Friday, November 4, 2016

Trilogy

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 4hb November


Yngwie Malmsteen - Trilogy (1986)

Lagi yang menarik dari tahun 1986. Sesuai dengan namanya Trilogy, ianya pada saya adalah yang terakhir dari trilogy 3 album terawal Malmsteen iaitu Rising Force (1984). Marching Out (1985) dan Trilogy (1986).  Album selepasnya sudah sedikit berubah. Lebih komersial.

Namun begitu album ini juga sudah nampak arah "mainstream"nya. Mungkin Malmsteen mahukan muziknya lebih dikenali ramai. Lebih mainstream. Pada ketika itu rasanya dia sudah berjaya. Berapa ramai "copycat" yang mahu bermain sepertinya. Termasuklah yang "jari bangku" seperti saya. Haha...


Banyak juga lagu yang sedap. "You Don't Remember, I'll Never Forget", "Queen in Love", "Fury", "Magic Mirror" dan instrumental "Crying" antara yang menarik. Tak payah cerita pasal kerja gitar Malmsteen la. Semua dah tahu dia bagus. Tapi saya tertarik juga dengan ketukan drum  Anders Johansson. Padu!. Dan paling underated adalah Mark Boals. Susah dia nak ganti reputasi tinggi Jeff Scott Soto. Saya sendiri pun dulunya fan boy Jeff. Sekarang ini la baru rasa ok juga sebenarnya suara Mark Boals.

Satu kenangan tentang album ini adalah "You Don't Remember, I'll Never Forget". Setiap kali member sekolah (biasanya perempuan la) bagi buku biodata dorang yang kita kena tulis ucapan kat dalam dia atau apa2 kad perpisahan mesti tulis perkataan ini "You Don't Remember, I'll Never Forget".  Kira terer betul dah english masa tu…hahaha...




7 comments:

  1. Aku lagi suka marching out. Lagu best2

    ReplyDelete
  2. dulu aku tau psl album ni melaui pakcik aku..dengan banggany dia dpt beli kaset ni..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Yela lupa album ni.bila sebut pasal album ni aku teringat album Burnmarks "Asmara".betul2 copycat malmsteen.heheh..

    ReplyDelete
  4. "You Don't Remember, I'll Never Forget". Kira terer betul dah english masa tu…hahaha...

    quoted

    ReplyDelete
  5. yngwie 80an la yg aku suka sgt... lepas tu 90an pun ok jgk..

    ReplyDelete
  6. yngwie malmsteen .. memang tiada tolok bandingnya lagi di era tersebut.. selain idola beliau.. the one and only, legendaris jimmy hendrix

    ReplyDelete