Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 30hb Oktober
Anthrax - Spreading The Disease (1985)
Pengenalan saya kepada Anthrax adalah "State of Euphoria" pada tahun 1989. Sejak dari itu memang teringin benar untuk mendengar album lainnya. Baju Spreading The Disease yang dipakai oleh Rosdan (vokalis Bloodshed) dalam inlay/poster album Samarkand (tahun 1988) menguatkan lagi keinginan saya untuk mendengarnya. Sayangnya kekangan kewangan seorang pelajar dan kesulitan untuk mendapatkan materialnya menyebabkan saya hanya mula mendengar album ini ketika saya melanjutkan pelajaran di ITM (sekitar tahun 1990)
Walaupun masih kuat pengaruh NWOBHM, album ini adalah penanda arah hala tuju baru Anthrax bersama vokalis baru mereka Joey Belladona. Muzik Thrash mereka bukanlah terlalu laju. Tetapi rif-rif dari Scott Ian memang mebuatkan kita terhanguk kepala.
Walaupun "Spreading The Disease" bukanlah album kegemaran Anthrax saya, tetapi lagu-lagunya memang sedap. Lagu "A.I.R." adalah signature atau acuan bagi Anthrax bagi beberapa album mereka yang mendatang. Dengar muzik sebegitu dah tau dah...itu pastinya Anthrax
Tetapi pilihan utama saya adalah lagu "Medusa". Suka betul saya lagu ni suatu masa yang lalu.. Sampaikan pernah terpikir kalau ada band, hendak menamakannya sebagai "Medusa". Tetapi pada masa itu kalau tak silap dah ada dah band dari Singapura yang menggunakan nama tersebut.
Kena ada jika anda peminat thrash. Joey Belladona adalah vokalis terbaik dari kesemua vokalis The Big Four.
Friday, October 30, 2015
Wednesday, October 28, 2015
Search Konsert Panggung Khayalan - Live @ Komplek Sukan Educity, Nusajaya, Rock N Roll City
Ok la...dah ramai sangat yang minta...curi curi masa opis untuk menaip...sekali jalan taip...
Semenjak berblog, ini adalah kali ketiga melihat Search beraksi secara live. Kali terakhir adalah ketika konsert Double Trouble di Stadium Larkin pada tahun 2010.
Saya cuba tulis apa yang saya teringat. Makin tua ni makin cepat lupa...hahaha...(maaf lah kalau terpanjang dan mengarut)
1- Tak pernah sampai ke Komplek Sukan Educity ni. Paling jauh pernah ke Nusajaya selain Legoland, Puteri Harbour dan Pejabat Kerajaan Kota Iskandar tu hanyalah ke MyDin. Rupanya tak jauh pun dari Mydin.
2- Sampai lebih kurang pukul 6.30 petang (keluar awal pasal tak tahu tempat). Parking masih kosong. Dapat parking dekat. Tak perlu berjalan jauh. Orang pun belum ramai. Sempatlah berjemaah maghrib kat sana. Bukan selalu dapat sembahyang berimamkan imam yang pakai baju ACDC Back In Black.
3- Sempat juga la tengok apa-apa merchandise yang dijual. Banyak t-shirt. Ada booth jual tshirt yang di endorsed oleh Nasir dan ada juga Yazit. Cd jual RM10. Cd panggung khayalan RM35. Boxset MP3 tu pula RM200. Saya tak bawa cash banyak. Tak beli pun cuma sempat la juga sambar tshirt official konsert. RM55. Lambat sikit dah sold out pun tshirt tu. Portdy pun tak sempat beli.
4- Masuk stadium baru tahu yang agak jauh juga tiket RM66 (tiket PPRT bak kata Shafid) ni dengan stage. Memang tak nampak apa. Diganggu pula dengan khemah ditengah-tengah. Harap dengar lagu ajer la nampaknya. Jarak antara tempat duduk dengan tiket berdiri second tier RM99 agak jauh. Patutnya pentas dianjakkan lebih dekat barulah tak nampak sangat ruang kosong yang luas atas padang tu. Maklumlah stadium ni besar. Lainlah kalau buat kat indoor stadium
5- Selain kedudukan stage, satu lagi yang patut kena komplen adalah kenapa konsert ini bermula lambat. Kita pahamlah, walaupun di tiket ditulis pukul 8 pm. Takkanlah nak langgar azan Isyak. Sekurang-kurangpun jangkaannya pukul 8.30 dah mula.
6- Sayangnya Search sampai dengan konvoi kereta sport dan motor besar hanya beberapa minit sebelum pukul 9. Ingatkan ianya satu gimmik dan Search akan terus naik pentas. Malangnya tepat pukul 9 malam, ada pula opening act. Saya tak pasti siapa penyanyi solo lelaki tersebut. Maafkan saya kerana tertinggal bas dengan artis-artis masa kini. Saya tanya member kiri kanan, dia orang pun sama tak kenal. Maklumlah yang datang semua otai-otai belaka...hahaha...(dari blog Portdy katanya Fiq)
7- Memang majoriti yang datang otai-otai belaka. Terutamanya di bahagian yang duduk. Saya ada ternampak seorang makcik berbaju kurung. Ada juga pasangan suami isteri yang agak berumur dengan isterinya bertongkat. Ramai juga yang membawa anak. Ada juga nampak seorang amoi. Inilah hebatnya penangan Search. Peminat mereka dari pelbagai peringkat umur. Tapi saya tak pasti nak anggarkan berapa ribu yang datang. Tempat duduk tu tak penuh pun. Kawasan berdiri pun taklah sesendat mana. Dulu masa Awan Biru sesak. Mungkin ini beza buat di indoor dan stadium terbuka.
8- Habis opening act dalam pukul 9.15 ingatkan Search akan masuk. Sayangnya menunggu lagi. Letih. Ada juga penonton yang dah bising-bising. Tepat 9.30 malam barulah konsert bermula.
9- Set list saya dah tau. Kalau sesiapa yang menonton promo konsert di FB/Youtube pastinya perasan ada sekali imbas ditunjukkan lagu apa yang akan mereka mainkan. Cuma yang nak dipastikan adakah ianya sama dengan apa yang dipersembahkan. Saya ingat-ingat lupa. harapnya Portdy dan sesiapa lain yang hadir pada malam tersebut dapat membantu. Saya tak sempat nak catit. kenapa tak sempat akan saya ceritakan di bawah. Nanti last kita cerita pasal setlist ni.
10- Bila konsert bermula kaki dan mula bergoyang dah. Tengok secara duduk, ingatkan saya cuma sekadar nak relak-relak menghayati lagu-lagunya. Masuk lagu ke 4, kenalan yang baru saya kenal kerana duduk bersebelahan mempelawa saya untuk mengikuti beliau bersama 3 lagi rakannya (atau kalau tak silap adik-adik beliau) untuk turun ke bawah dan masuk kebahagian tiket RM99.
11- Pucuk dicita ulam mendatang. Rupanya beliau ada kenalan yang bertugas pada malam tersebut. Berbekal pass pada rakannya kami dapat masuk kebahagian Second Tier. Mungkin rezeki saya. Hilang dah konon-kononya nak relak-relak dengar lagu. Setlist pun tak sempat dah nak catit dah. Terimakasihlah pada kenalan tersebut. Sayangnya saya terlupa nak tanya nama dan tak berpeluang juga untuk mengucapkan terimakasih. Jika beliau membaca ini, Terimakasih bro!
12- Saya ada terbaca komen yang mengatakan sound konsert ini lebih baik dari konsert Fenomena mereka 4 tahun yang lalu. Itu saya tak pasti. Saya tak pergi konsert di Larkin tersebut. Tetapi yang pastinya sound memang bagus. Balance. Bunyi gitar pun jelas tak kira dari Nordin ataupun Kid. Dulu masa Double Trouble tak jelas solo Kid. Kali ni memang clear, bila dia terkucil memang jelas dengar. Tambah pula saya berdiri di bahagian beliau.
