Thursday, June 30, 2016

Fight for the Rock

Hari ini, 30hb Jun maka genaplah 30 tahun usia satu-satunya album berkonsep hard rock komersial dari band kegemaran saya, Savatage...


Savatage - Fight for the Rock (1986)

Ramai peminat tak suka album ni. Termasuk Jon Oliva sendiri. Saya ada terbaca yang mereka setuju untuk merakamkan album ini kerana mereka perlukan duit. Asalnya lagu-lagunya dicipta oleh Jon untuk artis-artis pop rock yang satu label dengan mereka. John Waite contohnya. Tetapi syarikat rakaman mahukan mereka yang merakamnya sendiri. Maklumlah pada ketika itu band band glam metal sedang meletup di pasaran.

Ini sememangnya bukan Savatage yang biasa kita dengar. Majoritinya lagunya lebih pop dan komersial. Tiada kerja gitar berlebihan dari Cris Oliva malah ada juga lagunya lebih menonjolkan bunyian keyboards. Tetapi bagi saya secara peribadinya, jika kita memandangnya dari sudut ianya sebuah album hard rock bukannya siapa Savatage. Mungkin lebih elok kerana lagu-lagunya boleh tahan sedap sebenarnya.


"Fight For The Rock", "The Edge of Midnight", "Hyde" dan  "She's Only Rock 'n Roll" masih lagu-lagu yang heavy walaupun muziknya tak seberat mana. Lagu slow rock, "Out on the Streets"  pun sedap. Walaupun ianya telah dipendekan dan soundnya di"polish"kan berbanding versi asal dari album Sirens (tetapi secara peribadinya saya lebih menyukai versi asal. Lebih raw. Lebih banyak solo gitar)

Selain itu dapat juga mendengar sisi lain vokal Jon. Lagu klasik rock 70an, "Day After Day" contohnya. Agak lain vokal beliau. Walaupun ada kalanya saya rasakan lagu cover dari Badfingers ini tak seseuai dibawakan oleh Savatage. Bunyinya terlampau pop untuk band metal seperti mereka. Tetapi lama-lama dengar rasa syiok pula.

Fight for the Rock bolehlah dikatakan senasib dengan album Cold Lake dari Celtic Frost. Selamanya akan dianggap sebagai album mereka yang terburuk. Tetapi jika anda pegemar muzik hard rock mungkin anda patut mencuba.






Tuesday, June 28, 2016

Spin City Records

Jahanam...memang jahanam....

JB dah ada satu lagi record store...makan pasir la jawabnya tiap tiap bulan...hahaha...


Ini adalah Spin City Records. Lokasinya di tingkat 1 rumah kedai di Taman Danga Utama, Skudai.


Dah follow kat Facebook lebih sebulan. Baru semalam tergerak hati nak menyinggah. Terkial-kial juga nak cari pasal tak ada signboard kedai. Cuma tampal kertas A4 kat pintu tangga.


Baru buka lebih kurang 2 bulan lepas. Ownernya (Kelvin) masih muda. Baru graduate medical school dari Russia. Sekarang jadi MO kat Hospital Sultanah Aminah. Macam iyer iyer jer cerita. Sebenarnya tak dapat pun jumpa owner nya. Dia kerja. Yang jaga kedai adalah ayahnya, Uncle Philip. Jaga sementara katanya, tengah cari pekerja. Kalau boleh yang ada pengetahuan tentang muzik. Kalau dah pencen konpem saya yang apply...haha...

Uncle Phillip yang peramah
Tidak seperti kedai di Skudai Parade dan Danga City Mall, yang ni jual piring hitam baru. Sebenarnya di Embrace Hall, Taman Tampoi Utama pun ada jual. Ownernya boleh cari di facebook, Khairul Fahmi Mohd Ali. Tapi sehingga kini saya belum berkesempatan untuk menyinggah. Mungkin satu hari nanti. Duit tak berapa nak ada tu yang takutnya sebenarnya nak menyinggah. Kang tengok tengok terbeli juga..parah!!


Seleksinya pelbagai. Harganya boleh tahan la. Biasalah barang import. Selain itu beliau juga official re-seller untuk turntable brand Pro-ject. Mengikut kata ayahnya, ownernya memang passion pasal muzik. Seorang gitarist juga. Bagus juga bila hobby dapat menjana pendapatan sampingan.


