Wednesday, August 19, 2009
Belantara
Mungkin Search,Wings atau May lebih glamer..tapi bagi aku secara peribadinya...kalau sebut rock melayu tak sah kalau tak sentuh pasal Belantara...the most underated malaysian rock band la dorang ni..aku memang minat giler..muzik dorang sangat berbeza dengan kebanyakkan band2 rock melayu lain..sangat advance..sangat melodic...susunan muzik dia memang mantap dan ada jugak yang cakap progresif ala Queensryche...tapi yang pentingnya sangat best..ini baru rock..kepada sapa2 yang tak tau..boleh lah cekidout blog dorang kat sini
1st time tau pasal dorang masa thn 87 kot...terbaca kat sokabar Mingguan Malaysia ruangan Mama Juwie (zaman tu Mama memang rock..auwww!..hehe) ada artikel pasal satu band student malaysia kat US akan rilis album..nama band Belantara..yang aku ingat dalam artikel tu dorang cakap dorang pilih nama Belantara kerana nak bunyi melayu pasal dorang main muzik yang kebaratan..saat tu pun aku dah excited nak cekidout band ni..
Kebetulannya classmate merangkap 2nd gitaris band aku time sekolah dulu..Visva @ Ali (satu2nya budak india rock kat sekolah aku...kira dia macam Thana Metalian la...hahaha...lost kontek dah dgn mamat ni...last dengar kabo dah masuk Islam...alhamdulilah..) jiran dia adalah sepupu kepada Aziz gitaris Belantara...so bila album Belantara ni keluar je kat pasaran memang aku terus sambar..
Ketiga2 album dorang aku minat...tapi untuk entry kali ni..aku tumpukan pada album pertama yang bertajuk Belantara dulu..kerana pada aku ni album yang paling best...melodi lagu2 dia memang kuat..senang melekat kat kepala..sebenarnya rasa berat hati jugak la nak review kaset yang aku tak der versi ori...tapi nak buat camnar..zaman tu itu saja yang aku termampu...sekarang nak beli pun cari kat mana2 pun dah takder jual..at least..niat aku hanya untuk bagi promosi kat generasi2 baru yang tak pernah tau pasal dorang..(dengar kabo..dorang tgh berusaha nak yakinkan Universal Music untuk keluarkan Box Set tiga2 album dorang dalam bentuk cd...tapi macam senyap jer..harap2 jadi la..)
tahun tu aku masih sekolah...dapat 50sen je duit sekolah sehari..ikat perut hari2 nak beli kaset punya pasal..maka hanya kaset pirate ni jer yg mampu aku beli..RM2.50 ajer..seminggu ikat perut tu..huhu..
Satu yang aku sangat respek kat diorang...semua lagu/lirik dorang sendiri yang buat..akhirnya kan..ada jugak band rock melayu yang dapat lari dari lagu2 M.Nasir...zaman tu tau2 jer la..semua nak suh M.Nasir buat/terbit...tapi sempat jugak M.Nasir menyelit produce bab vocal untuk lagu Dewi...dengar ceritanya kebetulan M.Nasir berada di Lion Studio (Spore)time dorang recording dan berkenan pulak dengan lagu ni..terus dia volunteer produce...Album ni diterbitkan bersama oleh mereka dan Hillary (Search)..semua lagu muziknya dimainkan oleh mereka sendiri untuk rakaman ni kecuali untuk drum,keyboard,piano dan sedikit gitar akustik...sangat2 berbakat dorang ni...macam aku cakap awal2 tadi la...ni baru betul2 rock..Search Wings pun harap lagu orang lain...
Walaupun sora Zaid vocalistnya tu bukan lah terbaik..tapi dari segi buat lagu dan lirik memang aku respek dia ni...hebat..kira macam Mustaine la...vocal lagu2 Megadeth ada macam tak kena jer kat telinga aku...tapi bab melodi dan muziknya terbaek..gitu la jugak ngan Belantara ni..Dari segi susunan muzik..memang superb ..guitar work Aziz memang terbaek..banyak solo2 dan rif2 yang menarik..dan pemain bass mereka Shuk...aku rasa adalah antara yang terbaik kat Malaysia..tabik!
kalau korang gitarist..ni album memang sesuai..gila banyak dan panjang solo2 Aziz dalam album ni..lagu2 slow masih ada rif2 dan distortion gitar yang berat...memang aku rekomen la..
cuma rasa pelik ya...kenapa mereka kurang popular?..kurang promosi?..ntah la..radio pun jarang putarkan lagu dorang..tapi tak kisah la...janji aku suka...kerana tersangat minat punya pasal..dan tak der filer2 semua...aku review satu2 lagu..ni review santai..bukan review teknikal..ikut suka tekak aku..
Side A (ni ikut kaset la..)
