Monday, May 31, 2010
Automatic For The People dan CD free..
Asyik cerita cd metal jer kan...kali ni lain sikit..tapi cd ni memang ada cerita…aku tak beli pun cd ni…aku bukan la into REM sangat…takat dengar2 gitu kat radio ajer…tapi cd ni buat aku minat nak dengar album2 lain dorang…menarik juga REM ni..
Cd ni sebenonya promosi copy…kebetulan sorang member satu opis aku dulu jiran sekampung Batu Pahat dengan DJ radio BEST 104…Bobby Borhan Din (BBD)…kalau korang pernah dengar radio BEST 104 mesti korang kenal dj ni…ntah aku pun tak sure dia masih ada kat situ atau dah pindah radio lain…jarang dengar radio sekarang ni selain pepagi drive gi kerja dengar Sinar FM (i follooo…)
Tu jam BBD kerap bagi cd promosi kat member aku ni…satu hari tu atas permintaan aku…BBD pass la beberapa keping cd rock untuk aku antaranya cd REM Automatic For The People ni…lain2 Collective Soul - Hints Allegations & Things Left Unsaid, Candlebox - candlebox, The Lemmonheads - Come On Feel dan sebuah single band metal…aku lupa dah…tak terkenal pun band ni…tu yang aku lupa tu…cdnya pun dah hilang…sebenonya aku mintak kot ada cd Iron Maiden free ker…tapi tak der...jadi la kan...janji free...aku pun tak sure cd2 ni untuk dimainkan kat radio atau syarikat rakaman just bagi as token untuk dj…setau aku BEST 104 mana ada main lagu rock…tu pasal agaknya cd2 ni boleh sedekah kat org lain….agaknya la..
Untungkan kerja camgitu…senang2 dapat cd free…sepupu orang rumah aku kerja kat Utusan…dulu dia duk kat bahagian promosi majalah HAI…tiap kali ada event majalah HAI kat JB mesti dia bawak semua artis2 yang terlibat lunch kat rumah mak dia kat Skudai…orang rumah aku suka la…dapat jumpa/bergambo ngan artis...tapi yang paling aku jeles tengok dereten cd2 free yang dia dapat dari syarikat2 rakaman…beratus keping rasanya…ada sekali tu pergi rumah dia terliur aku tengok cd2 Iron Maiden (tu jam cd maiden aku lum complete lagi) dan lain2 cd metal…dia bukan rock pun…nak mintak aku segan…bukan aku rapat pun…lain la kalau sepupu aku sendiri kan…tu la…masing2 punya rezeki kan..memang best kalau dapat kerja yang berkait rapat ngan hobi…boss tak suruh pun boleh sukarela buat kan….
Ok…abis bab cd free…balik pada REM tadi….(bila sebut REM ni selalu teringat ladang REM kat Kota Tinggi…ntah2 dorang dapat idea nama dari ladang ni kot…hahaha…) time 90an….time alternative tengah meletup…REM adalah salah satu band yang agak top masa tu…cd ni membuat aku tetiba rasa REM ni menarik…lagu2 dorang yang agak deep,moody,emosi, gelap dan melodic tapi sangat guitar oriented walaupun tak la heavy dan solo bergulung…dengan lirik2 yang menarik…tambah dengan suara vocalistnya Michael Stipe yang lunak…susunan muzik dan produksi yang tip top…dengar ceritanya string arrangementnya John Paul Jone (Led Zep) yang buat….sedap…membuatkan album ni salah satu album non metal yang aku suka sepanjang hayat…memang rekomen la…
Lagu paling popular dari album ni yang rasanya ramai pernah dengar adalah “Everybody Hurts”…tapi lagu pilihan aku adalah “Drive” dan “Man On The Moon”…tak jemu aku dengar lagu2 ni…lain2 lagu yang menarik bagi aku adalah “Nightswimming” ,”Try Not To Breathe”, “Monty Got A Raw Deal” dan “The Sidewinder Sleeps Tonite”…
Start dari sini aku mula dengar lagu2 REM…album selepas ni “Monster” pun best…rock oo...raw…selain tu mungkin boleh jugak try album Out Of Time…
try layan lagu Drive versi live ni...best!
REM ni aku tau lagu "Losing My Religion" ngan satu lagu lagi yang top dalam tahun2 2002-2003 dulu.
ReplyDeletePenyanyi dia ni tak silap aku gay kan? Judas Priest versi brit pop..hahaha
Losing My Religion dari album sebelum ni...Out Of Time.
ReplyDeleteOmputeh ni yang nampak ganas macam Gaahl Gorgoroth pun sebenonya gay...apa la nak jadi...heheh...
drive best wooo...
ReplyDeleteREM ni layan gak especially lagu lama macam The one i Love, shiny happy people....
lepas dengar album ni la aku discover lagu2 macam The One I Love, Shiny Happy People tu semua...
ReplyDeletePenat dengar yang berdentan dentum...sesekali pasang REM rasa damai dunia...heheh...
album yang mengalahkan album black metallica ( kalo tak salah gua )dalam anugerah award apa ntah.
ReplyDeletekali petama layan dua puluh tahun yang lalu, gua krem!arghhhhh!
hebatnya band ni!