Dan seperti yang saya kata awal tadi...memang bahaya pergi kedai kedai macam ni...tengok tengok dah terbeli pun...memang jahanam...heheh...




Monday, June 27, 2016

ramadhan

Ok la...atas permintaan Portdy...walapun bulan ramadhan dah nak abis dah...layan jerla lagu "ramadhan" versi Jerman dari Tom Anggelripper, Kreuzberger Nächte...dengan ucapan jangan lupa bayar zakat..hahaha...




Kepada yang baru dengan blog ni dan tak tahu cerita. sila klik entri >2009< dan <2012<


*entri malas di bulan puasa... ;)




Friday, June 24, 2016

Gila Format : The Final Countdown

Sempena ulangtahun ke 30 pada 26hb Mei yang lalu..

(Gila format yang sedikit berbeza...sayang kaset dah hilang...)

Europe - The Final Countdown (1986)

Album yang mengenalkan mereka kepada dunia. Banyak lagu menarik didalamnya. Tetapi sayang, selamanya mereka akan hanya dikenali kerana lagu The Final Countdown. Nak buat macamana. Lagunya memang sedap. Sesuai pula menjadi anthem untuk acara-acara keramaian. Tahun baru dah tentu tentu dah. Dah jadi lagu wajib pun untuk kiraan tahun baru.


Anak saya mengenali lagu The Final Countdown semasa berada di Festival Layang Layang. Ketika beliau terdengar lagu tersebut saya mainkan dirumah, terus beliau gelarkannya sebagai lagu layang layang. Begitulah "catchy"nya lagu tersebut. Sekali dengar pun iramanya dah melekat dan terngiang ngiang di kepala. Tetapi bagi saya selain catchy, saya cukup sukakan solo gitarnya. Ringkas dan nampak mudah tetapi sebenarnya cukup sukar untuk dimainkan. Begitulah keistemewaan John Norum. Seorang shredder yang hebat.

playernya dah tiada...simpan ajer la buat kenangan...

Selain itu, ini adalah antara kaset-kaset terawal saya di zaman apache. Lagu-lagunya menjadi soundtrack kehidupan di zaman sekolah menengah. Video VHS kepunyaan abang yang masih tersimpan sehingga kini boleh dikatakan di tonton hampir setiap hari. Rock The Night, Cheroke, Indian dan lagu balada Carrie adalah lagu lagu lain yang pada saya cukup sedap dari album ini.


Walaupun selepas dari ini baru saya tahu yang Europe mempunyai album album awal yang lebih heavy, yang lebih kena dengan jiwa, tetapi kenangan yang dibawa bersamanya membuatkan saya rasa berbaloi untuk mememiliki albumnya dengan pelbagai format. Melihatnya sahaja sudah cukup membawa saya semula ke alam remaja...arghhh...kalau lah ada mesin merentas masa...





Wednesday, June 22, 2016

Throwback : Surat Khabar Lama


Keratan akhbar lama yang adik ipar saya terjumpa ketika mengemas rumah di kampung..kertasnya masih elok walaupun usianya lebih tua dari sebahagian dari anda.


berapa ramai dari anda yang telah lahir pada tarikh ini?


Tiga gadis melayu ni pun kalau masih hidup dah jadi tiga nenek melayu...


iklan minyak caltex...sayang suratkhabarnya dah terpotong separuh...



Bayangkan kehidupan 42 tahun yang lalu...tv pun cuma ada 2 saluran...dan bukannya 24 jam...dan tak banyak pun yang mampu beli.

Kalau dapat terjumpa satu suratkhabar penuh tentu lebih menarik...walaupun saya lebih teruja kalau kemas-kemas rumah terjumpa piring hitam atau kaset lama...heheh...




Monday, June 20, 2016

Who Made Who

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb Mei yang lalu...


ACDC - Who Made Who (1986)

Saya menjadi peminat mereka baru beberapa tahun yang lalu. Dengan ACDC, peribahasa tak kenal maka tak cinta memang sangat bersesuaian. Super Rockstar seperti Axl Rose pun sanggup mengenepikan ego beliau demi semata-mata untuk menjadi penyanyi penganti kepada ACDC. Memang susah untuk tidak menyukai mereka. Mereka adalah legend. Period!


