Sunday, September 29, 2019

Brutal - Piring Hitam



XPDC - Brutal (versi piring hitam 2019)

Pertama kali dikeluarkan dalam bentuk piring hitam. Seperti kebiasaan keluaran Life Records, ianya versi gatefold dan mengekalkan segala yang ada dalam inlay cd.


Kongsi gambar jer lah. Tak perlu ulas kot. Album ini semua orang pun dah tahu. Dengan ini kira dah lengkaplah album kegemilangan mereka di zaman Mael di piringhitamkan.


Malas lah nak cerita pasal sound kalau sendiri pun tak ada sound sistem yang elok. Beli lah sendiri. Tak ada masalah pun tentang sound. Sokonglah kalau ada duit lebih. Bak kata Mus Speedrider pun, dah beli baru lah ada lesen untuk komplen 😂😂😂


Dulu tak beli versi kaset. Cuma ada versi cd. Kalau tak, boleh dah buat edisi "gila format"




Friday, September 27, 2019

Kau Pergi....


‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Satu Penghormatan untuk Arwah Yazit Bin Ahmad



3 album awal Search adalah "soundtrack" kehidupan bagi yang membesar sezaman dengan saya. Ketukan drum arwah dalam lagu "Isi Atau Kulit" yang kali pertama di dengar 34 tahun yang lalu mengubah citarasa muzik dari Duran Duran kepada heavy rock. Thanks for the music abang.



Yazit Ahmad
10.5.1962 - 26.9.2019
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" 
 "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."



Tuesday, September 24, 2019

Brotherhood Of Metal



The Rods - Brotherhood Of Metal (2019)

Comeback yang kedua setelah kali pertamanya pada tahun 2011. Sebelum tu lama mereka menyepi selepas album terakhir mereka pada tahun 1986.

Tak banyak tahu pasal The Rods. Zaman 80an dulu tak berpeluang nak dengar lagu-lagu mereka. Tetapi katanya lagu - lagu mereka seperti White Lightning dan Rock Warriors dari album Let Them Eat Metal (1984) telah di "cover" oleh Rahim Maarof & Whitesteel ketika zaman Battle Of The Bands. Tapi iya lah...masa tu tak tahu pun itu lagu siapa.


Ada juga ternampak kasetnya dulu. Tetapi disebabkan kekangan kewangan seorang pelajar dan ada lagi kaset band-band lain yang lebih popular, maka dah tentu pilihannya kepada band-band yang lebih popular. Hanya mula mendengar mereka ketika zaman youtube. Setakat ini sudah memiliki 3 cd zaman 80an mereka tetapi sayangnya masih gagal untuk mendapatkan cd Let Them Eat Metal.

Ok berbalik kepada Brotherhood Of Metal, tajuknya sahaja sudah mengambarkan bagaimana muziknya. Ianya adalah sebuah album heavy metal yang simple. Shredding solo, catchy riff, sing a long chorus dengan lirik yang agak chessy. Kisah ke mereka jika album ini sekadar recycle beratus atau beribu album yang sama konsepnya dari 30++ tahun yang dulu lagi?... Sudah tentu tidak. The Rods adalah sekadar band orang lama yang memainkan apa yang mereka suka. Tak perlu nak pening-pening kepala. Selepas seharian penat bekerja. Kadang-kadang album sebeginilah yang kita perlukan untuk mengembalikan tenaga.


Tak ada yang buruk tentang Brotherhood Of Metal. Kecuali jika anda mahukan kelainan dan keaslian.

No ballad...just pure heavy metal, song after song....Sit back, relax and just enjoy the music!.



Friday, September 20, 2019

Best of Wings - versi digipak gold disc




Wings  - Best Of (2019 - versi digipak gold disc) 

Dah ada 1st press (riak 1st presswi 😁). Asalnya tak mahu beli. Tak suka format digipak. Susah nak simpan kat rak dan senang rosak pula kulit luar dan gamnya. Tetapi itulah...pandai pula teknik pemasaran dia orang kali ni. Bila keluar versi yang tak sama dari asal. Tak pasal-pasal terbeli juga. Walaupun terus terang cakap agak kurang berkenan dengan packaging cd ini...Hmmmm...saya hanyalah seorang insan yang lemah...😔


Tetapi yang paling ramai nak tahu pastinya soalan berkenaan "sound". Bagaimana sound "made in USA" ini? Sedap ker?....Hmmm...album ini asalnya pun dah dalam zaman digital. Memang dah pernah dikeluarkan dalam bentuk cd pun dulunya. Makanya memang tak ada masalah pun dari segi sound. Yang asal pun dah ok. Kalau tak remaster semula pun tiada hal. Lainlah isunya kalau ianya mahu dipiringhitamkan. Nanti ada yang kata lp berbunyi cd 😅.


Tetapi untuk menjawap juga persoalan tersebut memang yer. Sound bagus. Mungkin juga lagi bagus dari cd asal. Siapa yang belum ada boleh lah beli. Nak beli cd yang asal memang dah harga yahudi.



Tuesday, September 17, 2019

Berserker


Amon Amarth  - Berserker (2019)


Ada permintaan untuk buat ulasan yang lebih detail. Tetapi dengan faktor kemalasan sejak-sejak semakin tua berumur ni menyebabkan rasa susah pula nak buat macam tu...😁

Amon Amarth adalah antara band yang tidak banyak berevolusi. Berserker mengesahkannya. Tidak seperti tuan punya blog yang semakin tua semakin "slow" dan pemalas untuk menulis, Amon Amarth masih tetap sama dan tidak jauh berbeza dari album-album sebelumnya. Ianya masih mengekalkan tema viking dengan irama death metal yang melodic.


