Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 4hb Julai yang lalu...
Flotsam and Jetsam ~ Doomsday For The Deceiver (1986)
Album sebegini adalah kenapa saya sukakan muzik thrash. This is my cup of tea.
Kali pertama tau pasal Flotsam and Jetsam bukan kerana ini band awal Jason Newstead tetapi dari majalah Gila-Gila. Hasil dari lukisan kartunis Cik Li yang terkenal dengan kartun Manjalong. Banyak dia selit logo-logo band thrash dalam kartun dia. Tapi mendengarnya sememangnya selepas zaman Jason Newstead masuk Metallica.
Bagi saya ini adalah antara "debut" album thrash/speed metal terbaik. Mereka lebih kepada melodic thrash/speed metal dengan twin guitar solo dan harmonic solo ala-ala Iron Maiden. 2 gitaris mereka, Michael Gilbert dan Edward Carlson memang bagus. Vokalis mereka, Erik A.K jua mempunyai vokal hight pitch yang hebat. Lagu-lagunya pun sedap dan permainan muziknya kemas. Tetapi sayangnya, mereka akan selamanya hanya dikenali sebagai band awal Jason Newstead.
Nak buat macamana. Bila sebut pasal pasal Flotsam & Jetsam,kita tak boleh nak lari dari bercerita perihal Jason Newstead. Dia sememangnya watak penting dalam Flotsam And Jetsam. Selain mencipta lagu dan lirik beliau juga adalah jurucakap mereka. Tetapi yang lebih utamanya dengarkan petikan bass beliau contohnya dalam lagu "Hammerhead" ataupun solo bass beliau dalam lagu "Metalshock". Mungkin ini sebabnya kenapa beliau dipilih oleh James dan Lar. Tetapi sayangnya bakat beliau disekat ketika bersama Metallica.
Antara lagu kegemaran adalah 2 lagu epic panjang "Doomsday For The Deceiver" - 9 minit lebih dan "Metalshock" - 8 minit lebih. Selain itu Hammerhead, Iron Tears, She Took An Axe, Der Fuhrer dan instrumental Flotzilla adalah kenapa anda patut dengar album ini jika anda peminat thrash atau speed metal.
Terbaik!!!
Friday, July 29, 2016
Wednesday, July 27, 2016
Juara Juara Rock
Cukup sudah....
Kaset dan cd dah ada...Kalau ada yang nak sedekahkan piring hitamnya pun boleh jugak..haha...
btw...sayang sungguh...Scandals tiada album solo....

Tuesday, July 26, 2016
Poskad dan Pedal To The Metal 3
Seperti D'arsil, saya juga menerima sekeping poskad ucapan selamat hari raya. Terimakasih tuan yang menghantar. Lama betul dah tak menerima poskad sebegini. Old School sungguh. Nak membalasnya dah tak sempat. Cukuplah sekadar berterimakasih di alam maya ini. Tabik!
Di samping itu jangan lupa jenguk-jenguk la juga keluaran terbaru zine Pedal To The Metal beliau. Dah masuk isu no 3 dah. Khabarnya akan keluar pula yang ke 4.
Terimakasih Raimi.
Sila hubungi beliau di blog Faithcraft Productions ataupun Kusyuk Kematian.
Monday, July 25, 2016
Agents Of Fortune
Lama dah tak cerita perihal album 70an...sempena ulang tahunnya yang ke 40 pada Mei yang lalu...
Blue Oyster Cult - Agents Of Fortune (1976)
2 perkara buat saya kenal Blue Oyster Cult. Gitaris Donald "Buck Dharma" Roeser yang terlibat dalam projek Stars dan lagu "(Dont Fear) The Reaper". Kedua-duanya adalah penyebab untuk saya membeli cd ini.
Blue Oyster Cult adalah sebuah band hard rock 70an. Ada juga yang mengelarkan mereka sebagai sebuah band awal terhasilnya heavy metal. Mungkin benar juga walaupun sound mereka bukanlah seberat Black Sabbath ataupun Deep Purple. Tetapi mereka semestinya sebuah band yang ibu bapa di tahun 70an tak mahu anaknya dengar.
Saya dicadangkan untuk membeli album ini untuk mula mengenali mereka. Ternyata ianya pilihan yang tepat. Bukan sahaja kerana di dalamnya ada lagu mereka yang paling dikenali di dunia, "(Dont Fear) The Reaper", tetapi lagu-lagu lainnya juga bagus.
Sayangnya seperti kebiasaan kalau sesuatu album itu ada lagu yang super hits, lagu-lagu lainnya menjadi agak tenggelam. Macam susah juga bila semua lagu dibandingkan dengan "(Dont Fear) The Reaper". Saya mengambil masa juga untuk hadam lagu lagu yang lainnya. Tetapi lagu-lagu seperti "E.T.I (Extra Terrestial Intelligence)", "Sinful Love, Revenge Of Vera Gemini", "Morning Final" juga boleh tahan. Tambah pula kerja gitar yang baik dari Buck Dharma.
Jika anda gemarkan sound rock 70an, rasanya tak susah untuk anda menyukai album ini.
**entah mengapa, sejak kisah "more cowbell" macam rasa terngiang-ngiang pula bunyi cowbell dalam (Dont Fear) The Reaper. Dulu macam takder bunyi tu pun...haha...