13- Tetapi satu yang pastinya performance Kid malam tu agak bagus. Tambah-tambah pula agak banyak juga lagu-lagu dari zaman beliau. Mungkin lebih selesa. Tetap gaya ala-ala Slash dengan rokok di mulut. Saya memang ternanti-nanti nak tunggu solo beliau dalam lagu Isabella. Walaupun bosan dah dengan lagu tu, tapi solo lagu tu memang bagus. Dan pada saya Kid melebihi apa yang saya harapkan.
14- Paling happening pada saya tetap Amy. Dengan gaya rambut pendek ni pergerakan dia memang mirip betul dengan gaya Freddie Mercury. Masih bertenaga. Tak kisahlah walau ada beberpa kali beliau tersalah masuk. Bak kata dia pun, rahsia untuk sentiasa muda walaupun dah berumur 50++ adalah sentiasa "happy".
15- Din macam biasa...sempoi tak payah gerak banyak terutama dengan gitar les paul hitamnya tu. Memang nampak ganas. Kali ni kalau tak silap macam ada 2, 3 lagu juga dia menyolo. (Maaf kalau tersilap). Tapi nampak cantik pula gitar bercabang 7 strings masa lagu Diari Habil dan Qabil tu. Sound pun berat. Tak pasti pula saya gitar apa tu.
16- Nasir pula tetap dengan gaya Scottishnya. Selain Explorer kali pertama kot saya nampak dia pakai Killer. Memang cantik la pakai gitar cabang-cabang.
17- Yazit main 5 lagu. Mungkin dengan keadaan kesihatannya tu tak membolehkan dia nak main lagu-lagu heavy. Cuma patutnya pada saya masa dia habis main tu bagi can la dia kedepan stage sebagai satu tanda penghormatan. Tabik dengan semangat dia,
18- Drummer pengganti Pae tu saya tak berapa familar sangat. Dia main untuk Projek Pistol kan? Tapi dia memang power terutama bab-bab lagu yang berat. Memang jadi berat lagu-lagu Search dibuatnya. Pengganti yang sesuai.
19- Konsert kali ni tak banyak cakap. Amy ada la sikit-sikit cerita sejarah Search. Teringat kata-kata beliau yang bapa dia dulu marah dia dengar lagu rock dan kata "itu lagu sembahyang kau ker". Lebih kurang kes saya...tapi bapa saya kata "lagu untuk hantu berubat"...Tapi berita baiknya dia cadang nak buat sambutan ulangtahun Search ke 35 di Johor Bahru tahun depan. Tempat dimana bermulanya sejarah Search. Saya harap kalau jadi la konsert ni, bawa la sekali Man Kidal, Yan dan Hillary. Baru betul-betul punya sambutan anniversary kan.
20- Antara yang terbaiknya konsert kali ini pada saya dari segi persembahan lampu dan background videonya tu. Memang cantik. Harap-harap ada la nanti keluar dvdnya.
21- Konsert habis cepat. Ngam pukul 11.30 malam habis. Rasa macam tak puas pulak. Jerebu kot. Tu pasal dorang kasi habis cepat. Tapi masa encore ramai pulak yang dah balik. Crowd ni macam tak biasa pula pergi konsert. Tapi saya hampa encore cuma satu lagu. Tunggu juga kot-kot ada lagi. Tapi bila tengok Search dah mula bergambar atas stage memang dah sah la konsert dah habis.
22- Maknanya Search main lebih kurang dalam 2 jam. Kalau tengok setlist asal macam ada lagu yang dorang cut. Tak pasti kenapa... Jerebu?...atau pasal dorang mula lambat takut habis lambat?
23- Ok cerita pasal Setlist...kalau tengok set dalam klip fb/youtube macamgini list nya...
Panggung Khayalan
Paranoid
Gadisku
Metropolitan
Honky Tong Kosong
Kejoraku Bersatu
Melastik Ke Bintang
Menuju Puncak
(Yazit)
Ku Taklukkan Dunia
Fantasia Bulan Madu
Kejora
Rozana
Isabella
Melayar Bahtera
(Pae)
Ghotik Malam Edan
Isi Dan Kulit
Pelesit Kota
Fenomena
Cakap Memang Murah
Emanuelle
Mentari Merah
Diari Habil & Qabil
Kereta Merah
24- Ada sedikit perubahan. Yang kena cancel tu dorang tak main. Tapi ganti dengan lagu No Way!!! dan Pawana. Susunan lagu selepas Yazit ada perubahan. Lagu Cakap Memang Murah pulak jadi encore. (nak tengok susunan sebenar cekidot blog Portdy)
25- Saya rasa cadangan awal mesti dorang nak main 20 lagu tambah 3 lagu sebagai encore. Tak pasti kenapa dorang ubah. Yang pastinya tiada medley. Semua lagu penuh. Yang saya ingat Fantasia Bulan Madu tu bahagian last ada ubah sikit dengan solo Kid yang panjang.
26- Dari segi pilihan lagu rasanya seimbang antara lagu baru dan lama. Tapi biasalah. Yang otai-otai mesti nak dengar lagu-lagu lama sahaja. Geng-geng veteran disekeliling tempat saya berdiri hanya menyanyi dan bergoyang bila lagu-lagu era Fenomena dan kebawah dimainkan. Lagu lain mereka sekadar tegak berdiri dan ada pula yang membelek-belek handphone. Seorang brader bersebelahan saya mengeluh, "apa la...ni semua lagu aku tak tahu"...
27- Untuk saya, ada lagu Kejora dan Pelesit Kota pun dah cukup lah. Saya lebih sukakan setlist mereka masa Konsert Awan Biru. Betul kata Portdy, Kalau konsert diluar KL ni patutnya lebihkan lagu-lagu lama. Yang datang ni bukannya selalu dapat pergi konsert. Sesekali kat JB ni barulah mereka berpeluang pergi (macam saya)
28- Lagi satu...baru teringat...Kali pertama saya berada dalam konsert ada orang tolak troli jual makanan. Rasa macam tengok bola pula. Jual cendol pun ada...ni nak tengok konsert ker nak berdating...hahaha...
29- Keluar stadium kononnya nak sambar cd. Sekali kedainya pun dah tutup dah. Rezeki terjumpa Encik Portdy diluar stadium. Bertahun berblog,fb, mesej,whatsapp baru kali pertama bersua muka. Riang ria kanak-kanak ribena bila bergambar sama...hahaha...
30- Balik malam tu dengan tersenyum. Tapi sejujurnya rasa macam tak puas. Rasa sekejap sangat. Harap boleh berjumpa lagi dalam sambutan 35 tahun di tahun hadapan.
(maaf...tak banyak gambar...bateri handphone dah tahap kritikal...lupa nak bawa power bank)
Sekian. Terimakasih.
Semenjak berblog, ini adalah kali ketiga melihat Search beraksi secara live. Kali terakhir adalah ketika konsert Double Trouble di Stadium Larkin pada tahun 2010.
Saya cuba tulis apa yang saya teringat. Makin tua ni makin cepat lupa...hahaha...(maaf lah kalau terpanjang dan mengarut)
1- Tak pernah sampai ke Komplek Sukan Educity ni. Paling jauh pernah ke Nusajaya selain Legoland, Puteri Harbour dan Pejabat Kerajaan Kota Iskandar tu hanyalah ke MyDin. Rupanya tak jauh pun dari Mydin.
