Album rock lejen melayu yang dah 30 tahun...
Sweet Charity - Berita Gempa (1985)
Album studio terakhir Sweet Charity bersama Ramli Sarip tetapi ianya merupakan album pertama Sweet Charity yang saya jumpa/dengar secara sendiri bukannya melalui abang seperti album-album yang sebelumnya. Maklumlah pada ketika itu abang saya lebih kemaruk mendengar lagu-lagu pop "new wave" mat salleh berbanding lagu rock melayu.
Walaupun begitu saya tidak pernah memilikinya dalam bentuk kaset. Sekadar meminjam dari kawan. Agak kurang "sentimental value" nya kepada saya. Walaupun ianya diterbitkan pada tahun 1985, tahun yang saya mula untuk mencuba-cuba dengar muzik rock. Tetapi kesannya tidak besar seperti seperti album "Cinta Buatan Malaysia" yang juga diterbitkan pada tahun yang sama.
Sebab utamanya pada saya adalah kerana Sweet Charity masih memainkan muzik rock 70an. Saya yang telah mula kenal apa dia NWOBHM dan Iron Maiden lebih tertarik dengan muzik rock semasa pada ketika itu. Darah muda la katakan. Tetapi yang menariknya semenjak dari album Batu (1983), Sweet Charity telah mula meninggalkan pengaruh rock dangdut dari Indonesia.
Mereka lebih berani untuk memainkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Hanya lagu "Dendang Remaja" yang merupakan lagu cover. Tetapi seperti biasa, perihal ciplak di sana sini pastinya ada. Dengarkan lagu "Langsung Tak Faham" sudah pastinya riff Joe Perry dalam lagu "Walk This Way - Aerosmith" terngiang-ngiang di kepala.
Tetapi ada lagi yang dulunya saya tak pernah tahu. Rupa-rupanya lagu "Berita Gempa" juga adalah sebuah lagu cipak. Lagu asalnya adalah dari kumpulan SAS dari Indonesia yang bertajuk "Larantuka" yang di petik dari album mereka bertajuk "Baby Rock" terbitan tahun 1976. Tambah malangnya lagu ini diberkan kredit kepada Ramli Sarip sebagai penciptanya. Biasanya sebuah lagu cover dituliskan sebagai "Copyright Controlled" untuk menunjukkan ianya dirakamkan dengan kebenaran. Tidak pasti adakah Sweet Charity merakamkan lagu ini dengan kebenaran.
Yang pastinya pada saya album ini mengandungi "hidden gems" dalam lagu "Bunga Bunga Cinta". Sila rujuk ulasan saudara Saudara PC Kokak di >SINI<. Melodinya sedap dan solo Rosli Mohalim sungguh mendayu-dayu. Sayangnya produksi sebu album ini sedikit mencacatkannya. Lebih sayangnya, ramai yang tak tahu berkenaan lagu ini. Sweet Charity pun macam tak pernah (maaf...saya tak pasti) membawakan lagu ini secara live.
Ramli Sarip mula bergerak secara solo selepas terbitnya album ini. Maka disinilah berakhirnya band lagenda rock 70an melayu, Sweet Charity.
Saturday, January 31, 2015
Friday, January 30, 2015
Thursday, January 29, 2015
Boyhood
Filem ke 2 di tonton untuk filem-filem yang tercalon di anugerah academy.
Boyhood (2014)
Saya memang sukakan filem-filem yang bergenre "coming of age". Boyhood mengisahkan kehidupan Mason Evans Jr bersama keluarganya (ibu dan ayah yang dah berpisah dan seorang kakak) sejak beliau seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun hinggalah menjadi seorang remaja berusia 18 tahun.
Yang unik dan menariknya ianya dilakonkan oleh pelakon yang sama. Bermakna filem ini dirakamkan dengan pelakon yang sama untuk tempoh lebih 11 tahun. Lebih tepatnya mula dirakamkan pada May 2002 hinggalah kepada oktober 2013.
