Tuesday, May 21, 2013
Mission To Lars
Mission to Lars (2012)
Selain dari "Jason Becker Not Dead Yet", ini adalah antara movie documentary yang saya tertunggu-tunggu untuk menontonnya. Akhirnya dapat juga versi sedutnya. (Jason Becker Not Dead Yet akan di buat entrinya kemudian).
Ianya adalah sebuah dokumentari ala2 road trip mengisahkan 2 beradik yang cuba merealisasikan impian seorang lagi adik beradik mereka yang mempunyai Fragile X Syndrome (sejenis autism) untuk bertemu dengan idolanya Lars Ulrich dari Metallica.
Si kakak, Kate Spicer (journalist) dan si adik, Will Spicer (filmmaker) bukanlah peminat metal dan Metallica, tetapi Tom Spicer ya. Ini adalah misi mereka berdua untuk membawa Tom dari England ke 3 lokasi konsert Metallica di US untuk menemukan Tom denga Lars. Dan sudah semestinya Lars bersetuju. (giler apa kalau dia tak setuju....heheh)
Yang menariknya ianya bukan sahaja dokumentari yang berkisar pasal muzik, tetapi lebih daripada itu. Kisah ketabahan adik beradik Spicer dalam lebih memahami penyakit Fragile X Syndrome dan keberanian Tom sendiri untuk mengatasi ketakutan penyakitnya demi minatnya kepada Metallica. Ada sedih ada suka dan pemandangan yang menarik sepanjang road trip dan keadaan di belakang back stage pasti membuatkan anda terhibur.
Tak perlu minat Metallica untuk menontonnya. Kate Spicer tak minat Metallica pun...tapi selepas menyaksikan live mereka sebanyak 7 kali, ini komen beliau "Maybe I'm just over-excited by the sight of fire. But I think I would have preferred them when they were proper thrash, to be honest with you."...heheh
*antara adegan yang saya suka bila dorang terserempak ngan Kerry King kat backstage...dan kat akhir tu ada satu mamat autism pakai baju Maiden cakap kalau dia mesti Mission To Iron Maiden...
pernah tengok trailer dalam youtube.. nampak menarik... kena sedut gak nanti (pssttt.. kasi link!)
ReplyDeleteTu lah..lama nak tunggu movie dokumentari ni keluar.udah nonton ya bro..heheh
ReplyDeletefaizal...kat FB downloadUR ada...
ReplyDeleteSounds awesome. Harap aku dapat tonton satu hari nanti.
ReplyDeleteperghhj kenapa aku x tau pasal dokumentari ni? sebagai salah seorang fan Metallica, kena tengok gak dokumentari ni. nanti cari link kat downloadUR hehe thanks bro.
ReplyDeleteupdate bola please
ReplyDelete