2- Sampai lebih kurang pukul 6.30 petang (keluar awal pasal tak tahu tempat). Parking masih kosong. Dapat parking dekat. Tak perlu berjalan jauh. Orang pun belum ramai. Sempatlah berjemaah maghrib kat sana. Bukan selalu dapat sembahyang berimamkan imam yang pakai baju ACDC Back In Black.
3- Sempat juga la tengok apa-apa merchandise yang dijual. Banyak t-shirt. Ada booth jual tshirt yang di endorsed oleh Nasir dan ada juga Yazit. Cd jual RM10. Cd panggung khayalan RM35. Boxset MP3 tu pula RM200. Saya tak bawa cash banyak. Tak beli pun cuma sempat la juga sambar tshirt official konsert. RM55. Lambat sikit dah sold out pun tshirt tu. Portdy pun tak sempat beli.
4- Masuk stadium baru tahu yang agak jauh juga tiket RM66 (tiket PPRT bak kata Shafid) ni dengan stage. Memang tak nampak apa. Diganggu pula dengan khemah ditengah-tengah. Harap dengar lagu ajer la nampaknya. Jarak antara tempat duduk dengan tiket berdiri second tier RM99 agak jauh. Patutnya pentas dianjakkan lebih dekat barulah tak nampak sangat ruang kosong yang luas atas padang tu. Maklumlah stadium ni besar. Lainlah kalau buat kat indoor stadium
5- Selain kedudukan stage, satu lagi yang patut kena komplen adalah kenapa konsert ini bermula lambat. Kita pahamlah, walaupun di tiket ditulis pukul 8 pm. Takkanlah nak langgar azan Isyak. Sekurang-kurangpun jangkaannya pukul 8.30 dah mula.
6- Sayangnya Search sampai dengan konvoi kereta sport dan motor besar hanya beberapa minit sebelum pukul 9. Ingatkan ianya satu gimmik dan Search akan terus naik pentas. Malangnya tepat pukul 9 malam, ada pula opening act. Saya tak pasti siapa penyanyi solo lelaki tersebut. Maafkan saya kerana tertinggal bas dengan artis-artis masa kini. Saya tanya member kiri kanan, dia orang pun sama tak kenal. Maklumlah yang datang semua otai-otai belaka...hahaha...(dari blog Portdy katanya Fiq)
7- Memang majoriti yang datang otai-otai belaka. Terutamanya di bahagian yang duduk. Saya ada ternampak seorang makcik berbaju kurung. Ada juga pasangan suami isteri yang agak berumur dengan isterinya bertongkat. Ramai juga yang membawa anak. Ada juga nampak seorang amoi. Inilah hebatnya penangan Search. Peminat mereka dari pelbagai peringkat umur. Tapi saya tak pasti nak anggarkan berapa ribu yang datang. Tempat duduk tu tak penuh pun. Kawasan berdiri pun taklah sesendat mana. Dulu masa Awan Biru sesak. Mungkin ini beza buat di indoor dan stadium terbuka.
8- Habis opening act dalam pukul 9.15 ingatkan Search akan masuk. Sayangnya menunggu lagi. Letih. Ada juga penonton yang dah bising-bising. Tepat 9.30 malam barulah konsert bermula.
9- Set list saya dah tau. Kalau sesiapa yang menonton promo konsert di FB/Youtube pastinya perasan ada sekali imbas ditunjukkan lagu apa yang akan mereka mainkan. Cuma yang nak dipastikan adakah ianya sama dengan apa yang dipersembahkan. Saya ingat-ingat lupa. harapnya Portdy dan sesiapa lain yang hadir pada malam tersebut dapat membantu. Saya tak sempat nak catit. kenapa tak sempat akan saya ceritakan di bawah. Nanti last kita cerita pasal setlist ni.
view dari tiket PPRT |
11- Pucuk dicita ulam mendatang. Rupanya beliau ada kenalan yang bertugas pada malam tersebut. Berbekal pass pada rakannya kami dapat masuk kebahagian Second Tier. Mungkin rezeki saya. Hilang dah konon-kononya nak relak-relak dengar lagu. Setlist pun tak sempat dah nak catit dah. Terimakasihlah pada kenalan tersebut. Sayangnya saya terlupa nak tanya nama dan tak berpeluang juga untuk mengucapkan terimakasih. Jika beliau membaca ini, Terimakasih bro!
12- Saya ada terbaca komen yang mengatakan sound konsert ini lebih baik dari konsert Fenomena mereka 4 tahun yang lalu. Itu saya tak pasti. Saya tak pergi konsert di Larkin tersebut. Tetapi yang pastinya sound memang bagus. Balance. Bunyi gitar pun jelas tak kira dari Nordin ataupun Kid. Dulu masa Double Trouble tak jelas solo Kid. Kali ni memang clear, bila dia terkucil memang jelas dengar. Tambah pula saya berdiri di bahagian beliau.
13- Tetapi satu yang pastinya performance Kid malam tu agak bagus. Tambah-tambah pula agak banyak juga lagu-lagu dari zaman beliau. Mungkin lebih selesa. Tetap gaya ala-ala Slash dengan rokok di mulut. Saya memang ternanti-nanti nak tunggu solo beliau dalam lagu Isabella. Walaupun bosan dah dengan lagu tu, tapi solo lagu tu memang bagus. Dan pada saya Kid melebihi apa yang saya harapkan.
14- Paling happening pada saya tetap Amy. Dengan gaya rambut pendek ni pergerakan dia memang mirip betul dengan gaya Freddie Mercury. Masih bertenaga. Tak kisahlah walau ada beberpa kali beliau tersalah masuk. Bak kata dia pun, rahsia untuk sentiasa muda walaupun dah berumur 50++ adalah sentiasa "happy".
15- Din macam biasa...sempoi tak payah gerak banyak terutama dengan gitar les paul hitamnya tu. Memang nampak ganas. Kali ni kalau tak silap macam ada 2, 3 lagu juga dia menyolo. (Maaf kalau tersilap). Tapi nampak cantik pula gitar bercabang 7 strings masa lagu Diari Habil dan Qabil tu. Sound pun berat. Tak pasti pula saya gitar apa tu.
16- Nasir pula tetap dengan gaya Scottishnya. Selain Explorer kali pertama kot saya nampak dia pakai Killer. Memang cantik la pakai gitar cabang-cabang.
17- Yazit main 5 lagu. Mungkin dengan keadaan kesihatannya tu tak membolehkan dia nak main lagu-lagu heavy. Cuma patutnya pada saya masa dia habis main tu bagi can la dia kedepan stage sebagai satu tanda penghormatan. Tabik dengan semangat dia,
18- Drummer pengganti Pae tu saya tak berapa familar sangat. Dia main untuk Projek Pistol kan? Tapi dia memang power terutama bab-bab lagu yang berat. Memang jadi berat lagu-lagu Search dibuatnya. Pengganti yang sesuai.
view dari tiket RM99 |
20- Antara yang terbaiknya konsert kali ini pada saya dari segi persembahan lampu dan background videonya tu. Memang cantik. Harap-harap ada la nanti keluar dvdnya.
21- Konsert habis cepat. Ngam pukul 11.30 malam habis. Rasa macam tak puas pulak. Jerebu kot. Tu pasal dorang kasi habis cepat. Tapi masa encore ramai pulak yang dah balik. Crowd ni macam tak biasa pula pergi konsert. Tapi saya hampa encore cuma satu lagu. Tunggu juga kot-kot ada lagi. Tapi bila tengok Search dah mula bergambar atas stage memang dah sah la konsert dah habis.
22- Maknanya Search main lebih kurang dalam 2 jam. Kalau tengok setlist asal macam ada lagu yang dorang cut. Tak pasti kenapa... Jerebu?...atau pasal dorang mula lambat takut habis lambat?
