Tuesday, March 12, 2013

Les Misérables


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok :  Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild, Amour, Lincoln, Zero Dark Thirty


Les Misérables (2012)

Saya sememangnya mempunyai masalah untuk menonton filem-filem yang bergenre muzikal. Filem-filem begini pasti akan membosankan saya. Satu-satunya filem muzikal yang berjaya saya tonton sampai habis hanyalah Rock Of Ages. Itupun kerana lagu-lagunya adalah lagu rock 80an kegemaran saya.Kalau tak kerana misi ini, memang pasti saya tak akan menontonnya.

Tetapi perlu saya akui. filem ini sememangnya hebat. Lihat sahajalah deretan pelakon-pelakon kelas A yang membintanginya. Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway. Dan sudah semestinya kalau suara tak sedap memang payah la nak berlakon filem muzikal. Dahsyat juga Hugh Jackman dan Russell Crowe menyanyi, walaupun hampir majoriti lagu-lagunya tak saya dengar pun, maklum kes fast forward untuk elak mengantuk...heheh...

Tetapi lakonan Hugh Jackman memang patut di puji. Mungkin kalau tak kerana lakonan cemerlang Daniel Day-Lewis dalam Lincoln, dia berpeluang kot untuk menang anugerah pelakon terbaik. Walaubagaimanapun tahniah untuk Anne Hathaway, walaupun kemunculan beliau sebenarnya hanya untuk beberapa babak sahaja tetapi sudah cukup untuk beliau memenangi kategori pelakon pembantu wanita terbaik. Nyanyian dan lakonannya memang yang paling terbaik.

Tonton...jika anda boleh melayan filem muzikal.




6 comments:

  1. anne hathaway menang oscar utk kategori best supporting actress itu hari dari lakonan filem ni...kena tgk ni nanti haha

    ReplyDelete
  2. Dah tengok..tapi adoiyai mengantuk..hehe..mmg tak di nafikan lakonan pelakon kelas A dalam filem ni terbaik..bayangkan wolverine menyanyi mcm mana..hehe

    ReplyDelete
  3. pnh tgk hugh jackman menari? lagi best hahaha!~ (iklan lipton)

    ReplyDelete
  4. hmmm...menarik. akan ku cari dan tonton kat rumah.

    ReplyDelete
  5. memang gua dah lama ternanti2 filem ni pasal filem versi 1998 yg dilakonkan oleh liam neeson mmg tersangatlah dramatik dan menyayat hati.. cuma versi liam neeson tak banyak sangat nyanyi kalau compare dengan 2012 version ni yang cuma 2% je dialog, the rest nyanyi sahaja.. serious lu kena tgk version 1998 tu syed pasal tak byk sgt nyanyi.. lu kan anti filem muzikal.. huhu..

    apapon lakonan jean valjean oleh wolverine wajar dipuji.. pelik apasal dia tak menang oscar.. mungkin oscar saja nak buat gempak supaya daniel day lewis dapat pecah rekod oscar supaya menjadi penerima award pelakon lelaki terbaik paling banyak (3 kali)

    by the way heran kenapa rock of ages tak tercalon ye? sedangkan byk gak pelakon best2 yg boleh nyanyi.. macam catherine zeta jones tu penah menang award oscar untuk filem muzikal chicago..

    ReplyDelete
  6. BS...dia kalau cerita ada kontroversi pasal Islam jer...memang senang la nak tercalon...agaknya la...

    gua cerita2 sedih menyayat hati pun memang letih sikit nak layan...kecuali cerita hindustan...heheh...

    ReplyDelete