Friday, January 29, 2021

Moment

Lagi album terbitan tahun lepas...

Dark Tranquillity - Moment (2020)

Jujurnya saya adalah pendengar baru Dark Tranquillity. Mungkin tak sampai pun 10 tahun. Bermakna saya tidak mendengar muzik mereka ketika zaman kegemilangan Gothenburg Melodic Death Metal. Namun begitu setelah di kenalkan dengan 2 album awal mereka (Skydancer dan The Gallery), ianya terus jadi minat. Sayangnya album-album yang selepas dari itu muzik mereka telah berubah. Minat saya pada mereka juga terbantut.

Tak pernah terpikir asalnya nak beli album terbaru ni. WFH, lebihan moratorium 😁 dan cover albumnya yang cantik menjadi punca. Tenyata muziknya agak susah saya nak hadam. Walaupun berat dan melodic tetapi temponya slowww... melankolic dan lebih terarah kepada gothic metal. Tetapi solo-solo gitarnya memang sedap. 

Setuju dengan satu ulasan yang tulis "Moment is Dark Tranquillity doing Dark Tranquillity. So existing fans will be pleased. New listers may not be impressed, though"


Wednesday, January 27, 2021

2020

 Ini bukan pasal tahun 2020. Tapi album terbaru dari Bon Jovi

Bon Jovi - 2020 (2020)

Lama dah tak beli album-album dari Bon Jovi. Yang betul- betul beli dan dengar adalah These Days (1995). Album-album selepas dari itu memang tak minat. Ini yang susahnya bila band dah berubah tetapi peminatnya tidak.

Terjebak membeli cd ini kerana ada lagu-lagunya yang "jiwa"nya membawa kita kembali ke era Bon Jovi di awal 90an. Lagu "Blood in the water" seolah-olah lagu dari album Keep the Faith/These Days. Solo gitarnya juga mempunyai "rasa" solo Richie Sambora. "Story of Love" pula melodinya mengingatkan saya kepada lagu kumpulan Soul Asylum.

Ada la 2, 3 lagu lain yang melodinya sedap. "Limitless", "Do What You Can"... Tapi jangan harap ianya sebuah album hard rock seperti dulu-dulu. Bon Jovi sekarang hanyalah sebuah band pop rock yang muziknya mungkin kedengaran seperti Bruce Springsteen ataupun John Mellencamp.

Tanpa Richie Sambora, Bon Jovi hanyalah seperti album solo Jon Bon Jovi yang muziknya menampilkan Tico Torres dan David Bryan ...


 

Sunday, January 24, 2021

Can I Play with Madness

Kenangan single pertama dari album Seventh Son of a Seventh Son...


Iron Maiden - Can I Play With Madness (12" single Vinyl) - 1988

Dalam banyak-banyak gambar cover single Iron Maiden, ini adalah gambar yang paling diminati. Alang-alang dah minat tu cari yang 12 inci terus walaupun harganya boleh buat "hati gembira poket menangis" kalau nak dibandingkan dengan harga yang 7 inci. 

Tapi memang puashati lah bila dapat pegang dan membelek secara teliti gambar cover yang besar ni berbanding versi 7 inci ataupun cd. Memang kagum betul dengan hasil kerja Derek Riggs ni.


Dulu ketika menuntut di ITM, cover ini pernah dilukis di muka depan salah satu buku matapelajaran yang di photostate. Zaman tak berapa nak mampu beli buku, biasanya nak murah kena beli 2nd hand dari senior atau pun pinjam buku kawan dan photostate. Tak ingat dah buku subjek apa. Bila habis semester. Nak duit lebih. Buku tersebut di jual pula kepada junior. Tak pasti siapa yang beli. Suruh kawan yang cari pembeli. Khabarnya dibeli oleh seorang siswi. Tak tau lah apa perasaan budak perempuan tu bila beli buku yang gambar cover depannya muka Eddie....hahaha...


Tak berniat nak kumpul single...tetapi biasalah. Bila dah terbeli satu maka secara automatiknya akan beranak jadi 2... hmmmmm....



Friday, January 22, 2021

Media '88 - '89

Riyadh - Media '88 - '89 (1989)

Satu lagi produk reissue dari tahun 2016. Semenjak beli memang tak pernah dengar pun. Sekali lagi tergerak nak dengar selepas membaca tulisan Dr. Taki di FB. Ini adalah sebuah lagi album rock melayu yang saya tidak mempunyai apa-apa kenangan terhadapnya. Memang tak ambil tahu pun ketika ianya diterbitkan pada penghujung 80an dulu.