23- Ok cerita pasal Setlist...kalau tengok set dalam klip fb/youtube macamgini list nya...
Panggung Khayalan
Paranoid
Gadisku
Metropolitan
Honky Tong Kosong
Kejoraku Bersatu
Melastik Ke Bintang
Menuju Puncak
(Yazit)
Ku Taklukkan Dunia
Fantasia Bulan Madu
Kejora
Rozana
Isabella
(Pae)
Ghotik Malam Edan
Isi Dan Kulit
Pelesit Kota
Cakap Memang Murah
Diari Habil & Qabil
24- Ada sedikit perubahan. Yang kena cancel tu dorang tak main. Tapi ganti dengan lagu No Way!!! dan Pawana. Susunan lagu selepas Yazit ada perubahan. Lagu Cakap Memang Murah pulak jadi encore. (nak tengok susunan sebenar cekidot blog Portdy)
25- Saya rasa cadangan awal mesti dorang nak main 20 lagu tambah 3 lagu sebagai encore. Tak pasti kenapa dorang ubah. Yang pastinya tiada medley. Semua lagu penuh. Yang saya ingat Fantasia Bulan Madu tu bahagian last ada ubah sikit dengan solo Kid yang panjang.
26- Dari segi pilihan lagu rasanya seimbang antara lagu baru dan lama. Tapi biasalah. Yang otai-otai mesti nak dengar lagu-lagu lama sahaja. Geng-geng veteran disekeliling tempat saya berdiri hanya menyanyi dan bergoyang bila lagu-lagu era Fenomena dan kebawah dimainkan. Lagu lain mereka sekadar tegak berdiri dan ada pula yang membelek-belek handphone. Seorang brader bersebelahan saya mengeluh, "apa la...ni semua lagu aku tak tahu"...
27- Untuk saya, ada lagu Kejora dan Pelesit Kota pun dah cukup lah. Saya lebih sukakan setlist mereka masa Konsert Awan Biru. Betul kata Portdy, Kalau konsert diluar KL ni patutnya lebihkan lagu-lagu lama. Yang datang ni bukannya selalu dapat pergi konsert. Sesekali kat JB ni barulah mereka berpeluang pergi (macam saya)
28- Lagi satu...baru teringat...Kali pertama saya berada dalam konsert ada orang tolak troli jual makanan. Rasa macam tengok bola pula. Jual cendol pun ada...ni nak tengok konsert ker nak berdating...hahaha...
29- Keluar stadium kononnya nak sambar cd. Sekali kedainya pun dah tutup dah. Rezeki terjumpa Encik Portdy diluar stadium. Bertahun berblog,fb, mesej,whatsapp baru kali pertama bersua muka. Riang ria kanak-kanak ribena bila bergambar sama...hahaha...
30- Balik malam tu dengan tersenyum. Tapi sejujurnya rasa macam tak puas. Rasa sekejap sangat. Harap boleh berjumpa lagi dalam sambutan 35 tahun di tahun hadapan.
(maaf...tak banyak gambar...bateri handphone dah tahap kritikal...lupa nak bawa power bank)
Sekian. Terimakasih.
Tuesday, October 27, 2015
Titian
Lagi layan album reissue sementara mencari ilham untuk karangan Search Panggung Khayalan...
Medicine - Titian (1988) - terbitan semula 2015
Lagi album yang tidak pernah saya dengar ketika ianya diterbitkan. Tahun 1988 adalah tahun yang saya masih membeli kaset-kaset rock melayu. Tetapi tidak pasti kenapa album ini saya tertinggal. Mungkin kerana masalah kekangan kewangan sebagai seorang pelajar sekolah. Terpaksa selektif dalam memilih kaset mana yang hendak dibeli.
Kalau tidak silap saya tahun 1988 adalah tahun bermulanya lebih banyak kaset original di jual di kedai berbanding cetak rompak. Sebagai seorang pelajar sekolah yang berbekalkan duit belanja sekolah 50 sen sehari, memang betul-betul kena selektif. Tambahan pula saya sudah mula pandai membeli kaset-kaset original rock orang putih. (1988 dah susah dah nak jumpa kaset pirate jenama apache)
Mungkin kerana imej rambut pendek Medicine menyebabkan saya tidak membelinya. Mungkin juga keputusan saya tepat. Album ini banyak lagu perlahan. Malah 2 track pembukaannya pun lagu perlahan. Pastinya saya tidak akan suka. Lagu yang saya tahu dari album ini hanyalah lagu yang sering dimainkan di radio, 'Tika Dan Saat Ini' dan 'Rimba Cinta'.
Mendengarnya buat kali yang pertama saya rasakan permainan muzik mereka sangat kemas. Mereka adalah pemuzik yang bagus. Susunan muzik pun sedap. Di tambah pula dengan sound cd yang bagus. Sayangnya terlampau banyak lagu yang perlahan. Kurang menepati selara muzik saya. Namun begitu gitaris mereka, Ija memang bagus. Dengarkan sahaja petikan gitar akustik dan solo beliau dalam lagu 'Tika Dan Saat Ini'. Memang syahdu.
Ada beberapa lagu yang menarik perhatian saya. "Mergastua" mengingatkan saya kepada lagu Lefthanded. Mungkin kerana gitaris mereka yang bagus seperti Lefthanded. Saya bersetuju dengan Xyrus Zone yang lagu 'Derita Seorang Filosuf' mempunyai sedikit pengaruh dari Iron Maiden. Mungkin mereka sememangnya peminat Iron Maiden.. Kerana saya pernah melihat mereka muncul di tv secara live (lupa rancangan apa...Panggung Anniversary ataupun Pesta Kingsway) membawakan lagu "Running Free" dari Iron Maiden.
Secara keseluruhannya bukanlah makanan saya. Tetapi ianya sebuah album yang bagus jika anda sukakan lagu-lagu rock yang berentak perlahan.

Monday, October 26, 2015
Ramli Sarip s/t
Rock melayu yang dah masuk 30 tahun...
Ramli Sarip - Ramli Sarip (1985)
Album solo pertama dari Bapa Rock Melayu, Ramli Sarip. Di terbitkan dalam tahun yang sama dengan album terakhir kumpulan Sweet Charity. Tak tahu sangat kerana pada ketika itu saya masih kemaruk dengan muzik new wave. Baru-baru nak belajar dengar rock. Muzik rock 70an seperti yang dibawakan oleh Sweet Charity/Ramli Sarip bukanlah sesuatu yang sedang trendy pada ketika itu.
Kalau tidak silap saya, tiada anggota Sweet Charity yang bermain untuk album ini kecuali Wan Ahmad. Itupun beliau hanya bermain bass. Ternyata Ramli Sarip memangnya mahu lari dari bayang-bayang Sweet Charity dan pada pendapat saya ianya berjaya.
Tidak seperti muzik Sweet Charity yang lebih kepada rock n roll dan hard rock 70an, album ini pula lebih banyak "feel" blues terutamanya dalam lagu-lagu yang berentak perlahan. Entah kenapa saya terbayangkan Eric Clapton.
Tetapi bagi lagu-lagunya yang rancak muziknya agak terpengaruh dengan elemen muzik new wave 80an terutamanya dalam penggunanaan synthesizer (lagu "kepastian" dan "Selamat Malam") dan juga saxaphone (lagu "Jikalau Berkasih"). Kadang-kadang ianya mengingatkan saya kepada band-band AOR 80an atau mungkin juga band-band 70an yang ber"new vawe" di tahun 80an seperti YES, Styx mahupun Queen.