1-Belantara
Perfect untuk opening..dengan riff intro yang agak dark..sesuai ngan tajuk lagunya..tambah pulak bassline dia yang layan..memang best...pembukaan yang menaikkan semangat..
2-Kepangkuan Ibunda
Lirik dia menyentuh perasaan..kalau duk obersea..sorang2..mau menangis dengo lagu ni...huhu..sebuah lagu ballad yang best..intro bass yang menarik..susunan muzik dia pun best..memang layan.
3-Jebat
lagu ni memang jadi anthem untuk aku zaman sekolah dulu..kabarnya lagu ni la yang part gitar akustiknya dimainkan oleh Hillary..paling best part masa solo berlawan antara gitar akustik dan gitar letrik tu..lirik yang menarik..pandangan generasi baru terhadap Hang Jebat...Jebat bukan penderhaka...tapi beliau adalah wira..
4-Jiwa Perajurit
Sebuah lagu patriotik..sesuai dengar bulan2 merdeka macam sekarang ni..start dgn slow dan bertambah berat pada part chorus dan solo...sekali lagi susunan muzik dia memang aku suka..
5-Sutra
Ada tak melodi yang kalau korang duk rilek2 asik2 teringat..tak tau kenapa..ada 2 lagu Belantara yang selalu melodi dia bermain2 kat kepala aku..salah satunya lagu ni..part korus tu mmg selalu terngiang2 kat kepala aku..mungkin pasal melodi dia kuat kot..sebuah lagu ballad yg best...jika diberi peluang..selalu masuk radio..mungkin boleh popular kot..ni la satu2nya lagu yang solo gitar dia pendek..tapi tetap menarik..
Side B
1-Jentera Pemusnah
Sebuah lagi lagu heavy yg aku suka..susunan muzik yang best terutama part intro..dan solo yang panjang...memang layan la..
2 Dewi
Tak tau kenapa..tiap kali dengar lagu ni..aku teringat Bon Jovi zaman s/t atau pun 7800 fahrenheit...mungkin pasal bunyi keyboard dia...atau gitar ala2 Richie Sambora..atau pun feel lagu tu kot..guitar work yg best..sekali lagi Aziz mendominasi..sebuah lagu midtempo yang aku suka..melodi yang layan...dari zaman Sek Men hingga ke ITM..kawan2 yang berlainan...tapi setiap kali jamming gitar tong mesti terselit lagu ni..lagu fav. aku..padanla M.Nasir pun terpikat..
3-Rintihan Menara Gading
Ni lagu anthem la pada sapa2 yg study obersea..lirik dari pengalaman dorang la ni..maklum la masa album ni dibuat..dorang masih study kat US lagi..sebuah lagi lagu slow yang best...ni walaupun lagu slow tetap ada sound gitar yg berat..
4-Nostalgy
"Tika dingin pagi
Kabus menutup diri
Mentari bagai segan
Menunjuk siang
Bayu samudera menegur daku
Lantaran inginkan berpuisi
Jernihnya embun di hujung daun
Saling seperti mutiara pagi"
lagu slow yang liriknya sangat la puitis..tabik buat Zaid...ni satu lagi lagu yg selalu terngiang2 kat kepala aku..solo dia pun best...cuma rasa ada part yg stop sekejap sebelum sambung solo gitar tu ada feel macam lagu Nobody Fool- Cinderella..ni pun fav. aku..
5-Negaramu Yang Utama
aku suka intro lagu ni..dorang ni part susunan muzik memang terbaek...satu lagi lagu patriotik yang layan..sebuah lagu heavy yang perfect untuk penutup dan buat aku rasa nak bukak balik side A untuk dengar lagi dan lagi (ni zaman walkman/radio kaset dula la..)
Memang aku rekomended dorang ni...aku try cari kat youtube...malangnya aku tak jumpa lagu2 dari album ni...kepada sapa2 yang tak pernah dengar...rajin2 la google...ada beberapa tempat yg korang boleh sedut..rasanya Belantara pun tak kisah...mana nak dapat lagu2 ni sekarang kan.
ntah bila kalau aku rajin..aku rebiew album no 2 ni pulak...
Ya bro, bagi gua album berjudul Belantara tu paling best, memang mengejutkan masa tu bila dengar corak muzik yang dibawak berbeza dengan kump rock yang ada kat tanah air masa tu. Memang best band ni, tapi tu ler, senyap aje dah. Sayanglah ... blog depa pun berhabuk je gua tgk ... hehehe
ReplyDeleteharap2 dia org rakam album barulah, dengan sentuhan yang sama cam album pertama tu, kalau tak, habislah. Bab suara tu gua rasa album 1st boleh layan lagi, seterusnya kurang sket, tah nape gaknya ... hehehe apa2 hal pun, harap jadilah rilis 3 album tu ...
yup belantara antara rock band terbaik walaupon tak popular..dengan musicianship yang tinggi..dorang mampu mengolah lagu mengikut bakat mereka tersendiri. Lagu2 mereka totally berbeza dengan lagu2 rock yang lain. teknikal & bermelodi. harus dimiliki tp aku tak de 1 pon album2 belantara. cuma kaset the best aje.