Saya tak rasa ada filem lain yang sebegini tinggi komitmennya. 11 tahun lebih tu. Lama. Kita dapat saksikan bagaimana Ellar Coltrane (watak utama) dan Lorelei Linklater (watak kakak) membesar dalam filem. Dari kanak-kanak hingga menjadi remaja. Tetapi yang pastinya Ethan Hawke (watak ayah) tetap "maintain" walaupun selepas 11 tahun. Lelaki memang selalu maintain muda..heheh..
Mungkin yang tak biasa dengan gaya filem Richard Linklater akan terasa sedikit bosan. Maklumlah filem ini bergenre drama dan perjalanan ceritanya memang agak perlahan. Tetapi kalau biasa dengan cara filem trilogy "Before" Richard Linklater, Pastinya filem ini untuk anda.
Saya ada sedikit "rasa" yang ianya boleh menang filem terbaik. Tambah-tambah selepas mereka menang di Golden Globe.
Terbaik!

Wednesday, January 28, 2015
Time's Makin' Changes – The Best of Tesla
Yang dah pun menjangkau 20 tahun...
Tesla - Time's Makin' Changes – The Best of Tesla (1995)
Tidak dinafikan, Tesla adalah salah sebuah band kegemaran saya semenjak kali pertama mendengar kaset The Great Radio Controversy pada tahun 1989 dahulu. Mana-mana band yang mempunyai "twin guitar solo" memang mudah untuk saya minati.
Time's Makin' Changes mengandungi pilihan lagu-lagu dari 4 album awal mereka, Mechanical Resonance (1986), The Great Radio Controversy (1989), Psychotic Supper (1991) dan Bust a Nut (1994) berserta album live, Five Man Acoustical Jam (1990).
Mereka tidak pernah berubah. Tidak "selling out". Tidak kira zaman ketika "glam" ataupun "grunge", mereka tetap dengan muzik hard rock heavy rock n roll mereka. Dari awal hingga sekarang tetap dengan imej "blue collar band", tshirt dan jeans. Makanya tidak banyak beza dari segi arah tuju muziknya tak kira album 80an ataupun 90an mereka.
Mungkin ini tempat terbaik kalau anda hendak mengenali muzik mereka. Tiada masalah pada saya terhadap pilihan lagu-lagu di dalam kompilasi ini walaupun sebenarnya mereka ada banyak lagu-lagu yang bagus. Banyak mana la boleh muat dalam 1 disc kan. Tapi sekurang-kurangnya 2 lagu dari setiap album ada di dalamnya. Lagu yang berat, lagu perlahan malah lagu live accoustic mereka pun ada.
Terbaik dari band yang sangat "underated".

Monday, January 26, 2015
Sudah Sampai Sini : Teluk Batik, Perak
Lagi tempat-tempat menarik di sekitar Lumut yang sempat dikunjungi (lama dah ni...sekitar bulan November tahun lepas..)
Teluk Batik. Antara pantai popular untuk warga Perak. Sampai pukul 2 petang, waktu matahari masih tegak kat kepala pun orang dah ramai berkelah dah...
Kali ke 3 dah sampai sini. Kali terakhir dulu monumen ni pun tak ujud lagi.
Tak ingat tahun bila...kalau tak silap anak bongsu saya pun kecik lagi...rasanya lebih dah 6,7 tahun yang dulu...
Singgah sekejap...tak sampai pun setengah jam..pusing-pusing...ambil gambar...balik...
Dulu pernah bermalam dah menyewa resort kat sini...zaman tu belum ada blog...so tak masuk lah ceritanya kat sini...heheh..
Tapi yang pasti pantainya bersih...sesuai la untuk bawak famili....

Saturday, January 24, 2015
Balance
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini (24hb Januari)
Van Halen - Balance (1995)
Awalnya agak kurang berminat. Pada saya album-album mereka selepas dari 5150 agak kurang menarik. Tetapi lagu "Can't Stop Lovin' You" membuatkan saya tertarik untuk mencuba. Ianya mengingatkan saya pada era 5150. Lagu "Dreams" contohnya.
Balance adalah kesinambungan dari "For Unlawful Carnal Knowledge". Bezanya ia berbunyi lebih seperti Van Halen yang lama berbanding Sammy Hagar solo. Itu yang membuatkan saya tertarik. Ianya seolah-olah mereka kembali ke zaman 5150 tetapi dengan sound yang lebih berat, gelap dan tiada keyboards.
