Monday, April 28, 2025

I Am the Weapon

Album dari tahun lepas...

Flotsam and Jetsam - I Am the Weapon (2024)

Mereka sebuah band yang bagus. Tetapi sayangnya mereka akan sentiasa diingati sebagai band awal kepada Jason Newstead.

Album terbaru ini sekali lagi membuktikan yang mereka sememangnya bagus. Walaupun adakalanya muzik mereka berada di sempadan heavy metal dengan sound yang lebih moden tetapi secara dasarnya mereka masih sebuah band thrash.

Antara album pilihan untuk 2024. Dan bagi saya Eric A.K adalah vokalis thrash terbaik selain dari Joey Belladonna. Best!


Sunday, April 20, 2025

The Headless Chidren

Remembering my youth - 36th anniversary

W.A.S.P. - The Headless Children (15/04/1989)

Asalnya tak minat. Mereka dah berubah menjadi lebih matang sedangkan peminat remaja seperti saya pada ketika itu masih belum mahu berubah. Munculnya genre thrash pada ketika itu menambahkan lagi penyebab. 

Tetapi semakin berusia semakin saya menghargai album ini. Ianya sekarang menjadi antara album kegemaran.

Antara album yang di dalam perhatian untuk di upgrade ke versi piring.


Thursday, April 17, 2025

British Steel

Remembering my youth - 45th anniversary

Judas Priest - British Steel (14/04/1980)

Tak boleh ingat bila kali pertama mendengar album ini secara penuh. Antara lagu terawal di dengar dari album ini adalah Breaking The Law dan ianya manjadi salah satu sebab kenapa album ini patut dimiliki. Tapi sebenarnya semua lagu pun sedap. Judas Priest ni memang susah nak pilih mana satu album kegemaran.  

Tak pernah ada ada versi kaset. Sebelum ini cuma ada versi cd. Tak boleh lah nak ber"gila format". Piring ini pula dibeli pada tahun lepas ketila promosi "vinyl under £15" dari Rarewaves. Memang berbaloi-baloi.

Tak pasti samada kod ini masih boleh di pakai ataupun tidak. Kalau ada yang nak download bolehlah mencuba.

*sebagai peminat Man United, saya selalu mengangap yang lagu United itu ditujukan kepada Man United 😁


Saturday, April 12, 2025

Eclipse

Remembering my youth - 35th anniversary.

Yngwie Malmsteen - Eclipse (11/04/1990)

Haters gonna hate... Tak kisahlah orang nak kata apa. Malmsteen adalah antara punca saya suka gitar. Beliau selamanya gitar hero saya. 

Album ini membuktikan yang beliau bukanlah sekadar laju. Ini adalah album beliau yang paling pop paling AOR. Ini adalah album yang paling bukan neo classical Malmsteen tapi sedap. Mungkin saya bias. Tapi saya peduli apa 😆


Sunday, April 6, 2025

Raya

Dah raya ke 7 baru berpeluang nak berblog...

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Tahun ni beraya tak cukup korum. Anak sulong dan menantu tak balik beraya. Harapnya tahun depan kami pula berpeluang beraya di sana. Nak juga merasa beraya di negara orang 😁