ReplyDeletesusah nak dapat material belantara ni,
ReplyDeletekalau nak sedut buleh tapi kepuasan tak maksimum lahh...
tapi memang heran napa belantara ni tak naik sangat, sama kes macam kumpulan Strangers, lagu semua sedap2.
setuju
ReplyDeleterasa2 bleh jumpa cd version x? kekekeke...
ReplyDeleteapakata betromber jdkn mp3 lagu2 depa ni?
ReplyDeleteasyik jgk kn?
td gua dapat cd GITARISTA 10 UNKNOWN MALAYSIAN GUITARIST.(part1)
layan gila!brader kene dgr!
hehhe..(ntah2 dh dgr dak?)
penerbit album dia ialah burn crossfire/joe burnmark
asyik.
lautan cahaya tujuh warna pelangi cair cair cair di dalam nyaaaaa
Deletesebuah band rock melayu terbaik tetapi kurang promosi, kurang kangkang depan majalah... maka ramai yg kurang tahu kewujudan mereka.
ReplyDeletepegi kat blog dia ramai2, kita pujuk suruh diorang re-issue material2 ni balik.
ada sesapa yg tau pasal band samurai, first album bertajuk pendekar belantara..???
kasik review laa... gua punya cd ilang beb.
Abg aku ada versi ori punye..huhuhu. Nnti aku cari dan post kat blog. Tapi kalau tak jumpa tu, bermakna telah ditapau oleh rakan2 seperjuangannya..huhuhu.
ReplyDeleteya, aku dah lama kenal belantara, baca dlm majalah keluarga atau remaja, sekitar 87-88 la..dah lupa.
ReplyDeletetime tu pelik sikit la, apsal imej tak rock? rambut tak panjang..hehe
SLMT BERPUASE BERTEROMBER SEMUT BYR LER HUHUH DH DUA TAHUN DH KERJA SYUKUR BETUL
ReplyDeletepanjangnya.. esok aku sambung baca.
ReplyDeleteFYI bro (tribute):
http://www.youtube.com/watch?v=yBejH3NOW34
Vox: Herman (rockunite contestant)
Guitar/Sound: Tolyn (Dayana)
encik eddie,
ReplyDeletesamurai ni band TAngkak kan?
gua selalu lepak kat studio ex drummer dia@mans studio , dan baru jek julung kalinya jam dengan dia malam sabtu lepas.
segan seh main ngan dia, band gua main hancus gile , Abang man tu senyum je huhuhu...lepas 3-4 lagu dia blah. nak jaga kaunter depan dan buat mixing katanya hahahaa...(ke pedih dengar kitaorang main tak tau le...)
(dia kata dia exsamurai , kalau dia cong gua tak tau lah kan huhuhu...)
tapi cam yakin le dia...
geng metal…dengar citernya..masa nak rilis album no 3 zaid mmg tak nak nyanyi dah..tapi tak jumpa vocalist lain yg berkenan..dia jugak yg nyanyi…vocal dia memang kureng arr…try dengar single terbaru dorang..rilis tahun lepas kot..tp tak der sound macam dulu ahh..dengarnya gitar pun bukan aziz yg main http://www.youtube.com/watch?v=gfKnzSxNrZU
ReplyDeletematakucing…kaset pun kaset la bro…mana nak dapat lagi sekarang..
Portdy...Strangers ni yg kump Mus May tu eh?..time tu aku dah tak follow rock melayu..tak tau ahh..
Semut…hmm..iyer la tu..kalau MK setuju..semut pun mesti setuju.. ye tak?..huhu
ReplyDeleteIjau D. Koceng…kalau ko nasib baik..ronda2 la kat serawak tu..dulu ada keluar cd best of…tapi tak cukup puas…pasal semua lagu2 slow
Rockmetaller..bukan tak nak buat mp3..tapi gua punya kaset ni bunyi dah tak elok..buat sakit telinga je dengo bunyi tikus nanti..
GITARISTA?...x pernah dengar la..review arr..
cd "the best of [nama band melayu]" aku mcm pnh nmpk kat bintulu ni, kat tmpt aku beli cd ella - 30110 aritu, tp aku xpasti apa band... nnti esok aku usha
ReplyDeleteEddie...dorang memang cadang nak re-issue...siap box set ada additional track lagi...tapi tu la..hak cipta rekoding co. yang pegang..nak buat camner..