Riyadh atau D’Riyadh yang saya tahu cuma dari album Pancakara Di Cakerawala (1988). Tak beli Hikayat Rok (1988). Tak pasti pun kewujudannya pada ketika itu. Sedap juga lagu "Melodi Cinta Lama”. Rasanya rakaman videonya dari Muzik Muzik masih saya simpan hingga kini. Tak pasti ntah boleh dimainkan ke tidak. Pita video VHS nya pun dah berkulat.

Satu lagi yang saya ingat tentang mereka adalah kerana vocal Akhil Hayy. Ianya menjadi suatu perdebatan antara saya dan rakan-rakan. Maklumlah vocal halus sebegitu memang tidak digemari oleh rakan-rakan yang mendengar ekstrem metal. Tetapi bagi saya vocal beliau mengingatkan saya kepada gaya vocal band-band era glam metal. Vince Neil terutamanya.

Media ’88-’89 muziknya lebih cenderung kepada hard rock dan rock and roll. Saya kurang gemar dengan sound gitarnya yang agak tenggelam. Tetapi perlu di akui gitarisnya, Jeffry memang seorang gitaris yang bagus. Banyak sebenarnya gitaris-gitaris yang bagus dari zaman ini yang sepatutnya diberikan lebih pengiktirafan. Beliau adalah salah seorang darinya.

Ada 2,3 lagu yang menarik perhatian dengan sekali dua pendengaran. “Dunia Perhitungan” adalah satu darinya. Gaya vokalnya benar-benar seperti Vince Neil. Lagu perlahan “Hanya Ketenangan” pula adalah lagu yang rasanya saya pernah dengar. Mungkin juga dari Muzik Muzik atau pun di radio.



Wednesday, January 20, 2021

WFH PKP 2.0

PKP di Johor untuk kali kedua ini bermakna kali kedua juga saya terpaksa bekerja dari rumah. Kali pertamanya adalah selama 3 bulan lebih dari awal April 2020 hinggalah ke pertengahan Julai 2020. Harapnya tempoh 2 minggu kali ini ini tidaklah berlarutan kepada 2 bulan pula.

Bukannya apa, semakin lama terperap di rumah ditakuti semakin beranak pinak pula koleksi cd dan lp...(nasib kali ini tak ada moratorium 😀😁😅)




Sunday, January 17, 2021

Embrace Hall Cafe

Ini kisah sebelum PKP 2.0 (tahun lepas december punya cerita)

Lama juga tak pergi ke kedai kaset/cd secara fizikal. Kali terakhirnya mungkin ketika sebelum PKP yang pertama pada awal tahun 2020. (Kedai cd kat Larkin Sentral tu. Apa khabar la agaknya. Sebelum ni pun dah macam tenat kedainya)

Kali nak cerita pasal Embrace Hall Music & Art Centre. Rasa seronok juga bila Johor Bahru masih wujud kedai sebegini. Ini kunjungan kali kedua. Kali pertama beberapa tahun yang lalu ketika mereka menganjurkan Records Store Day Johor Bahru.

Ternyata kedainya dah berwajah baru. Kini ianya dikenali sebagai Embrace Hall Cafe. Selain boleh membeli cd, kaset, piring hitam dan tshirt, mereka juga menyediakan ruang cafe untuk makan dan minum. Satu idea yang baik untuk yang dah berkeluarga. Suami belek cd,kaset dan lp, isteri dan anak boleh duduk menjamu selera.

Kongsi sikit la gambaran di dalam kedainya.






Untuk mengetahui menu dan keterangan lanjut boleh sahaja lawati mereka di 14-02, Jalan Sri Perkasa 2/22, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor atau kunjungi facebook Embrace Hall Cafe.

Ini bukanlah iklan berbayar. Tuan kedai, Saudara Khairul Fahmi pun tak kenal siapa saya. Ini hanya sekadar satu sokongan untuk kedai muzik fizikal yang hampir pupus. Walaubagaimanapun terimakasih untuk beliau dan isteri yang sempat belanja kami (saya dan isteri) minuman air coklat secara percuma. 

Pantanglah kalau masuk kedai sebegini tapi tak beli apa-apa. Dah isteri berniat nak belanja sebagai hadiah belated birthday. Dua keping lp terus kita pau....huhuhu... (thanks to my better half yang memahami hobi suaminya 💖)



Thursday, January 14, 2021

Unisonic

 

Unisonic - Unisonic (2012)

Ketika album ini diterbitkan pada tahun 2012 dulu, memang ramai peminat Helloween yang teruja dan tak sabar nak dengar termasuk lah "yours truly" yang menulis ini 😀.