Album ini sangat bagus sebenarnya. Sayangnya mungkin pada tahun tersebut penerimaan muzik sebegini belum cukup meluas. Pada saya ianya bukanlah sekadar album yang mengandungi lagu popular "Jikalau Berkasih" dan "Panah Beracun". Saya pada awalnya pun beranggapan begitu. Tetapi selepas beberapa kali seisi pendengaran ternyata satu album semua lagu bagus. Satu album semua lagu sedap. Memang best!
***WEA sudah pun mengeluarkan semula album ini dan lain-lain album solo Ramli Sarip bermula pada hari ini. Khabarnya jika ada sambutan, berkemungkinan besar album "Ziarah Seni" yang 4 disc tu pun akan dikeluarkan semula...siap sedia jer la duitnya...sayangnya tak nampak pulak album "Alive" ada dalam senarai tersebut...

Saturday, October 24, 2015
Dead Winter Dead
Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini, 24hb September.
Savatage - Dead Winter Dead (1995)
Tak perlulah bercerita panjang. Kalau bab Savatage sememangnya saya akan sentiasa menulis yang baik-baik belaka. Maklumlah band kegemaran. Hahaha...
Dead Winter Dead adalah permulaan baru bagi Savatage selepas kematian Criss Oliva. Album sebelumnya, Handful of Rain (1994) lebih merupakan hasil kerja solo Jon Oliva yang dibantu oleh Zachary Stevens dan Alex Skolnick (Testament) sebagai tribute untuk Criss.
Secara ringkasnya.
1- Kali ini barulah anggota yang lain benar-benar turut serta.
2- Namun begitu hanya Johnny Lee Middleton (bass) dan Zachary Stevens (vocal) dari line-up Edge of Thorns (1993) yang masih terlibat.
3- Bagi Chris Caffery (gitar) pula ini adalah pertama kali beliau terlibat dalam proses rakaman walaupun beliau telah menjadi anggota Savatage sejak dari zaman Hall of the Mountain King (1987) lagi. Tetapi dulunya hanya sekadar ahli untuk tour sahaja.
4- Al Pitrelli (Asia, Alice Cooper, Megadeth) di ambil sebagai ahli kumpulan hasil dari usaha pihak syarikat rakaman yang mahukan gitaris nama besar selepas pengunduran Alex Skolnick.
5- Jon Oliva kembali hanya sebagai orang di belakang tabir seperti album Edge of Thorns. Malah gambar beliau pun tiada di cover/inlay album. Walaupunbegitu semua lagu adalah ciptaan beliau, bermain keyboards dan kembali menyanyikan 2 lagu, "I Am" dan "Doesn't Matter Anyway".
6- Ini konsep album yang kedua bagi Savatage selepas Streets : A Rock Opera (1991). Kalau yang pertama berkisarkan seorang rock star. Dead Winter Dead pula menceritakan kisah pemuda Serbia dan gadis Islam Bosnia yang berlatarbelakangkan konflik perang Bosnia yang berlaku pada tahun 1994.
7- Kisahnya lebih menarik dari Streets, tetapi secara peribadinya saya rasakan Dead Winter Dead secara muzikalnya lebih "lembut" berbanding Streets. Mungkin untuk mendapatkan lebih elemen Broadway, maka penggunaan keyboards agak lebih mendominasi.
8- Tapi jangan bimbang. elemen metalnya tetap ada. Lagu-lagu heavy seperti "Starlight" dan "Doesn't Matter Anyway" mengingatkan kita kepada Savatage yang lama. Malah solo-solo Al Pitrelli dalam album ni memang best. Tak pelik lah kenapa Dave Mustaine mempelawa beliau menyertai Megadeth.
9- Dengan Dead Winter Dead, Savatage mengesahkan yang mereka kini lebih selesa dengan genre progressif/power/symphonic metal.
9- Instrumental "Christmas Eve (Sarajevo 12/24)" yang secara tiba-tiba menjadi hits di USA pada musim krismas tahun 1995 (kira macam lagu raya la ni.) menyebabkan timbulnya idea untuk menghasilkan Trans-Siberian Orchestra.
10- Secara jujurnya pendapat saya ini bukanlah album yang terbaik dari mereka. Memang ada momen-momennya. Lagu yang menyentuh perasaan seperti "This Isn't What We Meant" dan "Not What You See" memang berhantu.
11- Secara keseluruhannya memang masih terasa akan kehilangan Criss Oliva. Memang tiada gantinya. Tetapi Jon dan Savatage sentiasa positif untuk terus bergerak kehadapan.
12- Wajib ada jika anda gemarkan genre symphonic metal apatah lagi jika anda pengemar Savatage seperti saya.
Savatage - Dead Winter Dead (1995)
Tak perlulah bercerita panjang. Kalau bab Savatage sememangnya saya akan sentiasa menulis yang baik-baik belaka. Maklumlah band kegemaran. Hahaha...
Dead Winter Dead adalah permulaan baru bagi Savatage selepas kematian Criss Oliva. Album sebelumnya, Handful of Rain (1994) lebih merupakan hasil kerja solo Jon Oliva yang dibantu oleh Zachary Stevens dan Alex Skolnick (Testament) sebagai tribute untuk Criss.
Secara ringkasnya.
1- Kali ini barulah anggota yang lain benar-benar turut serta.
2- Namun begitu hanya Johnny Lee Middleton (bass) dan Zachary Stevens (vocal) dari line-up Edge of Thorns (1993) yang masih terlibat.
3- Bagi Chris Caffery (gitar) pula ini adalah pertama kali beliau terlibat dalam proses rakaman walaupun beliau telah menjadi anggota Savatage sejak dari zaman Hall of the Mountain King (1987) lagi. Tetapi dulunya hanya sekadar ahli untuk tour sahaja.
4- Al Pitrelli (Asia, Alice Cooper, Megadeth) di ambil sebagai ahli kumpulan hasil dari usaha pihak syarikat rakaman yang mahukan gitaris nama besar selepas pengunduran Alex Skolnick.
5- Jon Oliva kembali hanya sebagai orang di belakang tabir seperti album Edge of Thorns. Malah gambar beliau pun tiada di cover/inlay album. Walaupunbegitu semua lagu adalah ciptaan beliau, bermain keyboards dan kembali menyanyikan 2 lagu, "I Am" dan "Doesn't Matter Anyway".
6- Ini konsep album yang kedua bagi Savatage selepas Streets : A Rock Opera (1991). Kalau yang pertama berkisarkan seorang rock star. Dead Winter Dead pula menceritakan kisah pemuda Serbia dan gadis Islam Bosnia yang berlatarbelakangkan konflik perang Bosnia yang berlaku pada tahun 1994.
7- Kisahnya lebih menarik dari Streets, tetapi secara peribadinya saya rasakan Dead Winter Dead secara muzikalnya lebih "lembut" berbanding Streets. Mungkin untuk mendapatkan lebih elemen Broadway, maka penggunaan keyboards agak lebih mendominasi.
9- Dengan Dead Winter Dead, Savatage mengesahkan yang mereka kini lebih selesa dengan genre progressif/power/symphonic metal.
9- Instrumental "Christmas Eve (Sarajevo 12/24)" yang secara tiba-tiba menjadi hits di USA pada musim krismas tahun 1995 (kira macam lagu raya la ni.) menyebabkan timbulnya idea untuk menghasilkan Trans-Siberian Orchestra.
10- Secara jujurnya pendapat saya ini bukanlah album yang terbaik dari mereka. Memang ada momen-momennya. Lagu yang menyentuh perasaan seperti "This Isn't What We Meant" dan "Not What You See" memang berhantu.
11- Secara keseluruhannya memang masih terasa akan kehilangan Criss Oliva. Memang tiada gantinya. Tetapi Jon dan Savatage sentiasa positif untuk terus bergerak kehadapan.
12- Wajib ada jika anda gemarkan genre symphonic metal apatah lagi jika anda pengemar Savatage seperti saya.
