Monday, May 31, 2021

Pelangi Duniawi

 Layanan ketika di kuarantin 10 hari... (bahagian 3)

Dalam tempoh terkurung di rumah ini saya cuba untuk mendengar seberapa banyak album-album rock melayu yang suatu masa dahulu tak pernah di ambil tahu.

*** Tetapi maaf lah saya hanya mampu mendengarnya melalui versi cdr. Tak pernah jumpa versi cd dan tak mampu pula kalau nak beli versi kaset ataupun piring hitam

Wild Age - Pelangi Duniawi (1989)

Jujurnya tak pernah tau pun kewujudannya pada suatu masa dahulu. Tahun 1989 adalah tahun yang saya mula lebih mendengar rock orang putih berbanding rock melayu. Kalau pergi ke kedai-kedai kaset pun memang jarang sangat membelek di bahagaian rock melayu. Mungkin itu antara penyebab kenapa saya tak pernah tau tentang album ini. Tambahan pula saya tidak pernah mendengar lagu-lagu mereka di radio.

Tahu tentang album ini pun hanya pada ketika era internet (awal 2000an). Gambar covernya memang menarik perhatian. Seperti FF - Ketenangan, ini adalah salah satu lagi album rock melayu yang hilang. Tak rasa ianya pernah dikeluarkan dalam bentuk cd. Kalau dapat kasetnya dengan harga mampu milik memang sangat bertuahlah.

Tak sangka pula album ini bagus. Lagu track pertamanya,"Pelangi Duniawi" sememangnya menaikan mood untuk mendengar keseluruhannya albumnya. Sememangnya menghiburkan. Tiada lagu-lagu yang meleweh sangat. Bahkan bolehlah dikatakan cuma ada 3 lagu perlahan dan dua darinya bukanlah yang jenis melentok.

Pertama kali dengar terbayangkan Lefthanded pada beberapa lagunya. Setelah disemak, rupa-rupanya ada 6 lagu ciptaan Man Kidal. Malah album ini juga diterbitkan oleh beliau. Saya pasti mesti ada lagu-lagunya yang bahagian gitarnya juga dimainkan oleh beliau.

Tak banyak info yang dapat dicari tentang Wild Age. Mereka antara berpuluh band-band yang berjaya merakamkan album tetapi gagal untuk bersinar disebabkan terlampau banyak saingan pada ketika itu. Kalau sesiapa terjumpa kaset atau piring hitamnya dengan harga mampu milik, saya cadangkan sila beli.


Friday, May 28, 2021

B29

Layanan ketika di kuarantin 10 hari... (bahagian 2)

Dalam tempoh terkurung di rumah ini saya cuba untuk mendengar seberapa banyak album-album rock melayu yang suatu masa dahulu tak pernah di ambil tahu.

*** Tetapi maaf lah saya hanya mampu mendengarnya melalui versi cdr. Tak pernah jumpa versi cd dan tak mampu pula kalau nak beli versi kaset ataupun piring hitam

Gersang - B29 (1989)

Tajuk album ini mengingatkan saya kepada zaman menuntut di ITM Segamat Baru. Kampus lama sebelum wujudnya kampus sekarang di Jementah. Ianya merupakan deretan rumah kedai yang mana tingkat bawahnya adalah bilik kuliah manakala tingkat atasnya adalah dorm asrama. Dormnya pula dikenali dengan huruf B didepannya. Saya tinggal di dorm B27, berjiran dengan B29. Kebetulan ketika itu album ini baru diterbitkan di pasaran. Makanya setiap kali hendak menuju ke dewan makan pastinya akan melalui pintu yang berlabel B29 yang dibawahnya adalah dewan makan. Walaupun tak pernah beli dan dengar kasetnya, tetapi melihat pintu tersebut pastinya akan terbayangkan Gersang.

Tak pasti kenapa album ini tidak dikeluarkan semula dalam bentuk cd seperti 2 album awal mereka. Melihat senarai lagunya ada 5 lagu yang saya tahu (saya mempunyai cd kompilasi Gersang Dalam Kenangan yang ada 5 lagu dari album ini). Sudah semestinya yang paling di ingati adalah lagu popular "Bersama Suara Hati". Tetapi apa yang paling saya ingat tentang album ini walaupun tak pernah dengar pada ketika itu (pertama kali dengar sepenuhnya adalah ketika hendak membuat entri ini 😁) adalah lagu B29 yang intronya mirip dengan lagu Gary Moore - Over the Hills and Far Away.

Secara keseluruhannya, album ini tidaklah terlalu meleweh seperti album Takdir. Tetapi lagu-lagu rancaknya agak kurang menarik. Bunyian keyboards terlampau mendominasi. Album pertama mereka tetap yang terbaik untuk saya. Tetapi tabik juga kepada mereka kerana 7 lagu dari album ini adalah ciptaan mereka sendiri. Satu dari Rahim Othman, satu dari Nordin (Search) dan satu dari Nasir (ex-Search 😁)



Tuesday, May 25, 2021

Kenangan

 Layanan ketika kuarantin 10 hari...

