Monday, July 29, 2024

Clear Cold Beyond

Lagi album terbitan 2024...


Sonata Arctica - Clear Cold Beyond (2024)

Kali terakhir mendengar mereka adalah Talviyö (2019). Ingatkan malas dah nak mengikuti mereka kerana kurang gemar dengan album tersebut. Tetapi percubaan mendengar lagu "First In Line" di spotify menyebabkan jatuh suka. Sedap betul melodinya. Dan akhirnya terjebak untuk mencuba keseluruhan album terbaru mereka.

Ternyata Sonata Arctica mencuba untuk kembali seperti dulu. "First In Line" sememangnya kembali kepada akar umbi power metal mereka. Begitu juga dengan beberapa lagu yang lainnya. Tetapi bagi saya ianya tidak cukup konsisten. Memang banyak lagu yang catchy dan sedap. Tetapi ada masanya kedengaran agak sama. 

Mungkinnya ianya hanya saya. Telinga yang semakin tepu dengan irama sebegini. Mungkin saya dah patut berhenti untuk terus membeli album-album dari genre sebegini. Tetapi itulah...mungkin ini bukan hanya penyakit... tetapi satu sumpahan...haha..


Tuesday, July 23, 2024

10,000 Volts

Lagi album terkini 2024...

Ace Frehley - 10,000 Volts (2024)

Ada 2 gitaris band kegemaran yang mengeluarkan album pada jarak masa yang berdekatan. Mick Mars dengan album solo pertama beliau, The Other Side of Mars dan Ace Frehley dengan album solo ke 8 , 10,000 Volts. Setelah mendengar kedua-duanya saya memilih untuk membeli album Ace Frehley.


Sebabnya mudah. Ace Frehley memainkan muzik yang biasa saya dengar ketika beliau bersama KISS manakala Mick Mars memilih untuk lari dari bunyi Motley Crue. Album solo Mick Mars lebih kepada bunyi rock moden yang bagi telinga muzik 80an seperti saya agak kurang masuk. Mungkin kerana ianya album solo pertama beliau maka beliau mahu mencuba tetapi tidak bagi Ace Frehley. Selepas 8 album solo, beliau tahu apa yang peminat beliau mahukan. Ace adalah KISS... maka sepatutnya beliau memainkan muzik yang seperti KISS.


Thursday, July 18, 2024

Simplicity

Ini bukan pasal Siti Nurhaliza...hahaha...

Tesla - Simplicity (2014)

Sempena ulangtahunnya yang ke 10 pada 6hb Jun yang lalu

Saya berhenti mendengar Tesla selepas album Bust A Nut (1994). Mereka pun berada didalam status "hiatus" selepas dari album tersebut menyebabkan saya hampir terlupa tentang mereka. 

Simplicity adalah album yang saya tak tahu kewujudannya sehinggalah beberapa tahun yang lalu. Tak rasa pun muzik mereka telah berubah semenjak Bust A Nut. Dan tak perasan juga yang Tommy Skeoch tidak lagi bersama mereka kerana mereka masih mengekalkan dual gitar solo.

Yang berbezanya cuma tempo muzik mereka kini lebih sederhana (mid tempo). Tiada lagi lagu-lagu yang keras dan laju. Mendengarnya memerlukan masa yang bersesuaian. Saya merasa seronok mendengarnya di waktu pagi tetapi mengalami masalah ketika di waktu petang.

Bukan kata lagunya tak sedap dan tak bagus. Ianya masih Tesla. Tetapi ianya lebih kepada diri saya yang lebih memerlukan lagu yang bertenaga ketika pulang dari kerja setelah "letih otak" di waktu petang....



Monday, July 15, 2024

Fall

Lagi album terkini 2024...

Borknagar - Fall (2024)

Ini adalah album ke 12 mereka tetapi ianya yang ke 2 untuk saya. Baru sahaja belajar mendengar Borknagar. Memang agak terlambat tetapi bak kata orang Ulu Tiram, "better late than never"...

