Yang dah 20 tahun pada 23hb Mac yang lalu...
Iron Maiden - Virtual XI (1998)
Selepas 20 tahun, rasanya album ini patut di beri peluang kedua.
Ianya album kedua dan terakhir Blaze Bayley bersama Iron Maiden. Dan ianya juga sering dikatakan sebagai album terburuk dalam sejarah mereka. Bukan salah Blaze pun jika suaranya bukanlah yang diinginkan oleh peminat. Memang pelik juga kenapa Steve Harris dan pengurusan Iron Maiden memilih beliau. Memang janggal.
Tetapi album ini sebenarnya tidaklah seteruk mana. Masih banyak lagu-lagu yang menarik. Kalau tak...tak akan lah Bruce Dickinson masih menyanyikan lagu-lagu seperti "Futureal" dan "The Clansman" dalam beberapa siri konsert mereka. Ia bukanlah seperti Judas Priest yang langsung seolah-olah mahu melupakan terus era Tim "Ripper" Owens.
Ramai juga yang membesar di zaman 90an kenal Iron Maiden melalui album ini. Kenal heavy metal pun melalui album ini. Maknanya, ianya tidak adalah seteruk mana. Rasanya kalau Steve Harris memilih penyanyi yang mempunyai gaya vokal mirip Bruce, (seperti Helloween contohnya) ianya mungkin akan lebih diterima.
Populariti muzik metal yang agak merundum pada pertengahan 90an juga adalah salah satu faktor. Blaze berada di tempat dan waktu yang tak berapa tepat. Tetapi kalau nak pandangan saya yang mula mengikuti Blaze sejak zaman Wolfsbane, album ini ok. Kalau ada satu pun yang nak komplen, hanyalah tentang liriknya yang banyak berulang-ulang.
Thursday, March 29, 2018
Sunday, March 25, 2018
Friday, March 23, 2018
The Missing Peace
Belian dari tahun lepas...
L.A. Guns - The Missing Peace
Lagi band lama yang cuba untuk membawa kita bernostalgia ke era 80an. Malah cover albumnya pun mengingatkan ketika kepada album pertama mereka dari tahun 1988. Dari segi penampilan dan fizikal memang mustahil untuk sama tetapi dari segi lagu ianya hampir berjaya.
Lagu-lagunya betul-betul mengembalikan saya ke era hair/glam metal mereka di penghujung 80an. Tak banyak band yang mampu berbuat begitu. Mungkin faktor kembalinya Tracii Guns selepas 15 tahun berpisah banyak membantu. Semua pun maklum. L.A. Guns adalah Tracii Guns dan Phil Lewis. Tanpa mereka berdua sememangnya tidak akan sama.
Beberapa saat mendengar lagu track pertama, sudah membuatkan kita rasa L.A. Guns yang lama sudah kembali. Lagu-lagu berikutnya mengukuhkan lagi andaian tersebut. Walaupun ada sedikit penurunan momentum pada track-track pertengahan, tetapi lagu-lagu dari track ke 8 hingga ke penamat memang cemerlang.
"Speed", “You Bought A Knife To A Gunfight”. "The Missing Peace" dan “Gave It All Away” adalah sebab kenapa saya sukakan L.A. Guns suatu ketika dahulu. Lagu baladanya juga tidak mengecewakan. "Christine" mengingatkan saya kepada "Crystal Eyes". Manakala “The Flood’s The Fault Of The Rain” rasanya mempunyai pengaruh kuat dari lagu classic rock, “House Of The Rising Sun”.
Tak banyak album baru dan band 80an yang dapat membuatkan kita kembali bernostalgia. Tetapi The Missing Peace adalah salah satu darinya.
Best!