FF - Kenangan (1987)

*** Maaf.. tak ada versi asli untuk diletakkan gambarnya...yang ada hanyalah cdr 😔

Seingat saya album ini adalah antara yang terawal diterbitkan ketika zaman rock mula melanda negara. Ada beli kasetnya tetapi dah hilang ntah kemana. Antara khazanah rock yang hilang dan tak pernah diterbitkan semula. Beruntunglah kepada sesiapa yang masih simpan kasetnya. Memang tak mampu milik lah kalau nak beli sekarang.

Tak banyak info tentang kumpulan ini. Apa yang saya tahu mereka berasal dari Singapura. FF tu bukannya Foo Fighters 😅... Tetapi singkatan kepada Flying Funeral. Memang ganas namanya. Tetapi lagu-lagu mereka tidaklah seganas mana. Saya tak ingat kenapa dalam banyak-banyak kaset rock yang dibeli pada tahun 87 tersebut, mereka adalah yang paling kurang saya dengar dan minat. Mungkin kerana produksi soundnya yang bagi saya agak mengecewakan,

Apa yang saya boleh ingat ada salah satu lagunya yang mirip betul dengan lagu "Diary of a Madman" dari Ozzy Osbourne. Yang lain tak ingat. Mendengar semula album ini dengan versi cdr sedikit sebanyak mengembalikan memori saya kepadanya. 

Lagu yang intronya sebijik seperti "Diary of a Madmad" itu tajuknya "Kerana Nama". Manakala lagu track terakhir, "Keluhan Bekas Kekasih" adalah lagu yang sering juga saya dengar di radio Singapura tetapi sudah hampir-hampir terlupa. 

Apa yang saya tahu, Maman dari Teacher's Pet adalah salah seorang dari 2 orang penyanyi dari kumpulan ini (FF mempunyai 2 orang penyanyi). Makluman ini saya perolehi dari sebuah forum internet di penghujung tahun 90an dahulu. Zaman tu kan zaman internet forum sebelum wujudnya Facebook. "Gua Punya Suka" kot nama forum tersebut. Ianya adalah forum untuk komuniti budak-budak rock melayu Singapura pada ketika itu. Saya rasa ianya betul walaupun saya tak pernah dengar atau terbaca yang Maman sendiri bercakap mengenainya.

Mendengarnya sekarang saya rasakan ada juga lagu-lagunya yang bagus. Cuma seperti yang saya katakan tadi, produksi soundnya memang agak lemah. Di tambah pula dengan sound versi cdr rakaman dari piring hitam ini yang agak kurang memuaskan. Tetapi ada masa-masanya mendengar produksi yang kasar dan mentah sebegini, memang terasa semangat 80annya.

Ok juga la. Terutama lagu-lagu slow rock mereka, "Kenangan" dan "Keluhan Bekas Kekasih".


Sunday, May 23, 2021

One for the memory

Selepas 8 hari di kuarantin... 2 kali swab test negative... Akhirnya hari ini dibebaskan 😊


#Alhamdulillah #kitajagakita #patuhSOP #covid19swabtest



Thursday, May 20, 2021

Runaway Horse

Penangan "Work From Home" dan banyak masa membelek e-bay....

Belinda Carlisle - Runaway Horses (1989)

Mula tahu pasal Belinda Carlisle adalah melalui kumpulan The Go-Go's dan kemudiannya lagu solo beliau "Mad About You". Tetapi setakat itulah. Tak pernah benar-benar ambil tahu sehinggalah ketika zaman menuntut di ITM, ada rakan sebilik yang mempunyai kaset beliau.

Dari 2 kaset Belinda yang di bawa beliau, saya lebih tertarik dengan Runaway Horses berbanding Heaven On Earth. Kedua-duanya bagus tetapi Runaway Horses hampir kesemua lagu-lagunya saya suka. "Leave a Light On", "Runaway Horses", "Vision of You", "Summer Rain","La Luna" dan "(We Want) The Same Thing" adalah antaranya.

Ianya antara peneman ketika kepala tepu dengan metal. Lagu-lagu beliau masih berkonsepkan guitar oriented. Kiranya ia masih dalam lingkungan rock. Selepas berpuluh tahun akhirnya kedua-dua cd Runaway Horses dan Heaven On Earth berjaya juga saya miliki.

