smoking Zone" dalam stadium perlu di kuatkuasakan...pening arrr bau asap.... |
Semoga berjaya di Darul Aman...Sekian.
LUASKAN KUASAMU!
Monday, February 10, 2014
nampak sama tapi bukan dia...
Ratt - Dancing Undercover (Aug 1986) |
Headwind - Headwind 3 (? 1986) |
Dulu dulu bukan sahaja lagu yang di ciplak....ada siapa-siapa boleh konpem bulan bila album Headwind 3 ni diriliskan?....manalah tau kan kot-kot Ratt yang menciplak...heheh...sampaikan tulisan no 3 tu pun guna font yang sama...
btw..dua-dua album pun sedap...Dancing Undercover adalah salah satu album kegemaran aku dari era glam rock/hair metal 80an....manakala Headwind 3 pula dengan lagu-lagu seperti Kita Serupa, Suraya dan Memori Luka pun best juga...satu-satunya kaset Headwind yang aku ada dulu...semata-mata pasal kavernya dan lagu Memori Luka...lama dah aku cari tshirt Ratt yang guna gambar ni...tapi masih tak jumpa...
Sunday, February 9, 2014
Set the World on Fire
Lagi entri tahun lepas yang tersangkut dalam draf...
Album dari band thrash kegemaran yang dah mencapai usia20 21 tahun.
Annihilator - Set the World on Fire (1993)
Bercerita perihal Annihilator sememangnya saya ada sedikit bias. Mereka adalah antara band thrash metal kegemaran. Jeff Waters pula adalah salah seorang gitar hero pujaan. Maka maafkanlah jika entri ini penuh dengan puji-pujian.
Set the World on Fire adalah album ke 3 mereka. Seperti kebanyakan band thrash yang berubah di awal 90an. Annihilator tidak terkecuali. Ada banyak yang komplen kata mereka jadi komersial. Tetapi saya langsung tidak bersetuju. Kurang thrash mungkin. Tetapi masih metal. Muzik mereka masih up-tempo metal yang mengingatkan saya kepada Savatage (awal) dan Megadeth (era Rust In Piece dan Countdown to Extinction). 2 band yang juga banyak mempengaruhi selera muzik saya.
‘’Phoenix Rising’’ dan ‘’Sounds Good To Me’’ adalah 2 lagu yang sering jadi kritikan kepada mereka yang thrash sangat la kononnya. Pada saya ‘’Phoenix Rising’’adalah salah satu lagu power ballad yang sedap. Macam ni la gayanya kalau nak buat power ballad bukannya "Nothing Else Matters"...heheh....Manakala ‘’Sounds Good To Me’’ adalah salah satu all time favourite saya untuk kategori lagu-lagu mid tempo. Memang terbaik!
Highlightnya sudah semestinya kerja gitar Jeff Waters. Riff-riff dan solo-solonya memang awesome. Kalau tak...tak kan lah Abang Mus pernah dua kali ajak dia join Megadeth. Semua lagu best. Selain 2 yang disebut tadi, cuba juga lagu "Set the World on Fire", "Bats in the Belfry", "Knight Jumps Queen" dan "No Zone". Memang syiok.
Jangan lupa juga yang Mike Mangini (Dream Theater), kariernya bermula dari album ini. Bukanlah album thrash seperti 2 album awalnya tetapi sebuah album metal gitar berapi yang cukup best.
Album dari band thrash kegemaran yang dah mencapai usia

Friday, February 7, 2014
mangrove tour langkawi
Sambung lagi kisah di langkawi...
Antara aktiviti yang aku teringin nak buat masa di Langkawi adalah menaiki bot menyusur sungai atau apa yang dipanggil sebagai Mangrove tour...So kat sini aku kongsi la pengalaman aku kat sana. Banyak gambar sebenarnya...tapi aku tampal mana yang berkenaan ajer la...kang panjang berjela pulak entri ni.
Oleh kerana pergi ni masa bulan dec yang lalu...aku dah hampir-hampir terlupa berapa harganya. Pakejnya ikut jam...ada yang 1 jam atau 2 jam...tak silap aku satu bot untuk yang 2 jam dalam RM250 - 300 kot...agaknya la...
Inilah bot yang kami naik...boleh muat dalam 8 orang kalau tak silap...suka..suka juga...tapi dari segi kesalamatan memang hampeh la...takder jaket keselamatan yang disediakan...pelampung pun cuma ada 2...kalaulah ada apa-apa kejadian buruk...memang tak tau la aku nak cakap...kalau semua terer berenang takper la jugak...
Perjalanannya menyusur Sungai Kilim...tak pasti aku berapa KM jauhnya...pergi lalu sungai...balik lalu laut...
Sepanjang sungai tu ada beberapa tempat yang bot akan berhenti. Yang pertamanya kat satu kawasan burung helang. Ada bot yang ada pakej Eagle Feeding. Bot aku takder...cuma berhenti sekejap tengok burung helang. Tu ajer la gambar yang dapat aku tangkap. Guna kamera handphone memang susah le nak dapat tangkap gambar helang yang tengah berterbangan tu...