ReplyDeleteTakilala...sila sila...dah lama aku tak tengok rupa kaset ni yg ori..
pstt..err..kalau ko nak post NKOTB pun boleh jugak...rekues by ijau dan portdy...huhuhu..
J..a'aa..time tu kalau nampak band rock rambut pendek mesti suspek ni line gersang dan man bai...hahaha..tapi kalau zaman kill em all James rambut pendek macam sekarang camner ek?...
Semut..bagus ler bayo sendiri...nanti tak lama lagi MK pulak bayarkan...tak gitu MK...huhuhu..
ReplyDeletespeedrider...thanks for info..tp aku still ada problem nak bukak blog ko tak boleh...tak tau naper..
Portdy/Eddie..aku ada kaset Samurai...tp aku tak ingat yang mana satu..err..ker dorang ada satu album jer..ntah..
Ijau...best of (nama melayu)??...ntah2 Gersang kot...tu pun nama melayu...huhu
suci wajah mu anak tak tercemar harapan ibunda terciptaaaa
Deleteencik portdy dan saudara berteromber yg kacak...
ReplyDeletesamurai ada 3 album... 'pendekar belantara', 'konfrantasia' dan last sekali album 'angker'.
yes, drummer dia Man, bass dia Ami dan guitarist/vocalist dia Wan... diorang ni main death metal dan thrash metal. guitarworks cukup melalaikan... sesapa yg ada album diorang, tolong bikin review 'riak cdwi'... hehehe...
eh, semalam MU punya game, macam mana? (saja bikin lu angin, bro...)
Eddie...biasa la..hero kalah dulu..kan taun ni pakai uniform otromen...lampu lum nyala lagi tu...hahaha...siak arr..lawan team lauk pun kalah..
ReplyDeletehahaha... baru kejap td waktu lunch break ronda2 kedai kaset... tp xde la plak belantara, yg ada best of dinamik, gamma, massa, olan, ilusi, terrarosa dan vagrant
ReplyDeleteaku sambar itu ilusi je...
aku tak pernah ada kaset dorang..
ReplyDeletesusah kot nak carik dah sekarang kat mana2.
strangers , yup band mus may
ReplyDeletedeaf ada cd dia ni kot?
try tanya deap...
thanks bro berteromber----
ReplyDeleteya lah---blog tu dah lama berabuk---tapi kami juga ada FB Belantara Zas dan FB Group Belantara FC. rajin join ler.
Kami masih belum berjaya mendapatkan master dari universal music. Pihak universal macam layan x layan jer. Entahlah, mungkin perlu bertindak melalui saluran "salah" kot?
gerak dulu---terima kasih semua yang masih bersama kami. Salut!
bro shuk...thanks for the komen..belasah la apa cara pun..kami akan terus menyokong Belantara..memang berharap la dapat kuar dalam bentuk cd..Salut bro!
ReplyDeleteAssalamualaikum, Thanks for 'a long time coming' album review. I read all the comments with equal amount of both, pride and humility. God-bless all
ReplyDeleteZaid
Thanks bro kerana sudi singgah..respek!
ReplyDeletebiar jasad mu bakal hancur lebur pengorbanan mu tetap di kenang #jiwa perajuit
DeleteBro berteromber, thanx 4 the review..tp bile nk rvw 2 album lg tuh? hehe. Aku, peminat rockapak generasi baru yg mmg jatuh cinta dgn band nih, tp cuma ade kompilasi diorg tuh jer. Material diorg mmg bleh dgr kt intnet nih, tp kualiti hancuss ar..
ReplyDeleteBro, kalo ada lirik2 semua lagu belantara bleh share dgn aku x? Nih emel aku cipu_art@yahoo.com
TQ.
sikurus...thanks kerana singgah..
ReplyDeletentahlah tak tau bila agaknya yg aku nak terajin nak review tu..lirik2 ni kat tenet ada kot..ntah nanti aku tolong carikan..
....bro berteromber ada facebook dak? senang2 add la sy..cipu_art@yahoo.com
ReplyDeletesalam..shuk dan zaid..hubungi saya Halim 013-2241114..
ReplyDeleteaku nak tambah sikit boleh dak..........Beratapkan langit yang tujuh...wujud jua sejuta tubuh...dosa dan noda pasti tersentuh..demi kuasa yang terutuh kau bakal kembali...........sujud.....kepadaNYA........belang antara
ReplyDeleteyezzzz...satu band yg kawe minat.semua album dh dimakan anai anai...yg masih ada hanya cd koleksin terbaik jer...
ReplyDeletetak lama lagi kabarnya akan keluar cd reissue album2 Belantara ni...
Deleteberkebaya merah jambuuuu hati kuu dikau curi...ooooo
ReplyDelete