Wednesday, January 21, 2015

Thunder in the East

Hari ini, 21hb  Januari. Genap 30 tahun album ini pertama kalinya dilancarkan di Jepun.


Loudness - Thunder in the East (1985)

Kalau anda sezaman dengan saya dan membesar pula di sekitar Johor, album ini pastinya akan mempunyai pengaruh yang besar jika anda minat muzik rock. Kalau tak pernah dengar keseluruhan album pun pastinya anda pernah dengar lagu "Heavy Chains".

Saya pun tak pasti ada apa dengan "Heavy Chains". Tetapi lagu ini cukup popular dikalangan budak budak rock melayu pada zaman tersebut. Banyak betul band kerja kahwin yang "cover" lagu ini termasuklah band yang dah popular seperti Search. (Boleh cari di youtube - konsert di Panggung Anniversary).


Ianya juga antara lagu wajib juga jika anda baru belajar main gitar. Part "plucking" kat intro lagu tu memang boleh show off la kalau main tak terkucil..dan lagu ini juga antara lagu yang saya dan rakan-rakan sekolah cuba untuk main setiap kali jamming walaupun biasanya memang kelaut jadinya...heheh...

Thunder in the East adalah antara kaset terawal saya (versi apache) dengan mengumpul duit belanja sekolah. Satu hari 50 sen...6 hari baru berjaya beli. Harganya pada ketika itu RM3. Zaman tu memang payahlah nak jumpa kaset asli. Memang hampir tiada pun termasuklah kaset artis melayu.

Saya dah kehilangan kaset versi apache tetapi kaset yang ini dibeli pada sekitar pertengahan tahun 90an....tak pasti beli kat mana...lupa dah...

Bolehlah dikatakan majoriti lagu-lagunya adalah soundtrack hidup remaja saya. "Crazy Nights", "Like Hell", "Heavy Chains", "Run for Your Life" dan "Never Change Your Mind" adalah antara yang menjadi kegemaran. Memang banyaklah kenangan dan "sentimental value"nya kepada saya.

Zaman ni semua pun berangan nak jadi Akira. Masih terngiang-ngiang berkumpul bersama rakan-rakan yang satu kepala di belakang bilik darjah, ketuk meja dan ber "air guitar" (kadang-kadang batang penyapu pun jadi...) menyanyi lagu-lagu dari album ini. Zaman-zaman nakal budak sekolah "youth gone wild". Cikgu-cikgu pun geleng kepala.

Tetapi Alhamdulilah. 30 tahun selepas itu. Kami semua masih berjaya jadi orang. Dan ada juga antara kami yang dah berpangkat besar dan bergelar Haji. Terima kasih cikgu. Siapa kata mat rock tiada masa hadapan.

Banyak kenangannya. Rekomended!




12 comments:

  1. tak rock sapa tak follow loudness ni.. haha

    ReplyDelete
  2. Aku nye exposure to Loudness was Disillusion. So for me thunder in the east kurang significant tapi of course lagu2 semua gerek la.
    Sama macam twisted sister, aku nye exposure was Ycsrnr. Most malay community was exposed thru stay hungry or come out and play.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu rock kat spore lebih advance sikit banding JB...kaset pun sana lebih senang dapat banding JB...Disillusion tu jam kita orang cuma tau "Ares' Lament"...

      Delete
  3. kalau pakai t-shirt "banzai" raudenesu ni kompom atuk2 kita akan marah...

    dulu intro lagu crazy night dah kira berat wooo~

    ReplyDelete
  4. "Ares lament" tu ada org kata prequel "so lonely" yek..thunder in the east ni mmg betul2 impak yg besar pada mat rock zaman 80an dulu..abg2 aku siap gilir2 pakai baju gamba cover tu..heheh..
    Selain dari lukis logo tu,gitar "tajam2" akira tu selalu jugak di lukis kat buku sekolah dulu..

    ReplyDelete
  5. Paling lawak dulu2 time nak jamming lagu2 loudness la..jenuh nak cari lirik dia...dah la kaset inlay takder lirik...sebutan omputeh Minoru Niihara ntahapahapantah...

    rangkap pertama lagu Heavy Chains tu pun ntah berapa puluh kali play stop rewind...play stop rewind...sampai naik luncai kasetnya pun masih tak boleh tangkap apa dia sebut...last2 bantai jer la janji ada bunyi...tapi bukan kita orang ajer...cuba dengar Amy Search nyanyi Heavy Chains...sama jer hentam keromo...hahaha...

    ReplyDelete
  6. saya mula dengar loudness dari album Hurricane Eyes... lagu In Your Dream.. lepas tu baru tau ada lagi lagu power dari ni.. Heavy Chain... betul.. siapa tak layan Loudness... tak rock katanya.. dalam erti kata sekarang.. POSER..hahhaha

    ReplyDelete
  7. ..Siapa kata Mat Rock tiada masa depan..hahaha...

    ReplyDelete
  8. saya memang x minat loudness..tp saya ada kaset thunder in the east versi millenium..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anda membesar di tahun 80an...mungkin lain ceritanya...heheh...

      Delete
  9. Album ni aku suka Heavy Chains dan Like Hell. Tak sangka lagu ni direkod di Sound City Studio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. producer pun Max Norman...bukan calang-calang oo...

      Delete