Tuesday, March 20, 2018
Rise To Glory -8118-
Terbitan 2018 yang pertama dalam simpanan..
Loudness - Rise To Glory -8118- (2018)
Sejujurnya agak lama tidak mengikuti perkembangan album-album Loudness secara serius. Yang betul-betul dengar dari isi ke kulit kali terakhirnya adalah Spiritual Canoe (2001).
Loudness seperti juga majoriti band-band metal 80an yang lainnya telah cuba untuk kembali melahirkan album yang berjiwa metal 80an. Zaman ujikaji telah pun lama mereka tinggalkan.
Ternyata Rise To Glory berjaya mencapai tahap tersebut. Ianya bukanlah sebuah album yang hebat dan terbaik. Tetapi sudah cukup untuk membuatkan peminat lama mereka berpuas hati.
3 lagu awal selepas instrumantal di track pertama cukup menghiburkan. 3 lagu inilah punca yang membuatkan terjebak untuk membeli cdnya.
Bukanlah album heavy metal terbaik untuk 2018 tetapi sebagai peminat Loudness, ianya sudah cukup mengembirakan. Maklumlah mereka semua sudah pun berumur. Mungkin sahaja ianya akan menjadi yang terakhir...
*tetapi yang pastinya selepas 30++ tahun pun...Minoru Niihara tetap dengan pelat lokenlol nya...haha...

Thursday, March 15, 2018
Return Of The Pride
Yang dah 10 tahun pada 14hb Mac...
White Lion - Return Of The Pride (2008)
Awalnya agak was was dengan album ini. Tanpa Vito Bratta, James Lomenzo dan Greg D'Angelo mana mungkin ianya adalah White Lion. Tetapi oleh kerana dah minat. Tetap beli juga.
Sebenarnya album ini tidaklah mengecewakan. Mike Tramp masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang sedap dan melodic. Beliau sedaya upaya cuba untuk menghasilkan lagu-lagu yang berbunyi seperti White Lion. Tetapi tanpa kerja gitar Vito Bratta mana mungkin ianya boleh menjadi sama.
Rasanya kalau beliau menggunakan gitaris yang sudah ada nama pastinya album ini akan jadi lebih menarik. Senang cerita ini adalah sebuah album hard rock yang bagus...tetapi ianya bukanlah White Lion.
Apa-apa pun pujian harus juga diberikan kepada Mike Tramp atas usaha beliau untuk meneruskan White Lion. Sedangkan yang lainnya sudah tak berminat. Vito bersara. James ketika itu bersama Megadeth dan Greg pula dengan Britny Fox.

Monday, March 12, 2018
Gila Format - Rahsia
Dengan keluarnya versi piring hitam putih ini, maka album MAY - Rahsia dah boleh masuk entri "Gila Format".
Versi cd gold disc tak ada. Tak larat dah nak beli dan kumpul semua.
Ini pun harganya boleh tahan keras. Tapi itulah...bak kata orang dalam dunia ini ada 2 benda yang mahal pun tetap akan ada orang yang beli. Pertamanya agama dan yang keduanya kenangan.
Dan ini sememangnya di beli semata-mata kerana kenangan dan kenangan dalam apa juga keadaan pun... contohnya album ini...baik dari segi sound dan luaran piring hitam...walau apa pun perbandingan...kenangan akan tetap menang.
Dan sesungguhnya mereka yang ada kenangan dan minat sahaja yang akan paham...
*tapi jujur cakap...dengan set up cap ayam...sound lp ini boleh tahan bagus bunyinya...

Friday, March 9, 2018
For the Demented
Raja teknikal thrash kanada kembali....
Annihilator - For the Demented (2017)
Tabik! Ini album ke 16 mereka. Jeff Waters tak pernah serik. Tak pernah mengalah. Tak pernah kering idea. Dari tahun 80an hingga kini, beliau berterusan aktif memperjuangkan muzik metal . Tak kisah orang nak kata apa. Tak kisah walau sering bertukar anggota. Yang pentingnya Jeff Waters adalah Annihilator. Tambah pula bila dia kembali mengalas tugas sebagai vokalis. Dan peminat seperti saya akan terus menyokongnya.
Seperti kebanyakan band- band metal sebaya mereka. Era bereksperimen telah lama mereka tinggalkan. Kesemua mereka cuba untuk kembali ke akar umbi. Tetapi masalah mereka semuanya sama. Cabaran untuk mengatasi album masterpiece mereka sendiri.
Bila anda pernah menghasilkan album album sehebat Alice In Hell dan Never Neverland. Aras tanda yang peminat tetapkan memang tinggi. The Big Four of Thrash pun tak pernah dapat mengatasi album album masterpiece mereka sendiri. Mereka akan setiasa dibayangi kejayaan silam.
Tetapi bagi saya, dengan For Demented, Annihilator telah mencapai tahap kpi yang sepatutnya. Tidaklah hebat sangat tetapi dalam masa yang sama tidak juga mengecewakan. Peminat mereka khasnya dan teknikal thrash amnya pasti tidak akan kecewa.
Ada beberapa lagu yang mengingatkan kita kepada era 80an dan awal 90an mereka. Jef Water masih mampu menghasilkan rif-rif melodic dan teknikal serta solo-solo yang membunuh. Paling saya suka dia masih tetap menghasilkan lagu balada thrash yang sedap walaupun band-band seperti Testament atau Overkill tidak lagi melakukannya.