Pendedahan saya kepada band-band sebegini sememangnya terhad. Maklumlah saya bukanlah seorang yang banyak mendengar album-album dari genre black metal. Tetapi mereka bukanlah lagi sebuah band black metal yang tepu. Mereka pun dah banyak berevolusi.

Mendengar album terbaru dari mereka ini mengingatkan saya kepada album terkini dari Ghost. Yang berbezanya Ghost muzik dasarnya adalah hard rock manakala Borknagar pula adalah black metal yang vokalnya berselang seli antara suara growl dan clean. 

Yang tak pernah mendengar Borknagar mungkin boleh membayangkan muzik folk yang melodic dan progressif. Ada masanya agak psychedelic dan disulami dengan rif-rif black metal dalam suasana sejuk Scandinavian. Bagi kita yang bukan tinggal di hutan scandinavian ni, bolehlah kot membayangkan sebagai muzik syahdu dengan suasana dingin hujan sebelum subuh hari...hahaha...(buka jer la kat youtube dengar sendiri... susah lah nak bagi bayangan ni...hahaha...)

Sama seperti album mereka yang sebelumnya, Fall pastinya akan masuk di dalam senarai album kegemaran saya untuk tahun 2024. Tak kisahlah walaupun tahun 2024 masih separuh perjalanan...


Thursday, July 11, 2024

Gila Format - Master Of The Rings

Lama dah ianya berjaya di"gila format"kan tetapi baru sekarang datang kerajinan untuk menulis...

Helloween - Master Of The Rings (1994)

Ianya juga bersempena dengan ulangtahunnya yang ke 30 pada 7hb Julai yang lalu.

Walaupun pada ketika itu perasan tidak sukakan perubahan pada muzik band kegemaran masih ada tetapi kasetnya tetap dibeli. Tetapi tak adalah beriya nak dengar. Kesetian kepada Kai Hansen tetap menebal. Di tambah pula dengan ketiadaan Michael Kiske menyebabkab kaset ini hanya menjadi penghias rak.

Tetapi seiring dengan kematangan usia, akhirnya mengalah untuk untuk mencuba. Dan ternyata album ini sangat bagus. Mereka bukanlah menyimpang jauh. Mungkin ianya tidaklah selaju seperti album-album awal di zaman Kai Hansen, tetapi ianya melodic, catchy dan sangat sedap. 

Sekiranya anda sudah boleh menerima yang Helloween adalah band Michael Weikath dan Andi Deris adalah vokalis Helloween, maka album ini memang untuk anda

Maka tak hairanlah kalau ianya saya "gila format" kan 😁


Monday, July 8, 2024

Heavy Metal Maniac

Sebenarnya nak buat ceritanya tahun lepas, sempena 40 tahun dan konsert mereka di Singapura. Tetapi biasalah... masa dan kemalasan sentiasa menjadi faktor utama.

Exciter - Heavy Metal Maniac (1983)

Exciter bukanlah sebuah band yang dikenali ramai. Tetapi pengaruhnya terutama dari album ini kepada genre thrash dan speed metal sememangnya tidak boleh disangkal. Ianya diterbitkan lebih awal dari Kim 'Em All dan Show No Mercy. Bayangkan lah 41 tahun dahulu dah wujud lagu yang sebegini.

Heavy Metal Maniac adalah straight forward heavy metal yang laju dengan sound produksi 80an yang kasar. Walaupun ada 1 atau 2 lagu dalam tempo pertengahan, tetapi majoritinya memang laju dengan rif melodic hanguk kepala. Sesuatu yang mungkin jarang kita jumpa pada tahun 1983. 

Sejujurnya saya agak lambat mengenali muzik mereka. Pernah nampak kaset mereka di kedai tetapi kekangan kewangan seorang pelajar menyebabkan tidak dapat membeli semua. Ditambah pula tiadanya kawan yang memiliki kaset mereka. Beruntunglah zaman sekarang yang segalanya di hujung jari.

Saya bertambah kagum dengan mereka apabila mengetahui yang mereka adalan band trio dengan vokalisnya turut bermain drums. Mungkin kerana mereka adalah band yang berasal dari Kanada menyebabkan nama mereka agak tenggelam.