Friday, October 23, 2015
Rahmat
Lagi berkenaan album reissue...
Rahmat - Rahmat (1991) - keluaran semula 2015
Dulu tak pernah dengar pun album ni. Malah tidak pernah tahu pun yang Rahmat itu satu kumpulan. Saya ingatkan selepas Ekamatra, Rahmat bergerak sebagai artis solo. Walaupun begitu saya tahu juga lagu "Rajuk" dan pernah menontonnya dalam rancangan Muzik Muzik TV3.
Jujurnya saya bukan peminat suara Rahmat. Disebabkan itu saya agak kurang berminat dengan kumpulan Ekamatra walaupun gitaris mereka sangat bagus. Pada saya suaranya lebih sesuai dengan lagu-lagu yang berentak perlahan. Album ini telah membuktikannya.
Selepas 3 kali pendengaran, saya merasakan yang saya telah membuat tindakan yang betul pada suatu masa dahulu. Memang tak boleh nak masuk. Banyak sangat lagu yang meleweh. Saya tidak merasa sebarang kerugian kerana tidak mendengarnya dulu. Cuma sekarang baru rasa terasa ruginya. Kalaulah tau dari awal tak boleh nak masuk...memang lah saya tak akan beli...rugi weh..heheh...
Walaupun begitu sound cd ini bagus. Mungkin kerana mereka menggunakan master tape yang asal. Seperti yang tertera di kulit cover depan, "Digitally Remastered in Germany".
*selera saya tidak semestinya sama dengan selera anda...apa yang saya suka tidak semestinya anda pun suka...dengar sendiri...kemudiannya tepuk dada...tanyalah selera....

Wednesday, October 21, 2015
Back to the Future
Hari ini adalah harinya Marty McFly dan Doctor Emmett Brown tiba di masa hadapan dalam Back to the Future 2. Yang menariknya apa yang mereka gambarkan dari 30 tahun yang lalu ada juga yang telah pun dicapai pada hari ini. TV leper gantung kat dinding contohnya...tablet computer, video chat. kamera drone dan khabarnya NIKE pun dalam perancangan nak pasarkan kasut yang boleh ikat sendiri...hebat!...tapi ada juga yang masih tak tercapai....kereta terbang...atau pun cerita JAWS 19...hahaha...
Apa-apa pun siri Back to the Future sememangnya antara filem terbaik yang pernah dihasilkan. Dan ianya akan sentiasa menjadi filem kegemaran sepanjang zaman saya (terutamanya Back To The Future 1).
Tuesday, October 20, 2015
Bateri
Ni bukan pasal lagu Metallica...tapi pasal Kilang Bateri.
Ini tempat terbaru yang mungkin bolehlah saya katakan sebagai tempat golongan hipster melepak cari makan sambil shoping di Johor Bahru.
Kenapa namanya kilang bateri? Pasal sememangnya tempat ini asalnya adalah sebuah kilang bateri. Kilang Eveready untuk lebih tepat. Seingat saya semasa zaman kanak-kanak saya di tahun 70an dulu, kilang ni memang dah wujud dah. Mungkin ianya antara kilang yang terawal pernah wujud di Johor Bahru.
Nak buat macamana. Budak-budak sekarang mana lagi hidup bergantungkan bateri. Mana pernah mereka merasa ketuk bateri dan jemurnya di tengah panas semata-mata untuk memanjangkan tempoh hayatnya. Mana ada lagi walkman. Radio transistor. Malah fungsi lampu picit/suloh pun sekarang orang dah gunakan handphone. Paling tak pun orang sekarang beli bateri hanyalah untuk kegunaan remote control. Macamanalah kilang bateri ni pun tak melingkup.
Tapi apa yang dilakukan oleh pengurusan tempat ini memang patut dipuji. Idea yang kreatif. Bentuk tempatnya pun masih bentuk kilang yang asal. Memang pengubahsuain yang sangat minima. Lantai pun menggunakan lantai kilang yang asal. Bumbung pun. Memang nostalgia kot bagi mereka yang pernah berkerja di kilang ini.
Tempatnya dibahagikan kepada 2 bahagian. Sebelah adalah bahagian makan-makan. Kerusi meja semua menggunana pallet kayu macam kat kilang. Memang kreatif. Macam-macam jenis makanan ada. Chicken Chop Rm5 pun ada. Tapi biasalah dia punya barisan beratur nak beli punyalah panjang. Saya tak cuba lagi makan kat bahagian dalam ni. So tak pastilah tentang harga dan kesedapannya.
Sebelahnya pula adalah bahagian kedai-kedai yang menjual pelbagai produk terutamanya yang buatan tempatan. Perempuan sukalah kot. Tudung dan baju-baju perempuan banyak. Tshirt, kedai buku jenis macam Fixi, Lejen Press dan macam-macamlah barangan terutama untuk golongan muda mudi yang terasa dirinya hipster (vape contohnya)...
Ada juga pentas terbuka yang hari tu Search pun buat kat sini untuk majlis Meet & Greet sempena promosi konsert Panggung Khayalan dorang.
Siapa-siapa yang tersesat ke JB dan terasa nak jadi hipster boleh la kot cuba tempat ni. Senang jer kot tempatnya. Di Jalan Tampoi berhadapan Taman Damansara Aliff tak jauh dari Plaza Angsana. Khabarbya dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari hinggalah 12 tengah malam.
Last...yang ni bukan chicken chop RM5...tapi yang kat belah depan pintu masuk utama belah kiri kena panjat tangga tu...

Monday, October 19, 2015
Gema Di Timur Jauh
Yang dah 20 tahun...
Search - Gema Di Timur Jauh (1995)
Bersempena konsert Panggung Khayalan yang akan berlangsung di Nusajaya pada 24hb ni, jom sembang-sembang pasal album ini.
Sejujurnya saya hanya mendengarnya sambil lalu ketika ianya dikeluarkan 20 tahun yang lalu. Sama kes macam album Rampage. Apa yang saya perasan, kebanyakan album-album rock melayu dipertengahan tahun 90an suka memulakan album mereka dengan lagu perlahan. MAY dalam album Ideologi pun begitu.
Agak meletihkan. Bermula dengan 2 lagu perlahan secara berturut-turut. "Laila Namamu Teratas" memang meletihkan. Nasib juga, "Menuju Puncak" dapat mengembalikan mood. Secara keseluruhannya Search memang berbeza dari apa yang saya dengar di tahun 80an dulu. Mereka kini dengan Rock n Roll era 90an. Susunan muziknya bagus. Sound pun sedap. Sayangnya terlampau banyak lagu perlahan untuk orang yang seleranya seperti saya.
Walaubagaimanapun lagu rancak seperti "Honky Tong Kosong", "Roket" dan lagu yang sedikit mempunyai riff metal, ciptaan mereka sendiri "No Way!!!" sememangnya agak menarik. Saya cukup tertarik dengan kerja gitar Kid. Memang bagus. Tabik! Sesuatu yang saya kurang menghargainya pada suatu ketika dahulu. Tak hairanlah mengapa generasi Search di zaman 90an menjadikan beliau sebagai idola. Solo-solo beliau sememangnya mengasyikkan.
Yang pastinya Search kembali menggunakan khidmat M.Nasir sebagai penerbit dan penulis lagu-lagu mereka. Sesuatu yang saya kurang faham, kenapa band sebesar Search masih mengharapkan sentuhan M. Nasir untuk lagu-lagu mereka. Tidak Yakin? Tekanan dari syarikat rakaman atau memang itu syarat M Nasir? Tak pasti...
Apa-apa pun kalau ada rezeki, kita jumpa di Nusajaya 24hb nanti...

Saturday, October 17, 2015
Magnum Opus
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 17hb Oktober...
