Wednesday, November 28, 2012

Drive



Drive (2011)

Berdasarkan ratingnya yang tinggi di IMDB, mungkin ramai jugak yang tidak akan bersetuju dengan saya.

Menurut wikipedia, filem ini bergenre neo-noir crime drama. Tak kisah la apa pun term nya, tapi bagi saya ianya sedikit membosankan terutama dalam 30-45 minit awalnya. Saya gagal selama 3 kali untuk menghabiskannya kerana tertidur. Kurangnya aksi dan watak utamanya hanya diam tanpa dialog berulang2 kali membuatkan jalan cerita ini menjadi tersangat lembap.

Kalau sememangnya watak Ryan Gosling ni dimaksudkan untuk menjadi bosan dan kayu...rasanya beliau berjaya menjiwai wataknya dengan cemerlang. Walaubagaimanapun aksi2 di pengakhiran ceritanya saya rasa agak menarik.

Tapi awas...walaupun tajuknya Drive...ia bukanlah cerita pasal lumba kereta seperti Fast & Furious dan seangkatan dengannya...



3 comments:

  1. Oo..ada jugak aksi,tengok separuh jalan je citer ni letih nak melayan..hehe

    ReplyDelete
  2. bagi aku movie ni antara lakonan Ryan Gosling yg terbaik berbanding movie dia yg lain,mgkn dia nak lari dari watak typical dia sblm ni (byk bercakap,kurang aksi dan watak kurang mencabar)...walaupun filem ni bermula dgn lambat,tapi ending dia agak twisted dan aku rasa ianya menarik...

    ReplyDelete