Banyak band yang berubah arah bila memasuki era 90an. Tetapi tidak bagi Van Halen. Siapa kata muzik hard rock tiada tempat dalam tahun 90an. Siapa kata gitar hero tidak dipedulikan dalam tahun 90an. Siapa kata tidak perlu lagi solo bergulung dalam lagu. Van Halen telah membuktikan sebaliknya.
Balance berjaya menduduki kedudukan no 1 di carta Billboard dan terjual sebanyak 3 juta unit (USA sahaja) dalam tempoh 3 bulan lebih selepas ia di edarkan. Ini membuktikan anda tidak perlu untuk menukar "sound" band anda menjadi grunge untuk terus kekal relevan di era 90an.
Pada saya ini album terbaik Van Halen Mk 11 selepas 5150. Mungkin kerana 5150 lebih nilai nostalgianya maka pada saya Balance "is a close second".
Riff dan solo Eddie Van Halen tidak pernah menghampakan saya. Tabik!!!

Friday, January 23, 2015
The Imitation Game
Cerita pasal filem pulak...
Mungkin saya patut buat entri macam 2 tahun yang lalu. Menonton semua filem yang tercalon untuk anugerah Academy. Setakat ini saya telah menonton 2 daripadanya. Ini yang pertama. (di tonton sebelum tau ianya tercalon)
The Imitation Game (2014)
Asalnya saya menonton hanya semata-mata kerana adanya Keira Knightley (hahaha..) Tak tahu pun kisahnya berkenaan apa. Tetapi ternyata filem ini bagus dan rating tinggi di IMDB dan Rotten Tomatoes mengesahkannya.
Secara ringkasnya ia berdasarkan kisah benar seorang pakar matematik dan kriptologi bernama Alan Turing yang mengetuai misi untuk memecahkan kod Enigma Jerman yang membolehkan pihak bersekutu memenangi Perang Dunia Kedua.
Tak pasti sejauh mana kisah ini benar-benar berdasarkan kisah yang sebenarnya. Kalau kita "google", ada fakta yang dikatakan ditokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita. Itu biasalah dalam filem demi untuk menambahkan elemen dramanya. Tetapi yang pastinya mesin yang dicipta dan digunakan oleh Alan Turing untuk memecahkan kod rahsia Jerman itu adalah versi awal komputer yang kita gunakan pada hari ini.
Mungkin ada isu moral di sini kerana Alan Turing adalah seorang gay. Tetapi lakonan Benedict Cumberbatch (mungkin anda kenal dia melalui siri tv Sherlock) sangat menyakinkan. Saya tak hairan bila nama beliau juga tercalon untuk kategori pelakon terbaik.
Untuk kategori drama, ini memang cukup bagus!

Wednesday, January 21, 2015
Thunder in the East
Hari ini, 21hb Januari. Genap 30 tahun album ini pertama kalinya dilancarkan di Jepun.
Loudness - Thunder in the East (1985)
Kalau anda sezaman dengan saya dan membesar pula di sekitar Johor, album ini pastinya akan mempunyai pengaruh yang besar jika anda minat muzik rock. Kalau tak pernah dengar keseluruhan album pun pastinya anda pernah dengar lagu "Heavy Chains".
Saya pun tak pasti ada apa dengan "Heavy Chains". Tetapi lagu ini cukup popular dikalangan budak budak rock melayu pada zaman tersebut. Banyak betul band kerja kahwin yang "cover" lagu ini termasuklah band yang dah popular seperti Search. (Boleh cari di youtube - konsert di Panggung Anniversary).
Ianya juga antara lagu wajib juga jika anda baru belajar main gitar. Part "plucking" kat intro lagu tu memang boleh show off la kalau main tak terkucil..dan lagu ini juga antara lagu yang saya dan rakan-rakan sekolah cuba untuk main setiap kali jamming walaupun biasanya memang kelaut jadinya...heheh...
