Scorpions lagi....kali yang dah berusia 20 tahun pada bulan lepas..
Scorpions - Live Bites (1995)
Tak pernah beli versi kaset dan tak beli pun masa ianya mula-mula diedarkan. Entah kenapa pada ketika itu sedikit "lost" dengan Scorpions. Mungkin kerana sedikit kecewa dengan arah tuju mereka dalam album Face The Heat (1993).
Tetapi setelah agak kerap mendengar lagu White Dove di putarkan di radio Best 104 dan rasa bersemangat pula setelah dapat bertemu muka dengan Klaus Meine dan Rudolf Schenker di dalam seisi bertemu peminat di Plaza Kotaraya, Johor bahru. Saya mencari album ini.
(Sayangnya pada ketika itu (lupa tahun bila) belum ada handphone berkamera, malah handphone itu sendiri pun masih terhad penggunaannya. Makanya tiadalah gambar untuk menjadi kenangan. Tak bawa kamera. Hari tersebut hari berkerja. Itu pun mengulor sekejap untuk mendapatkan tandatangan mereka berdua....Sayang...posternya pun entah hilang kemana...tu la...tak berkat kot...hahaha...)
Yang menariknya Live Bite ini adalah pilihan lagu-lagunya. Majoritinya adalah lagu-lagu era 90an mereka. Dah biasa sangat kan dengar lagu-lagu lama mereka dimainkan secara live. Cuma "In Trance", "When the Smoke Is Going Down" dan "Is There Anybody There?" yang boleh dikatakan lama. Yang lain zaman Savage Amusement dan ke atas.
Secara peribadinya saya cukup seronok bila dapat dengar "Rhythm of Love", "Alien Nation" dan "Crazy World" dimainkan secara live. Scorpions ni memang kita dah tahu dah. Mereka sememangnya tiada masalah bermain secara live walaupun dah berusia.
Sukar juga kalau nak buat perbandingan mana yang lebih best antara Live Bites dengan World Wide Live (1985) dan Tokyo Tapes (1978). Ok, Tokyo Tapes tu memang dah tahap klasik. Antara album live kegemaran saya. Tak payah buat perbandingan. Dah tentu-tentu saya akan bias. Tetapi untuk World Wide Live saya ada sedikit pendapat.
Bagi telinga amatur seperti saya, perbezaan ketara antara Live Bites dan World Wide Live adalah soundnya. World Wide Live benar-benar seperti album live terutama bahagian suara penonton dan soundnya yang agak "raw". Benar-benar terasa suasana dalam konsert. Manakala Live Bites pula agak kurang feel live nya. Soundnya agak bersih, "polished". Memang jelas boleh dengar sebiji sebiji permainan mereka. Tak pasti apakah Live Bites telah menjalani proses touch-up ataupun sememangnya mutu rakaman live tahun 90an semakin bertambah canggih berbanding di tahun 80an.
Sangar rekomended jika anda peminat Scorpions. Live Bites boleh membuatkan anda lebih menghargai hasil kerja mereka di awal tahun 90an.
Terbaik!
tak pernah ada..
ReplyDeletemungkin lain kali aku beli nak buat koleksi
Selalu jugak nampak dulu tapi tak telintas nak beli.mcm ko ckp tahun 90an zaman org ignore scorpions..heheh..ooo..patut la penah nampak tandatangan rudolf shenker kat kedai kaset kt kotaraya tu dulu..apa nama kedai tu lupa lak
ReplyDeletebila lah aku beli scorpion ni. hurm.
ReplyDelete