Maklumlah selepas Helloween, Michael Kiske pernah kata yang dia tak berminat lagi untuk menyanyi dalam genre metal. Bila dapat tahu yang Unisonic akan disertai juga oleh Kai Hansen. Peminat klasik Helloween era Seven Keys mana lah yang tak akan teruja kan...

Tapi rasanya ramai yang kecewa. Ini bukanlah power metal ala Helloween mahupun Gamma Ray. Ianya lebih kepada selera Michael Kiske yang terarah kepada melodic hard rock dengan pengaruh power metal yang dibawa oleh Kai Hansen. 

Bukanlah tak sedap. Kai Hansen dengan lagu-lagunya jarang mengecewakan. Selagi anda tidak mengharapkan ini adalah Seven Keys Pt 3, ianya memang sedap pun. Lagu-lagunya memang catchy. Vokal Michael Kiske masih seperti zaman Helloween.

Rekomended untuk yang gemarkan melodic hard rock atau metal yang lebih santai.



Saturday, January 9, 2021

Brainwashed Generation

 Lagi album terbitan tahun 2020

Enuff Z'Nuff - Brainwashed Generation (2020)

Seperti yang pernah di sebut sebelum ini, saya tak rasa Hair atau Glam Metal adalah satu genre. Ianya lebih kepada fesyen pada zaman tersebut. Band-band yang dikaitkan dengan Hair/Glam Metal ini mempunyai corak muzik yang berbeza dari satu band ke satu band yang lain. Enuff Z'Nuff adalah salah satu contohnya.

Lagu mereka tidak mempunya ciri-ciri heavy metal. Ianya seperti mendengar Beatles bermain hard rock. Mereka sendiri sejak awal lagi telah melabelkan muzik mereka sebagai power pop. Tetapi dengan gaya dan fesyen pada zaman tersebut, mereka juga di kategori kepada Hair/Glam Metal.

Tidak berapa mengikuti perkembangan karier mereka. Dulunya sekadar tahu lagu "Fly High Michelle" dan "New Thing". Kemudiannya terbeli pula cd "Animals With Human Intelligence (1993)" dan rasa suka pula dengan lagu-lagunya. Tetapi selepas dari itu memang tak ambil tahu sehinggalah terdengar album "Diamond Boy (2018)" di spotify dan tiba-tiba rasa ingin mendengar mereka semula.


"Brainwashed Generation" adalah album terbaru dan yang ke 15 bagi mereka. Ianya juga adalah album kedua (selepas Diamond Boy) tanpa vokalis asal mereka, Donnie Vie. Tugas sebagai vokalis kini di ambil oleh pengasas dan pemain bass mereka, Chip Z'Nuff. Namun begitu Donnie tetap menyanyi dan menyumbangkan satu lagu (Strangers in My Head). Memang ada perbezaan antara vokal Donnie dan Chip. Tetapi identiti Enuff Z'nuff tak banyak berubah. Selain lagu-lagunya yang cenderung kepada vokal harmoni, suara ala2 mengada Donnie ada dalam suara Chip.

"Brainwashed Generation" juga menampilkan pemuzik jemputan yang hebat. Antaranya Mike Portnoy dan Ace Frehley.

Lagu-lagunya memang menenangkan jiwa. Sayang betul band-band yang bagus seperti mereka selalu disalah ertikan bila mereka dilabelkan sebagai hair metal. "Brainwashed Generation" adalah salah satu album melodic hard rock kegemaran saya untuk tahun 2020.


Wednesday, January 6, 2021

2020 - Buku , Rock Candy dan Penaney pek buleh tumpang, Penudoh pek buleh hi ajar

Tak banyak pembelian buku/majalah majalah untuk tahun 2020. Memang bercadang untuk mengurangkan pembelian kerana banyak dah stok bahan bacaan dari beberapa tahun yang lepas masih tak berusik. Ada yang masih dalam sampul plastik. Penangan melanggan Netflix, semakin banyak masa untuk membaca telah di ambil alih oleh Netflix.



Tak ingat sangat dah apa yang dibeli sepanjang tahun lepas. Tetapi 4 dari tajuk di atas dibeli pada minggu terakhir tahun 2020. Terjumpa jualan murah di Jusco. Sebagai peminat buku-buku biography, peluang membeli dengan harga RM10 sebuah memang tak akan dilepaskan.

Tak pasti dengan 2021. Tetapi terus membeli itu sudah pasti. Yang dah pun terbeli walaupun 2021 baru masuk beberapa hari adalah "Heavy Duty : Days and Nights in Judas Priset - KK Downing". Yang dalam wishlist menunggu versi soft cover adalah "Monsters of River and Rock - Adrian Smith" , "Rust in Peace : The Inside Story of the Megadeth Masterpiece - Dave Mustaine", "Confess - Rob Halford" dan "Son of a Milkman : My Crazy Life with Tesla - Brian Wheat".

