Wednesday, April 29, 2009

The sun always shine on tv

bz skit minggu ni...tak sempat nak memblog sangat...so.. korang layan je la lagu dari band yang lagi otai dari band2 black metal norway tu semua...ketepi Mayhem,Burzum,Darkthrone,Immortal,Emperor dll tu ...ini dia A-HA...band lagenda dari Norway tahun 80an dulu...

The Sun Always Shine On Tv...dipetik dari album Hunting High And Low tahun 1985...minat sungguh aku kat lagu ni....dah lebih 20 thn pun masih segar lagi...layannnn..




ini pula versi live video tahun 2003 sempena album live dorang How Can I Sleep With Your Voice In My Mind




tak metal la kalau takder band metal cover kan...ni dari Atrocity..band death/industrial metal dari germany...dari album Werk 80 II...layan..




dan tak complete la pulak kalau takder band black metal Norway cover kan...so...layan ni pulak...Susperia cover...dari EP Devil May Care (2005)...syok jugak versi metal ni ek..

Friday, April 24, 2009

Almost Famous

Selain dari manchester united dan metal music...aku jugak adalah hantu filem..cuma sekarang memang jarang ahh ke pawagam walaupun panggung wayang betul2 kat sebelah opis aku..bukak pintu opis je dah nampak skrin besar yg tayang gezet2 filem...poster2 filem...awek panggung jual popcorn...tapi sehingga hari ni memang tak pernah aku masuk kat dalam tu...tambah2 pulak sejak dah pandai download ni...rapidshare...torent..pirate rules...hehe

Kalau dulu2 aku suka citer action letup sana sini...tapi sekarang aku done with that kind of movie...aku lebih prefer movie2 yang ada jalan cerita yang kuat contohnya seperti movie yang nak cerita kali ni...Almost Famous...kebetulan tertengok cerita ni kat HBO minggu lepas..



Ni movie lama...tahun 2000..ditulis dan di arahkan oleh Cameron Crowe, seorang pengarah yang cukup aku minat terutamanya filem2 beliau seperti Singles (kisah budak2 grunge kat Seatle),Vanilla Sky,Elizabethtown dan filem beliau yang paling terkenal Jerry Maguire (dapat percalonan Best Film lagi)

Almost Famous ni sebenarnya berdasarkan kisah benar...kisah hidup Cameron Crowe sendiri...mengisahkan William Miller (watak fictional Crowe lakonan Patrick Fugit) seorang budak sekolah berumur 15 tahun yang bercita2 manjadi journalist dan mendapat peluang untuk menulis artikel dalam majalah muzik terkenal Rolling Stone.Pertemuan beliau dgn seorang awek groupies, Penny Lane..akhirnya memberi peluang kepada beliau dari hanya untuk mendapatkan interview akhirnya dapat pula bersama2 mengikuti tours sebuah band rock yg sedang meningkat naik ketika itu iaitu Stillwater.


Stillwater bersama William dan awek2 groupies di depan tour bas mereka


Pengembaraan beliau sepanjang tours tersebut mengajar beliau erti sex,drug and rock n roll...kehidupan seorang rockstar...perbalahan siapa frontman antara gitarist dan vocalist...jatuh cinta...awek2 groupies (nyum..nyum..hehe) dan persahabatan beliau dgn lead gitarist band tersebut.


William dan Penny...aduh...comel betul Kate Hudson ni...hehe


Filem coming of age yang berlatarbelakangkan tahun 1973 ini bagi aku amat menarik dari segi watak2 dan pelakonnya...memang nampak real...maklum lah...ianya berdasarkan kisah benar...terutamanya lakonan Kate Hudson (nyum..nyum..) untuk watak Penny Lane awek groupie tu dan Patrick Fugit sendiri pertama kali berlakon dlm filem besar...dan juga watak gitarist Stillwater Russell Hammond (lakonan Billy Crudup) dan tak lupa juga watak ibu William dilakonkan oleh Frances McDormand..seorang ibu yang tidak menyukai muzik rock dan tak mau anaknya terpengaruh (bukankah semua ibu kita jugak begitu...hehe) sangat berkesan pada aku.


Stillwater dibelakang pentas



oh ye boleh jugak tengok Jason Lee bukan ngan watak2 komedinya...jadi vocalist...manakala pakaian dan set filem ni memang best...betul2 rasa macam kat tahun 1973...zaman flower power...jauh nak banding ngan citer ROCK Mamat Khalid dgn rambut palsu kejungnya tu...hehe


Biasa tengok Jason Lee ngan komedi contohya My Name Is Earl tetapi kali ni beliau menjadi rockstar..