Thunder in the East adalah antara kaset terawal saya (versi apache) dengan mengumpul duit belanja sekolah. Satu hari 50 sen...6 hari baru berjaya beli. Harganya pada ketika itu RM3. Zaman tu memang payahlah nak jumpa kaset asli. Memang hampir tiada pun termasuklah kaset artis melayu.
Bolehlah dikatakan majoriti lagu-lagunya adalah soundtrack hidup remaja saya. "Crazy Nights", "Like Hell", "Heavy Chains", "Run for Your Life" dan "Never Change Your Mind" adalah antara yang menjadi kegemaran. Memang banyaklah kenangan dan "sentimental value"nya kepada saya.
Zaman ni semua pun berangan nak jadi Akira. Masih terngiang-ngiang berkumpul bersama rakan-rakan yang satu kepala di belakang bilik darjah, ketuk meja dan ber "air guitar" (kadang-kadang batang penyapu pun jadi...) menyanyi lagu-lagu dari album ini. Zaman-zaman nakal budak sekolah "youth gone wild". Cikgu-cikgu pun geleng kepala.
Tetapi Alhamdulilah. 30 tahun selepas itu. Kami semua masih berjaya jadi orang. Dan ada juga antara kami yang dah berpangkat besar dan bergelar Haji. Terima kasih cikgu. Siapa kata mat rock tiada masa hadapan.
Banyak kenangannya. Rekomended!

Saya dah kehilangan kaset versi apache tetapi kaset yang ini dibeli pada sekitar pertengahan tahun 90an....tak pasti beli kat mana...lupa dah... |
Bolehlah dikatakan majoriti lagu-lagunya adalah soundtrack hidup remaja saya. "Crazy Nights", "Like Hell", "Heavy Chains", "Run for Your Life" dan "Never Change Your Mind" adalah antara yang menjadi kegemaran. Memang banyaklah kenangan dan "sentimental value"nya kepada saya.
Zaman ni semua pun berangan nak jadi Akira. Masih terngiang-ngiang berkumpul bersama rakan-rakan yang satu kepala di belakang bilik darjah, ketuk meja dan ber "air guitar" (kadang-kadang batang penyapu pun jadi...) menyanyi lagu-lagu dari album ini. Zaman-zaman nakal budak sekolah "youth gone wild". Cikgu-cikgu pun geleng kepala.
Tetapi Alhamdulilah. 30 tahun selepas itu. Kami semua masih berjaya jadi orang. Dan ada juga antara kami yang dah berpangkat besar dan bergelar Haji. Terima kasih cikgu. Siapa kata mat rock tiada masa hadapan.
Banyak kenangannya. Rekomended!
Tuesday, January 20, 2015
Nightcrawler
Nightcrawler (2014)
Saya banyak juga menonton filem kebelakangan ini. Tetapi rasa malas pula untuk menulis. Tetapi Nightcrawler membuatkan saya tergerak hati untuk menulis.
Demi mengharungi kehidupan di kotaraya yang semakin mencabar, nilai kemanusian bukanlah lagi satu keutamaan. Sila google sendiri untuk sipnosis yang lebih lengkap.
Serius. Cerita ini bagus. Walaupun kalau baca sipnosisnya macam biasa-biasa sahaja. Tetapi memang betul, jalan ceritanya sebenarnya "simple" tetapi lakonan Jake Gyllenhall membuatkannya jadi hidup. Sayangnya beliau tidak tercalon untuk anugerah pelakon lelaki terbaik walaupun beliau antara calon pilihan.
Pada saya filem ini kekuatannya adalah Jake Gyllenhall. Dia jarang mendapat "credit" untuk filem-filem lakonannya sebelum ini. Padahal dia bagus. Cuba tonton Donnie Darko, Jarhead, The Good Girl dan antara kegemaran saya, Zodiac. Malah saya ada terbaca yang beliau kini dibandingkan dengan Robert De Niro dalam Taxi Driver. Kebetulan umur mereka sebaya ketika melakonkan kedua-dia filem ini. Dari gaya lakonannya memang beliau ada harapan besar untuk menjadi seperti Robert De Niro.
Sememangnya ini adalah salah satu filem kegemaran saya untuk tahun 2014. Rekomended!
