Thursday, August 29, 2019

Belantara

Tolong promote kawan-kawan punya projek.



Khas untuk peminat kumpulan Belantara. Mereka akan kembali. Tak pasti tentang poster di atas. Segalanya masih dalam perancangan. Tapi bab reunion tu memang tak betul lah. Bak kata mereka sendiri, Belantara tak pernah berpecah pun.

Tapi yang ini memang betul. Projek seorang kawan dengan band member Belantara. Usaha sedang giat dijalankan untuk mengumpul peminat Belantara. Banyak projek yang sedang di rancang. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan nombor telephone di ruangan komen. Nanti aku tolong forward kan. Tak pun sila like page mereka, "Belantara" di facebook.

Siapa yang follow blog ni dari awal tau lah yang aku ni fan boy 😃. Harap-harap konsert ni menjadi. Bukan senang nak tengok dia orang live. Dulu-dulu pun entah berapa kali ajer kan...

Support!


Monday, August 26, 2019

The Final Battle 1



Manowar - The Final Battle 1 (2019)

Salah satu band pujaan dari zaman remaja. Tetapi entah kenapa keterujaan mendengar muzik baru dari mereka semenjak Warriors of the World semakin berkurangan. Rasa lebih seronok pula bila mendengar Ross The Boss. Mungkin kerana arah tuju yang di bawa oleh Joey DeMaio agak menyimpang kebelakangan ini.

Ini adalah produk terkini dari mereka. Bahagian pertama dari 3 EP yang akan dikeluarkan. Entah apa motif nak pecah 3 bahagian pun tak tau la. Kalau kumpul semua lagu jadi satu album kan lagi senang. Entahlah...strategi pemasaran mungkin.

Ada 4 lagu. Tetapi lagu track pertama tu sekadar instrumental symphonic orkestra ala-ala soundtrack filem. Tak ada pun tak apa. Maknanya cuma ada 3 yang betul betul lagu. Track kedua adalah Blood and Steel. Baca tajuk pun dah agak lagunya macamana. Tipikal heavy metal ala Manowar. Boleh tahan. Layan juga.


Track ke 3 adalah Sword Of The Highlands. Mungkin ini lagu yang paling best dalam EP ni. Kalau suka lagu ballad mereka, ini pasti tak akan mengecewakan. EP ini berbaloi kerana satu lagu ni.

Track no 4, You Shall die Before I die (vokal Joey DeMaio). Muziknya agak gelap. Epik. Sedikit meleret. Ambik masa sikit nak hadam. Tapi bila dengar banyak kali ok juga.

Tak tahu siapa yang main gitar untuk EP ni. (ikut info di inlay cd, E.V Martel). Kalaulah Ross The Boss kembali....hmmmm...tak apalah. Apa-apa pun EP ini tidaklah mengecewakan. Rasa tak puas pula. Mungkin itulah tujuan Ep ni agaknya.

Manowarriors! Wimps and posers leave the hall!....



Thursday, August 22, 2019

Gila Format - Ride The Lightning

Lama dah di"gila format"kan. Tapi lupa pula nak di update di sini. Sempena ulang tahun ke 6 mereka datang ke Malaysia...


Metallica - Ride The Lightning (1984)

Kalau di tanya apa album kegemaran dari Metallica? Tidak teragak-agak jawapan adalah Ride The Lightning.

Semua lagu sedap. Jarang skip bila putar album ni. All Killer no Filler! Tapi biasalah, lain orang lain seleranya…


Maka sudah semestinya ia patut di"gila formatkan".



Monday, August 19, 2019

Zenith



Enforcer - Zenith (2019)

Salah satu nama besar dalam pergerakan NWOTHM (New Wave of Traditonal Heavy Metal). Muzik begini adalah untuk yang selera muziknya masih tersangkut di era metal 80an. Seronok juga bila band-band yang lebih muda dan baru memainkan muzik metal orang orang tua... haha... Siapa kata zaman sekarang sudah tiada lagi muzik heavy metal yang bagus. Mungkin kita yang tak betul-betul mencari. Kalau di Malaysia boleh sahaja mencuba Iron Bird.

Ini adalah album yang ke 5 dari band yang berasal dari Sweden. Kali ini mereka sedikit berubah. Zenith lebih komersial. Sound lebih bersih dan lebih melodic. Ada elemen-elemen glam / hair metal. Ada lagunya yang mengingatkan kepada Stryper. Mungkin kalau ini di tahun 80an, mungkin sahaja situasi ini boleh disamakan dengan Judas Priest - Turbo.


