Monday, November 2, 2009
City Of "Rock N Roll"
“Ingatlah..ini lah JB ok..JB sebuah kota bermulanya rock n roll..”
Masih terngiang-ngiang ayat ni kat kepala aku…dan sekarang aku boleh dengar semula ayat ini berulang-ulang kali sampai jemu kerana ayat ini telah pun dirakamkan dan diterbitkan dalam bentuk cd…iyer..Cd Search live di Johor Bahru pada bulan May yang lalu akhirnya telah pun berada pasaran…
Kepada sesapa yang nak refresh memory atau belum baca ulasan aku pasal konsert ini…klik kat sini…Cd ni diberi tajuk Search…Live In JB 2009 City Of "Rock N Roll"...iskh…ada skit2 nak serupa macam macam tajuk entry aku dulu tu je..nak kena claim royalty ni…haha…Cd ni megandungi 2 disc…tracklistnya adalah seperti berikut
CD1
Paranoid & Balada Pemuzik Jalanan
Setelah Hujan
Laila Namamu Teratas
Langit Dan Bumi
Pelesit Kota
Gadis Misteri/Gadisku/Gadis Ayu
CD2
Gothik Malam Edan
Gitar Solo & Fenomena
Bencana & Drum Solo
Isi Atau Kulit
Isabella
Fantasia Bulan Madu
Mat Rock & Pasti
Nampaknya tidak semua lagu yang dimainkan pada malam tersebut dimuatkan dalam cd ni..tak tau sapa yang memilih dan atas dasar apa pilihan lagu tersebut dibuat tapi yang pastinya lagu Diari Habil Dan Qabil,Melastik Ke Bintang dan Pawana tidak dimasukkan dalam cd ini..
Komen peribadi aku?…dah tentulah aku bangga kan…suara aku termasuk dalam ribuan yang menyanyi beramai2 pada malam tu…tak sia2 aku menyanyi sekuat2 hati…ternyata cd ini membuktikan yang aku tak tipu korang…crowd malam tu memang loud giler…memang jelas kedengaran sepanjang cd ini suara penonton menyanyi bersama2 Amy dari mula hingga akhir..tak banyak cd konsert yang kita boleh dengar jelas suara penonton…tak pasti samada penerbit memang sengaja berbuat begitu atau pun sememangnya suasana dewan tertutup dengan crowd yang kuat tu tak boleh dibendung lagi tahap kebisingannya..biasanya cd live ada part2 tertentu je suara crowd kuat kan...
Puas jugak aku belek2 gambo ni kot2 ada muka aku...tapi tak der la pulak..hehe
Nak komen sound cd ni…aku tak pandai sangat bab2 teknikal ni…tapi yang nyata bunyi gitar John dan Din Mayat memang jelas kedengaran…clear…walaupun pada malam tu aku sebenarnya tak berapa dengar solo2 dorang…kerana suasana yang bisng tu…tapi melalui cd ni memang jelas untuk menghayati solo2 gitar terutamanya John…ternyata pada sesapa terutamanya peminat2 baru Search yang masih sangsi dengan John ni…boleh dengarkan lah sendiri…aku tak nak cakap saya yang lebih hebat…John atau Kid…tapi sebagai peminat Search di zaman 80an…terus terang aku memang minat dengan line-up pada malam tersebut…kena pulak time dorang bawak lagu2 era zaman Langit Dan Bumi dan Mentari Merah tu...perghh..best..
Kalau kita biasa tengok camner rocker2 mat saleh yang dah tua2 macam contohnya Bruce Dickinson atau pun Steven Tyler (aku dapat agak Amy banyak ambik influnce dari dia ni)..masih hebat vocalnya ketika live…di Malaysia ni kita memang boleh berbangga dengan Amy…kira setanding arr…walaupun ada jugak part2 yang dia curi angin dengan membiarkan aku err…crowd malam tersebut yang menyanyi…Apa2 pun memang tabik dengan Pakcik Amy ni…terbaik!
Kalau nak katakan inilah rakaman live terbaik Search..aku tak pasti..tapi untuk seisi tour di Awan Biru ni mungkin kot…tu pasal hanya venue di Jb ni sahaja yang dikeluarkan dalam bentuk cd..dengar kabo yang kat KL pun banyak komplen…kalau nak bandingkan dengan cd2 live Search sebelum ni..aku pun tak pasti..sebelum ni aku Cuma ada Search Rock N Roll Pie Live & Loud tu ajer…dah aku pun dah tak ingat macamana bunyinya pasal dah lama giler tak dengar..tapi peduli apa aku…aku memang bias…pada aku cd ni memang best…pasal nilai2 sentimental valuenya tu…huhu..
Harapan aku la…versi audio dah ada…harap2 lepas ni akan keluar pulak la versi videonya…apa2 pun jika korang terlepas konsert tu..dapatkanlah cd ni...puas hati beb.
aku dengor ramai yg cakap kat jb paling best...
ReplyDeleteyg kat kl pon aku terpakse soh adik aku tolak teket aku
nak kene angkat satu nih... bape ranggok eikk?
nanti leh ler aku dengor sore ko.. hehehehe
Kuar double disk tapi lagu tak semua ada..kenapa ek?
