Tuesday, July 7, 2009
Night Songs
Masa tahun2 80an sebelum aku terjerumus dalam thrash...album ni memang antara favourite aku...20++ kemudian...iaitu sekarang..bila telinga aku dah tak berapa larat nak layan yg keterlaluan bingit (remember...if it's too loud, you're too old...haha..) aku bukak balik cd ni selepas bertahun tak dengar..dan amazing sungguh...aku still rasa Night Song dari Cinderella masih tetap jadi salah satu fav. album aku dari zaman hair/glam metal..
kalau tengok cover album ni..cheesy abis...lawak je dressing dan posingnya...tapi time pertengahan 80an kira trendy tu...hahaha...kaset apache ni aku beli masa thn 1987...dah 22 tahun tu..
versi cd pulak aku upgrade masa pertengahan 90an dulu...beli kat Salem Power Station, Ampang Point...dah tak ujud kot kedai cd ni..biasa arr cd zaman dulu..lirik pun takder
selalu tengok cd japan press kan...yang ni kaset...aku tak ingat sapa yang bagi aku kaset ni (kawan2 masa kat ITM dulu...abang dia beli kat jepun..kover dah hilang..tu yg bagi kat aku..)..sepatah haram pun tak paham apa dia tulis kat kaset tu..kalau tak try pasang...mesti ingat ni lagu jepun
Jangan terpengaruh dgn nama dan dressing dorang yang macam lembut tu..band yg di discovered oleh Jon Bon Jovi ni memang agak berlainan dengan band2 glam pada zaman tu..maklum la dorang bukannya dari LA Scene yang terkenal dengan band2 glam tu...(dorang dari Philadelphia)... suara vokalis/gitarisnya Tom Keifer yang ala2 Brian Johnson versi high pitch memang lunak menusuk kat telinga aku...antara vokalis hebat dizamannya la...tambah pulak solo2 dia yg mendayu tu...pergh...satu yang aku respek kat band2 era ni...solo gitar memang dasat2 walaupun kekadang lagunya tak seberapa..
Sememangnya Cinderella adalah Tom Keifer..dan Tom Keifer adalah Cinderella...very talented mamat ni..semua lagu ciptaan beliau sambil menyanyi sambil menyolo gitar dan juga bermain keyboard dan piano..band member lain tu bagi aku hanya pelengkap sahaja..tiada yg istimewanya...sebab tu bila Tom Keifer mengalami masalah suara...band ini pun berkubur...
Walaupun ada yang cakap album ke 2 dorang..Long Cold Winter lagi best...tapi pandangan peribadi aku album pertama ni lebih menarik pasal lebih heavy dan straight hard rock...kerana album2 selepas Night Songs lebih terarah kepada blues rock yang aku tak berapa minat sangat.
Mungkin ramai yang tau pasal lagu Nobody's Fool ajer..antara lagu wajib kalau citer pasal power ballad 80's...memang layan lagu ni...solo Tom Keifer yang syahdu...melodi yang menangkap...tambah suara Tom Keifer yang berhantu tu...memang complete power ballad la lagu ni..terbaek!!!(amat sesuai untuk tema lagu putus cinta...haha...) tapi ramai yang tak tau ada banyak lagu heavy yang menarik dalam album ni.
lagu favourite aku ialah opening track yang jugak tajuk album ni..Night Song..agak dark dengan gloomy gitar riffs...dengar waktu tengah malam memang menarik..best..dan lain2 macam biasa la...straight hard rock dan catchy chorus...macam Shake Me, Nothin For Nothing,In From The Outside, Hell On Wheels dan Somebody Save Me.
So..kalau nak rock kapak...glam metal yang lain dari LA Scene...ini adalah salah satu album yg korang patut cuba...rekomended!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteEik!! ada lagi ko simpan keset apache tu...hehehe! Aku kenal Cinderella ni masa DJ RMKL masa tu Halim Din dok pasang ulang2 lagu Nothin' for nothin'..sampai 3 kali sehari. So aku pun tangkap keset apache bila lalu Chow kit masa tu. Nostalgia tu, dengo lagu ni dlm bas mini no 25 kaler biru muda.
ReplyDeletedont know what you got till its gone , lagu feveret gua....dalam makna tuuu...
ReplyDeletemana dapat cd ni bro? rare rasanya ni....kalau compilation tu boleh jumpa juga...
portdy...tu album Long Cold Winter..ada jugak dalam simpanan..nanti bila2 gua review la..
ReplyDeletedulu cd2 cam ni KL melambak..sekarang mmg susah la..
skid..Nothin' For Nothin' memang layan
nice review ni bro... tq for sharing.
ReplyDeletehuhu LP aku ada tergantung kat dinding bilik aku hehehe anyway aku tak dgr lg album ni hahah tgk la nnt nak cari cd ni kat flea market.