Mendengar album ini mengingatkan saya kembali kepada rakan tersebut. Bukan setakat Belinda, beliau juga mengenalkan saya kepada Martika, Suzanne Vega, Alannah Myles dan beberapa lagi artis pop wanita. Nak kata "lost contact" tidak juga. Ada di dalam senarai kawan di FB. Tetapi oleh kerana jarak dan masa, rasa agak janggal juga untuk bertegur sapa. Padahal suatu masa dulu kami agak rapat juga. Kerana beliaulah saya pernah menjadi salah seorang jamaah subuh di surau ITMCJ. 😊



Monday, May 17, 2021

Ballistic, Sadistic

Salah satu album kegemaran dari tahun lepas...

Annihilator - Ballistic, Sadistic (2020)

Album studio yang ke 17. Mereka adalah antara band yang cukup aktif dalam menghasilkan produk baru sejak kali pertamanya dengan Alice In Hell pada tahun 1989. Memang tak terkejar. Hanya memiliki 12 dari keseluruhannya. Walaupun hanya tinggal Jeff Waters sebagai anggota yang asal tetapi mereka masih tetap bertahan. Annihilator adalah Jeff Waters dan begitulah sebaliknya. 

Annihilator telah melalui kesemuanya. Zaman kemuncak, zaman berevolusi, zaman bereksperimentasi dan zaman kembali ke pangkal jalan. Beberapa buah album terakhir mereka adalah percubaan untuk mereka kembali dengan teknikal thrash. Ballistic, Sadistic adalah antara yang terbaik daripadanya. Malah bagi saya ianya lebih baik dari album sebelumnya (For the Demented -2017)

Nak menjadi seperti Alice in Hell ataupun Never, Neverland memang tak akan mungkin. Zaman dah berubah. Tetapi ianya sebuah album yang melebihi jangkaan. Cumanya sejak-sejak makin tua berumur ni berharap sangat mereka akan kekal menghasilkan lagu-lagu balada thrash

Mereka seperti juga Overkill dan Testament jarang mengecewakan. Ballistic, Sadistic dan Testament - Titans of Creation bagi saya adalah 2 album thrash terbaik untuk tahun 2020. Tak sabar pula pula untuk menunggu album terbaru dari Exodus



Saturday, May 15, 2021

Stand Tall

 Mengembalikan nostalgia...

KiLLeR DWaRfS - Stand Tall (1986)

Band yang agak underated. Maklumlah mereka berasal dari Canada. Saya sendiri hanya berpeluang mendengar muzik mereka hanyalah ketika di zaman internet. Dahulunya hanya sekadar membaca tentang mereka di majalah. Bila zaman thrash melanda, band-band lain yang tidak berkonsepkan thrash tidak lagi menjadi keutamaan untuk saya sehinggalah munculnya zaman internet. 

Nostalgia membaca ulasan tentang mereka menjadi salah satu band untuk pembuka tirai dalam salah satu tour Iron Maiden untuk Seventh Tour of a Seventh Tour (1988) membuatkan saya mencari album-album mereka.

Stand Tall adalah album ke 2 mereka. Zaman 80an dahulu, muzik sebegini masih lagi di panggil sebagai heavy metal. Tetapi untuk genarasi sekarang ianya mungkin sekadar hard rock, glam atau pop metal. Tak kisah lah apa genrenya yang penting ianya bagus. (Bagus maksudnya yang suka dengan lagu-lagu yang berkonsep begini.

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan mereka adalah kerana video clip "Stand Tall" dan "Keep The Spirit Alive". Ianya menjadi penyebab utama untuk saya membeli cdnya. Video clip yang sangat 80an. Ada jalan cerita dan unsur-unsur lawak. Ianya mengembalikan ingatan saya ketika umur belasan tahun bila kali pertama menonton video clip VHS band-band seperti Twisted Sister, Ratt, Cinderella dan Kerrang Kompilation. Alangkah bestnya kalau boleh kembali ke zaman tersebut...



Thursday, May 13, 2021

Raya 1442


Buat pertama kalinya beraya di rumah sendiri bukan seperti kebiasaannya di rumah keluarga atau pun rumah mertua. Tapi tak kisahlah... walaupun PKP... Raya jalan terus... 

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin. 



Sunday, May 9, 2021

Tawny Kitaen

Satu lagi kenangan dari zaman remaja yang telah tiada...

Bermula dengan 2 cover album RATT (Ratt - 1983 dan Out of the Cellar - 1984) serta video clip "Ratt - Back For More" dan kemucaknya dengan beberapa kemunculan dalam video clip Whitesnake terutamanya "Here I Go Again (1987)" yang paling meninggalkan kesan, beliau telah menjadi salah seorang ikon untuk generasi heavy metal dan muzik video MTV 80an.

Ianya megembalikan nostalgia saya kepada tahun 1988. Kenangan membeli video tape VHS Whitesnake 87 di Holiday Plaza, Johor Bahru. Zaman tersebut bukannya mudah macam zaman sekarang ada youtube untuk ditonton. Bukannya ada main di tv. Nak tengok video muzik rock memang kena beli ataupun sewa tape VHS tersebut. Dan bilangannya pun agak terhad. Mana yang ada tu memang akan ditonton berkali-kali. Mana mungkin tak mendatangkan perasan "crush" terhadap beliau...


