Tuesday, May 23, 2017

Keeper of the Seven Keys: Part I

30 tahun dah usianya hari ini, 23hb Mei...


Helloween - Keeper of the Seven Keys: Part I (1987)

30 tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Mula mendengar Helloween dari zaman Pt 2. Selepas tu baru mencari album-album sebelumnya. Sejak itu Hellowen menjadi salah satu band kegemaran.


Mendengar semula "Future World", "Twilight of the Gods", "A Tale That Wasn't Right" dan "Halloween" mengembalikan kenangan silam. Ini lah lagunya yang satu ketika dahulu didengar berulang-ulang kali. Fwd Rwd Fwd Rwd sampai naik lunyai kasetnya.


Sememangnya sebuah album klasik power metal! Walaupun zaman itu rasanya tak pernah dengar pun lagi terma tersebut. Ia biasanya di rujuk sebagai speed metal. Tetapi lagu-lagunya agak melodic untuk speed metal tetapi terlampau laju pula kalau hendak digelar pop metal. Tak kisah la nak panggil apa pun..yang penting ianya memang sedap!

Ianya juga sebuah album yang membuatkan nama Kai Hansen menjadi idola gitar hero saya. Solo solo gitarnya sememangnya meruntun jiwa.


Dan sudah semestinya, mana-mana kaset kegemaran akan di upgradekan ke cd, apatah lagi jika kasetnya pun dah hilang. Memiliki piring hitamnya pula bukanlah suatu kemestian. Tetapi jika terjumpa dengan harga yang mampu milik...dalam berpuasa beli pun pastinya akan teracun juga...haha..





4 comments:

  1. ada jugak lp nya ingatkan takda..hahah.. a tale that wasnt right dengo live versi andi anak pak deris pun syahdu jugak

    ReplyDelete
  2. Semua lagu sedap eh... complete betul album ni

    ReplyDelete
  3. aku hairan, aku kenal helloween ni sejak 89/90 gitu daripada takilala dan speed/power metal ni memang hadaman aku (sekarang), tapi helloween tak terfollow pulak sejak dulu~

    ReplyDelete