Sunday, October 11, 2015

Come Taste the Band

Yang menyambut ulangtahun ke 40 semalam, 10hb Oktober...


Deep Purple - Come Taste the Band (1975)

Ramai berpendapat yang Deep Purple Mk IV bukanlah Deep Purple yang sebenar. Ia hanya sekadar projek band bagi David Coverdale, Glenn Hughes, Tommy Bolin yang dibantu oleh Jon Lord dan Ian Paice.

Mungkin ada kebenarannya. Kerana Come Taste the Band sememangnya berbeza dengan album-album sebelumnya. Kalau anda mengharapkan Machine Head atau In Rock pasti anda akan kecewa. Memang tak akan ada rif-rif macam lagu "Highway Star", "Space Trucking", "Burn" ataupun "Stormbringer" sekalipun.


Tommy Bolin bukanlah seorang gitaris yang berlatarbelakangkan hard rock. Dia langsung tak sama dengan Ritchie Blackmore. Malah memang dia tak mahu sama pun. Dia tetap dengan cara dia yang lebih blues,funk dan fusion. Maka memanglah album ini berbeza, malah agak berbeza juga dengan album sebelum ini, Stormbringer yang agak funky.

Makanya adakah album ini tak best? Tak juga. Berbeza tak semestinya tak bagus kan. Bergantung juga kepada selera masing-masing. Tetapi yang jadi masalahnya , Come Taste the Band adalah Deep Purple yang telah berevolusi hingga hampir hilang identitinya. Nak buat macamana, tanpa Ritchie Blackmore, makanya David Coverdale, Glenn Hughes dan Tommy Bolin lah yang menerajui hala tuju Deep Purple. Mereka bukanlah anggota yang asal. Maka ada logik juga bila ada yang berpendapat yang ini adalah band projek mereka bertiga.

Sebenarnya kalau anda sukakan rock 70an dengan rif yang lebih blues, funk dan grovy, mungkin anda akan sukakan ini. Ada beberapa lagu contohnya "Dealer", "I need Love", "Drifter" dan "Love Child" yang mengingatkan saya kepada Whitesnake di era awal kemunculan mereka. Memang itulah hala tuju David Coverdale pun.

Lp versi lanun yang dibeli dengan harga RM18

Antara hightlightnya pada saya adalah Glenn Hughes juga menyanyikan 2 lagu. Salah satu darinya, "Gettin' Tighter" berbunyi sangat funky. Sesuatu yang cukup berbeza dengan Deep Purple yang biasa. "This time Around" juga menarik. Membuktikan kehebatan vokal beliau, tambah menarik bahagian kedua lagu ini mengandungi instrumental Owed to "G" yang membuktikan pula kehebatan Tommy Bolin.

 Saya memang sukakan Tommy Bolin. Abum solo beliau Private Eyes memang best. Sayangnya beliau mati muda. Gaya hidup rockstar telah membunuh beliau. Kalau tak mungkin juga Deep Purple MK IV ni boleh pergi lebih jauh lagi...




1 comment:

  1. Tommi bolin ni gone case gitu.
    kalau dia tengah ambik drugs, pegang gitar pun dia tak mampu.
    similar cam sapa tu alice in chains tu, pukulan drugs teruk sangat sampai terberak dalam ssluar pun dia tak perasan.
    well...

    ReplyDelete