Friday, February 19, 2016

Pelangi

Lagi album keluaran semula...



The Unwanted – Pelangi (1982) – keluaran semula 2016

30++ tahun tak dengar. Ianya mengembalikan nostagia zaman kanak-kanak saya ketika darjah 5 atau 6. Mendengarnya semula satu-satu kenangan di zaman tersebut terbayang di depan mata. Berkubang mandi paya dan bermain bersama rakan-rakan. Selagi tak Maghrib dan tak kena jerit suruh balik memang tak balik.

Dari segi muziknya pula ketika itu adalah zaman rock dan blues. Remaja pada ketika itu (kampung saya dan sekitar JB) termasuklah abang saya (sebelum beliau terjebak dengan Duran Duran dan muzik new wave setahun selepas itu) terpengaruh dengan Deep Purple, Scorpions, Rainbow dan UFO. Kalau yang melayunya selain Sweet Charity dan Blues Gang, The Unwanted adalah apa yang mereka dengar, beli dan jamming lagu-lagunya di tembok di simpang jalan.


Walaupun seingat saya tidak pernah mempunyai kasetnya, tetapi bila cd ini diputarkan, satu-satu lagunya kembali dalam ingatan. Tak ingat bagaimana tetapi mungkin curi-curi dengar ketika abang tiada di rumah. (Kalau dia ada jangan haraplah dapat sentuh radio kaset tu..hahaha). Lagu ala-ala Deep Purple “Sampai Bila” adalah antara yang paling saya ingat. Rasa heavy sangat dah lagu ni zaman tu. Antara lagu yang saya dan rakan-rakan sekelas suka nyanyi sama-sama bila berangan nak jadi rock.

Tapi yang paling popular dan tentu-tentulah lagu “Penyesalan”. Selalu dengar kat radio dan masuk carta LPMI Radio Singapura. Selain itu lagu rock dangdut “Kebahagian” pun selalu main kat radio. Tak silap saya memang banyak lagu-lagunya sering diputarkan di radio. (Orang-orang Johor zaman tu memang majoritinya dengar radio Singapura). “Pelangi”, “Nasi Lemak Kopi susu” dan lagu balada sedap giler yang hampir-hampir saya terlupa “Mawar Idaman”. Dengar cd ni baru teringat balik lagu ni. Memang sedap.

Apa yang menariknya tentang The Unwanted ni pada saya berbanding band yang  sama asal negaranya dengan mereka, Sweet Charity adalah mereka tiada lagu saduran/cover. Majoriti lagu dan lirik adalah ciptaan mereka sendiri. Tiada yang  ciplak yang sebijik-sebijik (maklumkan saya kalau ada). Permainan muziknya bagus. Gitarisnya Ismail Sukar sangat underated kalau nak dibandingkan dengan Rosli Mohalim. Padahal dia pun bagus. Solo pun dasyat. Hanafie Waren tak payah cakaplah. Vokal memang power!

Satu yang tak boleh nak lari pada band-band rock zaman tu adalah pengaruh lagu-lagu dangdut. Mereka juga ada (Kebahagian). Malah yang berentak joget pun ada (Seimbas Pandang). Tetapi yang bestnya walaupun dangdut rock, elemen progessif rock jelas kendengaran. Dengarkan intro “Kebahagian”. Memang best.


Satu yang baru saya perasan bila mendengarnya sekarang. Majoriti lagu mereka ada unsur-unsur progressif rock 70an. Ada tempo yang berubah-berubah (Contoh lagu Pelangi). Dulu budak-budak manalah tahu. Pengunaan solo keyboard ala-ala Deep Purple/ Uriah Heep oleh pemain keyboard, Said M Amin pula menambahkan lagi elemen progressif lagu mereka. Sangat menarik. Sesuatu yang berbeza dengan band-band rock melayu sezaman dengannya.

Memang terbaik album ni. Harapnya akan menyusul pula album ke2 mereka yang ada lagu "Masih Ada Rindu" dalam bentuk cd. Sayang kalau album sebagus ini tidak sampai ke generasi mendatang.

Sangat Best jika anda sukakan rock 70an..

(ada siapa-siapa dah dengar lagu terbaru dari Hanafie Waren, giler metal lagu dia. Kalau terjumpa cdnya konpem akan dibeli)




9 comments:

  1. hanafie warren... familiar nama tu, but my bell still doesn't ring

    ReplyDelete
  2. Baru aku tau hanafie warran ni ex vokalis unwanted upenye.. heheh.. aku mmg minat hanafi.. lgu terperangakp dalam sinaran antara lagu beliau yg aku spin bnyk kali..

    Eh hanafi ade lgu bru ye? lagu baru 2016? nk try dgr ni

    Lagu penyesalan tu.. best wo..dgr tgh2 malam..

    ReplyDelete
  3. Aku dengar legendary stories pasal band ni.
    dari original members mula2 nama Unwanted dipilih anggota asli.
    dari cerita2 legend gitaris2 paling famous Msia gi mintak ajar how to do this and that.
    what happen to original members.
    aku really wish members members band dari mula2 sekali dan apa lineup pun, ni yang terbaik dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. Haha, posting aku ke laut bila aku baca balik.

    ReplyDelete
  5. Dah beli tapi lom dengo.masih sealed lagi cd nya

    ReplyDelete
  6. Tuan minat betoi album ni.. sebab panjang dan detail sekali memorinya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah kenangan yang kita terlupa...tapi bila tengok atau dengar sesuatu...tiba2 satu satu kenangan tersebut terbayang depan mata...kira camtu lah dengan album ni...haha..

      Delete
  7. belum pena dgr lagu band ni, kejap lagi nak usha dgr...

    ReplyDelete
  8. Ni album aku ada beli. Mmg best. Cuma yg tak bestnya Sony Music punya rerilisan mmg bnyk kekurangan. baik dr segi bunyi hingga lah casing. tak berbaloi dgn harga rm20 masa skrg ni. standard dia boleh aku kata mcm cd cetak rompak la utk inlay dan casing. sound bnyk hissing. tak padan dgn nama Sony tu. Walaupun ada usaha riliskan semula, tp syg kualiti tak jaga. Sony ooh Sony.

    ReplyDelete