Tuesday, May 27, 2025

Night Ranger

Sempena ulang tahunnya yang ke 36

Night Ranger - Greatest Hits (26/05/1989)

Kebelakangan ini banyak pula membeli cd band-band AOR 80an yang mengembalikan kenangan awal remaja. Night Ranger adalah satu darinya. 

"Sister Christian" adalah sebuah yang lagu cukup melekat di kepala walaupun agak takut juga dengan perkataan "Christian" di tajuk lagunya. Kemudiannya bila lagu "Goodbye" dari album berikutnya pula menjadi hit, Night Ranger mula menjadi salah satu band yang diminati.

Ketika itu tak tahu pun apa itu genre “AOR”, tapi yang penting, ia sedap. Kemudiannya baru tahu tentang Jack Blades yang kemudiannya menyertai Damn Yankees, dan juga Brad Gillis yang menggantikan Randy Rhoads dalam album live Ozzy, Speak of the Devil.

Mereka sememangnya sebuah band yang hebat. Tapi cukuplah sekadar dengan album "Greatest Hits". Tak larat dah kalau nak beli kesemuanya...


Tuesday, May 20, 2025

Gila Format - The American Way

 Remembering my youth - 35th anniversary

Sacred Reich - The American Way (15/05/1990)

Sebenarnya lama dah album ini berjaya di"giler format"kan. Tetapi asyik terlupa nak menulis tentangnya. Beli dimana dan bila pun dah lupa. Bersempena dengan ulangtahunnya yang ke 35 maka sepatutnyalah ianya ditulis. Tetapi ini versi ringkas. Kalau nak baca cerita panjang lebar bolehlah cari entri lama yang ditulis 14 tahun yang lalu.


Ini sememangnya soundtrack zaman remaja. Antara album thrash kegemaran yang banyak meninggalkan kenangan. Kasetnya dulu berbulan berputar di walkman. Who's To Blame menjadi inspirasi Gayour untuk cerita bersiri beliau di majalah Gelihati. Antara album yang tak pernah miss diputarkan setiap tahun.


Tuesday, May 13, 2025

Riak cdwi 2025

 

Tahun ini agak perlahan dalam pembelian album-album baru terbitan tahun semasa. Dah masuk pertengahan bulan Mei pun baru setakat 7 keping cd. Tak banyak album baru setakat ini yang betul-betul rasa teruja nak membeli.

Tak ada juga yang rasa menarik untuk 2, 3 bulan hadapan. Mungkin sedikit teruja dengan album baru Helloween - Giants & Monsters yang dijangkakan akan terbit pada 29hb Ogos nanti. Tapi untuk pembelian cd album-album lama sememangnya terus berjalan seperti biasa. 

Tapi yang banyak buat #hatigembitapoketmenangis untuk tahun ini adalah album keluaran semula band-band kegemaran dalam bentuk lp. Yang ini memang boleh buat jadi pokai 😁

*ntah bila agaknya nak menulis tentang 7 cd di atas. Makin tua ni makin malas nak menulis..haha..


Saturday, May 10, 2025

Tattooed Millionaire

Remembering my youth - 35th anniversary

Bruce Dickinson - Tattooed Millionaire (08/09/1990)

Dulu masa album ni keluar tak berapa excited sangat nak dengar. Tak beli pun kasetnya. Dah boleh agak yang ianya akan berbeza dari Iron Maiden. Ketika itu Bruce Dickinson masih di dalam Iron Maiden. Sudah tentu beliau mahukan yang berbeza. Adrian Smith and Project (A.S.a.P.) adalah contohnya.


Tapi semakin lama dengar semakin suka. Sedap betul lagu-lagunya. Kalau nak dengar Bruce Dickinson dalam hard rock sememangnya ini adalah albumnya. Tambah pula gitarisnya adalah Jannick Gers. Memang best!.


*Piring ini adalah hadiah harijadi dari anak sulong pada tahun lepas. Harapnya tahun ini akan dapat hadiah piring lagi..haha..


Monday, May 5, 2025

X Japan Ballad Collection

 Yang terkini dalam simpanan...


X Japan - Ballad Collection (Vinyl 2XLP - 2022)

Antara band yang albumnya agak sukar ditemui dalam bentuk piring hitam. Memang keluaran terhad dan tidak pernah dikeluarkan semula. Jika ada pun, harganya pasti tidak mampu milik.

Memang seronok dapat yang ini. Walaupun hanya sekadar album kompilasi, paling tidak disangka ianya dijual di Shopee.


Menurut maklumat di Discogs, album ini hanya pernah dikeluarkan sekali dalam bentuk piring hitam dan dikeluarkan di Hong Kong pada tahun 2022. Versi asal dalam bentuk CD pula dikeluarkan di Jepun pada tahun 1997.

Tidak pasti sama ada versi ini adalah keluaran Hong Kong tersebut atau sekadar bootleg. Namun, tidak kisah lah. Yang penting, bunyinya bagus, masih baru dan bersampul. Paling utama, harganya lebih murah berbanding harga piring hitam reissue album rock Melayu.


Thursday, May 1, 2025

Helloween EP

Remembering my youth - 40th anniversary

Helloween - Helloween EP (29/04/1985)

Hanya berpeluang mendengar EP ini secara penuh melalui kaset keluaran VSP 5 tahun kemudiannya. Maklumlah zaman sebelum internet dan pembelian online. 

EP ini dan album Walls of Jericho adalah penyebab saya menjadi fanboy kepada Kai Hansen.