Sunday, October 11, 2009
Bon Jovi st
Kali pertama aku dengar lagu Bon Jovi kalau tak silap adalah pada tahun 84..bukan satu album tapi satu lagu dari satu kaset kompilasi lagu2 popular tahun tersebut..aku dah lupa apa tajuk kaset tu tapi yang masih aku ingat dalam banyak2 lagu pop new wave dalam tu ada 4 lagu yg guitar oriented yang benar2 aku minat dan selalu ber”air guitar” ataupun raket badminton di jadikan gitar bila dengar lagu2 tersebut..
Run To You – Bryan Adam, Love Somebody – Rick Springfield, Sister Christian – Night Ranger dan Runaway – Bon Jovi
Itulah pertama kali dengar Bon Jovi…menarik jugak lagu Runaway tu..tapi itu sajalah yg aku tau pasal Bon Jovi sehingga lah pada tahun 86 bila lagu You Give Love A Bad Name dari album Slippery When Wet meletup…time tu baru lah tau macamana rupanya dan sapa2 dia anggota band Bon Jovi tu..
Tapi aku bukan nak citer pasal Slippery When Wet (ni lain kali citer..tungguuu…) tapi pasal 1st album Bon Jovi yang tajuknya jugak Bon Jovi..album ni aku dapat dengar penuh hanya pada tahun 88 atau 89..tapi aku dah familiar dengan sesetengah dari lagu2nya dari bonus video clip yang ada dalam tape VHS Slippery When Wet dulu..
First time nengok video clip dalam VHS tu aku dah terminat dah ngan lagu She Don’t Know Me..sebuah lagu yang sederhana rancak..satu2nya lagu dalam sejarah Bon Jovi yang bukan dorang cipta sendiri..memang layan lagu ni..
Antara highlight cd ni sudah tentunya lagu Runaway...dengar ceritanya dan seperti yg tertulis kat booklet cd ni...lagu ni bukanlah dimainkan oleh Richie,Alec,David dan Tico...tapi dimainkan oleh pemuzik undangan kerana lagu ini adalah lagu pertama yg dirakamkan oleh Jon untuk mendapatkan kontrak syarikat rakaman...tak tau la samada lagu ni dirakamkan semula ataupun sememangnya versi asal..Richie,Alec,David dan Tico hanya menyertai Bon Jovi selepas lagu Runaway dirakamkan..
Bagi aku ini adalah antara album terbaik Bon Jovi..kalau nak dengar muzik Bon Jovi yang kasar…mentah…berat…bukan rock leleh dan country macam sekarang..ataupun solo2 membunuh Richie Sambora..bukannya malu2 nak menyolo macam sekarang..inilah album yang patut di cari..inilah zamannya mengapa Richie Sambora dianggap salah seorang gitar hero yang hebat.
Banyak lagu2 yang menarik antaranya 2 lagu yang boleh dikatakan paling heavy dalam album ni iaitu Roulette dan Get Ready…Roulette tu dia punya beat buat aku teringat lagu Langit Dan Bumi – Search pulak.. Tiada lagu slow meleleh..yang paling hampir pun rasanya lagu Love Lies..dapat dirasakan inilah signature untuk lagu2 slow Bon Jovi selepas itu..
Tapi selain lagu Runaway..dan lagu2 yang aku sebut tadi..sebuah lagi lagu yang aku cukup minat adalah Shot Through The Heart…rasanya kalau lagu ni muncul di zaman Slippery When Wet pastinya lagu ni juga boleh menjadi popular sebaris dengan You Give Love A Bad Name dan Living On A Prayer..
Kekurangan album ini?..rasanya dari segi lirik la..majoritinya lirik cintan bodoh ajer...tapi kalau nak dikira dari segi melodi lagu yang catchy tu…rasanya boleh dimaafkan la lirik2 ni…hehe..
