Tuesday, July 23, 2013

Before Sunrise

Antara filem yang saya tertunggu-tunggu untuk tahun ini adalah Before Midnight. Nampaknya dah ada pun di beberapa laman download untuk disedut. Tetapi sebelum menontonnya saya rasa saya perlu menonton semula 2 filem awalnya. Maklumlah filem pertamanya 18 tahun yang lalu. Hampir lupa dah. Apa kata kita revisited balik filem tersebut untuk menyegarkan memori.



Before Sunrise (1995)

Sipnosisnya sila baca sendiri.

Ini bukan untuk mereka yang sukakan action. Ia sememangnya  cerita yang banyak cakap. Memang boleh membuatkan anda mengantuk. Mungkin ada yang mengangap filem begini sebuah filem yang bosan. Maklumlah sepanjang cerita hanya mengisahkan perbualan antara 2 pelakon utamanya. Tapi pada saya ianya adalah sebuah filem yang sangat cemerlang. kalau tak masakan dapat rating 8 di IMDB.

Before Sunrise adalah sebuah drama cinta. Kekuatan filemnya adalah pada dialog-dialognya. Kena dengar betul-betul untuk lebih menghayati. Kerana di situlah magis sebenar filem ini. Memang lebih baik jika anda menontonnya bersama sarikata. Maklumlah telinga melayu ni kekadang agak kurang menangkap apa bunyi butir yang dicakapkan. Tapi jangan la guna sarikata melayu nanti tak sampai pulak maksudnya.

Chemistry antara 2 pelakon utamanya memang cemerlang. Ethan Hawke dan Julie Delpy benar-benar dapat menghayati jalan cerita. Kekadang terasa seolah-olah perbualan mereka adalah perbualan sebenar. Bukannya lakonan mengikut skrip.

Pemandangan sekitar bandar Vienna yang cantik menambahkan lagi seri filem ini. Kita seolah-olah di bawa melancong ke sekitar Vienna. Adegan ketika mereka melawat kedai rekod 2nd hand pastinya membuatkan teman-teman yang deman mengumpul vinyl terliur (heheh..). Kedai rekod tu memang sebenar-benarnya wujud di Vienna. Beroperasi sejak tahun 1948. Sesiapa yang tersesat ke Vienna boleh la cuba cari.

Walaupun cerita ini tidaklah mencapai status box office, tetapi memang sangat direkomen untuk di tonton kerana kelainan jalan ceritanya. Tak perlu cgi, tak perlu lagak ngeri, dialog dan lakonan yang bagus walaupun ceritanya hanya berkisar pada kisah satu malam sudah cukup menjadikan cerita ini pada kelasnya yang tersendiri.

REKOMENDED!




10 comments:

  1. tak sabar nak tau apa jadi selepas ethan hawke berada kat apartment Julie Delpy tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak tengok lagi Before Midnight...weekend ni kena layan dulu Before Sunset untuk refresh memory...

      Delete
  2. aku ingat album Silent death... hahahhaa

    ReplyDelete
  3. Suasana n latar filem kt Vienna tu yg buat aku lupa filem ni filem romantik

    ReplyDelete
  4. Yg aku ada dvd cetak rompak ialah Before Sunset. Memang gempak cerita nie. Aku rasa, macam dia guna satu kamera aje utk filem nie, shot dia tak putus2 dari first scene samapai lah ke last scene. Musti Ethan and Julie kena hafal dialog betul2, kalo tidak letih nak kena re-take shot tu balik.

    Aku puas carik cerita Before Sunrise, tak penah jumpa dan tak penah nengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before Sunrise aku ada vcd jer...paling senang download...cumanya nak kena rajin cari...maklum la filem lama...

      Delete