Yngwie Malmsteen - Magnum Opus (1995)
Satu lagi perkara yang pengikut blog ini pasti tahu yang saya adalah pengemar Malmsteen. Tidak perlu untuk anda membaca tulisan saya seterusnya jika anda tidak sukakan beliau. Sudah pastinya saya akan "bias".
Saya rasa kelakar bila pengkritik muzik mengatakan album-album Malmsteen seperti ini sangat "predictable" dan tiada pembaharuan. Ini Malmsteen ok, apa lagi yang anda mahukan? Dia tidak akan pernah menjadi lain walau di era mana sekalipun. Malmsteen akan tetap menjadi Malmsteen. Trademark beliau adalah neo-classical yang laju dan laju. Memang itu pun yang kami die-hard fan ini inginkan.
Ini adalah kesinambungan dari album The Seventh Sign (1994). Masih mengekalkan Michael Vescera (Loudness) sebagai vokalis. (walaupun ramai juga yang tidak suka) Magnum Opus bukanlah sekadar album yang laju dan laju. Saya rasa ianya cukup melodic walaupun ianya tidaklah sekomersil Fire And Ice (1992).
Sesuai untuk semua golongan. Ada speed metal seperti "Vengeance". Slow rock macam "I'd Die Without You". Pop dalam "The Only One". Tetapi antara yang menariknya adalah instrumental "Amberdawn". Memang cukup syahdu lagu ni. Siapa kata Malmsteen tiada jiwa.
Cd saya adalah keluaran Jepun. Tetapi tiada obi. Mungkin dah hilang. Maklumlah cd 2nd hand. Yang bagusnya keluaran Jepun ini mempunyai satu lagu tambahan iaitu instrumental cover dari Vivaldi, "Cantabile".
Secara keseluruhannya album ini menepati citarasaya saya di tahun 90an. Ketika gitar hero yang lain juga telah berubah. Malmsteen tetap menjadi Malmsteen.
Saya suka satu quote yang saya terjumpa di internet...
Kurt Cobain’s followers: “Metal is Dead”
Heavy Metal: “Kurt Cobain is Dead”

Friday, October 16, 2015
Masa Scarecrow
Demam album reissue berterusan...
Masa Scarecrow - Masa Scarecrow (1989) - reissue 2015
Tak pernah dengar pun dulu. Yang tahu cuma "Amanda Gadisku". Itu pun pasal rakan sebilik ketika di ITM dulu rajin pasang rancangan radio Pilihan Bersama. Selalu lah dengar lagu tu. Tambah pula masa tu ada seorang siswi yang member-member gelar nama dia sebagai Amanda. Ntah apa ntah nama betulnya tapi memang cantik budaknya. Tu yang senang nak ingat tu...hahaha..
Cd ni dibeli untuk nak tahu apa yang saya tertinggal dengan rock melayu pada penghujung 80an dan awal 90an dahulu. Selepas 2,3 kali pendengaran, rasanya tak rugi apa pun. Album ini terlampau banyak sangat lagu perlahan yang leleh. Memang trend kot zaman tu semua berlumba-lumba nak buat lagu meleweh.
Selain lagu track pertama, "Raja Bersiong" yang rif, kerja gitar dan melodinya mengujakan saya (sedap lagu ni). Lagu rancak yang lain agak membosankan. Tak banyak pun lagu yang betul-betul rancak. Ada 3 kot. Yang lain semua perlahan atau mid tempo.
Saya lebih suka album kedua mereka, Doktrin Metos. Selain "Raja Bersiong", lagu perlahan "Kasih Yang Terseksa" dan "Amanda Gadisku" sahaja yang buat saya tertarik dengan cd ni. Yang lain-lain tu saya skip.
**siapa ingat Edika Yusof? Glamer betul mamat dulu masa jadi model iklan rokok Kingsway...ntah mana ntah perginya sekarang...

Thursday, October 15, 2015
radio kaset
Keluarga baru dalam Hangar 18 . Hadiah dari orang rumah. Akhirnya dapat juga kaset-kaset lama saya beraksi semula. Cumanya malas betul nak cuci satu-satu maklumlah hampir kesemuanya dah berkulat...bertahun dah tak berusik...
** terimakasih buat orang rumah kerana memahami minat sang suami. (tapi rasanya ni umpan jer kot...kebanyakan isteri memang suka kot kalau suami masing-masing mempunyai hobi yang menyebabkan beliau terperap dalam rumah 24 jam macam gini...kalau hobi lain jenuh asyik kena tinggal....ye tak?..hahaha...)
Wednesday, October 14, 2015
Tuesday, October 13, 2015
Febians
Lagi pasal album rock melayu reissue....
Febians - Febians (1988) - terbitan semula 2015
Yang ini pun pernah buat cerita pasalnya dahulu. Kalau rajin nak baca cerita 5 tahun yang lalu, sila >KLIK<
Album ni memang tak pernah ada dalam bentuk cd. Walaupun bukanlah antara kegemaran, tetapi memilikinya adalah satu kemestian. Terutamanya sebagai kenangan zaman remaja dahulu kala.
Soundnya bagus. Tak rugi beli. Satu yang bagusnya tentang keluaran NSR berbanding Universal Music adalah kualiti kertas covernya. Lebih tebal dan glossy. Tetapi kekurangannya pula dari segi rekabentuk inlay dibelah dalamnya. Biasanya sekadar lirik tanpa gambar. Bab ini Universal lagi bagus. Rekabentuk dan gambar band biasanya mengikut kaset yang asal. Ianya lebih menarik. Kedua-duanya ada pro dan con. Tapi tak kisahlah, selepas bepuluh tahun menunggu dapat yang bunyinya elok seperti ini kira dah bagus dah. Terimakasih kepada keduanya. Saya berharap ada yang sudi mengeluarkan semula Battle of the Band 1-2 dan Juara Juara Rock 1-3 suatu hari nanti. Cd yang saya ada tidak menggunakan cover yang asal. Agak kurang menarik.
Berbalik kepada Febians, seperti 5 tahun yang lalu, pandangan saya terhadap album ini tetap tidak berubah. Album ini memang banyak lagu perlahan. Yang berbezanya saya semakin ketagih pula mendengar lagu "Satu Penentuan". Bahagian yang Nasha tarik suara tu memang "rabak"!.

Monday, October 12, 2015
Samarkand
Demam cd rock melayu 80an reissue berterusan....
Bloodshed - Samarkand (1987) - keluaran semula 2015
Dah pernah buat cerita pasal album ni 6 tahun yang lalu. Kalau rajin nak baca apa yang saya merepek ketika itu sila klik >SINI<
Rasanya tak perlulah saya ulas lagi. Cuma saya ingin berkongsi perbezaan yang terdapat antara cd keluaran semula 2015 ini dengan cd asal 1st press terbitan tahun 1997.
Dari segi sound rasanya cd 2015 ini tidak jauh ketinggalan dengan 1997. Tak pasti sumber mana yang digunakan. Tak rasa pun dari master tape yang asal. Mungkin juga piring hitam atau mungkin sumbernya sememangnya dari cd 1997 ini. Pasal itu soundnya tidak jauh berbeza.
Tapi yang pastinya gambar cover dan inlaynya memang berbeza. Saya pasti yang cd terbitan 2015 ini menggunakan cover kaset sebagai rujukan. Font tulisan Samarkand adalah sama dengan di kaset.
Inlay di belah dalam dan graphic di atas cd juga berbeza. Yang atas 2015, bawah 1997.
Inlay 2015 jenis kertas sekeping lipat dua, manakala 1997 jenis kertas panjang berjela.
