Friday, February 28, 2020

Sudah Sampai Sini : Krabi Bahagian 1

Percutian bersama keluarga bulan december yang lalu.

Kali pertama ke Krabi. Sebelum ni pernah bercadang untuk memandu ataupun menggunakan perkhidmatan keretapa ke sini. Tetapi setelah dicongak faktor wang, masa dan kecergasan (dah tua beb...😁) adalah lebih baik dan mudah untuk menggunakan perkhidmatan udara.

Tak serajin dulu untuk menaip panjang-panjang. Cukuplah lah bercerita berdasarkan gambar.
(Maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan, Maklumlah majoriti gambar adalah waktu malam dengan menggunakan kamera handphone yang tak berapa nak canggih)


Seperti yang pernah  di cerita dalam entri berkenaan Phuket, pendawaian elektrik di Thailand memang mengagumkan. Berselirat. Tak tau lah bahagian Thailand yang lainnya. Phuket dan Krabi ni tak jauh mana jaraknya.


Suatu benda yang tak boleh tak jumpa kalau ke Thailand adalah tempat urut (massage). Tak kiralah yang terbuka atau yang tertutup. Jangan pikir lain pulak...ini urut biasa la...hahaha... Tapi ianya memang murah kalau nak dibandingkan di Malaysia. Tapi yang pastinya tukang urut di Krabi ni kalau di Phuket tu kira tahap-tahap shift siang...yang malam memang tak boleh lawan...(yang tahu...tahu la...hahaha...)


Krabi ni kalau kebulur tengah malam tak susah. Family Mart dan 7E ada. Yang bagusnya ada makanannya yang berlogo halal. Tak ada lah was-was bila nak makan.


3 hari duduk sini memang hari-hari beli burger dan hotdog segera di 7 Eleven. Mudah dan cepat. Suruh jer cashier panaskan sekejap dalam microwave. Dah siap untuk di makan.


Tak jumpa pula yer hot dog dan burger segera macam ini ada di jual di 7 Eleven di Malaysia. Ianya menjimatkan masa. Paling penting ianya sedap dah halal. Ada beberapa perisa. Harganya dalam THB29 untuk hot dog dan 40THB untuk burger. Kalau sekarang punya tukaran matawang adalah lebih kurang RM3++ dan RM5++...


Tapi kalau nak betul-betul makan. Banyak jer kedai makan halal kat sini. Krabi ni banyak muslim. Ada yang melayu ada yang Arab/Pakistan. Tapi siaplah harganya. Tak pandai pilih tempat memang harga potong kepala. Kata orang sini makanan akan jadi mahal bila adanya logo halal. Hmmmm....


Tapi kalau nak murah. Boleh pergi ke Aonang Muslim Street. Kawasan sini memang semuanya makanan halal. Kawasannya ala-ala pasar malam di Malaysia. Tapi tak lah luas mana.


Ni antara makan yang popular kat sini. Tak cuba roti pancake kat Krabi kira macam belum lengkaplah percutian kat sini. Memang sedap. Ada macam-macam perisa.


Kawasan ni sebenarnya terletak di hadapan masjid. Ianya menjadi salah satu sumber rezeki komuniti muslim kat sini. Mat dan Minah Salleh pun ramai beli makan kat sini. Ianya dah jadi salah satu tempat tarikan pelancong bila pergi ke Krabi.


Inilah rupa masjidnya. Boleh tahan besar. Sayangnya tak sempat pula nak beriktikaf di dalamnya. Kalau tengok dari luar nampak macam baru di bina.


Selain dari gerai-gerai, ada juga warung dan restoran. Macam-macam pilihan makanan. Nak tekak melayu pun boleh. Tapi masak cara Melayu Thai la. Sayangnya lupa pula nak ambil gambar makanan. Biasalah... bila makanan dah depan mata...lupa segalanya.....haha...


Untuk cerita bab pulau-pulau.. kita sambung lain kali....



No comments:

Post a Comment