Monday, November 23, 2009
State Of Euphoria
Anthrax adalah salah satu daripada apa yang digelar sebagai The Big Four Of Thrash…tapi mereka agak kurang menonjol dari 3 band yang lain…tak tau kenapa..nama mereka semakin kurang popular menjelang era pertengahan 90an..mungkin kerana ketiadaan vocalist mereka yang paling berjaya Joey Belladona...agaknya la kot..
Dan dari 4 kumpulan The Big 4 tersebut..Anthrax la yang paling terakhir aku kenali..bermula dari tape VHS dizaman era album Among The Living ..tak pernah aku ada kaset Anthrax..sehinggalah pada awal tahun 1989 bila seorang ex-classmate aku memberi pinjam kaset State Of Euphoria..
Kawan aku ni asalnya aku tak tau pun dia mat rock..di kelas dia ni nerd giler..tak pernah pun campur kita orang yang kaki rock ni…tak pernah ikut jamming..dressing..cermin mata tebal…penampilan..memang tak rock langsung…mat buku abis…tapi satu hari tu gi beraya di rumah dia…baru tau..nengok koleksi kaset ori Iron Maiden dia yang complete tu…perghhh…kita orang yang kononnya mat rock ni pun cuma ada versi apache ajer…dan dari situ kita orang jadi rapat…dia tak minat State Of Euphoria…dia harapkan Anthrax tu ala2 Metallica…tapi dia frust…akhirnya berbulan2 jugak la kaset State Of Euphoria beliau tu aku buat reta…sehinggalah aku beli sendiri kaset ni kemudiannya…kepada En. Mohd Sharif..thanks bro..
Walaupun aku lebih suka Among The living (ni lain kali aku review) album ke 4 Anthrax..State Of Euphoria ni tetap menarik bagi aku..cover dia yang terang benderang tu memang senang menarik perhatian…selalu benar dulu2 aku guna untuk avatar aku kalau berforum di internet selain cover album DRI-Thrashzone..
Bagi aku dari keempat2 the big four ni kalau nak dibandingkan dari segi vocalistnya…Joey Belladona dari Anthrax la paling aku suka suaranya…mugkin kerana beliau la satu2nya yang tak menyanyi sambil main alat muzik…maka lebih mudah untuk menumpukan perhatian dan lebih menarik bila tengok live…tak der la berdiri terpacak je kan..
Ramai yang kata sound album ni mendak…dan lebih tumpuan pada vocal Joey ajer…menyebabkan ramai jugak yang tak suka album ni..tapi bagi aku selain dari sound tu…kalau di amati betul2..solo Dan Spitz adalah yang terbaik dalam album ni..begitu jugak dengan ketukan drum Charlie Benante (underated la dia ni…orang asik citer Lars dan Dave Lombardo jer…) dan vocal Joey…memang la dia antara vocalist terbaik metal.
Ada 4 lagu yang paling aku suka…
”Be All, End All” – lagu fast thrash yang catchy chorusnya..salah satu thrash anthem aku..part bunyi cello kat intro tu memang berbeza la.
“Make Me Laugh” – Anthrax memang tak boleh lari dari lagu2 berunsur humor..dan ini adalah salah satu darinya..Satu lagi lagu yang catchy..
“Anti Social” – walaupun lagu ni lagu cover…tak silap aku lagu dari band lama Nicko McBrains (Iron Maiden) Trust…tapi lagu ni dah jadi salah satu lagu anthem Anthrax dan mungkin jugak antara anthem lagu2 thrash…best.
“Schism” – Aku Suka solo Dan Spitz dalam lagu ni..satu lagi lagu fast thrash yang catchy…aku pernah terbaca seseorang menulis… dalam The Big Four…Megadeth paling teknikal..Slayer paling laju…Metallica paling pandai (jadi komersil…untung juta2 pandai la tu…huhu) dan Anthrax paling catchy…betul jugak kot…lagu2 dorang memang catchy la..
