Monday, March 23, 2009
Nativity In Black
Aku sebenarnya kurang gemar dengan album2 tribute kerana biasanya dalam satu2 album tersebut hanya ada 2,3 band2 yang ada nama dan lain2nya ntah sapa2 ceruk mana punya band ntah...tetapi album Nativity In Black A Tribute To Black Sabbath terkecuali...
kenapa?...lihat lah sahaja barisan band2 yang mengambil bahagian dlm album ni...dasat2 belaka...menepati definasi tribute yang sebenar...kerana bagi aku album tribute sepatutnya dimainkan oleh band2 yg ada nama sebagai penghargaan kepada yg di tribute tersebut...tetapi jika band2 baru atau tidak dikenali yang mengambil bahagian...apalah yang istimewanya...bukan ker band2 baru memang banyak main lagu cover...so kat mana yang istimewanya...aku nak tengok band popular yang cover...contoh Metallica cover Megadeth ker...kan ke best...
Menepati status Black Sabbath...aku rasa memang patut band2 ternama yg mengambil bahagian..cd ni di terbitkan pada tahun 1994 dari idea Bob Chiappardi yang selama 2 tahun mengumpul band2 untuk projek besar ini..hasilnya memang amat memuaskan..
aku try review la...aku bukannya pandai sangat pun...
1.) Biohazard-After Forever : Aku bukanlah peminat hardcore dan metal/rap walaupun dulu aku ada beli kaset Biohazard (terpengaruh ngan review kat Kerrang…hehe…) …tapi bila aku dengar cover ni buat aku rasa nak dengar balik versi asal..nak bandimg…ternyata salah satu track terbaik dlm cd ni…guitar work sedap…rasa macam lagi sedap pulak dari versi asal…hehe…lagu pembukaan yg baik ..
2.) White Zombie-Children of the Grave : Satu band yang aku tak follow sangat pasal kontroversi azan kat lagu dorang dulu…tapi lagu ni memang kena ngan vocal Rob…kalau tak tau memang ingat ni lagu ori White Zombie…nampaknya mereka berjaya mengwhite zombiekan lagu ni ngan baik…lagi satu track terbaik dalam cd ni…
3.) Megadeth-Paranoid : apa lagi yang aku nak kata…great metal band kena cover dengan another great metal band…hasilnya memang dasat…antara 2 track yang paling terbaik bagi aku dalam cd ni…megadeth jugak dapat percalonan grammy untuk lagu ni…solo pun sedap…kalau nak kena rating aku bagi perfect 10 la…
4.) 1000 Homo DJ's-Supernaut : Band ni featuring al jourgensen (ministry) dan trent reznor (nin)…walaupun aku tak minat muzik industrial…tapi tu la…dah lagu memang sedap…diindustrial pun jadi sedap…antara sebab aku try dengar Ministry dan Nine Inch Nails selepas tu…
5.) Therapy? with Ozzy-Iron Man: aku rasa bazir la…lagu klasik macam ni…album tribute pulak tu…suh Ozzy nyanyi buat per…dah macam takder jer beza ngan versi asal…
6.) Corrosion of Conformity-Lord of this World : aku tak minat sangat lagu Lord of this world…selalu aku forward je lagu ni kalau dengar Master Of Reallity…tapi lepas dengar versi COC ni…rasa macam ok pulak lagu ni…so kira ok la…
7.) Sepultura-Symptom of the Universe : Satu lagi favourite track aku dlm cd ni…drum igor memang best…aku baca banyak komen peminat2 Sabbath tak suka suara growl max dalam lagu ni…rosakkan lagu dorang cakap…tapi bagi generasi thrash/death metal macam aku…sedap apa?...hehe
8.) Bullring Brummies-The Wizard : dengan line up Rob Halford,Bill Ward dan Geezer Butler aje dah cukup untuk kita agak apa hasilnya…kalau lagu sedap…Rob Halford lak yang nyanyi…korang cakap tak sedap jugak…aku tak tau nak cakap apa lagi ahh…
9.) Godspeed with Bruce Dickinson-Sabbath Bloody Sabbath : ni paling senang nak review…Bruce Dickinson > Ozzy Osbourne…period!
