Friday, June 29, 2018

In Battle There Is No Law!

Yang 30 tahun pada 12hb Jun yang lalu..


In Battle There Is No Law! - Bolt Thrower (1988)

Tak pernah dengar semasa ianya diterbitkan 30 tahun yang lau. Hanya mula kenal Bolt Thrower ketika zaman War Master (1991).

Mendengar album ini mengembalikan ingatan saya ke zaman remaja (zaman true 😀). Zaman teruja mencari kaset/demo band-band yang lebih ekstrem. Gambar covernya sahaja sudah cukup mengembalikan ingatan ke zaman tersebut. Zaman tak kisah pasal sound. Tak kisah jika ianya sumbang. Yang penting ianya brutal. Ianya ribut. Haha…

Album ini adalah contoh terbaik. Tak kisah lah jika ketukan drumnya sedikit sloppy. Sound mendap. Tetapi album bajet rendah seperti ini sudah cukup sempurna untuk peminat die-hard metal fan. Sudah cukup memberikan daya tarikan. Sudah cukup untuk menjadikannya sebagai klasik.


In Battle There Is No Law! hanyalah sebuah album death metal yang biasa-biasa sahaja. Bukanlah penanda aras tetapi ianya adalah batu asas untuk muzik Bolt Thrower yang lebih hebat di kemudiannya.

Ianya bukanlah doomy old school death metal Bolt Thrower seperti sekarang. Tetapi seperti kebanyakan band-band death metal sezamannya, ianya dipengaruhi muzik grindcore dan punk.

Untuk yang suka bergenre, mungkin muzik sebegini bolehlah dikategorikan sebagai grinding death metal atau mungkin juga crusty death metal. Entahlah…janji enjoy sudah…



Tuesday, June 26, 2018

Battalions of Fear

Yang dah 30 tahun pada 17hb Mei yang lalu...


Blind Guardian - Battalions of Fear (1988)

Penghujung 80an dulu agak sukar juga untuk mendapatkan kaset mereka. Hanya tahu nama tetapi tidak pernah mendengar lagu-lagunya. Maklumlah zaman sebelum internet. Mula berpeluang dengar hanyalah ketika demam power metal menular di Malaysia pada penghujung tahun-tahun 90an. (kalau tak silap album Nightfall in Middle-Earth - 1998)

Dari situ mula mencari album-album yang sebelumnya. Tak sangka pula dalam beberapa album awal tersebut, album pertama mereka inilah yang paling mudah melekat di hati. Muziknya lebih kasar. Lebih kepada speed metal berbanding epic power metal seperti sekarang. Laju, straight forward, high-octane tanpa elemen synth dalam arrangementnya. Iras-iras Helloween zaman awal Kai Hansen pun iya juga. Lagu seperti "Trial by the Archon” pula terserlah ke”Maiden”annya. (haha…ada ker ayat macam ni)


Tetapi lagu yang cukup saya suka adalah “Majesty”. Memang tak jemu-jemu dengar. Memang sedap. Kalau tak…tak kan lah Blind Gurdian sendiri masih tetap memainkan lagu ini secara live sehingga sekarang.

Jika anda sukakan speed metal 80an, ini adalah antara album yang patut anda cari. Best!



Sunday, June 24, 2018

cd 2018

Diam tak diam...tahun 2018 dah nak habis separuh...banyak juga album-album best yang keluar pada tahun ni. Nak beli semua memang tak larat...cari apa yang minat dengan harga yang mampu milik. Selain Judas Priest - Firepower dan Loudness - Rise To Glory yang dah pun di buat entrinya. Ini antara yang terkini berjaya dimiliki...



Anthrax - Kings Among Scotland  /  Orphaned Land - Unsung Prophets & Dead Messiahs  /   Dimmu Borgir - Eonian  /  Stryper - God Damn Evil


Nanti bila ada kerajinan, akan cuba untuk ditulis setiap satunya...tapi tak tau la ntah bilanya 😀





Monday, June 18, 2018

Dehumanized



Punisher - Dehumanized (EP 2018)

Saya berada di zaman mereka. Walaupun bukanlah seorang yang terlibat di dalam pergerakan muzik bawah tanah tetapi banyak juga yang saya ketahui tentang mereka melalui rakan-rakan dan fanzine.

Penghujung 80an adalah tahun yang thrash dan muzik yang lebih ekstrem mula mendapat tempat di hati peminat muzik rock Malaysia. Dan pada ketika itu jugalah nama Punisher mencanak naik. Sayangnya mereka gagal untuk menghasilkan sebarang album.


Namun kini penantian selama hampir 30 tahun berakhir juga. Walaupun tidaklah semuanya anggota asal. Kemunculan semula Rosdan, Khalil dan Karim sememangnya dinanti nantikan.

Mungkin kerana lepas geram hampir 30 tahun, muzik mereka sememangnya apa yang mereka perjuangkan pada ketika itu. Jelas kedengaran pengaruh Bay Area thrash penghujung 80an dan awal 90an. Ada Exodus, Metallica dan yang paling ketara adalah Megadeth.