Kumpulan Stillwater dalam cerita ini pun nampak amat real ...sampai dulunya aku ingatkan kumpulan ini benar2 ujud...mana taknya...Selama 2 bulan Peter Frampton mengajar dorang bermain gitar dan aksi live di pentas...tu yg nampak real tu time adegan dorang buat konsert...dan lagu2 Stillwater dalam filem ni dicipta sendiri oleh Cameron Crowe bersama isteri beliau Nancy Wilson (kumpulan Heart) dan juga Peter Frampton yang moodnya memang 70's..


ada gaya Tony Iommi ahh Billy Crudup ni

Satu lagi yang menarik tentang soundtrack filem ni...lagu2 dari Simon & Garfunkel,The Who,Yes,Beach Boys,The Allman Brothers,Lynyrd Skynyrd,Led Zeppelin dll dipilih sendiri oleh Cameron Crowe berdasarkan lagu2 yang dia sendiri minat di era tersebut...Mendengar sountrack ni memang rasa macam hidup di zaman awal 70an ahh...best...sayang takder pulak lagu Black Sabbath...menurut ceritanya di set pengambaran...lagu Iron Man menjadi pilihan Crowe untuk dimainkan di set bagi mendapatkan mood 70's...

Rating di 8.00 di IMDM membuktikan filem ini memang menarik...tapi awas...bagi sesiapa yg berharapkan adegan tembak menembak kungfu fighting letup meletup memang tak der la...err...love scene?...ada la skit2 yang tak merbahaya hehehe...mungkin ada termengatuk dipertengahan jalan...tapi bagi yang sukakan drama dan mementingkan jalan cerita macam aku...memang best la cerita ni.

Thursday, April 23, 2009

Dan Sebenarnya...

Ok la...hari ni tak main metal2...entry ni khas untuk my other half yang paksa gua dengar lagu ni 3 kali waktu pergi dan 3 kali waktu balik berulang2...hingga buat gua terminat pulak...hehehe..

layan je la..




Yang ni pulak langsung tak der paksaan...gua sendiri yg terlayan...biasa la...gua poser...hehe..

Tuesday, April 21, 2009

The Keeper Of The Seven Keys Pt 2

WATCH OUT, BEWARE... LISTEN, TAKE CARE... It's HELLOWEEN...

dari kaset ke cd...Keeper Of The Seven Keys Pt 2

Sekali lagi menyelongkar gobok kaset/cd aku...kali ni kaset/cd band yang berasal dari Germany...Helloween



Sejarah Helloween aku bermula ngan album ni...salah satu all time favourite ...tahun 88..zaman tu tak pernah dengar pun perkataan power metal...bila 1st time dengar...terus melekat...tak sangka muzik metal boleh dimainkan dengan penuh melodic dan catchy...rasanya album ni lah antara influence timbulnya genre power metal..

Ini memang killer album...tak der satu lagu pun yang aku tak suka...aku memang minat band2 twin gitar solo ni...dari sini la aku jatuh cinta (? macam ngan awek pulak...haha..)ngan Kai Hansen...lagu2 ciptaanya...solo2 gitarnya...memang aku minat sesangat...dan dari sini aku kebelakang mendengar 2 album terawal dorang Wall Of Jericho (time ni Kai Hansen nyanyi)dan Keeper Of The Seven Keys Pt 1...dan secara officiallnya aku menjadi peminat Helloween..

Tetapi rupa2nya ketika itu Kai Hansen telah pun keluar dari Helloween...sayang sungguh...ngam2 time dorang nak meletup...time tu jugak la Kai keluar...bila dia start Gamma Ray...aku tak banyak soal terus beli dan follow...nanti aku citer pasal Gamma Ray pulak ahh...



Selain dari lagu2 yg melodic dan solo2 gitar yang membunuh...Vocal Michael Kiske memainkan peranan yang besar dalam menyedapkan lagi album ni...1st time dengar dulu aku terbayangkan Bruce Dickinson...suara dorang hampir sama...hmm...tapi Bruce Dickinson lebih sedap sikit la...aku bias...haha...

