Monday, June 18, 2012
Pancakara di Cakerawala
Ni entri yang dah lama aku nak buat tapi asik tertangguh...khas atas permintaan En Faizal (sorry beb...dah bertahun dah ni...lupa...kena dengo semula baru ada idea nak tulis...)
Pancakara Di Cakerawala (1988)
Selain dari Battle Of The Bands, Juara Juara Rock dan Clash Of The Bands...(ni 3 pada aku paling legend...) aku rasa Pancakara Di Cakerawala adalah jugak antara yang terbaik bagi kategori album rock campur2 ni...ok...mungkin aku bias...aku tak dengo sangat album rock campur2 yang lain...Batu Batu Perjuangan ada...tu pun pasal terpengaruh nak dengo ada lagu Din Mayat cipta...lain2 memang aku tak follow sangat...tu jam dah mula layan thrash omputeh...
Album ni adalah gabungan 10 kumpulan rock yang terpilih untuk ke final pertandingan Juara Rock anjuran Ali Bakar (Box Office)...yang menang adalah D' Riyadh...band Akil Hay yang dah jadi ustaz tu...tapi sebenonya tujuan utama aku beli kaset ni asalnya pasal nak dengo lagu Saxo....gara2 lepas tengok dorang bawak live lagu For Whom The Bell Tolls kat TV...lupa dah tv mana dan rancangan apa...masa tu media mainstream memang promote Saxo sebagai band thrash bahasa melayu yang pertama...so memang teruja la nak dengo...tapi tu jam fanzine underground memang kutuk dorang giler2...maklum la 1st album dorang bukannya thrash pun...pastu dorang ni kira orang luar...bukan geng2 underground...mana la dorang nak support kan...
Dunia Atau Neraka lagu Saxo dalam album ni bukannya thrash sangat pun...suara ala2 King Diamond pun yer jugak....tapi ok jugak la...pada aku lagu ni jauh lagi baik dari lagu2 dari album solo dorang....tapi rasanya bukan Saxo jer...banyak jugak lagu2 lain yang best dari album ni...banyak lagu heavy...takder sangat lagu rock cintan meleweh...Juara Juara Rock pun ada lagu meleweh cintan aku tak suka - May Kembali Semula...ngantuk siut lagu tu...heheh...
Band2 yang terlibat dalam kompilasi ni adalah seperti berikut...
D’ Riyadh (Gopeng, Perak)
Angel Hearts (Ipoh perak)
Saxo (Batu Gajah , Perak)
Trooper (Shah Alam, Selangor)
Hydra (Ulu Klang , Selangor)
ASK (Kluang , Johor)
Steeler (Kg Pandan , Kuala Lumpur)
Rythm Machine (Pekan, Pahang)
Laser Ray (TLDM, Lumut Perak)
Sweet Inspiration (Batu Pahat , Johor)
Aku tak sure apa jadi ngan band2 ni semua lepas album ni...Kalau tak silap sebelum ni dorang ada satu lagi kompilasi..Hikayat Rock '88...tapi yang ni aku tak pernah dengar...D'Riyardh dan Saxo jer yang ada album solo...lain2 tak tau mana hilang...yang aku tau kalau tak silap la...Fancy gitaris Sofea tu asal dari Angel Hearts...tapi satu yang aku ingat ada artikel kat suratkabo...Ali Bakar warning mana2 syarikat rakaman jangan nak curi band2 dia ni...tapi last2 satu pun tak menjadi....
"pancaran laser" antara lagu fav!!!
ReplyDeleteTq Berteromber, for the review..mmg mengimbau kenangan. Syg, my copy dh lesap..biasa la dulu2 share2 dgr.. Serius dh lupa lagu2 band lain camner, ingat D'riyadh & Saxo jer.. :)
ReplyDeleteTq Berteromber for the review, mmg mengimbau kenangan.. Syg my copy dh lesap, biasa la dulu2 share2 dgr.. Cuma ingat lagu2 dari D'riyadh & Saxo jer..tp yg pasti album covernya mmg "dah bau2 thrash"...haha!
ReplyDeleteTeringat abah selalu cerita pasal band dia,Laser Ray..bagus2 kwn2 diorg semua rockers walaupun dh veteran..hehe,
ReplyDeleteWow...terbaik! Anak seorang rocker...patut suruh ayahnya tulis pengalaman beliau dulu2... benda ni semua dah jadi satu sejarah muzik negara...
DeleteJuallll
ReplyDelete