Jauh beza vokal Rosdan dari zaman Bloodshed. Pengaruh Mustaine jelas kedengaran. 5 lagu yang melodinya senang hadam. Riff dan solo yang menepati citarasa Bay Area thrash yang tidak terlalu teknikal. Tabik juga kepada drumer versatile, Ainol (Deja Voodoo Spell, Kristal, Prime Domestic dll) dengan permainannya yang jitu.


Lagu-lagu mereka mengembalikan nostalgia kegemilangan Bay Area thrash. Sesiapa yang hidup pada zaman tersebut atau yang sukakan muzik era tersebut pastinya tiada sebab untuk tidak suka kepada EP ini.

Best!



Tuesday, June 12, 2018

Hakikat - piring merah

yang terkini di pasaran


MAY - Hakikat (limited edition red vinyl - 2018)

Seperti yang pernah ditulis dalam entri Hakikat Gold Disc, bila keluar versi lp pasti akan terjebak juga.


Kalau Rahsia dengan piring putih, Hakikat pula dikeluarkan dalam warna merah. Tak pasti apa motif kaler-kaler ni. Nak cantik jer kot.


Seperti Rahsia, yang ini pun tak ada masalah dari segi sound. Ok jer kot...tak tau la kalau telinga jenis sensitif bunyi.


Apa-apa pun sayang juga dah hilang versi kaset. Kalau tak...boleh juga buat entri riak gila format 😀





Sunday, June 10, 2018

Into The Evil



Ironbird - Into The Evil (EP 2018)

Terimakasih kepada D'arsil yang mengenalkan saya kepada kepada band ini. Sekali sekala tanpa di sangka, kita akan terjumpa sesuatu yang kena dengan jiwa.

Jarang nak ambil tahu tentang band-band baru. Hati dan jiwa masih tersangkut di zaman 80an. Tetapi bila ada band baru yang mengembalikan nostalgia tersebut, sudah tentu ianya sesuatu yang sangat mengujakan. Tambahan pula mereka adalah band tempatan.

Ironbird sememangnya berlainan dari kumpulan-kumpulan metal berbahasa orang putih tempatan yang lainnya. Kalau yang lain lebih kepada death, thrash atau black metal. Tetapi muzik Ironbird lebih cenderung kepada heavy ataupun speed metal 80an.


Muzik begini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimainkan terutamanya bahagian melodi gitar dan vokal high pitchnya. Tetapi Ironbird berjaya melakukannya dengan cemerlang. Lagu - lagunya sangat catchy. Solo-solo gitar melodic. Vokal yang power. Ianya benar-benar mengembalikan nostalgia saya ke zaman pertengahan 80an. Zaman NWOBHM pun ya jugak. Memang sedap. 5 lagu memang rasa tak puas.

Lama dah tak dengar muzik sebegini dimainkan oleh generasi yang baru. Harapnya mereka tidak akan berhenti setakat ini. Kerana orang orang seperti saya masih mengharapkan muzik sebegini.

Rekomended jika anda mahukan muzik heavy metal yang sebenar. Terbaik!


Pro printed cd, 8 mukasurat berserta lirik dengan harga RM20. Sila whatsapp no ini (012 6415165) jika anda berminat. Sokong Metal tempatan!







Monday, June 4, 2018

Long Cold Winter

Ulang tahun ke 30 pada 21hb Mei yang lalu...


Cinderella - Long Cold Winter (1988)

Lagi antara album terbaik yang terhasil dari tahun 1988. Dah cakap sebelum ni kan...tahun 1988 memang banyak album best tak kira apa pun genre.

Tapi dulu tak lah suka sangat dengan album ni. Banyak sangat lagu perlahan. Maklumlah  ketika itu jiwa remaja yang sukakan lagu-lagu berat dan laju. Long Cold Winter memang berlainan dengan Night Songs (album pertama mereka). Semakin kurang lagu-lagu hard rock /glam metal di dalamnya. Mereka kini lebih ke arah kepada muzik blues.

Namun begitu, lagu-lagu balada mereka sememangnya sedap. "Don't Know What You Got (Till It's Gone)" dan "Coming Home" memang catchy. Ianya menjadi antara lagu signature untuk balada rock 80an.


Fast Forward 30 tahun kemudiannya. Makin tua matang dan semakin terbuka. Bila dengar semula rasanya banyak pula lagu mereka yang boleh di terima. Gabungan muzik blues dan hard rock mereka sememangnya sangat catchy. "Bad Seamstress Blues" dan "Gypsy Road" adalah contohnya.

Walaupun rasanya ada sedikit meleret ke penghujung album, tetapi ini adalah salah satu contoh album blues hard rock yang terbaik. Vokal Tom Kiefer memang sesuai betul dengan lagu-lagu sebegini.

Kalau bukan Axl Roses, harap sangat Angus Young mengambil beliau untuk ACDC.