Ada rumours dulu masa Bruce nak belah Maiden, Michael Kiske yang akan ganti..aku dah excited dah masa tu...tapi bila Maiden annouce Blaze yang join...rasa macam tak best ahh...tapi tu la...Michael Kiske ni dah bersara dari metal..tu yg mungkin dia tolak untuk join Maiden...sayang sungguh...dia tak minat lagi ngan metal...dia pun pernah cuba meng"pop rock"kan Helloween selepas Kai Hansen blah dari Helloween...aku rasa itu adalah sebab utama kot Kai blah Helloween...macam tak logik alasan penat tour tu...

Berbalik pada album ni...aku rasa productionnya jauh lebih sedap dari 2 album terawal dorang..lebih besar...lebih clear...walaupun puak2 yang tr00 cakap Helloween jadi lembik...chessy...komersial..tapi bagi aku tak kisah la...janji aku senang hadam sudah...haha...dan lagu Helloween yang paling dikenali pun ada dalam album ni...apa lagi kalau bukannya lagu I Want Out...sangat la catchy...terbaek!!!


inlay kaset


inlay cd...tak sama

Aku malas nak review...bersepah review kat internet kalau korang nak...cuma bagi aku...kalau nak belajar dengar power metal...boleh la start ngan album ni...dengar je la lagu macam Eagle Fly Free...dual gitar solo...siap ngan bass dan drum solo lagi...ini memang klasik power metal la...dasat..dan tak lupa jugak lagu March Of Time...power!!! dan Dr Stein...aku suka gitar work dia...catchy!!!

Tapikan ada satu lagu tu...aku suka tajuk dia...khas untuk liverpool fan...You Always Walk Alone...hahahahaha!!!..


satu yang aku suka...mesti ada pumpkin kat lirik dorang..

mari layan lagu...dan aku tinggalkan korang ngan lagu I Want Out ...dan petikan interview dari http://www.metal-rules.com/interviews/GammaRay_KaiHansen.htm

Metal Rules!!
Have you ever had any regrets about leaving the band?

Kai:Absolutely not because I knew it definitely wouldn't of been going on like that. The band would of died anyway...I mean, with me the same as without me...it didn't feel good anymore so I was thinking about it. It took me one year from the first thought to the final process. So I thought it over very well. Before if someone would of told me 'you will leave Helloween' I would of said 'are you mad or what?' because that was my baby and my thing. But on the other hand it didn't feel good anymore for several reasons and I couldn't change it in the band with the others together so I had to change it for myself and that meant getting out. The only thing I kind of regret or kind of see as a bad thing is that I couldn't keep the name because under the name Helloween I would of sold a lot more albums.

Wednesday, April 15, 2009

Phewwiitt

aku bz sikit 2,3 hari ni...

just nak share link amy search yang aku terjumpa ni...http://blog.phewwiitt.com/

sekian untuk hari ni...nak tido ni...maklum la malam ni nak pergi Portugal...hehe..

layan lagu la...Feel The Pain

Sunday, April 12, 2009

Will lightning strike twice?

Yes!...Lightning does strike twice...

strike one



strike two



Hail our new hero...

Federico ‘Kiko’ Macheda

team lauk lain...jangan jeles aa...hehe..

Friday, April 10, 2009

Jam

Ni bukan pasal jam dinding maupun jam lonceng...bukan jugak jamming kat studio maupun jam yang sapu kat roti tu..tapi ni jam yang buat hati aku jadi panas...grrrrrr...

perjalanan balik kerja aku yang biasanya memakan masa 20-30 minit menjadi 2 jam hari ini gara2 jam teruk disekitar jalanraya di Johor Bahru.

Bandaraya kelahiran UMNO ni memang tak boleh ditimpa hujan lebat selama 3-4 jam berturut2...mesti jadi banjir kilat...tension betul...bertahun dah masalah ni...nak salahkan sapa?...kubu kuat la katakan....grrrrrr!!!!!!

nasib hujan hari ni berhenti pukul 5.30pm...kalau berterusan jadi macam dulu la...sampai rumah pkl 10 malam...ada jiran aku tu pkl 2 pagi...hebatlah JB...


dari petang...


hingga ke senja...


membawa ke malam...aku terperangkap...arghhh...nasib baik bukan bulan puasa...kalau tak maunya aku berbuka telan air liur atau korek hidung...hahaha...

Thursday, April 9, 2009

Opposition Party



Ni aku bukan nak cerita pasal politik...pilihanraya kecil dah lepas dah..rakyat dah bersuara dah...tapi nak cerita pasal sebuah band hardcore/punk yang berasal dari Kota Singa...The Opposition Party.