Who Made Who adalah soundtrack kepada filem Maximun Overdrive arahan penulis novel kegemaran saya Stephen Kings. Dan kebetulan atau tidak, ACDC adalah band kegemaran beliau. Filemnya walaupun dilakonkan oleh salah seorang Brat Pack, Emilio Estevez telah gagal dipasaran. Tetapi Who Made Who tidak. Ia mencapai tahap platinum dengan 5 juta unit terjual di USA.


Sebenarnya ianya hanya mengandungi 3 lagu baru dimana 2 daripadanya adalah instrumental. Bolehlah juga dikatakan sebagai album kompilasi dengan lagu lagu hit mereka seperti You Shook Me All Night Long, Hell Bells dan lain-lain dan satu dari lagunya, Ride On adalah dari era Bon Scott. Tetapi walaupun begitu, lagu baru yang menjadi tajuk album, Who Made Who adalah salah satu lagu paling menonjol. Memang Sedap.

Ianya sangat sesuai juga untuk sesiapa yang baru nak belajar mendengar ACDC. Rugi oo tak dengar ACDC...



Friday, June 17, 2016

Lefthanded

Menyelongkar gerobok untuk riak Lefthandedwi...


Versi 1995 dan versi 2016...kaset dah hilang


Versi 2004, 2016 dan kaset tahun 1987


Versi 2004 dan 2016 serta kaset tahun 1988


Dua-dua cd versi 2016. Tak pernah ada versi kaset. Tahun 1989 - 1991 tengah kemaruk thrash. Tak dengar dah rock melayu. Dua-dua cd ni tak pernah dengar pun album penuhnya sehinggalah reissue 2016 ini.


Seleksi Lagenda tu tahun 1992. Nafas 1st press tahun 1996. Tak beli pun versi reissue. Bajet dah lari... Kaset Syurga dan Neraka tu tahun 1999. Kalau keluar reissue mungkin beli untuk sekadar melengkapkan koleksi.

Secara jujurnya hanya mengikuti perkembangan mereka sehingga album Qabul. Maka kira dah cukup dah...tak akan beli lagi...kecuali kalau keluar versi lp...heheh...




Wednesday, June 15, 2016

Blackrose

Lagi album reissue...


Blackrose - Blackrose (1991) keluaran semula 2016

Dah pernah buat cerita pasalnya 5 tahun yang lalu...>SINI<

Nampaknya hampir semua album-album kegemaran saya di zaman kegemilangan rock melayu telah pun di "cd" kan. Blackrose terutamanya album pertama mereka ini bagi saya sangat unik. Tiada band lain yang bermain glam metal ala-ala Poison dan Bon Jovi seperti mereka. Sayangnya angkara Juara Lagu 1991 mereka selamanya telah dicop sebagai band poster. Sekadar bergambar di cover album tetapi tidak bermain semasa rakaman dan tidak boleh bermain secara live.


Sebenarnya pada saya mereka bukanlah teruk sangat. Mereka mencipta lagu dan lirik mereka sendiri. Mereka ada konsep band mereka sendiri. Sayangnya syarikat rakaman dan penerbit mereka, Zulkif (Headwind) tidak mahu berbelanja untuk mereka. Demi nak jimat belanja dan masa, majoriti lagu lagunya di mainkan oleh anggota Headwind sendiri. Kecuali mungkin lagu "Penantian". Sila rujuk >sini<

Mungkin begitulah nasib pemuzik. Prinsip ada masanya terpaksa dikorbankan. Tetapi yang pastinya album ini menampilkan Zulkif dengan sisi yang berlainan. Kerja gitar dan solo solo ala Ritche Sambora yang tidak mungkin beliau dapat mainkan ketika bersama Headwind. Memang menarik.

versi cdr dan kaset
Terdapat 3 perbezaan ketara untuk cd reissue ini. Pertama gambar covernya menampilkan 5 bukannya 4 orang anggota seperti kaset. Khabarnya mengikut cover piring hitam. Susunan lagunya juga berbeza. Tak pasti mungkin ianya juga mengikut versi piring hitam.


