Lagi album dari tahun lepas...
Cirith Ungol - Dark Parade (2023)
Semakin tua semakin aktif. Ini adalah album kedua dalam tempoh 3 tahun. Kali terakhirnya sebelum aktif kembali adalah pada tahun 1991 (Paradise Lost).
I'll never grow up and I'll never grow old... Blame it on the love of rock & roll
Lagi album dari tahun lepas...
Cirith Ungol - Dark Parade (2023)
Semakin tua semakin aktif. Ini adalah album kedua dalam tempoh 3 tahun. Kali terakhirnya sebelum aktif kembali adalah pada tahun 1991 (Paradise Lost).
Masih dalam mood Raya. Dah habis bulan puasa ni bolehlah ber"riak cdwi"...😁
Tetapi yang pastinya dalam tempoh tersebut kebanyakan cd yang dibeli adalah dari genre hard rock dan pop metal (glam/hair metal). Kebelakangan ini sememangnya lebih cenderung untuk membeli cd-cd dari genre sebegini. Ada juga sedikit dari genre yang lain tetapi tak ambil gambar. Tak kena dengan tema.
Sambungan dari bahagian 1 dan 2
Kedai yang terakhir tetapi sebenarnya kedai yang pertama disinggah bila sampai ke tanah Inggeris.
5 - HMV - The Cleveland Shopping Centre, Middlesbrough
Lama dah tak pergi ke kedai cd sebesar ini. Ianya mengingatkan kepada Tower Records KL Plaza. Betul-betul mengamit memori. Sesat sekejap duduk dalam ni…hahaha….
HMV bukan setakat menjual cd dan lp, tetapi ianya juga menjual barangan berkaitan muzik seperti buku dan tshirt. Lupa dah nak ambil gambar semua tu. Dok kyusuk membelek cd dan lp…lupa dunia sekejap.
Yang menariknya disini ada promosi 3 Vinyl untuk £55 dan 2 CD untuk £16 untuk tajuk-tajuk yang tertentu. Tetapi tak ada tajuk yang betul-betul nak beli. Yang berkenan tu ada juga. Tetapi bila otak asyik la terfikir RM kali 6…memang apa pun tak jadi….haha…
Tambah menarik, ada kawasan khas dan luas untuk “Metal”. Bermakna genre metal masih popular dan diterima dengan meluas oleh orang-orang disini. Untuk genre lain pun ada tetapi taklah secara eksklusif seperti “Metal”. Siap dengan logo-logo semua.
Tetapi akhirnya sekadar mencuci mata. Tak ada beli apa pun. Ianya sekadar mengembalikan nostalgia zaman dulu. Seronok…lupa dunia dan rasa rindu betul lah nak ada kedai sebesar ini di Malaysia…
Dua ni beli kat kedai ini. Tetapi bukanlah masa datang hari tu. Kedua-duanya tak keluar lagi pun masa tu. Tetapi kirim dengan anak yang pulang bercuti raya...(jimat duit postage) 😁
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin.
Lagi album 2023...
Alice Cooper - Road (2023)
Tak boleh nak ingat dah ini album keberapa beliau tanpa bantuan google. Kali terakhir saya membeli cd album beliau adalah Welcome 2 My Nightmare (2011). Itu pun pembelian jualan murah RM10 dari Popular Book Store. Cdnya pun masih berbungkus plastik. Tak pernah pun putar. Yang betul-betul dengar adalah Dragontown (2001). Beli kaset. Tapi tak berapa nak minat.
Alice Cooper susunan muziknya berubah mengikut zaman. Sebagai seorang yang membesar di era 80an, sudah semestinya saya mengemari era glam metal beliau yang bermula dari Trash (1989), Hey Stoopid (1991) dan The Last Temptation (1994).
Hasil membaca beberapa ulasan, saya terpengaruh untuk membeli album terbaru ini. Percubaan di spotify juga menyakinkan yang album ini berbaloi untuk dimiliki. Road bukanlah seperti 3 album yang saya sebut di atas. Tetapi pengaruhnya ada. Sesuai dengan usia beliau dan kemungkinan ini adalah album terakhir, beliau memilih gabungan dari era 70an, 80an dan 90an.
Lagu-lagunya sedap. Alice Cooper jarang yang tak sedap. Cumanya kalaulah sound gitar Ryan Roxie, Nita Strauss dan Tommy Henriksen lebih berat ala-ala glam metal 80an...pastinya album ini lebih best. Terutamanya untuk telinga peminat yang seperti saya.
Lagi album dari tahun lepas (2023)...
Bangalore Choir - Center Mass (2023)
David Reece mempunyai vokal yang bagus. Sayangnya nasib tidak pernah menyebelahi beliau. Satu album beliau bersama Accept (Eat the Heat - 1989) tidak diterima oleh peminat Accept. Manakala album sulung beliau bersama Bangalore Choirs (On Target - 1992), walaupun bagus tetapi tenggelam dek penangan grunge.
Saya tidak mengikuti perkembangan karier beliau selepas dari itu sehinggalah saya terbaca tentang album terbaru dari Bangalore Choir. Rupa-rupanya Bangalore Choir ada 2 album lain sebelum ini yang tak penah saya tahu. Kedua-duanya termasuk yang terbaru ini hanya beliau seorang anggota yang asal. Bermakna bolehlah dikatakan yang Bangalore Choir adalah projok solo David Reece.
Tak pasti dengan 2 album tersebut. Tetapi Center Mass mungkin boleh memuaskan hati peminat On Target. Walaupun lebih "mellow" dan "mid-tempo" dan agak kurang konsisten, tetapi ianya masih mampu mengembalikan nostalgia lama.
Lagi album terbitan tahun 2023...
Heaven's Edge - Get It Right (2023)
Heaven's Edge adalah satu lagi band hard rock yang muncul pada waktu yang salah. Sejujurnya tak pernah dengar pun album mereka pada ketika itu (1990). Mendengarnya hanya beberapa tahun kebelakangan ini. Itu pun selepas timbul rasa ingin tahu apabila albumnya sering di masukan ke dalam senarai album bagus hard rock yang terlepas pandang di era 90an.
Susah dah nak dapat cd tersebut. Tetapi ianya memang bagus jika muzik anda adalah hard rock. Maka, apabila mendapat tahu yang mereka ada membuat kemunculan semula dengan satu album baru memang tak menunggu lama untuk membeli.
Ternyata ianya satu pembelian yang berbaloi. Berbaloi bermaksud (sekali lagi) jika muzik anda adalah hard rock. Ianya melodic dan catchy dengan sound dan perisa hard rock 90an yang kuat. Ini adalah antara album yang tak sangka akan jatuh suka.
Album seperti Get It Right ini dihasilkan lebih kepada memberikan kepuasan kepada band member dan peminat hard rock seperti saya. Tidak guna untuk mereka menghasilkan selain dari apa yang menjadi identiti mereka. Zaman dah berlalu. Yang membeli dan mendengar muzik sebegini pada waktu sekarang hanyalah peminat-peminat tua. Kalau dapat seorang dua yang muda jatuh minat ianya adalah satu bonus.
Salah satu album kegemaran 2023 untuk kategori hard rock.
Sambungan dari >SINI<
3 - Quayside Market, Newcastle