Kalau korang mat hardcore/punk tapi tak tau pasal band ni...iskh...kena ambik tau ni...kalau aku tak silap Opposition Party ni band hardcore/punk pertama yang ujud kat Singapura...zaman2 penghunjung 80an...awal 90an memang popular gak band ni kat underground Malaysia...

Walaupun aku duk johor...tapi aku dikenalkan kepada band ni oleh seorang kawan dari KL masa aku kat ITM dulu...kena kutuk la jugak...duk johor pun tak tau pasal band ni...kata underground...siak jer...hehe...

Tapi lepas terbaca pasal dorang kat Big O (ni majalah muzik singapura.. adalah skit2 macam ROTTW tu...err..Encik Deaf...ada lagi tak Big O ni...lama dah tak baca...)terus terminat pulak...dan terbeli pulak demo tape dorang :p(sekarang dah hilang...tak tau mana pergi dah...)yang tinggal hanya kaset ni...





ni jer la rilisan dorang yang aku masih ada...banyak influnce slayer/metallica dalam ni


Dulunya dorang memang straight hardcore/punk...tapi mengikut cerita yang aku terbaca kat fanzine Aedes (kalau tak silap la...lupa dah...)sejak dorang selalu turun KL buat gig dan selalu lepak CM ngan bebudak thrash zaman tu (punisher dan sebagainya) muzik dorang pun dah banyak terpengaruh ngan thrash metal...tu yang buat aku suka tu..

band ni bukan band melayu...semua cina...aku tak sangka rupanya masih ujud band ni...tak caya cuba check kat sini...ada sample2 lagu dorang kalau nak dengar...

ok la...aku tinggalkan korang ngan artikel yang aku ambil dari Immortal Fanzine isu no 2 tahun 91(kalau tak silap)..baca je la..



Friday, April 3, 2009

The Zoo 2


Aku tak pernah gi Zoo Johor...walaupun hari2 lalu dekat situ time balik kerja...mugkin kalau ada pergi pun zaman aku kecik2 dulu kot...dah tak ingat dah...tapi Zoo Negara...Zoo Melaka...banyak kali dah...aku rasa bukan aku ajer..sure ramai lagi warga JB tak pernah sampai zoo ni kan...haha...

Sempena ngan cuti sekolah bulan lepas...dan disebabkan duit yang tak berapa nak ada...aku bawak anak aku jalan2 dekat je la...save sikit..hehe..

so korang layan je la gambo2 kat bawah...tak banyak dapat ambik pasal terlupa nak charge bateri kamera....aduh..







Cuma ada beberapa perkara la yang aku nak cakap pasal Zoo Johor ni...pertamanya takder tempat parking...ada ker kena parking bersepah tepi jalan ajer...apa la...nasib tiket masuk tu murah...RM2.00 dewasa RM1.00 kanak2...berpatutan la...zoonya pun bukan beso mana...jalan kaki jer...tak yah tram2 la...kalau kena mendukung anak pun tak der le letih sangat kan...

Binatangnya pun ok la...yang penting ada binatang2 utama macam Singa,Harimau (ada 3,4 species),Gajah,Kuda,Unta,Buaya,Species2 Monyet,Burung dan Ular tu pun budak2 dah suka dah...walaupun sebelum ni aku banyak dengar komplen kata zoo johor kotor la...binatang macam nak mati la...tapi dari apa yang aku tengok bagi aku ok la...mungkin pihak pengurusan zoo dah take action kot dengan komen2 negatif...ala tiket murah...tak leh nak expect lebih2...

Satu yang best pada aku...mugkin disebabkan zoonya kecik...binatang2 nya boleh tengok dekat2..ada harimau ngan singa yang diletakkan dalam kandang yang kita boleh tengok dekat2...kalau berani...boleh kot usap2 kepala harimau ngan singa tu...nasib la kalau tangan tak hilang...haha...

ni ha...kalau berani pegang la kepala singa ni...hehe

Satu lagi yang bestnya...pertama kali aku dengar bunyi singa mengaum secara live...mak aii..bergegar rasa tanah...patutlah singa ni orang gelar raja rimba ek...

raja rimba n family...anak aku yang kecik suka nengok...dia ingat anak singa tu anak kucing...hehe


Masjid Sultan Abu Bakar...pandangan dari dalam Zoo Johor


kesimpulannya...dgn hanya RM2 sorang dewasa...ok la...berbaloi la jugak...