ReplyDeletegua suka Shelter Me dari album Heartbreak Station...
ReplyDeleterock n roll yg tulus, i must say!
lagu Heartbreak stations pun layan jugak beb,
ReplyDeletependek kata ballads Cindrella memang berantu laa...
huk... nasib baik aku xlayan cinderella
ReplyDeletecis... cinderella.. ni antara band rock yang terawal menyerap kat dalam otak aku hehehehehhe rock!!!! \m/
ReplyDeleteShake Me betul2 nye ACDC.
ReplyDeleteIn fact kalo dorang main lagu2 style Shake Me, semua dah serupa ACDC pasal suara sama.
Ni kaset memang bagus, tapi aku masih prefer Long Cold Winter pasal lagi gerek pada aku
Kalau tak silap versi tape ori Malaysia aku rasa ada kat rumah mak aku lg ni. nnti aku cari. ni band mmg best woo..rock woo. Review Long cold winter..huhuhu..aku suka btul lagu tu, kalau versi Melayu mcm lagu Dalam Kehadiran Sofiah - Wings.
ReplyDeletelagu yang best terlampau best... tapi yang tak best, memang tak best. Album tak konsisten. Too bad. Tapi dua lagu Night Songs dan Nobody's Fool tu memang highlight.
ReplyDeletespeedrider...no problem..bak kata portdy..kongsi itu ambil berat :)
ReplyDeletematakucing...ada LP eh..buat perhiasan eh..haha..gua pun mcm teringin nak beli LP..player x der..buat perhiasan gantung kat dinding..
eddie/portdy..Heartbreak Station pun ok..dulu my space aku pakai tajuk Heartbrerak Station...huhu
Ijau...kena try ni..kalau bukak hari2 mesti lagi best dari kamelot..huhu
ReplyDeleteJairo...rock on bro..\m/
Takilala..betul la..dalam kehadiran sofiah tu selalu buat aku teringat feel blues rock cinderella...
nanti aku review Long Cold Winter pulak...tapi Poison dulu kot..auu huhuhu..
Portdy...cinderella bukan takat lagu slow je best...kalau lu suka bluesy rock..banyak lagu best..
Deaf...tone suara Tom Keifer ngan Brian Johnson ni memang dekat2 sama..aku kurang sikit blues ni..tu yang aku prefer Night Song
ReplyDeleteAbang Ben...tapi untuk yg kaki rock n roll yg tulus (mcm Eddie tulis)..memang layan album ni...walaupun ada jugak la 2,3 lagu filler..
bro,
ReplyDeletepagi tadi baca entry ni....
malam ni pulak gua layan mp3 Cinderella Live At The Key Club,
dulu2 gua sedut, baru sekarang nak dengar betul2....
...inilah yang dinamakan pengaruh kelab PRS (Pengaruh Rakan Sebahaya)...bukan Pembimbing Rakan Sebaya!
debut album pengenalan diorang pada dunia. hey! lihat, ciderella datang!
ReplyDeleteselepas night song, cinderella trus menghasilkan album2 yang membunuh seperti 'still climbing' yang heavy dan hebat. sayang album ni tak meletup! apa yang best, diorang ada sound sendiri. blues, country dan rock digabungkan! bila ada blues, memang tangkap lentok.
lu cuba try test album live diorang ' extended version " plak.
"...Now I don't need to worry 'bout tomorrow
Aain't anticipating what's to come
And I don't need to worry 'bout
The things I have not done
Long as I got rock and roll
I'm forever young..."
one for rock n roll
portdy...bukan ker kongsi itu ambik berat..hahaha..
ReplyDeletegayour..'still climbing' album comeback dorang selepas suara Tom Keifer pulih...sayangnya dah bukan zaman dia kan...nanti gua cari ' extended version ' pulak ah..
cinderella memang best ...gua paling minat Jeff Labar..very stylo X-man. teringat tengok Cinderella perform live kat Dallas, Texas ( zaman student dulu) in 1989...Tom Kiefer performed Dont Know what You got till its gone dengan Piano turun dari atas. awesome man.
ReplyDeleteRocksports...sesungguhnya gua jeles..har..har..
ReplyDeleterezeki gua...tapi apa apa pun gua ingat kalau kita jumpa satu hari tak habis cerita pasal rock ni..kena pulak ada bro. gayour sekali. gua nak balik cuti august ni..ni pesan apa apa tak?
ReplyDeleteaku ada gak beli album cinderella versi apache ni tapi dah kena buat harta sendiri...tapi memang best lagu2 dlm album ni...masa ni memang jeans aku sempit, nak buka pun mesti guna plastik...
ReplyDeleteguna plastik?
ReplyDelete