Friday, July 22, 2016
Sehari Dalam Hidup
lagi cd rock melayu reissue...
Lovehunters - Sehari Dalam Hidup (1987) -keluaran semula 2016
Power trio dari Singapura.
Cd ini mengembalikan nostalgia saya di zaman persekolahan. Ianya mengingatkan saya kepada seorang rakan sekelas bukan melayu dan bukan mat rock yang cukup suka menyanyikan lagu "Sehari Dalam Hidup". Kami dah "lost contact" sejak habis sekolah. Tetapi setiap kali terdengar lagu ini memang ianya mengembalikan nostalgia tersebut.
Sehari Dalam Hidup adalah antara album rock melayu terawal. Pada ketika itu setiap kaset rock yang keluar pastinya saya dan rakan rakan sekelas akan mengambil giliran untuk beli. Nak beli semua mana nak mampu. Jadi untuk mendengar kesemuanya terpaksalah bergilir gilir beli dan kongsi mendengarnya bersama.
Ini bukan giliran saya. Maka tak pernah ada kasetnya. Tetapi lagu-lagunya bila dengar kembali terus ingat. Mereka berkonsepkan hard rock dengan sentuhan rock 70an. Dengan nama band pun dah boleh tahu "influenced" mereka dari era mana. Lagu paling hits mereka "Ku Ukir Nama Mu" (sesiapa duduk JB pasti pernah dengar, agak popular juga lagu ini di radio Singapura pada ketika itu) memang sedap. Solo gitarya memang ala-ala solo band rock 70an. Cuma lagu "Sengketa Dunia", yang pada saya agak berbeza kerana bunyinya seperti heavy metal 80an.
Secara keseluruhannya semua lagu sedap. Mereka memang pemuzik yang berbakat. Majoriti lagunya dicipta oleh mereka sendiri. Sayangnya di penghujung 80an saya mula terpengaruh dengan muzik yang lebih ekstrim, maka album-album mereka yang seterusnya tidak saya ambil tahu kecuali lagu inggeris mereka, "Angel In The Night" yang agak popular juga di radio Singapura pada awal tahun 90an...

Wednesday, July 20, 2016
cd reissue - Sweet Charity
Sedikit nak cerita berkenaan cd reissue terkini Sweet Charity dan perbezaannya dengan cd "edisi khas lagenda rock" terbitan tahun 2004.
Yang paling ketara dah tentu-tentunya gambar cover depan. Barulah puas tengok. (walaupun tulisan Pelarian tu ada sedikit perubahan dari versi asal...)
Inlay pula jenis lipat 3 bukan lagi lipat 2. Besar lah sikit tulisan lirik tu. Baru lah mata orang tua yang dah mula rabun dekat ni senang nak nampak..haha...
Infonya di dalamnya pun lebih tepat. Yang dulu tahun bila diterbitkan pun tak tulis. Siapa band member pun tak lengkap.
Gambar belakang pun cun. Sama macam lp. 2004 punya memang hampeh.
Satu lagi yang patut dipuji setiap keluaran reissue dari Warner Music ni adalah kualiti bunyinya. Memang tip top. Tetapi saya kurang pasti adakah ianya menggunakan versi remastered dari Fauzi Marzuki sama seperti tahun 2004. Mungkin juga.
Tapi yang pastinya..memang berbaloi!...
Yang paling ketara dah tentu-tentunya gambar cover depan. Barulah puas tengok. (walaupun tulisan Pelarian tu ada sedikit perubahan dari versi asal...)
Inlay pula jenis lipat 3 bukan lagi lipat 2. Besar lah sikit tulisan lirik tu. Baru lah mata orang tua yang dah mula rabun dekat ni senang nak nampak..haha...
Gambar belakang pun cun. Sama macam lp. 2004 punya memang hampeh.
Satu lagi yang patut dipuji setiap keluaran reissue dari Warner Music ni adalah kualiti bunyinya. Memang tip top. Tetapi saya kurang pasti adakah ianya menggunakan versi remastered dari Fauzi Marzuki sama seperti tahun 2004. Mungkin juga.
Tapi yang pastinya..memang berbaloi!...
Monday, July 18, 2016
selepas raya...
kepala tepu nak menulis..terlebih makan kuih raya agaknya....layan gambar jer la...
Pelan pelan kayuh, akhirnya hampir lengkap juga set up audio saya. Semua pun barang 2nd hand dengan jenama yang muhibah. Dengan bajet yang ciput kira bolehlah dengar setakat untuk geli-geli. Tapi ni dah ok sangatlah juga kalau nak kejutkan jiran sebelah rumah...haha..
Ni pula hasil pergi beraya. 3 ni RM25. Whitesnake tu lp cetak rompak. So memang harga lelong. Tapi Giuffria tu ori. Kondisi piring pun masih elok. Mungkin seller tak tau siapa Giuffria...dan..err..korang pun kan?... :)
Cd-cd reissue terkini yang baru sampai . Boleh lah layan sambil mengunyah kuih raya...
Last...baru 13 Shawal...masih tak habis collect duit raya...Jom pergi Beraya!!!....