Selain tu ada jugak lagu2 lain yang best macam “Out Of Sight, Out Of Mind”, “Who Cares Wins” dan “Now It’s Dark”…Cuma kekadang aku cepat bosan dengan lagu2 ni..mungkin kerana panjangnya lebih 5 minit dan melodinya yang lebih kurang sama dan sedikit meleret membuatkan aku cepat jadi jemu bila didengar berulang.
Apa-apa pun..zaman2 aku tengah demam thrash dulu…ini adalah salah satu album yang sering berputar kat walkman aku…kalau nak dengar thrash yang sedikt pop..inilah albumnya…tapi kalau nak dengar album terbaik Anthrax…aku cadang kan Among The Living.
kali pertama aku dengar "state of euphoria" ialah 1988, bila beli kaset dubbed dari LP kat satu kedai kat pertama (bukan kedai tommy). masa tu, be all, end all dan antisocial jadi fave track. sekali tu, masa form 1 kat hostel, ada senior pasang kaset ni kat surau, interkom sampai ke semua hostel, hehe. masa tu baru senior tau aku pun minat thrash.
ReplyDeleteno Joey Belladona, no Anthrax kot, hehehe
Be All, End All~
ReplyDeleteaku paling suka lagu tu~
kekadang boring aku slalu layan
dah asik sumbat tinge ni ngan ipod mmg la
hahahaaa
Aku ketinggalan le kalau pasal Anthrax ni... Tapi aku ingat pasal satu masa dulu kecoh2 virus anthrax....hahaha..
ReplyDeleteAnthrax giler beb.. banyak hits..!
ReplyDeletegua start dengan spreading the disease, kaset orang gua tak pulang... madhouse yg biol!
namun begitu, fokus gua masa tu lebih kepada big 4 yg lain... hingga satu hari encik gayour telah menggegar kembali majalah gelihati dgn jenama virus maut ini...
kaset pertama anthrax yg 'halal' gua miliki ialah persistence of time.
Anthrax ni macam2 hal.
ReplyDeletekesian aku kat si Dan Nelson ke hapa tu..
anyway I love State Of Euphoria pasal pop-rock abis ni kaset.
And I love Joey Belladona. Dekni boleh nyanyi lagu2 Journey style Steve Perry.
Tapi aku masuk youtube, si Armoured Saint nye singer tu nyanyi Anti Social , best.
salam
ReplyDeleteaku teringat pd t-shirt putih zaman dulu gambo
katun depan tembok pada cd sleeve tu.
(nak lawan the shortest straw-metallica/pushead) masa tu tahun 1988. hehe
sbnarnya kdg2 aku ingat kekuatan
anthrax ini adalah pd riff2 berat dari jackson gitar si scott ian ni(adidas!!)yg membentuk muzik anthrax.solo aku rasa biasa2 jek.
aku more into album among the living!album states ni agak statik je arrangements muziknya dan lama2 dgr boleh bosan.n rasa nak switch back album2 lain anthrax.mostly among dan persistence!!
Hafiz…no Joey Belladona, no Anthrax.. ni aku setuju 100%
ReplyDeleteAyu…sayangi la gegendang telinga anda..hehe
Skid…ingat dulu..kalau nak search internet pasal Anthrax mesti termasuk ke web virus tu
Eddie...Spreading The Disease pun best..A.I.R, Gung –Ho, Madhouse..ada sen lebih ingat nak kumpul disco Anthrax la..dalam The Big 4…Anthrax je paling sikit cdnya yang aku ada
ReplyDeleteDeaf...album baru dah siap pun tak rilis lagi..sampai sekarang problem nak cari pengganti Belladona
E...salam kembali…riff2 Scot Ian memang tulang belakang Anthrax dan Among memang paling terbaik dari mereka
scott ian sangat bijak mencuri hati dengan membawa unsur humor dalam anthrax! itulah kelebihan, kehebatan dan 'hiburan' sebenar yang diberi pada peminat thrash dan speed metal. jangan la serius sangat! heh!
ReplyDeleteseperti helloween yang juga memasukkan unsur humor dalam kelajuan muzik mereka! itulah fomular kejayaan.
"You're anti, you're antisocial
How do you feel?"
INJUN RULEZ
ReplyDelete