Thanks for the memories... Julie E. "Tawny" Kitaen (August 5, 1961 – May 7, 2021)



Tuesday, May 4, 2021

Scriptures

 Antara album tahun lepas yang sempat dibeli...

Benediction - Scriptures (2020)

Antara band death metal yang pernah dengar tapi dah lupa bagaimana bentuk muziknya. Seingatnya pernah mendengar kaset mereka pada tahun-tahun awal 90an. Tetapi disebabkan pada ketika itu lebih berminat dengan genre thrash, mana-mana band death metal yang biasa (generic), biasanya akan didengar secara lalu tanpa ada apa-apa ingatan atau kenangan terhadapnya. Maklumlah pada ketika itu terlampau banyak band-band yang sebegini yang perlu diterokai dengan sumber kewangan dan masa yang terhad.

Scriptures adalah album "come back" mereka selepas menyepi selama 12 tahun. Ianya masih mengekalkan identiti Benediction yang lama. Ditambah pula dengan kembalinya vokalis asal mereka, Dave Ingram (yang pernah juga bersama Bolt Thrower untuk satu album). Seperti juga Bolt Thrower, death metal acuan Benediction bukanlah jenis yang laju. Ianya lebih mementingkan sound yang berat dengan lagu-lagu mid-tempo serta rif-rif yang membunuh.

Masalah untuk saya bagi band-band yang sebegini adalah lagu-lagu mereka yang seakan-akan sama pada setiap lagunya. Memang ada rif-rif dan momen yang menangkap. Tetapi sacara keseluruhannya ianya seperti mendengar satu lagu panjang dengan rif yang dipelbagaikan. Tetapi lagu-lagu sebegini sememangnya sesuai dijadikan back ground music apabila berkerja dari rumah. Rasa bersemangat...


Saturday, May 1, 2021

Rock Power

 Panic buying di ketika musim PKP yang lalu ... 

VA - Rock Power (1988)

Antara kompilasi yang kurang dikenali di Malaysia tetapi agak popular juga di Singapura dan Selatan Johor. Ianya adalah kompilasi kedua band-band rock dari Singapura selepas munculnya siri Clash Of The Bands. Dua dari kumpulan yang terlibat (TZ dan Trashed) juga pernah muncul di dalam kompilasi Clash Of The Bands yang pertama.

Kumpulan yang terlibat di dalam kompilasi ini adalah TZ , Trust , Yezz , Strangers Eyes dan Trashed.

Saya tak pasti kenapa ketika ianya dikeluarkan dulu saya tidak membeli kasetnya. Mungkin kekangan kewangan seorang pelajar dan terlampau banyaknya kaset rock yang keluar pada ketika itu membuatkan saya agak selektif dalam membeli. 

Cd ini baru sahaja di beli di Lazada dengan harga serendah RM12. Apa yang saya ingat tentang Rock Power adalah lagu Cinta Palsu dari TZ dan Bicara Rindu dari Yezz. Lagu ini kerap dimainkan di radio Singapura dan agak popular juga. Yang lain-lain memang dah lupa.

Selepas mendengar cd ini rupa-rupanya baru teringat yang lagu Hati Ku Kau Lukai dari Trust juga adalah lagu yang sering saya dengar di radio Singapura pada suatu masa dahulu. Ketiga-tiga lagu yang disebutkan tadi tu memang sedap. Sesiapa yang membesar di Johor Bahru pada penghujung 80an pasti akan tahu lagu-lagu tersebut.

Sebenarnya saya agak teruja untuk mendengar lagu-lagu TZ dan Trashed. Lagu-lagu mereka dalam Clash of the Bands memang menarik. Sepatutnya mereka berhak untuk diberikan peluang merakamkan album solo sama seperti Helter Skelter. Ternyata kedua mereka tidak mengecewakan. Terutamanya TZ. Lagu rancak dan perlahan mereka kedua-duanya sedap.

Tetapi saya agak tertarik juga dengan kumpulan-kumpulan yang lainnya. Stranger Eyes pun sedap. lagu perlahan mereka, Manusia Biasa ada sedikit pengaruh progressif rock. Senang cerita pada halwa telinga saya kelima-lima band dalam kompilasi ini memang bagus. Sepuluh-sepuluh lagunya sedap. Suara penyanyi wanita Yezz dalam Bicara Rindu lebih saya suka berbading penyanyi wanita dalam Last Minute (Clash of the Bands).

Tak rugi lah dengan RM12 dapat mengembalikan nostalgia mendengar radio berbahasa melayu Singapura pada penghujung 80an dulu. Best!