Friday, July 15, 2016
Death Of A Bachelor
Orang tua macam saya tak dengar sangat lagu lagu-lagu macam ni...
Panic! At The Disco - Death Of A Bachelor (2016)
Sebenarnya cd ini adalah hadiah saya kepada anak sulong kerana keputusan cemerlangnya di kolej matrikulasi. Dia yang nak cd ni. Sebenarnya dia mahukan dalam bentuk piring hitam. Mungkin nak belajar mendengar muzik secara old school. Tetapi saya yang tak bagi walaupun perbezaan harga antara cd dan piring hitamnya hanyalah RM20++
Pada saya belajar dulu menggunakan cd, baru piring hitam. Cd lebih mudah. Kesian juga dengan generasi sekarang yang dah tak kenal rupa cd. Mungkin anak-anak saya bertuah kerana masih tahu apa dia piring hitam, kaset dan cd. Kalau anak-anak tak berminat nanti, saya pun tak pasti apa yang akan terjadi dengan koleksi saya pada suatu hari nanti.
Nampaknya selepas sebulan cd ini dibeli ianya hanya terbiar di rak cd. Seperti yang di duga, generasi sekarang lebih suka akan mp3, youtube, spotify, joox dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Semuanya dalam handphone dan mudah untuk di bawa kesana sini. Mengikut gayanya, anak sulong saya ni rasanya tak akan terjebak dengan hobi abahnya. Tak pasti adakah itu benda yang baik atau sebaliknya.
Berkenaan cdnya pula, Panic At The Disco adalah kegemaran beliau selain artis K-pop. Saya cuba juga mendengarnya untuk memahami selera golongan muda. Muziknya bagus. Pop. Mungkin kalau umur saya sebaya dia, saya juga mungkin akan suka seperti mana saya suka Duran Duran atau A-ha suatu masa dahulu. Apa nak buat saya dah tua....walaupun saya sering dikatakan seperti orang muda bila memakai tshirt Iron Maiden. Seronok juga bila Iron Maiden masih dikaitkan sebagai muzik untuk orang muda di pandangan mata awam.
Oleh itu satu petua kalau nak kekal muda, pakailah tshirt Iron Maiden...hahaha...

Wednesday, July 13, 2016
Sudah Sampai Sini : Forest City
Lama dah terperuk dalam draft...tak silap sejak dari februari...
Kepada sesiapa yang tertanya-tanya apa dia "Forest City" yang ada pada jersey pasukan bolasepak JDT. Ini adalah jawapannya.
Ianya adalah projek bandar baru atau lebih tepat sebuah pulau buatan yang terletak di kawasan Tanjung Pelepas berdekatan dengan jambatan kedua (2nd link) ke Singapura.
Dengan keluasan sekitar 20km persegi. Pulau yang berkonsepkan mesra alam sekitar yang penuh dengan kehijauan. Khabarnya stadium baru JDT juga akan di bina disini.
Ini adalah antara tempat tumpuan terbaru untuk warga Johor berjalan-jalan bersama keluarga. Waktu cuti agak sesak juga. Kawasan kolam untuk mandi manda (seperti gambar di atas) waktu saya pergi ni baru siap dibina. Sekarang dah di buka untuk mandi manda.
Sebenarnya gambar-gambar ini bukanlah di pulau tersebut. Pulau bebas cukai tu masih dalam proses tambak tanah. Tak pasti ntah bila akan di buka. Gambar-gambar ini adalah di kawasan Bangunan Galeri Jualan.
Ini pula adalah pantai di dalam galeri jualan tersebut. Tak silap saya pantai ini pun adalah pantai buatan. Tapi memang cantik la.
Ianya menjadi lokasi untuk bergambar dan bersiar-siar. Nak mandi tak boleh la. Baru jalan-jalan kat gigi airnya pun dah kena jerit dengan guard bangla...
Jambatan kedua atau 2nd link ke Singapura. Memang sebelah betul lokasinya. Dekat jer nampak Singapura.
Bila siap esok, memang dekat sangat dah lokasinya dengan Singapura. Kedudukan pulaunya memang dekat benar dengan sempadan. Itu yang khabarnya ada sedikit kontroversi timbul.
Dasyat pembangunan Johor kebelakangan ni. 10..20 tahun mendatang mungkin Johor akan setanding dengan Singapura dari segi pembangunan...harapnya "orang kita" taklah pula ketinggalan....