Terakhirnya tajuk lagu, "Simfoni 14/2" menjadi "Simfoni". Tak pasti adakah ianya typo atau sememangnya sengaja di buat begitu. Lirik di dalam cd pun ditulis sebagai "Simfoni".

Dari segi sound bukanlah yang terbaik tetapi masih boleh diterima. Maklumlah sumbernya sekadar dari piring hitam. Sound kering di track track terakhirnya sememangnya nyata. Jika anda mempunyai set audio yang baik, sound begini memang sedikit mengecewakan. Tetapi jika anda seperti saya, lebih baiklah ada dari tiada langsung. Tetapi itu bukanlah lesen bagi syarikat rakaman untuk hentam keromo segala memori remaja saya.




Monday, June 13, 2016

Look What the Cat Dragged In

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 23hb May yang lalu..



Poison - Look What the Cat Dragged In (1986)

Kalau definasi hair/glam metal itu mahu ditunjukkan dalam satu album, Look What the Cat Dragged In pada saya adalah yang paling tepat untuk menterjemahkannya. Imej dan lagu-lagunya adalah apa yang perlu ada untuk genre sebegini.

Mungkin ada yang mencebek dan menyampah tak suka tetapi muzik adalah selera peribadi. Seperti saya yang kurang gemar dengan grunge dan muzik yang meleweh Mungkin anda juga begitu dengan genre hair metal. Tetapi jika anda ingin mencuba, Look What the Cat Dragged In adalah cadangan saya untuk anda bermula.

Imej make-up, hairspray, spandex dan fesyen warna warni mereka adalah lambang kegemilangan hair/glam metal dipertengahan tahun-tahun 80an. Saya yang pada ketika itu berumur 15 atau 16 ketika pertama kali melihat video clip "Talk Dirty To Me" terus tertarik dengan mereka. Siapalah yang tak minat kerana lagunya sangat catchy. Tambah pula dengan imej mereka di video clip tersebut yang sangat remaja, energetic dan ceria.



Album ini, boleh dikatakan semua lagunya mudah hadam. Glam/hair metal adalah "about having fun" dan "melodic power ballad". Itulah yang mereka berikan. "Talk Dirty To Me", "Cry Tough", "I Want Action", "Look What The Cat Dragged In" adalah "good-time rock and roll" dengan "sing-along choruses" dan "I Wont Forget You" pula adalah power ballad yang sangat melodic dan catchy.

Satu lagi ciri glam/hair metal adalah seorang gitar hero. Dan Poison memberikan kita C.C Deville. Saya tidak pernah malu untuk mengaku yang saya adalah peminat besar Poison walaupun ada yang kata mereka chessy. Tak kisah lah...selera masing masing la kan...

Sedang cuba mendapatkan versi lp...




Friday, June 10, 2016

Stars

Sempena ulangtahun yang ke 30...


Kalau Xyrus Zone dah buat entri berkenaan single nya, kali ini kita kongsi pula bagaimana rupa album penuhnya.

Hear 'n Aid adalah versi rock bagi album pop bantuan kemanusian di Afrika "Band Aid - Do They Know It's Christmas?" Dan "USA For Africa - We Are The World". Barisan artis yang terlibat sememangnya nama-nama besar dalam genre rock dan metal pada ketika itu.

Masih ingat dulu dalam majalah URTV siap ada satu mukasurat penuh gambar cover ini yang tunjukkan dari kiri ke kanan atas ke bawah siapa-siapa dia yang ada dalamnya.


Perbezaan antara single dan album penuh ianya mengandungi 8 buah lagu lain. Majoriti lagu lagunya adalah versi live.


Nak lebih feel dengan lagu "Stars" ni bila kita dengar sambil tengok lirik. Boleh la tahu siapa yang menyanyi bahagian itu dan siapa yang menyolo di bahagian ini. Gitaris semua shredder hebat-hebat belaka.


Sayangnya album yang asalnya dari idea Jimmy Bain dan Vivian Campbell ini agak kurang kesannya berbanding Band Aid dan USA for Africa. Mungkin faktor tidak dapat diedarkan setahun lebih awal kerana masalah perlepasan pelbagai artis dari pelbagai syarikat rakaman menyebabkan demam album bantuan kemanusian sebegini dah menjadi suam suam kuku.


Walaupun begitu tabik kepada Ronnie James Dio atas usahanya menghasilkan album sebegini.

