Album kompilasi pilihan untuk 20 tahun yang lalu.
Judas Priest - Metal Works '73–'93 (1993)
Before The Dawn adalah lagu Judas Priest pertama saya. Priest...Live! adalah kaset pertama walaupun ianya sekadar versi Apache. Manakala Hell Bent for Leather adalah cd pertama saya. Tetapi Metal Works 73-93 adalah album yang akan dicadangkan jika anda baru pertama kali hendak berjinak-jinak mendengar Judas Priest.
Cd ini dibeli di Salem Power Station, Ampang Point pada penghujung tahun 90an dulu (dah lama bungkus dah kedai ni) yang juga pada ketika itu ada menjual hampir kesemua discography mereka. Apa yang saya ingat ketika kali pertama singgah, beli cd Hell Bent for Leather pasal ada lagu Before The Dawn. Kali ke kedua beli cd Priest...Live! demi memori zaman kaset apache. Kali ketiga singgah tak tahu yang mana hendak dibeli. Itu yang akhirnya membeli cd kompilasi ini dengan harapan semua lagu-lagu mereka yang best ada di dalamnya.
Tidak dinafikan memang semua lagu best. Album 2 disc ini mengandungi 32 buah lagu yang bolehlah dikatakan antara lagu-lagu terpenting dalam karier mereka. Kira hampir lengkap untuk semua album walaupun ianya tidak mengandungi lagu-lagu dari 2 album terawal, Rocka Rolla (1974) dan Sad Wings of Destiny (1976) kerana berlainan syarikat rakaman. Cuma lagu "Victim of Changes" sahaja dari zaman tersebut. Itu pun versi live.
Cumanya saya kurang berpuashati kerana tiadanya lagu "The Sentinel". Antara lagu kegemaran saya. Tiada juga lagu-lagu seperti "Diamonds & Rust", "Green Manalishi", "Take On The World", "Some Heads Are Gonna Roll" dan "Out In The Cold". Tapi tak kisah lah, lagu-lagu best yang lain semuanya ada. Seleksi lagu dipilih sendiri oleh mereka. Sayangnya booklet cd ini tidak banyak gambar tetapi yang paling menariknya setiap lagu-lagunya ada catatan komen dari mereka.
Senang cerita, kalau anda dah khatam kesemua lagu-lagu dari kompilasi ini, memang senang lah anda nak kelentong kononnya anda tau segalanya pasal Judas Priest...heheh...
Panggil 10 budak melayu, buat setlist live impian untuk show 2 jam judas priest, konfem giler2 lain setiap satu. Konfem semua overlimit 3, 4 jam hahaha
ReplyDeletebetul beb...judas priest ni banyak betul lagu best...Turbo yang yang banyak orang tak suka tu pun aku suka sangat... :)
DeleteKaset aku pun tah mana lesapnya..lagu2 dlm ni memang banyak yg best2..salem
ReplyDeletePower station mmg port aku beli cd jugak bro,tapi yg kat lot10 bukit bintang..mmg best banyak koleksi album2 yg kita nak semua ada..kenangan tul..heheh
salem power station ampang point dan tower records kl plaza adalah tempat aku melepak hampir tiap2 minggu masa penghujung 90an dulu....beratus atau mungkin beribu duit aku abis kat situ...ada sekali tu time dapat bonus aku borong 10 keping cd terus yg harganya lebih kurang 40 - 50 sekeping...giler betul...hehehe...
Deleteaku rindu kedai2 cd macam ni...JB sekarang lagi la hampeh...beli on line jer la sekarang...tapi memang tak sama la dengan feel membelek cd kat kedai...