Tuesday, June 30, 2009
The Real Life "Spinal Tap" - This Is Anvil
Selepas terbaca kat forum Metal Terus dan dan review dari changing season..aku jadi tak sabar nak tengok cerita ni...download lama dah..tak der masa je nak tengok..akhirnya malam khamis lepas aku berjaga malam untuk movie ni
Sebenarnya aku tak follow sangat Anvil ni...tau gitu2 ajer..pernah jugak la dengar lagu2 dorang terutamanya Metal On Metal...Untuk persediaan tengok cerita ni.. aku jugak dah dengar keseluruhan discography dorang...rasanya not bad la dorang ni..tapi tu la...bakat bukan punca utama untuk berjaya...nasib jugak memainkan peranan besar..
Dari sebuah band yang bagi pengaruh kat nama2 besar Heavy Metal hari ni macam Metallica, Guns N’ Roses, Anthrax, Slayer dan Megadeth..dan sedikit kegemilangan di awal tahun 80an...nama mereka akhirnya lenyap di persada muzik metal dunia...seperti mana di pembukaan cerita ni ditunjukkan yang mana band2 yang bersama2 mereka membuat tour di Jepun pada tahun 1984 iaitu Scorpions,Whitesnake dan Bon Jovi semuanya berjaya dan album terjual berjuta2 unit...sedangkan mereka...hmmm...kesian.
Movie rockumentary yang diarahkan oleh bekas roadie mereka sendiri di zaman 80an ini (Sacha Gervasi - mamat roadie ni pun lebih berjaya dalam hidup dari dorang...hmmm) menceritakan bagaimana 2 orang sahabat dari Toronto,Kanada yang bersahabat karib sejak berusia 14 thn ( Steve "Lips" Kudlow dan Robb Reiner )menubuhkan kumpulan heavy metal bernama Anvil dan selepas hampir 30 tahun mereka masih terus berusaha mencuba untuk menjadi rockstar yang berjaya.
sahabat karib pakcik Robb Reiner (drum) dan pakcik Steve Lips Kudlow (vocal/gitarist)
Semangat 2 orang ni memang dasat...respek sungguh...walaupun dah mencecah usia awal 50an..masih gigih mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan record deal dan berjaya...iskh... berapa ramai kan antara kita yang gave up their dream nak jadi rock star ni bila berkahwin dan umur mencecah 30an...
Movie ni dirakamkan pada tahun 2006 (kalau tak silap aku)..membawa kita mengembara mengikuti tour mereka ke eropah..macam2 peristiwa berlaku...antaranya di Prague, tidak dibayar oleh promoter sebaliknya dapat semangkuk makananan ajer gara2 sampai lewat di lokasi...Di Romania..dgn venue berkapasiti 20,000 tempat duduk tapi hanya 174 orang je yang datang...tertinggal keretapi dan tak lupa juga adegan muka2 lesu, boring dan bingit tetamu di majlis kawin gitarist dan manager mereka dikala dorang main live..haha..
Secara keseluruhannya menarik la..ala2 this is is spinal tap...cuma yang ini kisah benar...sedih jugak la tengok dorang sampai terpaksa berkerja sebagai caterer dan tukang buat rumah untuk menyara hidup..bukan semua rockstar dapat hidup kaya..
Aku rasa bukan Anvil saja...banyak lagi band2 lain termasuk yg kat Malaysia pun macamgini...tak semua orang boleh hidup hanya dengan main muzik...muzik rock pulak tu kan...hanya yang betul2 bernasib baik aje akan jadi kaya dan berjaya..main muzik untuk hobi lagi senang kan...
apa2 hal pun..aku rekomen la cerita ni..tak perlu minat Anvil maupun heavy metal untuk menikmati cerita ni..layan.
nnti aku pi cek. cerita2 mcm ni aku suka tgk.
ReplyDeleteFuhhh. Nasib baik gua tak de cita-cita jadi Rokstar.
ReplyDeleteLOL.
rezeki masing2 eh..
ReplyDeletetapi ni dah ada documentary ni mesti ada naik ler profile
aku rasa last2 mesti sebak nengok kan? Sedih...
ReplyDeleteNanti aku tengok.
sapa la memuda dulu tak der cita2nak jadi rockstar kan..hehe
ReplyDeletetapi memang sedih la...bab yang last masa dorang dapat gi Jepun tu aku tengok muka sorang2 org tua ni..aku pulak yg sayu..huhu
azam yg kuat... tapi tak semua yg kite nak kite akan dapat...
ReplyDeletekat melesia nih.. yg bebudak rock kapak.. ade yg bawak lori, bukak kedai bundle, jual henset.. tak ramai ler yg bebetul dpt kekalkan name sampai skang...
setuju nga muor.. tgkkat poster tu cambest jer mubi ni
ReplyDeletetidak semua mimpi itu indah...
ReplyDeletesome people might get lucky, others will go obsolete!
boleh share link dunludnya tu bro?
ReplyDeletespeedrider..x boleh bagi sini..nanti org cakap aku promote pirate...huhu
ReplyDeletenanti aku bagi la
Lu punya pasal, ah, gua TERPAKSA download movie nih. :)
ReplyDeleteAda bebrapa points;
1. Lips memang optimistic. Tak pandai mengalah. Not only that, having a good manner and friendly to others made me respect this guy. (Which, slalunya opposite kalo lu Rock/Metal)
2. Lars sebut, "isolation things, because of Canadian element..", answering why Anvil didn't make it. Mungkin ini adalah 1 factor.
3. Great movie. Gua agreed ngan lu, Thrashead.
BTW, there are many great bands didn't really make it, such as, RAVEN. Ataupon LIZZY BORDEN (at least in my opinion).
aku baru sia donlot movie ni hehehe nanti aku tengok malam ni hehehehehe
ReplyDeleteRST..gua agreed ngan lu pasal LIZZY BORDEN...iskh...nak kena cari balik ni mana gua letak The Murderess Metal Roadshow..
ReplyDeletegua ada perasan ini citer kat kedai!
ReplyDeletepetang ni gi cark balik ...
bukan saja anvil yang kureng bernasib baik. banyak lagi yang senasib anvil seperti angel witch, angel dust, autograph, armored saint ( band ex-anthrax john bush ), keel, tygers of pan tang, samson, raven, quartz, grim reaper dan entah apo ko bondo eh laie.
ReplyDeletesama seperti diamond head dan budgie. mereka kurang dikenali dan berjaya sebenarnya sekiranya lagu mereka tidak dicover oleh metallica!
biasak la... apa2 kerjayapun cam tu. ada yang sangat berjaya, ada yang berjaya dan ada yang gagal!
nak gak tengok kisah perjalanan pahit band ni.
hidup mesti terus brader!
aku dah tengok heheheheh itu la sound of peseverence yang sebenar hehehehe
ReplyDelete