Kalau sukakan heavy metal asli yang laju, berat, melodic dengan sound kasar 80an, mungkin ini boleh memberikan anda kepuasan.


Thursday, July 4, 2024

Majalah

Ketika berada di England tempohari antara perkara yang saya ingin cari adalah buku autobiography dan majalah rock.

Sayangnya masa untuk mencari kedai buku agak terhad (lebih kepada mencari kedai cd), makanya hanya sempat menyinggah mana yang sempat. Paling mudah untuk mencari bahan bacaan di sana adalah melalui rangkaian kedai WHSmith. Kedainya berada di mana-mana terutamanya dia lapangan terbang, stesen bas, stesen keretapi dan juga di perhentian RnR (Ianya ala-ala kedai serbaneka).

Berikut adalah majalah yang sempat dibeli (tak beli buku, tak jumpa yang menarik dan harganya juga kurang menarik - maklumlah kali 6).


Classic Rock - Ada di jual di Malaysia dan mudah juga untuk didapati. Tetapi oleh kerana gambar covernya, terjebak juga untuk membeli. Tapi ok la harganya selepas kali 6 pun masih lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harganya di Malaysia.


Rock Candy - Antara majalah rock baru kegemaran. Artikelnya berkisar kepada band, album dan konsert rock/metal 70an, 80an dan awal 90an. Saya membeli hampir setiap keluarannya (dikeluarkan secara 2 bulan sekali) ketika ianya masih di jual disini. Sayangnya selepas zaman Covid dan PKP, saya tak nampak pun lagi ianya ada di jual sini. 


Fistful Of Metal - Antara beberapa majalah rock/metal yang tak pernah saya tahu kewujudannya tetapi jumpa di sana, ini adalah yang paling menarik hati. Kerana seperti juga Rock Candy, ia dikhususkan kepada generasi seperti saya (band rock/metal 70an, 80an dan awal 90an). Majalah-majalah yang menampilkan rock/metal moden memang susah lah saya nak paham....

Sayangnya majalah begini tiada di pasaran Malaysia. Mungkin dengan keadaan RM yang merundum dan trend membeli secara fizikal yang semakin pupus, tiada kedai buku yang berani nak membawa masuknya ke sini.



Monday, July 1, 2024

Warp Speed Warriors

Lagi album terbaru 2024 


DragonForce - Warp Speed Warriors (2024)

Album ini mendapat rating yang agak rendah dalam beberapa ulasan yang saya baca. Kebanyakannya mengatakan yang muzik mereka telah berubah menjadi terlalu poppy. Ada pula menyalahkan konsep kartun mereka menyebabkan mereka bukanlah lagi sebuah band yang perlu di ambil serius.

Tetapi itu pandangan masing-masing. Saya bukanlah lagi seorang yang tidak boleh menerima perubahahan (mungkin atas faktor usia). Tak ada salahnya untuk mereka menjadi lebih pop (sell-out) selagi ianya tidak jauh tersasar. Tetapi di zaman muda-muda dulu, ini adalah satu pantang...hahaha...

Muzik mereka pun tidaklah jauh tersasar. Mereka masih laju. Masih dengan trademark shredding solo Herman Li dan Sam Totman. Tetapi adalah juga lagu-lagunya yang agak poppy. "Kingdom of Steel" adalah satu contoh. Ianya seperti mendengar lagu soundtrack filem Disney. Manakala "Space Marine Corp" pula adalah lagu yang dikatakan kartun. 

Mungkin ada yang kata ianya tidak sesuai dengan konsep power/speed metal. Tetapi mereka lupa Helloween pun bukanlah sentiasa serius. Tambah pula kedua-dua lagu tersebut sangat sedap melodinya. Memang tiada masalah untuk saya. Malah keseluruhan album ini sangat menghiburkan.

Kalau sebelum ini mereka merakamkan lagu Celine Dion, kali ini giliran Taylor Swift (Wildest Dreams) pula. Saya tak pernah dengar Taylor Swift dan tak akan pun. Tetapi bila ianya di DragonForce kan, rasa ok pula. 

Kesimpulannya ini adalah album yang menghiburkan untuk saya.