Wednesday, February 13, 2013

Argo

Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook



Argo (2012)

Cerita ini berdasarkan kisah benar tetapi apa-apa yang asalnya dari Hollywood memang susah nak dipastikan apakah sememangnya semuanya benar. Dan saya ada terbaca memang ada adegan yang di tokok tambah untuk menyedapkan jalan ceritanya.

Untuk menikmati filem yang menang filem dan arahan terbaik Golden Globe Awards ni, kita kena lupakan seketika samada ianya sebuah propaganda atau tidak. Nampaknya Ben Affleck pasca J Lo ni semakin bagus dalam filem-filem arahan beliau. Kesilapan filem seperti Gigli telah berjaya beliau tebus dengan filem-filem seperti Gone Baby Gone dan  The Town. Dan Argo membuktikan beliau sememangnya pengarah yang bagus. Dari segi lakonan beliau, pada saya biasa-biasa sahaja.

Saya cukup tertarik dengan suasana akhir 70an yang beliau gambarkan. Keadaan, pakaian dan semuanya memang menyakinkan. Mungkin beliau ada menokok tambah untuk menjadikan filem ini lebih saspen. Saya tak rasa pun adegan akhir di airport adalah kejadian yang sebenar. Tapi kalau kita abaikan hal-hal kontroversi yang terlibat, filem ini sememangnya boleh tahan.




3 comments:

  1. filem ni mcm boleh tahan je...ada nilai conspiracy theory ke?

    ReplyDelete
  2. filem ni kena ban kat Iran...so memang ada kontroversinya...

    ReplyDelete
  3. Dah ada dvdnya budak umah beli,tapi tak tengok lagi..

    ReplyDelete