Thursday, November 28, 2019

Throwback - Boneka Pentas



Sofea - Boneka Pentas (1989)

30 tahun dah. Dulu masa beli kasetnya baru jer habis sekolah menengah. Sekarang dah hampir nak dapat duit EPF dah..hahaha.... Kalau tak silap beli menggunakan duit kerja kilang semasa menunggu keputusan SPM. Ingat-ingat lupa. Tapi yang paling ingat, beli sekadar beli. Tak berapa dengar sangat pun. Ketika itu tengah mula kemaruk dengan muzik thrash. Sebab itu kasetnya pun entah hilang kemana. 3 tahun yang lalu ketika beli cd ini pun sama juga. Tak dengar pun. Terus simpan dalam rak. Sekarang ni barulah rasa bersemangat nak dengar semula.


Mereka ni memang kita tahu adalah klon Motley Crue dan WASP. Tak kira muzik mahu pun imejnya. Tetapi untuk Boneka Pentas ni agak sedikit berbeza. Mereka lebih rock n roll. Lebih "Poison" berbanding Motley Crue ataupun WASP. Ini adalah tahun-tahun yang muzik glam metal sedang berada di kemuncak. Boneka Pentas sememangnya ke arah itu.

Khabarnya Joe Burnmark yang bermain gitar untuk album ini. Tak pasti kenapa bukan Fancy. Sedangkan banyak juga lagu ciptaan beliau ada dalam album ini. Tetapi tak boleh dinafikan, Joe memang seorang gitaris yang bagus. Boneka Pentas memang banyak rif dan solo-solo yang hebat. Sedap juga sound yang terhasil dari gitar Kramer Richie Sambora beliau.


Tetapi saya ada sedikit kurang gemar dengan produksinya. Ada bahagian-bahagiannya yang bunyi gitar agak kebelakang. Tetapi bab lainnya memang tak ada komplen. Lagu-lagunya  pun sedap. Memang enjoy. Memang rock n roll. Kalau nak bagi cadangan untuk rujukan sebuah album glam metal Malaysia yang bagus, Boneka Pentas adalah salah satu darinya selain dari album pertama kumpulan Blackrose,

Best!...Makin lama dengar makin suka album ini dari album Sofea yang lainnya. Dulu terlampau "true" untuk menghargai album semacam ini...hahaha...




Sunday, November 24, 2019

obscure metal - Endless War




Realm - Endless War (1988)

"Think of the progressiveness of Rush, the harmony guitars of Maiden, the rapid fire quick lead exchanges of Judas Priest, and the speed and power of Slayer" - Takis Kinis (guitarist of Realm)

Satu lagi album yang boleh masuk dalam kategori obscure metal. Tak ramai yang tahu. Tapi ianya hidden gem bagi yang minat genre technical thrash atau pun ada juga yang memanggilnya sebagai progressive thrash. Muzik sebegini tak ramai yang mudah hadam. Muziknya agak laju, berubah-ubah tempo dan agak complicated. Tetapi dalam masa yang masa mempunyai banyak guitar line yang harmoni. Ini menjadikan ianya agak melodic berbanding band technical thrash yang lain seperti Coroner contohnya.

Gambar kulit album pun cantik. Memang best. Itu pun jika anda boleh hadam dengan muzik yang sebegini. Tambah menarik bila mereka menjadikan lagu Eleanor Rigby dari The Beatles sebagai lagu cover.

Underated!


Thursday, November 21, 2019

Cd 2019 - Bahagian 13

Lagi yang terkini dalam simpanan.

Death Angel - Humanicide (2019)

Sacred Reich - Awakening (2019)
Kali ini kedua-duanya band thrash orang tua lama. Mula mendengar kedua-duanya sejak dari penghujung tahun 80an.

Death Angel antara yang terus aktif semenjak membuat kemunculan semula pada tahun 2004. Ini album mereka yang ke 9.

Manakala Sacred Reich pula baru membuat kemunculan semula selepas kali terakhir mereka membuat album pada tahun 1996.

Kedua-duanya memamg digemari ketika remaja. Dan kedua-duanya masih digemari sehingga kini...