ReplyDeleteTak silap aku Diari Habil & Qabil tu kantoinyer jelas giler (aku dengar dari booth DNS). Pawana & Melastik Ke Bintang pulak aku tak pasti sebab apa tak dimasukkan..
Nak tunggu DVD/VCD ek? hahaha.Selagi "internal problem" dorang tak selesai, aku rasa peluang nak keluar DVD tu tipis la..
Er..tak dengar pasal line-up "baru" Search pasca-Bukit Kiara?
Muor...rega RM30++..lupa ahh..33 kot
ReplyDeleteZan...tu la pasal...double disc..tapi lagu tak complete..
dah dengar citer jugak...John dah kuar eh...Kid masuk balik
Benda yang berlaku kat Kid dulu berulang kembali.
ReplyDeleteKali ni wataknya John. Dibuang tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Juga diberitahu melalui orang ke-3.
Ni la perangai band rock yang dah berumur 28 tahun..
Sampai sekarang John tak tau apa salah dia sampai dia kena buang.
Apahal le buang ambik ni...
ReplyDeleteTak faham aku...
apahal pun aku nak citer makan kat restoren Amy..tak pun sedap mana pun...
Zan...aku pun sampai sekarang tak paham dorang ni..main muzik berpuluh tahun..tapi kat album masih tak berani nak cipta lagu sendiri
ReplyDeleteaku masih menunggu untuk drg datang ke sabah.. huhuhuhu
ReplyDeleteHard to say. Tapi rasanya untuk tour Awan Biru ni rasanya dorang takkan ke Sabah & Sarawak.
ReplyDeleteTapi tak tau la tetiba dorang dapat "wahyu" untuk ke sana. Tengok condition & problem yang melanda dorang sekarang ni, Sabah & Sarawak is out of plan.. Tapi future tak tau la..
Que sera, sera..
mcm tergesa2 jer kuar album ni?? tuari baru keluar live kat planet. Ermm tak dapat ler nak dgr 2 single sentuhan john yg di canangkan dulu.COver pakai Seberang Jaya nyer konsert??
ReplyDeleteNuek..
ReplyDeleteSepatutnya album ni kuar sebelum Bukit Kiara nyer show tu. Ni kira dah drag dari due date. Live @ Planet Hollywood tu dah lama keluar rasanya. Aku dah ada both DVD & CD 5 bulan lepas kot..
Pasal single tu..hmm. Malas dah nak komen. Lagu dah siap tapi suara tak masuk lagi.. Ape cerita?
ngaa~~
ReplyDeletejeles2~
time konsert search kat JB tu aku tak dapat gi..
padahal time tu uncle aku da ajak da gi..
dengkinyer ko jeleskan aku ngn cd nyer lak...
band veteran pun bermasalah, inikan pula band baru nak menapak...
ReplyDeleteTu hr dah tgk gak cd ni.. nnti aah gua sambar satu. aku tak kisah la, john ke kid ke.. asal bukan line up selepas banjir dah le.
ReplyDeleteaku lagi hairan, mengapa sampai sekarang Search tak berani buat konsert kat KB...ngehngehngehhh...
ReplyDeleteaku pun sokong ngko, macamana lagu Pawana tak terpilih dalam album ini? itu soundtrack zaman aku ambil SRP tau :P
eh ngko rasa pakcik Amy larat lagi tak untuk nyanyi lagu Kejoraku Bersatu ?
kikikiii...
yes!dah kuar ek!!esok terus carik!!!!yiihar!!!tq info!!
ReplyDeletedah kuar? serius gua taktau..kena cari ni....
ReplyDeleteawat byk sgt prob search ni....tak paham aku...
menarik. napa tak kelurkan Seberang jaya punya? hehehe
ReplyDeleteaku dah termalukan diri sendiri...
ReplyDelete'kejoraku bersatu' tu bukan pakcik Amy yang nyanyi rupanya :P
terra...ooo yer ker...aku pun tak sebenarnya...maklum la..dah tak follow sangat..hehe
ReplyDeletetd lepak dgn bro latif rock station (budak2 lama jb tau ler sapa) komtar tu...dia baru blik dr Macau bersama Search. Search bru bikin show exclusif kat sana tajaan Dunhill...adalah kenen2 nak upload video, dia tak bg...copyright dunhill plak..adeehh...
ReplyDeletekonpem kid dah join blik...awan biru pun akan diteruskan lepas ni maybe kelantan. sblum diorg gerak gi Dublin, manchester,London...indon
ajie..tu la pasal..yg kat UK punya poster pun dah pakai gambo Kid..
ReplyDeletetolong la kasi tau din mayat punya performance cam ne..gua rasa Search is souless without him on stage,
ReplyDeletedear all search dia hard fan..
ReplyDeletepls pray for our guitar hero din mayat..now in 1 of specialist hosp in seremban due to high fever..
semoga cepat sembuh
amin...
insyaallah, he will be ok...din mayat memang best..underrated habis.
ReplyDeleteRocksports..aku pun rasa Search will not be Search tanpa dia...tengok je la latest album Search tu...bosan.
ReplyDeleteLady Satriani...dengar citernya dia dah ok kan