Friday, January 18, 2013

Silver Linings Playbook





"Silver Linings Playbook is my pick for the #Oscar in all eight categories! Any film that mentions Megadeth is a winner in my book!" - Dave Mustaine

Haha...Kalau Abang Mus dah approved...Ni memang wajib tengok.

Seriusnya, cerita ni memang bagus. Kalau tak, takkan lah ianya tercalon untuk 8 anugerah penting Academy termasuklah Best Picture, Best Actor, Best Actress, Best Supporting Actor, Best Supporting Actress dan Best Director.

Jarang nak jumpa cerita bergenre romantik komedi tercalon. Maklumlah cerita genre begini biasanya penyudahnya agak predictable, jenis-jenis happy ending la kan. Tetapi bagi saya permulaan hingga 3 suku perjalanan filem ini lah yang membuatnya menarik, agak sukar dijangka. 

Dari segi lakonan memang tip top. Bradley Cooper membuktikan bahawa dia bukan sahaja "Sexiest Man Alive", gelaran yang di berikan oleh majalah People tetapi lakonannya sememangnya melayakkan dia menjadi pelakon kelas A. Dan filem ini juga mengembalikan Robert De Niro untuk pencalonan Best Supporting Actor yang pernah dimenanginya dengan filem The Godfather Part II pada tahun 1974.

Tapi saya cukup tertarik dengan lakonan Jennifer Lawrence. Sangat Kiut. Saya harap dia menang best actress. Tiba-tiba macam terasa nak cari balik filem-filem lakonan beliau.



*nak kena cari ni cerita2 yang tercalon jadi best picture, dari 9 tu cuma yang ni je dah tengok





6 comments:

  1. Ada mention nama Megadeth ke dalam movie ni..lum penah tengok lagi

    ReplyDelete
  2. gabungan kali kedua antara Bradley Cooper dgn Robert De Niro, selepas filem Limitless. Bradley Cooper ni byk filem dia best, mcm The Hangover 1 & 2, A Team dan mcm2 lagi...tapi yg paling aku suka ialah Midnight Meat Train, haaaa yg ni mesti tgk kpd yg suka filem horror,ending dia mmg unpredictable! Jennifer Lawrence kebanyakan filem dia x brp best kecuali The Hunger Games, filem dia yg terbaru ni House at The End Of The Street adalah filem yg sia2 utk ditonton! Seriously epic fail!

    ReplyDelete
  3. ntahla, aku xbrapa minat filem2 bergenre romantik/komedi mcm ni...

    kali terakhir aku tgk filem bergenre sama di pawagam ialah filem hitch

    mungkin bkn taste aku kot?

    ReplyDelete
  4. part mana dia ada mention megadeth ye?

    ReplyDelete
  5. part mana ada mention megadeth tu...kena la tengok sendiri...heheh...

    ReplyDelete