Tuesday, March 6, 2018
Born to Touch Your Feelings
Lagi dari pembelian tahun lepas...
Scorpions - Born to Touch Your Feelings: Best of Rock Ballads (2017)
Rasanya ini album kompilasi mereka yang ke 4 atau mungkin yang ke 5 pernah saya saya miliki. Itu belum kira yang unofficial, bootleg dan pirate. Tapi sama macam kes Iron Maiden dan album live mereka, bila keluar tetap beli juga.
Mikkey Dee dan 2 lagu baru ( Melrose Avenue dan Always Be With You) adalah tarikan utama untuk membeli. Sebenarnya kalau kira "Send Me An Angel" versi akustik dan rakaman semula "Follow Your Heart" ada 4 lagu yang Mikkey terlibat. Tapi disebabkan kesemuanya lagu-lagu slow, tak adalah kesannya sangat. Tetapi yang pastinya Rudolf Schenker, Matthias Jabs dan Klaus Meine masih mampu menghasilkan lagu-lagu balada rock yang sedap.
Selain itu, kesemua lagu-lagu dari cd ini adalah versi yang berbeza dari versi studio album yang asal. Ianya samada versi remaster 2105, unplugged, comeblack, radio edit, single edit ataupun akustik.
Satu lagi yang menarik selain lagu-lagu wajib, adalah "Lonely Night". Pada saya ini adalah antara lagu slow rock terbaik mereka dari era 90an. Selain itu ianya juga menampilkan 3 lagu dari Return To Forever. Lagu-lagu yang patut diberi peluang untuk menjadi lagu klasik mereka selain lagu-lagu dari era 90an dan kebawah.

Friday, March 2, 2018
Rentak
Art Fazil - Rentak (2018)
Lama dah tak layan lagu-lagu folk melayu. Bila kepala dah tepu dengan lagu lagu hantu, sememangnya lagu-lagu sebegini adalah pengubatnya.
Agak lama tak mengikuti perkembangan Art Fazil. Banyak juga rilisan beliau yang saya tertinggal. Tetapi bila dapat tahu tentang cd ini dah Deaf pula nak tolong belikan. Memang pucuk dicita ulam mendatang.
Nak kata semua lagu baru tak juga. Lagu "Rilek Brader" tu dah lama kan. Tak silap dari 4, 5 tahun yang lalu. Dan dah biasa juga dengar lagu "Lepak" dan "Melayu Dikota Inggeris" di radio. Mungkin cd ini bolehlah dikatakan sebagai himpunan lagu-lagu single dan di tambah dengan beberapa lagu baru.
Tapi yang pastinya, Art Fazil memang tidak mengecewakan. Semua lagu sedap. Jika anda pernah suka Rausyanfikir pastinya anda juga akan suka yang ini. Lirik-liriknya lebih "humorous" kalau nak dibandingkan dengan album-album beliau sebelum ini. Tak terpikir pula lagu yang tajuknya "Lipas Kudong" dan liriknya ada perkataan cicak kobeng boleh menjadi sebuah lagu cinta.
Muziknya cenderung ke arah folk nusantara dan kemelayuan. Susunan muziknya pun sedap. Bak kata Deaf dalam blognya, ini memang calon album pop melayu terbaik untuk tahun 2018. Cuma satu yang pada saya agak kurang...bila Art menyebut Fandi Ahmad dengan slang orang putih menjadi Fendi Ahmed. Geli pulak telinga...haha...Tetapi mungkin ianya memang disengajakan. Wallahu A'lam.
Cd ini membuktikan yang industri muzik pop melayu masih ada yang bagus. Masih ada yang perlu kita sokong. Tak rugi beb kalau beli...