Monday, November 18, 2019

Touch of Sin

Antara cd terkini dalam simpanan.


Sinner - Touch of Sin (1985)

Bukan... beli bukan pasal gambar covernya...hahaha...

Tetapi sebab utamanya adalah kerana lagu The Storm Broke Loose. Dengar lagu ini, kemudiannya dengar pula lagu dari Rockers - Memori.  Hmmmmm...sama kan? 😁😁😁

Dulu-dulu memang tak tau pun ianya lagu ciplak. Kat inlay kaset pun tak tulis ianya lagu saduran. Sama kes macam Anak Liar - Sofea. Band-band "B-list" heavy metal dari Jerman seperti Sinner memang susah nak jumpa kasetnya dijual di sini. Mereka tidaklah sepopular band-band seangkatan seperti Scorpions, Accept mahupun Helloween. Sebab itu memang tak tahu pun sehinggalah muncul zaman internet.


Tetapi album-album sebegini memang dicari oleh pengemar band-band metal yang boleh dianggap sebagai obscure. Memang ada lagu yang best. Memang ada "hidden gem". Tetapi ada juga yang sekadar pelengkap. Sebab itu band-band sebegini agak kurang dikenali dan tidak mencapai tahap sebagai "A-list".

Lagu-lagunya lebih komersial berbanding dengan album pertama mereka (Danger Zone -1984) yang lebih raw. Tetapi jika anda pengemar heavy metal 80an, terutamanya yang melodic dan komersial, ini bukanlah masaalah. Sedap juga...




Friday, November 15, 2019

Cd 2019 - Bahagian 12

Akhir-akhir ini rasa kemaruk semula dengan genre symphonic power metal. Banyak juga mencuba band-band yang baru pertama kali tahu. Dalam banyak-banyak band tersebut, 2 ini yang paling cepat terkesan. Melodinya memang betul-betul mudah hadam. Memang sedap!

Gloryhammer - Legends From Beyond The Galactic Terrorvortex (2019)

Twilight Force - Dawn of the Dragonstar (2019)
Kedua-duanya berasal dari Eropah. Gloryhamer dari UK manakala Twilight Force pula dari Sweden. Persamaan mereka selain dari genre muzik yang sama, kedua-duanya juga menggunakan costume seperti tema lirik mereka apabila berada di pentas. Memang menarik.







Tuesday, November 12, 2019

Dominion




HammerFall - Dominion (2019)

HammerFall adalah antara pengerak utama kepada kebangkitan semula muzik heavy metal di penghujung 90an terutamanya di benua Eropah.

Sedar tak sedar ini adalah album studio mereka yang ke sebelas. Mereka adalah jenis band yang tidak banyak berubah dan tidak sangat berevolusi. Saya adalah penyokong kepada band yang sebegini. Mungkin ianya akan menjadi sedikit clichΓ© dan tepu. Tetapi kalau itu formula yang berjaya, kenapa perlu diubah. Berubah tidak semestinya bagus. Kelainan pun tidak semestinya sedap.


Dominion adalah untuk peminat setia HammerFall. Bukanlah yang terbaik tetapi tidak juga mengecewakan. Tetapi ianya lebih baik dari 2, 3 album sebelumnya. Bagi saya, HammerFall ni sedapnya lebih kepada melodinya yang catchy dan solo-solo gitarnya. Semua ciri-ciri tersebut memang ada dalam Dominion. Cuma kali ini lagu power ballad nya agak lambat juga untuk melekat.

Tak kisahlah kalau ada yang kata cheesy. Tapi itulah kelebihan HammerFall. Ada masanya sangat poppy tetapi dalam masa yang sama ianya memang metal. Heavy Metal!



Saturday, November 9, 2019

Exposed




Vince Neil - Exposed (1993)

Beli cd ini kerana 2 sebab yang bersangkutan dengan filem yang ditonton semula di Astro beberapa hari yang lepas

Satu - Encino Man. Teringat awal 90an dulu selalu tengok video clip "You're Invited (But Your Friend Can't Come) dari soundtrack filem tersebut dalam rancangan MTV Asia di tv Singapura.