Nak kata sell out, ada juga lagu mereka yang masih heavy. Mungkin ini cara mereka untuk mencuba idea dan sound yang baru. Tetapi pastinya bagi yang mahukan mereka kekal dengan sound speed metal seperti album-album awal akan sedikit kecewa. Tapi biasalah band berevolusi.

Kesimpulannya, ini adalah sebuah album yang bagus. Lagu sedap-sedap belaka. Yang suka melodic metal 80an pasti tak akan kecewa. Mendengarnya membuatkan kita rasa seperti kembali ke era penghujung 80an. Salah satu album kegemaran untuk tahun tahun 2019.



Friday, August 16, 2019

Cd 2019 - Bahagian 9

Lagi cd terkini yang selamat dalam simpanan...


Amon Amarth - Berserker  /  Possessed - Revelations of Oblivion

2 band metal dari era yang berlainan. Yang atas tu bergenre melodic death metal dengan berkonsepkan viking dari tahun 90an.

Manakala yang bawah tu band lagenda dari era 80an. Antara band terawal yang berkonsepkan death metal. Tapi zaman hujung 80an dulu tu biasa lah... semua pun band hantu macam ni orang panggil thrash.... dan yang paling best kita panggil band ni Po Ses Sed... 😁

Seperti biasa... Kalau rajin nanti ada la ceritanya satu satu...


Wednesday, August 14, 2019

Hexed

Gatal-gatal tangan klik dan beli secara online...


Children Of Bodom - Hexed (2019)

Jujurnya tak follow sangat COB. Cuma ada Something Wild dan Skeletons in the Closet dalam simpanan fizikal. Lainnya sekadar MP3. Tak minat sangat dengan evolusi muzik mereka. Mungkin itu penyebab tak beli yang lainnya.

Tak dapat dinafikan, Alexi Laiho memang bagus. Cumanya selepas Hate Crew Deathtroll, rasa kurang berminat pula untuk terus mengambil tahu pasal mereka.


Hexed bukanlah album yang kembali kepada asal. Walupun ada yang kata begitu. Semua band yang berevolusi tak akan kembali ke asal. Tidak dinafikan, COB masih tetap konsisten dengan muzik beratnya. Tetapi yang menariknya kali ini mereka menjadi lebih melodic.

Ada lagu yang senang hadam, Under Grass And Clover contohnya. Ada yang mengambil masa. Senang cerita, ianya tidaklah mengecewakan terutamanya untuk peminat COB yang lama.

Yang penting...taklah rasa rugi beli cdnya.





Monday, August 12, 2019

Shell Ferrari Collection 2019



Cukup dah. Tu ajer nak cakap. Yang lori tu tak apa lah.. 😊


Yang dulu2 punya rujuk >sini<


Saturday, August 3, 2019

Bumi putra ROCKERS

Lama dah tak membeli cd rock melayu. Sekarang pun dah tak rancak pengeluaran cd-cd reissue. 3 ini adalah antara yang terbaru.


Bumi Putra Rockers - Kelab Jiwa Luka / Bumi Putra Rockers - Bisa / Rockers - Harakah

Kelab Jiwa Luka - Tak pernah ada dan tak pernah dengar penuh sebelumnya. Memang tak ada kenangan tentangnya. Beli sekadar melengkapkan koleksi.

Bisa - Yang ini ada banyak kenangan. Kaset 2 kali beli. Yang pertama beli tahun ianya dikeluarkan. Antara kaset asli terawal yang dibeli. Bawa pergi sekolah kena rembat walaupun dah letak dalam beg. Beli kali kedua. Pun sama. Cuma tinggal kotak, isi perutnya pun ntah kemana. Lepas tu zaman cd, beli cd. Yang itu selamat sampai sekarang. Beli yang ini pasal gambar covernya penuh. Yang best BPR ni adalah solo-solo melodic Awang yang memang berhantu.

Harakah - Ada kaset dan ada juga cd (keluaran tahun 2003). Beli yang ini sama alasannya dengan Bisa. Gambar covernya penuh. Yang versi tahun 2003 tidak. Antara band rock melayu yang boleh mencipta lagu sendiri. Lagu Harakah antara lagu kegemaran. Salah satu band terbaik dari seberang tambak.