Monday, March 11, 2013
Conception Of Madness
Album tempatan yang dah genap 20 tahun.
Sil Khannaz – Conception Of Madness (1993)
Kalau ingatan saya masih betul, selepas Cromok dan FTG, Conception Of Madness dari Sil Khannaz adalah rilisan thrash/death metal terawal yang di pasarkan secara mainstream. Atau mungkin Brain Dead - From The Ecstacy lebih awal. Entah lah saya pun dah ingat-ingat lupa.
Tak kisah lah, apa yang penting album ini telah menjadi lagenda kepada genre death metal di Malaysia. Saya mula mengenali muzik Sil Khannas (nama asal sebelum bertukar huruf "z" di hujungnya) melalui flyer dan fanzine underground ketika itu. Demo pertama mereka "Doctrine to Hell" dipinjamkan oleh rakan saya ketika zaman saya menuntut di ITM Segamat. Tak berapa pasti tahun bila, mungkin penghujung 90 ataupun awal 91. Kemudiannya mendengar pula demo kedua mereka "Assassin Led by Blasphemy". Sejujurnya saya dah terlupa bagaimanakah bentuk lagu-lagunya.
Saya akui yang saya bukanlah orang yang terlibat di dalam scene underground tempatan. Saya hanyalah seorang peminat muzik yang kebetulan mempunyai minat yang lebih cenderung kepada muzik berat dan ekstrem. Dan bolehlah dikatakan poser juga kalau berbicara perihal band-band tempatan (heheh...). Maklumlah saya memang jarang membeli demo. Biasanya saya pinjam dan rakam sahaja. Maklumlah demo dulu bukannya di buat secara profesional. Soundnya pun raw dan ada juga yang sebu dan tengelam menyebabkan saya kadang kalanya kurang berminat mendengarnya. Itu yang biasanya kaset-kaset demo ini saya tak simpan dan hilang begitu sahaja. Kalau difikir-fikirkankan sekarang, rasa sayang pula...
Seperti kebanyakan band2 underground Malaysia ketika itu yang biasanya berpaksikan muzik Old Sepultura. Sil Khannaz pun begitu. Death metal dengan pengaruh thrash. Cumanya untuk album ini mereka lebih cenderung kepada death metal ala Florida. Solo-solo CD yang agak teknikal pada saya membezakan Sil Khannaz dengan band2 death metal tempatan yang lainnya. Saya juga cukup tertarik dengan permainan drum Lan Bye. Memang mantap.
Lirik mereka juga telah banyak berubah di bandingkan dengan zaman demo mereka. Mungkin untuk ke mainstream, mereka telah membuang unsur-unsur setan di dalam lirik-lirik mereka. Perubahan dari unsur-unsur black metal ketika kemunculan awal mereka. Tak pelik pun sebenarnya, sedangkan Slayer pun macam tu juga. Rasanya Sil Khannaz adalah sebuah band yang sentiasa berubah dengan setiap rilisan mereka.
Conception Of Madness adalah sangat rekomended jika anda ingin mendengar death metal buatan Malaysia. Walaupun begitu ianya bukanlah album kegemaran saya. Saya lebih menyukai zaman progressif metal mereka terutamanya album Gerbang Kayangan.
album ini memang kaya dengan perasa Florida Death Metal yang sangat kental.Amat lazat sekali.Sayangnya mereka tidak meneruskan konsep ini dan beralih kepada eastern melodic death metal instead (pada telinga aku lah).Khabarnya album ni asalnya di produce oleh Karl Cromok tapi dia quit setengah jalan.
ReplyDeletebang, taknak ulas ke kekalahan JDT kepada Selangor dlm perlawanan liga super tu? ahahahha :D
ReplyDeleteScorps...kalau ko perasan, ulasan aku berkenaan JDT hanyalah pada game kat larkin yang aku datang nengok...lagi pun ni bukan blog ulas bola...
ReplyDeletejangan bimbang ada 2 lagi game vs Selangor kat larkin nanti...menang kalah...kalau aku pegi konpem ada ulasan punya...
iyer la...iyer la...JDT kalah...heheh...
aku admit yg aku ni memang peminat setia Sil Khannaz. Selepas tgk show diorang di Sibu pada tahun 2004, aku semakin minat dgn muzik diorang. Mula mengenali diorang masa zaman sekolah menengah dulu masa era album ni, Conception Of Madness...tapi bagi aku personally aku lebih suka album Gerbang Kayangan, Darah Mudam dan Berdiri Di Atas Panji Panji...insyaAllah kalo ada masa nanti aku buat review jugak psl album2 diorang. P/S: aku skrg pun tgh mencari album ni dlm format cd...
ReplyDeleteAdi.... album ni versi CD??? ada ke?
ReplyDeleteKalo tak silap diorang ada riliskan balik album ni dlm format cd.album gerbang kayangan yg aku suka,muzik diorang dlm album tu berteknikal,progresif metal
ReplyDeleteversi cd ada kot...tak silap versi remastered tahun 1999...
ReplyDeletetapi kalau LP boleh cekidot sini http://devourmentovsouls.blogspot.com/2011/07/silkhannaz-conception-of-madness-lp.html
Tahun lepas aku ada tlg jualkan album ni dlm bentuk LP, tlg member aku dari distro lain jual stuff dia...kalo versi LP memang ada label antarabangsa yg distribute, tapi utk versi CD rasanya under Nebiula pun ada jugak tapi dah jadi limited dan rasanya diorang x keluarkan lagi...bro Faizal, yup memang ada versi CD...
ReplyDeleteaku cukup suka nama samaran diorang pakai..ganaz..hehehehe
ReplyDelete1st press cd ni tahun 1993, under VSP.
ReplyDeleteTakilala...ooo..ok Tq.
ReplyDelete