Dua - Top Gun. Rasa kemaruk semula dengan petikan gitar Steve Stevens dalam instrumental Top Gun Anthem. Rujuk >SINI<. Ok album ni tiada lagu Top Gun. Tetapi album ini gitarnya dimainkan oleh Steve Stevens.

Untuk sedikit trivia, album ini ada 3 cerita.

Yang pertamanya adalah side projek Vince Neil (selepas keluar dari Motley Crue) bersama anggota Damn Yankees (Kecuali Ted Nugent). Sebab itu ada beberapa lagu ciptaan Jack Blades dan Tommy Shaw. Lagu "You're Invited (But Your Friend Can't Come)" juga adalah lagu mereka. Malah versi di dalam soundtrack Encino Man pun dimainkan oleh 3/4 dari band member Damn Yankees (Jack Blades, Tommy Shaw dan Michael Cartellone ). Tetapi versi album ini dirakamkan semula bersama Steve Stevens.


Yang kedua pula projek beliau bersama Phil Soussan (Ozzy Osbourne). Ada beberapa lagu ciptaan Phil yang asalnya untuk Ozzy dimuatkan di dalam album ini. Tetapi ianya juga tak kesampaian.

Akhirnya semua lagu-lagu tersebut dikumpulkan menjadi album solo Vince Neil yang kemudiannya disudahkan beliau bersama bekas gitaris Billy Idol, Steve Stevens. Bagi yang tak tahu, solo gitar dalam lagu Dirty Diana - Michael Jackson juga dimainkan oleh beliau.

Ada lagu yang berbunyi seperti era Dr Feelgood, Sister of Pain contohnya. Album ini bukan sahaja sesuai untuk yang sukakan lagu-lagu melodic hard rock dan vokal Vince Neil. Tetapi ianya juga untuk sesiapa yang sukakan shredding solo dari Steve Stevens. Hebat!






Thursday, November 7, 2019

Gila Format - BPR Bisa

Keluaran semula piring hitam yang terkini di pasaran…


Bumi Putera Rockers - Bisa (1988) - keluaran semula lp 2019


Seperti kebiasaan versi reissue, ianya di keluarkan dalam bentuk gatefold. Ada lirik dan sedikit info tetapi tiada gambar. Dan seperti biasa juga, kualiti gambar covernya memang sedikit mengecewakan. Tak sharp dan kusam. Satu lagi nak komplen, gambar covernya tu tak penuh (dah beli boleh lah komplen...kah..kah..kah...)


Tetapi sesuatu yang menarik adalah piringnya. Ianya jenis transparent berwarna kristal. Memang cantik. Khabarnya buatan dari Sweden. Memang lawa. Bab ni memang berbaloi.

cukup dah jadi gila format
Tetapi yang pastinya...membeli kenangan adalah sesuatu yang mahal. Hmmmmm....sedih 😒

#hatigembirapoketmenangis



Sunday, November 3, 2019

Steeler

Antara yang terkini dalam koleksi...


Steeler - Steeler (1984)

Jangan keliru. Yang ini band Axel Rudi Pell bukannya Yngwie Malmsteen. Dua-dua pun guna nama sama. Dua-dua pun gitaris yang hebat. Kalau nak solo-solo laju bergulung, pergi cari Steeler Malmsteen. Tetapi kalau mahukan heavy metal 80an yang raw dan melodic, ini lah albumnya.

Pertama kali dengar ingatkan Iron Maiden. Suara vokalisnya memang mirip kepada Paul Di'Anno. Twin gitar solonya pun sedap. Tak popular gitaris yang lagi satu tu. Tetapi Axel Rudi Pell ni memang menjadi bila buat album solo.


Walaupun saya "kipas susah nak mati" Malmsteen, tetapi untuk nama Steeler, saya memilih versi band asal Jerman ini. Terutamanya pada album ini. Solo-solo yang melodic. Sound raw, laju dan bunyi heavy metal 80an yang sejati. Semua lagu sedap tetapi yang jadi pilihan di hati adalah "Hydrophobia" (entah mengapa terbayangkan Megadeth) dan power ballad, "Fallen Angel".

Lazat!