Sunday, December 22, 2013

Bent Out of Shape

Klasik rock yang dah 30 tahun...


Rainbow - Bent Out of Shape (1983)

Pertama kali mendengar lagu Street Of Dreams, tak tau pun ianya lagu Rainbow. Rainbow zaman Joe Lynn Turner sememangnya berbeza dari zaman Dio.

Kalau sebelumnya dengan Straight Between the Eyes seolah-olah mereka akan kembali bermain hard rock/metal tetapi Bent Out of Shape tidak. Ianya adalah pop rock atau pun apa yang dipanggil sebagai AOR. Satu-satunya lagu yang rasanya dapat mengingatkan saya kepada zaman Dio mungkin "Fire Dance". Yang lain-lainnya seperti anda mendengar band yang berlainan.

Tidak dinafikan kombinasi Ritchie Blackmore/Joe Lynn Turner berjaya menghasilkan lagu-lagu melodic yang sedap-sedap. “Street Of Dreams”, “Desperate Heart" dan  "Can't Let You Go" adalah contoh lagu-lagu terbaik terbaik Rainbow di era tersebut. Memang klasik...memang sedap. Lagu-lagu up-tempo seperti “Fool For The Night”, “Drinking With The Devil” atau “Fire Dance” pun sedap. Dengarkan juga instrumental "Anybody There"...feelling abis...


Suka betul saya solo keyboards David Rosenthal vs solo gitar Ritchie Blackmore dalam "Fire Dance". Malah bunyi klasikal keyboard di awal lagu "Can't Let You Go" pun terbaik. Rasanya mereka bijak mengimbangi sound keyboards dan gitar dengan sama rata.

Saya tidak ada komplen untuk album ini. Walaupun ianya bukan Rainbow yang dulu, tetapi dengan vokal sebagus Joe Lynn Turner, solo-solo hebat Ritchie Blackmore dan lagu-lagu yang cukup melodic untuk halwa telinga...apa lagi yang nak saya komplenkan....

Mungkin dengan Bent Out of Shape, Ritchie telah menemui penghujung pelangi. Dia kembali bersama Deep Purple selepas ini. Rekomen untuk mereka-mereka yang sukakan AOR yang tidak meleweh.

Rock on!!!



***btw...Discography Rainbow saya telah pun sempurna...terimakasih Stok E. 


6 comments:

  1. masuk internet, Nampak ni, wahhh sight for sore eyes...
    band RAINBOW. Best everrrrr...
    Bend Out Of Shape.. wahhh kaset kegemaran abang2 lobang seantaro dunia..
    Street Of Dreams...lagu pujangga terbaik la haha..

    tapi bila dorang reform DP, ngan Perfect Strangers... tak salah aku Ritchie Blackmore dah janji ngan Joe Lynn Turner tu satu album satu tour, lepas tu buat Rainbow balik tau..

    Semalam aku masuk youtube aku tengok satu video yang baru keluar DVD 1984 tu Australia show tu official tu, Knocking At Your Back Door..
    Tengok satu je, terus rasa nak beli dvd tu...haha...Tapi RB karats gitu la 1984 live.

    ReplyDelete
  2. ini album pun dalam wish list..tak penah tejumpa lagi..tq for the review bro..

    ReplyDelete
  3. Masih x berapa nak pandai guna eBay....sedih

    ReplyDelete
  4. Snow Man pernah jadi lagu latar Radio Perak..bila aku sebut pada DJnya masa tu sekarang Penerbit dia sendiri pun tak tau...Apahal beb..

    ReplyDelete
  5. Street of dream punya videoclip...puhh..kalau tak silap Storm Thorgerson yang arah...

    ReplyDelete