Kesimpulannya kepada sesapa peminat Bon Jovi yang bermula dizaman 90an ke atas..aku rekomen 1st album ni…mungkin takder lagu2 leleh macam zaman Keep The Faith ke atas..tapi lagu2 hard rocknya tetap melodic dan catchy dan mungkin korang akan paham kenapa peminat2 zaman 80’s macam aku lebih suka Bon Jovi yang lama…sebuah “long hair heavy rock n roll band” (definasi Jon sendiri yang aku terbaca kat satu interview majalah satu masa dulu) bukannya band rock leleh,country dan anti solo macam sekarang.
Aku tinggalkan 3 lagu versi live dari cd ni..semuanya dari zaman2 awal kemunculan mereka..layan..
Runaway live Tokyo 1985
Shoot through the heart Tokyo 85
She Dont Know Me 84
aku start dgr zmn blaze of glory versi soundtrack filem young guns klu xsilap... lain sket drp versi crossroads (satu2nya album bon jovi yg aku ada)
ReplyDeleteheheheee... bunyi ado Bon Jovi disini , kawe maghi selalu...
ReplyDeletenak hidup Bro ,dorang kena ikut 'market', muka kena 'cun', lagu mesti meleleh .
Tapi senarai lagu dalam crossroad tu memang best dan laku untuk dijual, kaset dia saja aku beli 3 , satu darinya untuk ganti kaset kawan yg aku rosakkan,
sekarang CD Bon Jovi pun dah rosak juga :P
Nice review, tapi ada lagi ker 1st album tu dalam pasaran sekarang?
ReplyDeletegua mula kenal dgn bon jovi ketika cuti penggal persekolahan sekitar 86 dan tinggal bersama uncle cannon gua kat tampines... di situ gua di belikan sebijik walkman dan kaset 78oo fahrenheit di record store 'whizzound link' kepunyaan yantzen rusty blade di joo chiat complex...
ReplyDeletebon jovi..yeah.
ReplyDeletedulu mmg kipas-susah-mati bon jovi. tapi bile si jon tu start jadik model versace, berlakon bagai..n paling frust, bile dia start rambut pendek, aku bantai nangis gile2...huhu.
ReplyDeletebon jovi gua cuma beli koleksi terbaik jer....itupun kaset ntah kemana...bon jovi ni cam grup budak baek jer erk...hehe
ReplyDeleteFirst album yehhhh!!!...memang album peberat aku.. Sayangnya aku tak sempat nak beli CD. Ko dapat kat mana ha? pas ni rebiu yg no 2 pulak...pun album yg aku minat sesangat...
ReplyDeleteyeah!john bon jovi.jiran pakcik suka!
ReplyDeleteIjau...album blaze of glory memang best..album2 solo Jon lepas tu semua bosan..
ReplyDeleteTerra...aku tak pernah beli crossroad...versi sedut jer ada..hehe
Speed...cari kat malaysia mmg tak der..tapi pernah dengar tak word "e-bay"...hehehe..
Eddie...best..lu punya uncle rock oo..tu ujud lagi ker kedai tu sekarang?
ReplyDeleteTakilala...yeay yearhhhh
Nadia...haha..pompuan mmg cair ngan bon jovi kan
Ajie...biasala..band mamat hensem..tu yg nampak baik jer..gua rasa kalau Slayer pun anggotanya hensem2 belaka...sure nampak macam NKOTB atau Backstreet Boys...hahaha...
ReplyDeleteSkid..7800 fahrenheit tu tunggu sampai aku terajin la...hehe..
ada member aku jual koleksi dia murah2..tu yang aku sambar semua tu..
Pakcik Kordi...ooo..ingat Bon Jovi tu jiran pakcik...iskh..buat saspen ajer..
kedai tu dah takde kot... boleh tanya deaf angel, uncle cannon gua adalah die hard fans band Kiss (gua penah tengok dia punya official Kiss Army ID) dan pencinta sebenar Ritchie Blackmore dan Frank Zappa...
ReplyDeletei got the LP for this album and 7800 deg F. memang best
ReplyDelete