Thursday, January 7, 2016

RUN FOR COVER

Sambungan entri tahun lepas yang tak sempat nak siap...
Yang menyambut ulangtahun ke 30 31....


Gary Moore - Run for Cover (1985)

Ini adalah antara zaman kemuncak Gary Moore ketika dia masih ber"heavy metal". Bagi yang kenal mendiang ketika zaman "Still Got The Blues" pastinya tak tahu yang beliau bermula dengan muzik hard rock/heavy metal ketika awal tahun 80an dulu.

Sesuatu yang peminat blues beliau patut tahu, beliau dulunya adalah seorang shredder. Solo-solonya memang berapi. Sayangnya semenjak ber"blues" beliau tidak lagi bermain begitu sehinggalah ke akhir hayat beliau.

Ini album yang menarik. Lagu-lagunya memang sedap. Tambah-tambah pula barisan artis-artis undangannya memang tengah top pada ketika itu termasuk lah Glenn Hughes (Deep Purple), Phil Lynott (Thin Lizzy), Bob Daisley (Rainbow, Ozzy Osbourne) dan Don Airey (Rainbow, MSG, Ozzy Osbourne).


Paling menarik sudah tentunya lagu "Out in the Fields". Lagu duet antara dia dan Phil Lynott. Ini adalah antara lagu yang menaikkan nama beliau ke dalam carta. Beliau juga merakamkan semula lagu yang popular dikalangan mat rock melayu zaman saya budak-budak dahulu, "Empty Rooms". Terkenang zaman-zaman kaset apache bila mendengar lagu ini.

Lain-lain yang patut anda dengar adalah "Military Man". Lagu nyanyian Phil Lynott. Kalau tak silap ini adalah rakaman terakhir penyanyi Thin Lizzy tersebut sebelum dia meninggal dunia. Saya tak pasti tetapi secara kebetulannya Gary Moore tidak lagi ber"heavy metal" selepas kematian beliau.

Apa-apa pun saya memang suka Gary Moore ketika dia ber"heavy metal". Terbaik!



10 comments:

  1. sayang estock_deutschland dah "tutup", byk album2 GM aku dah masuk dlm watch list especially wild frontier

    ReplyDelete
  2. berapa banyak version Empty rOOM ni... aku rasa ada 3 atau empat kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru terjumpa kat youtube Search cover lagu ni masa kat Hard Rock TTDI tahun 1985 dulu...syiok juga tengok Din Mayat menyolo lagu ni guna V...

      Delete
  3. aku ada tgk video kat utube Thin Lizzy main whiskey in the jar 1973.. best video tu...

    ReplyDelete
  4. Kadang2 tu ade gitaris tetibe suka pula menyolo blues.. solo blues ni asyikk

    ReplyDelete
  5. Baru tau pasal album ni.aku ingat GM cuma album2 blues je

    ReplyDelete
  6. Apa aku tahu dia nak start main rock n roll balik sebelum dia mati mengejut. Dia punya last montreux show, dia dah premiere 3 lagu baru. Dan itu show kecuali still got the blues, setlist is heavy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... show Montreux Jazz Festival tu memang heavy...

      Tolak lagu SGTB, Empty Room dan Parisienne Walkway...
      Empty Room version live ni pun best

      Delete
  7. Setuju. Album Gary Moore masa rock/heavy metal mcm ni antara kemuncak kerjaya dia. Mmg power sampaikan Ozzy pun nak ambik dia kalau tak silap.

    ReplyDelete