Monday, January 19, 2015
Sudah Sampai Sini : Menara Condong Teluk Intan
Dulu masa budak-budak kalau tak silap dalam mata pelajaran ilmu alam geografi ada belajar berkenaan Menara Condong Teluk Intan. Sejak dari itu memang teringin nak pergi.
Sebelum ni tak pernah singgah Teluk Intan. Sekadar lalu. Tetapi secara kebetulannya jalan-jalan pergi ke Lumut tempohari lalu pula di Teluk Intan. Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke sini.
Nak pergi ke Menara Pisa tak mampu...Menara Teluk Intan pun jadi lah...yang penting ianya juga condong. :P
Macamana boleh jadi condong?..Sila google atau klik gambar di atas untuk keterangan lanjut. Tetapi secara ringkasnya untuk yang kurang rajin...Ianya dibina pada tahun 1885 dengan ketinggian setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga. Walaupun dari luar nampak seperti 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya 3 tingkat.
Menurut ceritanya ia menjadi condong kerana didirikan di atas struktur tanah yang lembut. Banjir besar yang melanda pada tahun 1889 dan 1895 serta bebanan tangki air yang berat juga antara yang menjadi faktor ianya menjadi condong. (Dulunya menara ini digunakan untuk simpanan tangki air tetapi sekarang hanya sekadar menara jam)
Untuk yang tak pernah sampai sini....beginilah keadaan didalamnya. Ini gambar tingkat pertama. Jangan bimbang...masuk adalah percuma.
Terdapat pelbagai gambar-gambar lama yang bersejarah terutamannya berkaitan dengan menara dan pekan Teluk Intan dilekatkan di dindingnya.
Pemandangan tingkat 2 dari tangga tingkat 3. Ianya berbentuk bulat dengan lantai yang menggunakan kayu serta dinding berbatu bata. Jenuh juga untuk mendaki tangga. Tangga keseluruhannya diperbuat daripada kayu.
Ini pula pemandangan di tingkat 3.
Tangga tingkat 3 menuju ke jam. Makin tinggi makin curam dan menegak tangganya. Berjaya juga sampai ke jam. Tetapi keadaan sempit dan kebetulan ada pula beberapa orang pengunjung tengah bergambar membuatkan saya membatalkan niat untuk mengambil gambar.
Pemandangan pekan Teluk Intan dari Menara. Kalau tak silap ini dari tingkat 2.
Lagi pemandangan dari Menara. Yang ini pula dari tingkat 3.
Sekian. Terimakasih.

Friday, January 16, 2015
Deadly Sting
Kebetulan Deaf dah tercerita pasal Scorpions hari tu, ni tambah sikit. Kompilasi yang akan menyambut ulang tahun ke 20 pada 2 hb Februari depan.
Scorpions - Deadly Sting (1995)
Bersempena juga dengan album baru mereka "Return to Forever" yang khabarnya akan di edarkan bulan depan. Sebelum ini katanya nak pencen dah. Kononnya Comeblack (2011) adalah album studio terakhir mereka. Kiranya itu "goodbye" album. Siap dah buat "farewell tour" dah. Alih-alih tak jadi pencen la pulak katanya. Nampaknya Rudolf Schenker, Klaus Meine dan Matthias Jabs memang betul-betul rock sampai tua.
Mengikut apa yang tertulis di inlay, cd ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke 30 tahun Scorpions. Maknanya masuk tahun 2015 ni, Scorpions dah 50 tahun dah.
Tahun 1995 adalah antara tahun yang saya baru kenal apa itu cd. Ada 2 album kompilasi Scorpions yang diterbitkan pada tahun tersebut. Deadly Sting dan Born To Touch Your Feelings (akan diceritakan di lain kali). Kedua-duanya saya beli. Maklumlah zaman tu nak cari satu-satu cd album mereka memang susah. Makanya bila terjumpa kompilasi seperti ini memang tak akan dilepaskan.
Lagu-lagunya adalah lagu dari zaman mereka bersama syarikat rakaman EMI. Zaman selepas Uli Jon Roth. Yang menariknya, seleksi lagu-lagunya adalah lagu-lagu rancak dan mid-tempo bukannya lagu-lagu slow rock seperti yang biasa ada dalam album kompilasi.