Tapi nak kata ianya sebuah album yang bertambah baik. Tak berani juga. Benda subjektif. Band yang dah capai kemuncak memang susah nak mengulangi tahap tersebut. Boleh la dikatakan ini adalah album "play safe" dari mereka. Nanti kalau mereka bereksperimantasi, ada pula fans yang tak suka.

Maaf jika ulasannya pendek. Album yang senang hadam kadang-kadang susah juga untuk di ulas. 😁

Senang cerita ianya best tapi bukanlah yang terbaik.



Thursday, September 12, 2019

cd 2019 - Bahagian 10

Lagi yang baru di beli...


Kedua-duanya menggunakan gambar cover binatang besi. Makanya dah boleh agak lah kan bagaimana bentuk muziknya.

The Rods adalah antara band underated heavy metal Amerika dari tahun 80an yang membuat kemunculan semula manakala Riot City pula adalah generasi baru NWOTHM yang berasal dari Canada.

Macam biasa... nanti-nanti kita cerita dengan lebih detail...


Saturday, September 7, 2019

Silver and Gold

Sempena 30 tahun…


ASaP - Silver and Gold (1989)

Lama dah tak buat entri berkenaan ulangtahun sesuatu album. Hmmm… malas betul la nak buat "research" dan menulis.

30 tahun dulu ada beli kaset ni. Tapi dah hilang entah kemana. Paling tak boleh lupa ada seorang rakan metal akar kayu * bertanya lepas dengar 2, 3 lagu dari album ni, "kenapa beli kaset ni? Kau tau ker ni kumpulan apa...atau kau beli ni pasal gambo inlay kat dalam ni??**."


Ok. Untuk yang tak tahu. ASaP (Adrian Smith and Project) adalah band projek solo Adrian Smith ketika dia masih lagi dalam Iron Maiden sebelum keluar ketika album No Prayer for the Dying.  Sebab tu kawan tu tanya. Album ini tidak seperti yang dia harapkan. Langsung tak ada bunyi Iron Maiden. Silver and Gold lebih kepada hard rock atau AOR working class music macam Bruce Sprinsteen atau mungkin juga Bryan Adams pasal vokal Adrian pun dah kasar macam Byan Adams.

Aku jawap dia, "Hellooo... ini Adrian Smith la beb...Gitar hero aku...Apa-apa muzik atau band yang dia main pun tetap best pada aku...tetap sedap...tetap sokong..."


Tapi itulah... kawan-kawan jenis metal akar kayu tak sokong. Kawan-kawan AOR rasa pelik pula nak beli album gitaris metal main muzik pop rock. Hasilnya album ini memang gagal kat pasaran. Hanya fan boy yang beli dan sokong. Akhirnya ASaP berkubur.



*Dalam group whatsapp geng2 bloger, Zan Bassit gelar mat metal true ni sebagai metal akar kayu sempena logo2 band yang susah nak baca dan macam akar kayu…kah kah kah…)

**siapa pernah tengok inlay dalam dia faham la apa maksudnya



Wednesday, September 4, 2019

Dup Dap Dup Dap lagi...

10 tahun yang lalu...

8 tahun yang lalu...

Kini...

Anak bongsu pula menghadap rutin hidup sebagai seorang pelajar... Dah kali ke 3 dah anak tempuh UPSR... Tapi dup dap dup dap abahnya tetap sama....

Untuk Norma Irdina dan anak rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang bermula hari ini, kita doakan mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

Semoga 6A dalam gengaman. INSYALLAH!!


*lama dah tak buat entri berbentuk peribadi macam ni...




Sunday, September 1, 2019

Revelations of Oblivion



Possessed - Revelations of Oblivion (2019)

Sebut "Pos...Sess... Sed". Lepas tu kena ketawa. Bila pandai dah sebut perkataan sebenar. Giliran kita pula ketawakan orang lain... hahaha...Memang banyak lah belajar bahasa inggeris ni dari band-band hantu macam ni.

Lambat juga "follow" mereka. Kali pertama berpeluang mendengar album Seven Churches (kaset dubbing) adalah pada tahun 1990. Tak pernah jumpa di kedai kaset sekitar Johor Bahru. Kawan seITM dari KL yang mengenalkannya. Zaman remaja yang kemaruk dengan muzik extreme, zaman true, muzik sebegini walaupun macamana teruk pun produksinya akan tetap menjadi mainan halwa telinga. Maklumlah tak nak kena panggil poser 😁


Kini selepas 33 tahun, mereka kembali. Bukanlah semuanya line-up asal. Semua pun dah hilang dari radar kecuali gitarisnya, Larry LaLonde. Aktif bersama Blind Illusion dan kemudiannya Primus. Tapi dia tak terlibat pun dengan album ini. Yang menghidupkan Possessed kali ini adalah vokalis/bassis, Jeff Becerra. Dia ni lumpuh. Kena tembak. Lama dah berkerusi roda. Tapi semangat tetap tinggi.

Walaupun hanya tinggal beliau seorang, Revelations of Oblivion adalah apa yang kita mahukan dari Possessed. DNA yang masih sama. Ianya adalah kesinambungan dari apa yang mereka tinggalkan 30++ tahun yang lalu. Yang berbeza cuma dari segi produksi dan sound. Ianya lebih moden. Bersesuaian lah dengan situasi sekarang.

Ianya adalah hala tuju yang tepat. Tak perlu untuk mereka berevolusi. Comeback yang sebegini sudah semestinya apa yang peminat asal mahukan. Mereka pun bukannya jenis selang 2, 3 tahun ada album baru untuk bereksperimentasi

Pendek cerita, ini adalah sebuah album death metal yang berkualiti. Tak rugi beli.