Monday, July 11, 2016
Roots
Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 20hb Februari yang lalu...
Sepultura - Roots (1996)
Album yang membuatkan saya meninggalkan Sepultura. Bukan kerana tidak bagus tetapi muzik mereka telah berubah. Nu metal ataupun groove metal adalah satu genre yang sukar untuk saya hadam.
Tak boleh salahkan mereka. Selepas berjaya keluar dari kelompok underground dan menjadi popular dengan album-album sebelumnya, mungkin ini masanya untuk mereka kembali kepada asal usul tradisi muzik mereka. Rasanya kalau saya pun ada band sebesar Sepultura, pastinya saya juga akan melakukan seperti mereka. Inilah peluang untuk mengenalkan budaya asal usul kita. Mungkin itu yang cuba dilakukan oleh Max Cavalera dan rakan-rakannya.
Pengaruh muzik "tribal" mempelopori album ini. "Ratamahatta" adalah contohnya. Banyak penggunaan alatan gendang dari Brazil. Mungkin sesuatu yang baru pada ketika itu sehinggakan orang seperti saya merasakan agak sukar untuk hadam. Ramai yang kata muzik mereka macam Korn. Tetapi saya tidak mendengar Korn, makanya saya tidak pasti jika ada persamaannya di situ.
Kalau ada pun yang menarik perhatian saya adalah ketukan drum Igor. Memang power!
Bukan secawan kopi saya.

Tuesday, July 5, 2016
Sunday, July 3, 2016
Rentak Hidup
Lagi album reissue...
Ramli Sarip - Rentak Hidup (1991) keluaran semula 2016
Banyak juga album-album tahun 90an yang saya ketinggalan. Rentak Hidup adalah salah satu darinya. Malah hampir tak pernah tahu pun kewujudannya. Ramli Sarip yang betul-betul saya ikuti hanyalah hingga ke album Perjalanan Hidup (1987). Album-album selepasnya memang kurang ambil tahu tambahan pula beliau telah mula kurang rock n roll nya.
Awalnya ingatkan Rentak Hidup adalah sebuah album ketimuran/kerohanian seperti Syair Timur, rupa-rupanya tidak. Ini adalah sebuah album rock n roll. Pemuziknya juga hebat-hebat belaka. Man Kidal, Yan, Tom dan Acis. Maka sudah tentulah muziknya memang mantap.
Tak pernah nampak album ini dalam keluaran cd "Siri Lagenda" terbitan tahun 2011. Rupanya Rentak Hidup ni memang tidak diterbitkan untuk siri tersebut. Kiranya ini adalah kali pertama diterbitkan dalam betuk cd (tolong betulkan jika salah).
Banyak lagu sedap. Melodi lagu-lagu Ramli Sarip memang jarang mengecewakan. Paling suka Blues Felda Blues dan Diktator Papan Catur. Akhirnya teka teki saya tentang Blues Felda Blues terjawap. Semenjak kali pertama mendengarnya di radio dan dari kaset Alive, saya tidak pernah tahu dari album mana ianya di ambil. Sebagai anak peneroka felda, lagu ini liriknya memang cukup bermakna. Tambah pula bila lagunya memang sedap.
Yang paling istimewanya tentang Rentak Hidup adalah liriknya. Tiada langsung cintan cintun. Kesemua liriknya berkisarkan kehidupan. Mungkin kerana itulah albumnya diberikan tajuk Rentak Hidup. Tabik kepada Ramli Sarip kerana berani menghasilkan album yang sebegini.
Sebuah album yang berbaloi. Rugi juga tidak mendengarnya lebih awal.
*menariknya...beli dapat poster. WEA memang terbaik dalam penghasilan cd-cd reissue ini. Sound dan inlay yang memang puashati.