Nak lebih best cari video clip nya di youtube...memang best tengok ramai star dalam satu masa. Siapa kata Mat Rock tidak prihatin kepada hal ehwal semasa.

Tabiik!!





Wednesday, June 8, 2016

Keadilan


Sempena ulang tahun ke 30..


Lefthanded - Keadilan (1986 - terbitan semula 2016)

Ini memang album kegemaran. Walau dah ada cd cetakan pertama tetap beli juga versi reissue. Selepas Cinta Buatan Malaysia dan Battle Of The Band Round 1 & 2, inilah album yang pada saya sangat penting dalam sejarah muzik rock Malaysia.

versi 1995
Dah pernah buat ceritanya 7 tahun yang lalu >SINI< cuma kali ini nak kongsi perbezaan antara cd reissue ini dengan cd cetakan pertama tahun 1995.

kiri 2016, kanan 1995
Dah berapa kali beli dah Keadilan ni. Zaman kaset kalau tak silap 3 kali.  Tiga tiga pun ntah hilang kemana. Kalau satu hari nanti keluar versi piring hitam pun pasti akan dibeli. Antara album kegemaran sepanjang zaman. Memang semua lagu sedap.

Inlay cd 1995, jenis lipat 3. ada lirik dan satu gambar
Paling nostalgia, “Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi”. Ianya adalah lagu pertama yang saya bawa ke studio jamming. Terkial2 kali pertama memegang gitar bass yang sebenar. Gitar bass lebih besar dari orang...haha...

inlay 2016 jenis kertas lipat 2, dalam ada lirik., yang istemewanya dapat sekeping poskad
Album yang sangat kuat pengaruh Iron Maiden dan "Debunga Wangi" adalah satu lagi lagu wajib bila ke studio jamming.

kiri yang gold disc tu versi 1995, kanan tu 2016
Memang sangat rekomended bagi sesiapa yang hendak mengenal Lefthanded khususnya dan rock melayu 80an secara amnya.

Rekomended!

#untuk makluman, cd reissue Seruan, Qabul dan Evolusi juga telah berada di pasaran.





Monday, June 6, 2016

Muhammad Ali

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Memori tentang beliau datang ke Malaysia pada tahun 1975 agak samar samar dalam ingatan. Tetapi peristiwa pakcik makcik jiran sekampung ramai ramai datang ke rumah kami untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan beliau masih terpahat dalam ingatan. Ketika itu hanya rumah kami yang mempunyai tv. Tv kotak hitam putih jenama Toshiba yang ada pintu slide di depannya. Perlawanan tinju pada ketika itu adalah satu acara besar bagi masyarakat sekampung. Tak hairanlah kalau saya tahu sukan tinju lebih awal dari bolasepak.

Malangnya saya dah tak boleh ingat ianya perlawanan yang mana. Adakah yang di KL atau mungkin sahaja "thrilla in manila" kerana nama Joe Frazier adalah satu lagi peninju yang pertama saya ingat selepas Muhammad Ali. Pada ketika itu bagi kami kanak kanak bila berangan menjadi hero, pastinya rasa diri macam Muhammad Ali dan musuh kita adalah Joe Frazier. Dan nama Muhammad Ali menjadi sinonim dengan sukan tinju bagi saya dan generasi yang sebelumnya. 

Selamat jalan Allahyarham Muhammad Ali. Anda sememangnya seorang hero yang sebenar...


Muhammad Ali
(January 17, 1942 – June 3, 2016)

"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" 

 "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."






Saturday, June 4, 2016

Load

Hari ini 4hb Jun., genap 20 tahun album ini dipasaran...


Metallica - Load (1996)

Kalau mengikut tarikh yang tertulis di inlay cd, Load saya beli sehari selepas tarikh ianya dipasarkan. Ini mengambarkan betapa terujanya saya untuk mendapatkan album terbaru Metallica pada ketika itu.

Sayangnya saya dikecewakan oleh mereka. Kalau "Black Album" pun pada saya agak mengecewakan, Load apatah lagi. Mereka berubah terus baik dari segi muzik mahupun imej. Tiada lagi thrash. Mereka jadi meleweh. Tiada lagi rambut panjang. Dah macam model GQ pun iyer juga. Memang saya kecewa.