Tapi kalau Maiden yang cover lagu ni tentu lagi best ek…
10.) Ugly Kid Joe-NIB : Selain dari Megadeth…ni lagi satu track yang aku bagi perfect 10….Bassline dia dasat….selalunya kalau aku nak test speaker kereta aku…ni la cdnya dan ni lah lagunya yang aku try selain cd And Justice for all…korang tak perlu minat Ugly Kid Joe (tapi aku minat :P) untuk menghargai hasil kerja terbaik dorang untuk lagu klasik ni…best.
11.) Faith No More (War Pigs (LIVE) : Aku memang minat Faith No More…kena pulak zaman Big Jim Martin guitarist…tapi aku rasa kurang skit la track ni…mungkin pasal versi live kot….versi studio lagi best…
12.) Type O Negative-Black Sabbath : pergh…creepy siak versi Type O Negative ni…dulu mula2 dengar aku kurang minat…tapi lepas dengar banyak kali best pulak…
13.) Cathedral-Solitude: ni bonus track…US version tak der lagu ni…hanya Euro version macam aku punya yang ada...dan ini la track yg aku paling selalu skip…bukan apa…ngantuk nak tunggu abis..hehe…
Kesimpulannya memang best la cd ni…memasing band menafsirkan black sabbath ikut citarasa sendiri…mungkin memang dah lagu2 Sabbath ni sedap agaknya kan…wajib ada la bagi die hard Sabbath…Cuma sayangnya kalau lah ada Metallica ker Pantera ker…kan lagi best…dorang pun ada cover Sabra Cadabra dan Planet Caravan kan…Walaupun selepas tu ada NIB part 2…tapi masih tak dapat lawan pt 1 ni …Megadeth kat pt 2 pun tak sebest kat pt 1 ni…Rekomended!!!!.
kelahiran dalam kegelapan...!!!
ReplyDeleteinilah satu album metal tribute utk sesebuah legenda yg cukup rasa, cukup garing, cukup ribut dan cukup cantik.. gua suka megadeth main paranoid.. part ending mustaine jerit nick menza yg keep drumming tak stop2..
"nick, nick, NICK...!!"
sepultura punya part pun cantik berdesing, satu legasi dari encik iommi kepada andreas kisser dan max cavalera, perfect!
budak2 brooklyn, biohazard bikin after forever lebih moden...
tapi perang babi (war pigs) yg FNM bikin agak tawar, kurang gula!
dan lagu yg paling gua gila, sebab ia lebih darker and heavier...
type O negative dgn black sabbath..!!!
sungguh dramatik dan merentap jiwa!!
nice job bro berteromber!!!
aku ada cd ni..
ReplyDeleteserious bebual , antara cd paling best tiap2 lagu dan jugak packaging dia..
dah lama tak dengar so lupa tapi yang TypeONegative tu dia ubah liriks dia bukan jadi orang pandang setan tapi setan pandang orang..tak salah aku ler..
Berteromber - Solitude aku SUKA!!!! hehehe. Life story beb
fullamak bro.. ni baru la album tribute.. mmg menepati piawaian...
ReplyDeleteaku suka baca quote band2 yang terlibat.. semua cerita tentang pengaruh Sabbath dalam kehidupan/muzik dorang. Lu post pasal Sabbath ni teringat boxset sabbath gua..kene geledah balik gobok kat umah tu hahaha.
ReplyDeleteAnyway review yang baik dari sorang metalhead tegar. Syabas.
megadeth, sepultura dan type o adalah pilihan gua dalam album tribute ni. mereka benar2 memuja black sabbath. selain tu artwork cover dan inlay sangat goth dan menarik.
ReplyDelete" What is this that stands before me?
Figure in black which points at me
Turn around quick, and start to run
Find out I'm the chosen one
Oh nooo!"