Majoritinya adalah lagu-lagu dari tahun 1979 hinggalah 1988. Cuma tak pasti kenapa tiada satu pun lagu dari album Animal Magnetism (1980).
Sangat sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar dengar Scorpions dan jemu dah dengan lagu Still Loving You.

Thursday, January 15, 2015
My Life with Deth
My Life with Deth: Discovering Meaning in a Life of Rock and Roll - David Ellefson (2013)
OK! Itu sahaja ayat yang saya boleh gambarkan berkenaan buku biography ini. Saya harapkan ianya adalah "the other side of Megadeth". Tetapi nampaknya Dave Jr terlalu berhati-hati. Isu-isu kontroversi contohnya kes saman beliau terhadap Dave Mustaine hanya diceritakan sepintas lalu. Mungkin kerana beliau hendak menjaga hati setelah kembali ke dalam Megadeth.
Memang tak jumpa la cerita-cerita dalam selimut Megadeth. Ianya lebih kepada cerita perbadi beliau seperti kebanyakan buku "rockstar" yang lainnya. Dari seorang "drug addict" menjadi "sober". Yang berbezanya banyak pula kisah beliau dan agama kristian. Beliau sekarang menjadi seorang yang agak alim sebenarnya (dalam konteks agama kristian la).
Kebanyakannya cerita perihal Megadeth tidak di tulis secara mendalam. Mungkin beliau beranggapan kisah-kisah Megadeth telah pun ditulis di dalam buku Dave Mustaine. Tetapi sebagai pengemar Megadeth, sebenarnya itulah yang kita mahukan. Sayangnya terlalu banyak yang agak "general" ceritanya.
Walaupun begitu, jika anda pengemar David Ellefson khususnya dan Megadeth amnya, buku ini memang patut anda baca.
Wednesday, January 14, 2015
Tuesday, January 13, 2015
Kota Belanda di Pulau Pangkor
Sebuah lagi tempat yang sempat dikunjungi masa ke Pulau Pangkor tempohari.
Runtuhan Kota Belanda (Dutch Fort). Nak tahu cerita lebih detail sila rajinkan diri untuk "google".
Harapnya boleh nampak apa yang di tulis dalam gambar di atas (click to enlarge). Secara ringkasnya ianya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah.
Kemudiannya di musnahkan oleh orang tempatan pada tahun 1690 kerana tidak bersetuju dengan cara Balanda memperolehi bijih timah tersebut
Kemudiannya di bina semula oleh Belanda pada tahun 1743 dan digunakan sehingga tahun 1748...lepas tu terbiar...
Sehinggalah kemudiannya dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah...
arghhh...penat la nak menaip...sila google sendiri la sejarah dia...hahaha...
Masuk free...tak kena bayar....siapa-siapa minat sejarah patut pergi
ok dah....
.

Monday, January 12, 2015
Back to school 2
Bulan naik sekolah adalah bulan untuk berpuasa dari membeli segala hobi duniawi....ni baru seorang...kalau ada 3 atau 4 anak yang sekolah berasrama.....memang pengsan tengok duit yuran...nasib tahun ni tinggal seorang...
Apa-apa pun selamat kembali ke sekolah terutama kepada ibu bapa yang anak sulongnya masuk darjah 1. Kemaruk nengok masing-masing excited ambil gambar dan rakam video anak di sekolah...biasalah tu...nanti bila anak yang no 3 atau 4...memang buat tak tahu ajer la...hahaha...
Friday, January 9, 2015
Throwback : 1985
30 tahun telah pun berlalu. Tetapi ianya bolehlah dikatakan sebagai titik permulaan untuk saya menemui genre muzik yang saya gemari. Ini adalah tahun yang saya mula mencari muzik secara sendiri bukannya lagi apa yang abang saya dengar itulah yang saya dengar.