Begitulah lebih kurang perbezaannya. Yang 1997, "packaging"nya lebih berbaloi. Tapi tak kisah lah. Nak dapat yang 1997 ni memang dah susah dah. Dapat yang baru ni pun dah kira elok...janji soundnya bagus.
Bloodshed - Samarkand (1987) - keluaran semula 2015
Dah pernah buat cerita pasal album ni 6 tahun yang lalu. Kalau rajin nak baca apa yang saya merepek ketika itu sila klik >SINI<
Rasanya tak perlulah saya ulas lagi. Cuma saya ingin berkongsi perbezaan yang terdapat antara cd keluaran semula 2015 ini dengan cd asal 1st press terbitan tahun 1997.
Dari segi sound rasanya cd 2015 ini tidak jauh ketinggalan dengan 1997. Tak pasti sumber mana yang digunakan. Tak rasa pun dari master tape yang asal. Mungkin juga piring hitam atau mungkin sumbernya sememangnya dari cd 1997 ini. Pasal itu soundnya tidak jauh berbeza.
2015 (kanan) 1997 (kiri) |
Inlay di belah dalam dan graphic di atas cd juga berbeza. Yang atas 2015, bawah 1997.
Inlay 2015 jenis kertas sekeping lipat dua, manakala 1997 jenis kertas panjang berjela.
Begitulah lebih kurang perbezaannya. Yang 1997, "packaging"nya lebih berbaloi. Tapi tak kisah lah. Nak dapat yang 1997 ni memang dah susah dah. Dapat yang baru ni pun dah kira elok...janji soundnya bagus.
Sunday, October 11, 2015
Come Taste the Band
Yang menyambut ulangtahun ke 40 semalam, 10hb Oktober...
Deep Purple - Come Taste the Band (1975)
Ramai berpendapat yang Deep Purple Mk IV bukanlah Deep Purple yang sebenar. Ia hanya sekadar projek band bagi David Coverdale, Glenn Hughes, Tommy Bolin yang dibantu oleh Jon Lord dan Ian Paice.
Mungkin ada kebenarannya. Kerana Come Taste the Band sememangnya berbeza dengan album-album sebelumnya. Kalau anda mengharapkan Machine Head atau In Rock pasti anda akan kecewa. Memang tak akan ada rif-rif macam lagu "Highway Star", "Space Trucking", "Burn" ataupun "Stormbringer" sekalipun.
Tommy Bolin bukanlah seorang gitaris yang berlatarbelakangkan hard rock. Dia langsung tak sama dengan Ritchie Blackmore. Malah memang dia tak mahu sama pun. Dia tetap dengan cara dia yang lebih blues,funk dan fusion. Maka memanglah album ini berbeza, malah agak berbeza juga dengan album sebelum ini, Stormbringer yang agak funky.
Makanya adakah album ini tak best? Tak juga. Berbeza tak semestinya tak bagus kan. Bergantung juga kepada selera masing-masing. Tetapi yang jadi masalahnya , Come Taste the Band adalah Deep Purple yang telah berevolusi hingga hampir hilang identitinya. Nak buat macamana, tanpa Ritchie Blackmore, makanya David Coverdale, Glenn Hughes dan Tommy Bolin lah yang menerajui hala tuju Deep Purple. Mereka bukanlah anggota yang asal. Maka ada logik juga bila ada yang berpendapat yang ini adalah band projek mereka bertiga.
Sebenarnya kalau anda sukakan rock 70an dengan rif yang lebih blues, funk dan grovy, mungkin anda akan sukakan ini. Ada beberapa lagu contohnya "Dealer", "I need Love", "Drifter" dan "Love Child" yang mengingatkan saya kepada Whitesnake di era awal kemunculan mereka. Memang itulah hala tuju David Coverdale pun.
Antara hightlightnya pada saya adalah Glenn Hughes juga menyanyikan 2 lagu. Salah satu darinya, "Gettin' Tighter" berbunyi sangat funky. Sesuatu yang cukup berbeza dengan Deep Purple yang biasa. "This time Around" juga menarik. Membuktikan kehebatan vokal beliau, tambah menarik bahagian kedua lagu ini mengandungi instrumental Owed to "G" yang membuktikan pula kehebatan Tommy Bolin.
Saya memang sukakan Tommy Bolin. Abum solo beliau Private Eyes memang best. Sayangnya beliau mati muda. Gaya hidup rockstar telah membunuh beliau. Kalau tak mungkin juga Deep Purple MK IV ni boleh pergi lebih jauh lagi...

Lp versi lanun yang dibeli dengan harga RM18 |

Friday, October 9, 2015
Japan Live '94
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini (9hb Oktober)
Savatage - Japan Live '94 (1995)
Pengikut blog ini pasti tahu yang Savatage adalah band kegemaran saya. Terutamanya bekas gitaris mereka, mendiang Criss Oliva. Salah satu sebab mengapa album ini tidak menjadi salah satu album live kegemaran saya hanyalah semata-matanya kerana tiadanya beliau.
Mungkin saya tidak berlaku adil kepada Alex Skolnick (Testament) yang sedaya upaya menggantikan tempat Criss. Nak buat macamana saya sememangnya "bias". Tetapi sebenarnya kerja gitar Alex Skolnick dalam album ini memang terbaik. Tip top. Memang patut kena puji. Paling saya suka dia tak memandai-mandai menokok tambah atau mengubah suai rif yang asal. Solo yang berbeza sedikit tu biasalah. Sememangnya salah satu sebab kenapa saya sukakan Testament adalah kerana solo-solo anak buah Joe Satriani ini.
Produksi album ini memang tip top. Balance. Clear. Memang syiok dengar. Tambah tambah pula semua lagu pun sedap. Mungkin kalau yang nakkan lagu-lagu era Jon Oliva, akan sedikit kecewa. Tetapi dengan adanya lagu seperti Sirens dan Gutter Ballet dah kira best dah. Yang tak bestnya cuma ianya tidak dinyanyikan sendiri oleh Jon. Walaupun dia ada berduet dengan Zak dalam lagu Gutter Ballet. Tetapi rasa tak puas lah. Selebihnya beliau hanya sekadar bermain keyboards. Mungkin kat situ ada rasa kurang syioknya. Dah biasa dengar suara Jon pada lagu lagu tersebut. Dengar Zak yang nyanyi memang agak lain sedikit.
Tetapi perlu diakui antara highlight album ini pada saya adalah vokal Zachary Stevens. Memang power. Terutamanya bila dia nenyanyikan lagu lagu dari zaman dia. Memang best.
Maaflah saya sememangnya akan "bias" bila bercakap pasal Savatage. Dah minat nak buat macamana kan..Sila beli..download...youtube...spotify atau apa sahaja...pasal ini memang barang baik.
Rekomended!

Thursday, October 8, 2015
Ballbreaker
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 26hb September yang lalu...
AC/DC - Ballbreaker (1995)
AC/DC kembali menjadi AC/DC. Straight "blues rock n roll". Album sebelumnya, "The Razor's Edge" (1990) walaupun mempunyai lagu-lagu hits seperti "Thunderstruck" dan "Are You Ready", tetapi berbunyi agak pop kalau mengikut piawaian AC/DC sendiri.
Mungkin dengan kemasukan semula drummer Phil Rudd, selepas 12 tahun, (kali terakhir ketika album, "Flick of the Switch" (1983), line-up klasik "Back in Black" menjadikan mereka kembali kepada asal.
Tetapi ini bukanlah "Back in Black". Mereka telah melangkah terus kehadapan terutamanya bila menggunakan khidmat Rick Rubin sebagai penerbit untuk mendapatkan sound terkini. Tetapi yang pastinya AC/DC akan tetap menjadi AC/DC.
Best jika anda peminat AC/DC. Maklumlah muzik sebegini bukan semua oarng boleh hadam.