Sungainya takder la besar mana...dalam ker tak tak pasti pulak aku...tapi jalan kat tepi-tepi tu saspen gak aku...buaya memang aku tak takut la...(tak pasti sungai ni ada buaya tak...lupa pula nak tanya budak driver bot...tapi yang aku tau...buaya memang takut bunyi bising enjin bot...ni jurulatih kem bina semangat yang cakap masa aku ikut berkayak kat sungai mersing dulu)
Tapi aku saspen ular...rupanya memang ada ular...bot aku tu siap berhenti tunjuk ular yang tengah tidur kat atas pokok...sayangnya guna kamera handphone...hampeh nak zoom jelas tak dapat...so tak yah la letak gambar...
Ni pula ketika bot nak masuk lalu dalam gua. Gua ni namanya Gua Buaya.
Keadaan dalam gua. Gelap gelita. Kelawar banyak la. Sayangnya ambik gambar tak nampak. Sekali lagi rugi tak bawak DSLR
Gua ni di panggil gua buaya bukanlah pasal ada buaya kat dalamnya. Tapi mengikut cerita budak driver tu sempena rupa gua tu yang macam muncung buaya. Tak pasti korang boleh cam tak rupa muncung buaya dengan gigi-giginya kat gambar atas...
Next...berhenti pulak kat kawasan monyet. Memang banyak monyet. Kat sini bot yang aku naik ni ada sediakan roti untuk bagi makan kat monyet. Budak-budak suka la. Nasib jugak la monyet tu tak melompat naik atas bot.
Pastu singgah pulak Gua Kelawar. Ni kena turun dari bot. Jalan-jalan masuk gua. Ada bayaran. Lupa pulak aku berapa RM.
Dalam gua ni dorang tak bagi ambik gambar. Takut-takut batman dan dracula yang tengah tidur terjaga...hahaha...
Macam biasa la dalam gua selain kelawar...boleh nampak stalaktit dan stalagmit...ni dulu masa sekolah jenuh menghafal mana yang bawah mana yang atas...heheh...
Kemudiannya balik...menuju ke laut...bot tak patah balik lalu sungai...ni memang masa driver bot speeding abis...siapa yang mabuk laut tu jaga-jaga la...
Sebelum balik...singgah dulu kat Fish Farm...macam-macam ikan ada kat sini...pari besar pun ada...lupa pulak nak ambik gambar...
Ikan buntal jer yang aku teringat nak ambik gambar...heheh..
Yang bestnya kat atas pelantar fish farm ni ada restoran. So boleh la pilih dan beli ikan segar suruh dorang masak. Ikan, ketam, udang semua pun ada.
part yang paling best...dah tentu-tentu la MAKAN!!!...heheh...sebenarnya pakej kita orang tak der masuk makan kat restoran ni...tapi atas budi bicara driver boat dan up sikit upah dia...tambah lagi satu jam untuk makan-makan....
So gitulah lebih kurang sedikit sebanyak mangrove tour aku semasa kat Langkawi. Sesiapa yang tersesat kat sana boleh la mencuba. Seronok juga beb...
sebenarnya ada bepuluh gambar lagi masa naik bot ni...tapi tak larat pulak aku nak pilih dan sorting...ni kira ok la kot...guna kamera handphone jer pun...Nanti ada lagi sambungan pasal trip Langkawi ni...tunguuuu...
Antara aktiviti yang aku teringin nak buat masa di Langkawi adalah menaiki bot menyusur sungai atau apa yang dipanggil sebagai Mangrove tour...So kat sini aku kongsi la pengalaman aku kat sana. Banyak gambar sebenarnya...tapi aku tampal mana yang berkenaan ajer la...kang panjang berjela pulak entri ni.
Oleh kerana pergi ni masa bulan dec yang lalu...aku dah hampir-hampir terlupa berapa harganya. Pakejnya ikut jam...ada yang 1 jam atau 2 jam...tak silap aku satu bot untuk yang 2 jam dalam RM250 - 300 kot...agaknya la...
Inilah bot yang kami naik...boleh muat dalam 8 orang kalau tak silap...suka..suka juga...tapi dari segi kesalamatan memang hampeh la...takder jaket keselamatan yang disediakan...pelampung pun cuma ada 2...kalaulah ada apa-apa kejadian buruk...memang tak tau la aku nak cakap...kalau semua terer berenang takper la jugak...
Perjalanannya menyusur Sungai Kilim...tak pasti aku berapa KM jauhnya...pergi lalu sungai...balik lalu laut...
Memang sibuk sungai ni...banyak bertembung ngan bot2 pelancong yang lain...laju-laju pula tu memasing...saspen gak aku takut berlaga...ada bot yang ada jaket keselamatan macam gambar kat atas...mungkin yang ni jenis pakej resort...proper sikit...yang aku sewa ni kira macam teksi sapu la...