Juga masih mencari harga mampu milik untuk "Off the Rails: Aboard the Crazy Train in the Blizzard of Ozz - Rudy Sarzo", "18 and Life in Skid Row - Sebastian Bach", "Sex ,Drugs, Ratt & Roll : My Life in Rock - Stephen Pearcy", "I'm the Man: The Story of That Guy from Anthrax - Scott Ian", "Relentless : The Memoir - Yngwie J Malmsteen', "Iron Man: My Journey through Heaven and Hell with Black Sabbath - Tony Iommi", "More Life with Deth - David Ellefson", "My Bloody Roots : From Sepultura to Soulfly and Beyond - Max Cavalera" and the list goes on and on and on....

Tahun 2020 juga adalah tahun yang konon-kononnya hendak membeli setiap keluaran majalah Rock Candy (diterbitkan 2 bulan sekali) kerana ini adalah satu-satunya majalah yang secara khususnya bercerita tentang muzik rock dan metal di era 80an. Sayangnya disebabkan Covid-19, majalah ini tidak lagi masuk ke pasaran Malaysia. 😢😢😢 



Tetapi yang pastinya untuk tahun 2021 ini. Buku pertama yang sedang diusahakan untuk di baca adalah "Penaney pek buleh tumpang, Penudoh pek buleh hi ajar" yang ditulis oleh seorang sahabat yang juga seorang rock n roll blogger, Saudara Rammy Azmi. Dari sejak dibeli pada bulan November lepas, masih gagal untuk memulakan pembacaan. Nak baca ulasan boleh singgah ke blog Arsil


Sunday, January 3, 2021

Colony

 Mengimbau kenangan..

In Flames - Colony (1999)

Sebenarnya ini adalah permintaan dari seorang rakan di Instagram. Beliau mahu saya bercerita samada tentang Kansas- Leftoverture, Ted Nugent atau mana-mana album In Flames dari zaman melodic death metal mereka. Sayangnya saya tiada cd Ted Nugent untuk dicerita. Dan kebetulan pula tengah di dalam mood untuk mendengar melodic death metal, maka saya dahulukan Colony dari Leftoverture.

Agak lambat sebenarnya mendengar In Flames. Bermula dari Clayman, tetapi kaset pertama mereka yang dibeli adalah Reroute To Remain (2002). Ketika itu dah rasa ianya berbeza. Tak minat sangat. Bila mendengar album-album awal mereka ternyata ianya lebih memikat hati.


Tak ingat bila kali pertama mendengar album ini secara betul. Kalau tak silap selepas merasa tepu dengan power metal (sekitar menuju ke pertengahan tahun 2000an), ketika itu selera mula berubah ke arah melodic death metal. In Flames adalah salah satu darinya.

Bagi saya bermula dari Colony, In Flames semakin kurang perisa death metalnya. Colony lebih mementingkan melodi yang catchy. Mungkin mereka mahukan supaya ianya lebih mudah diterima di khalayak umum. Lagu-lagunya memang mudah menangkap. Paling digemari adalah bahagian harmonic solo gitarnya. Memang terasa ke'maiden"annya (haha.. ada ke ayat macam ni).

Senang cerita kalau anda mahukan sesuatu yang aggresif tetapi dalam masa yang sama mahukan juga yang melodic. Ini adalah yang patut anda cari.



Friday, January 1, 2021

2021

 Selamat datang 2021...

Banyak keadaan dan kenangan yang tak boleh dilupakan sepanjang tahun 2020. Perkataan MCO, PKP, PKPB, PKPP, WFH menjadi satu norma baru. Harapnya perkara ini tidaklah berterusan.

Kalau nak kata kenangan yang paling best dari segi duniawi sudah semestinya ketika menyaksikan konsert Belantara 20022020. Yang lainnya banyak terperap dalam rumah. Maklumlah hampir 3 bulan juga kena bekerja dari rumah. Tetapi yang jadi penyakitnya, semakin kerap berada di rumah bemakna semakin banyak masa terluang untuk "panic buying" di ebay dan juga FB. 😁...Tambah-tambah pula dengan adanya duit moratorium. Memang jahanam!!! 😅

Apa-apa pun semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Semoga 2021 adalah tahun yang lebih baik....Selamat tahun baru!


*terimakasih Azli DYS atas hadiah kalendar 2021 yang comel. Susah betul nak dapat kalendar percuma sekarang...mungkin tiada lagi kalendar percuma juga adalah satu norma baru...😁