Tetapi siapalah saya di mata mereka. Load terjual sebanyak 680,000 keping dalam masa seminggu. Menduduki carta  no 1 Billboard selama 4 minggu. Terjual sehingga 5 juta unit di US sahaja. Mereka menjadi semakin popular dan kaya. Load adalah cerita kejayaan mereka di tahun 90an. Saya tidak terkesan buat mereka. Hilang seorang, 20 peminat baru yang datang.


Sempena 20 tahun saya cuba mendengarnya semula. Mungkin dengan usia yang bertambah 20 tahun tua, penerimaan saya akan berlainan. Mana tahu lagu-lagunya "grower". Track pertama, "Ain't My Bitch" masih ok. "2 X 4" tak boleh nak masuk. "The House Jack Built" dah macam Alice In Chains. "Until It Sleeps" boleh la untuk dengar sekali sekala. "King Nothing" macam lagu dari Black album. "Hero of the Day" lagu meleweh..dan rasa nak skip dah...nasib tengahnya ada bahagian yang heavy. "Bleeding Me" lagi lagu meleweh...skip! "Cure" Mid tempo...tapi bosan...skip! "Poor Twisted Me" bosan lagi..skip!..berapa banyak dah skip ni. "Wasting My Hate" lagi skip... "Mama Said" lagu slow ala country. Tak terpikir pun Metallica akan buat lagu macam ni kalau anda membesar di tahun 80an. "Thorn Within" intro sedap, masuk lagu bosan. "Ronnie" skip!! "The Outlaw Torn" skip!..

Arghh...memang tak boleh nak masuk. Terlampau banyak sangat yang meleweh. Mungkin anda suka tetapi ianya bukan citarasa saya. Kononnya stop dengar Metallica selepas ini. Tetapi bila Reload keluar. Beli juga. Dan tertipu lagi...hahaha...

*kesimpulan selepas 20 tahun - Tetap tak minat. Akan mencuba lagi 10 tahun akan datang :P





Thursday, June 2, 2016

Bersama Selamanya

Lama dah entri ini tersangkut dalam draf....koleksi Bersama Selamanya Edition D dalam soft cover khas untuk golongan marhaen seperti saya...


Satu lagi kenangan zaman muda terutamanya jika anda peminat kartun dan muzik rock/metal. Gayour dan lukisan kartunnya tak kira dari zaman Gelihati, Gila-Gila ataupun Ujang telah menjadi sebahagian dari sejarah muzik rock/metal di Malaysia. Walaupun beliau bukannya pemuzik tetapi kartun-kartun beliau yang bertemakan rock dan metal sedikit sebanyak membantu mempopularkan muzik rock/metal ke arena mainstream di Malaysia.

Bersama Selamanya adalah antara siri kartun beliau yang popular. Diterbitkan di dalam majalah Ujang bermula dari tahun 1994 hingga ke 2001 dengan jumlah 142 bahagian secara keseluruhannya. Pernah diterbitkan dalam bentuk buku yang dibahagikan kepada 2 volume. Volume pertama diterbitkan pada tahun 1996 manakala volume ke 2 pada tahun 2000.

Secara jujurnya saya sendiri tidak berjaya mengikutinya hingga ke siri terakhir. Tidak ingat kenapa. Seperti muzik metal, saya juga agak "lost" dengan majalah-majalah kartun dipenghujung 90an.


Dulu pernah beli Vol 1. Sayangnya dah hilang entah ke mana. Yang lebih sayang didalamnya ada tandatangan Saudara Gayour yang saya dapati ketika promosi kartunis majalah Ujang di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. Sayangnya zaman tu (tahun 1996) belum ujud lagi handphone berkamera.  Tak dapat lah nak bergambar sama.

Banyak juga gambar-gambar Amir yang sedang beraksi dengan gitar saya cilok untuk dijadikan lukisan saya dalam usaha memikat awek. Hahaha...Terimakasih Gayour kerana menyerikan kehidupan zaman remaja saya. Harapnya lepas ini ada pula koleksi Music Mania ataupun Siapa Yang Harus Disalahkan.

Sila dapatkan koleksi anda selagi stok masih ada. Untuk info sila rujuk http://gayour.blogspot.my/