Dari awal lagi saya sudah sedar yang saya lebih mengemari muzik yang ada bunyi gitar. Awal 80an adalah zaman dimana abang saya sedang kemaruk dengan muzik new-wave dan saya juga terpengaruh sama. Walaupun saya sukakan Pet Shop Boys ataupun Wham, tetapi saya rasakan lebih seronok apabila mendengar muzik yang "guitar oriented" seperti Bryan Adams ataupun Rick Springfield.
Pengalaman pertama kali mendengar lagu "2 Minutes To Midnight" dan terus "jatuh cinta" mengesahkan lagi kecenderungan genre muzik saya. Tambahan pula saya mula bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang satu kepala.
Album-album di atas yang diterbitkan pada tahun 1985 adalah antara penyumbang utama untuk saya mula jatuh hati dengan genre "heavy metal". (Tapi masa tu semua pun orang panggil rock, tak ada sub genre pun). Tambahan pula pada ketika jenama-jenama kaset "pirate" seperti apache, rock world, foot print dan beberapa lagi yang telah saya lupa telah mula muncul di pasaran. Sayangnya banyak yang telah saya hilang.
Tetapi pada saya yang membuatkan ramai budak-budak melayu sezaman saya celik mata pada muzik rock pada ketika itu adalah bila munculnya album ini...
Walaupun band-band rock dari Singapura seperti Sweet Charity, The Unwanted, Kingdom in Rock dan lain-lain telah pun muncul lebih awal. Teapi Search muncul dengan muzik rock semasa. Muzik rock dengan pengaruh NWOBHM bukannya lagi rock 70an.
Menjelang penghujung 1985 hingga ke tahun 1986, saya telah mula kemaruk mendengar muzik rock. Kemunculan album Batte of the Bands (1986) menguatkan lagi minat saya sehinggakan mempunyai band rock sendiri (band budak sekolah yang syok sendiri...hahaha..) ...and the rest is history....
Wednesday, January 7, 2015
Night at the Museum: Secret of the Tomb
Night at the Museum: Secret of the Tomb (2014)
Bahagian ke 3 dan terakhir untuk trilogi Night at the Museum. Saya tidak mengharapkan yang lebih sekadar penghabisan yang baik pun sudah cukup. Ternyata itu yang saya dapat. Keterujaan melihat patung muzium menjadi hidup memang tak akan berulang seperti siri yang pertama. Biasalah bila dah yang ke 2 atau yang ke 3...keterujaannya tak sama seperti yang pertama.
Jika anda pengemar siri ini, sudah pasti anda akan berpuashati atau mungkin sahaja habuk akan masuk ke mata. Terutamanya bila menyaksikan babak perpisahan. Tambah-tambuh pula seperti yang kita ketahui ini adalah penampilan terakhir buat Robin Williams dan Mickey Rooney di layar perak.
Bagi yang tidak pernah mengikuti siri ini, mungkin filem ini hanya biasa-biasa sahaja untuk anda. Tetapi saya pasti bahagian lawaknya pasti membuatkan anda terhibur. Tabik juga buat Hugh Jackman yang membuat lawak dengan berlakon sebagai diri sendiri.
Saya berharap ini benar-benar penamat bagi Night at the Meseum. Semoga Ben Stiller akan mendapat watak yang lebih bagus dalam filem-filemnya yang akan datang. The Secret Life of Walter Mitty bagi saya adalah penanda aras baru bagi beliau.
Kesimpulannya saya terhibur. Bukan kah itu yang kita cari dalam menonton filem?
Tuesday, January 6, 2015
Back to School
Ok...belum back to school...banjir punya pasal sekolah tangguh lagi seminggu...tapi mana-mana mak bapak yang anak dah masuk sekolah pasti akan merasa pengalaman ini....
Rutin awal tahun untuk mak bapak. Sakit pinggang ooo... Nasib tinggal seorang ajer. Yang satu dah besar dah pandai sampul sendiri dan yang lagi satu dah abis sekolah.
Mana-mana yang anak belum masuk sekolah tu... tunggu lah korang punya turn nanti...hahaha
tapi untuk yang terlebih rajin...lebihan sampul tu boleh la buat plastik sampul (plastic sleeve) untuk lp...membazir itu kan amalan syaitan....huhu...
Menyampul buku...ok abaikan latarbelakang cadar tu...heheh... |