Monday, January 11, 2010

Priest...Live!



Aku pernah cakap dulu ada 5 album live yang aku cukup suka dan kalau boleh aku nak kumpulkan kesemuanya dalam bentuk cd…akhirnya ia hampir terlaksana…aku dah ada Live After Death – Iron Maiden, Decade Of Aggression – Slayer, Priest…Live – Judas Priest dan Five Man Acoustical Jam – Tesla…kini (thanks En Ben)..Tokyo Tapes – Scorpions hampir dimiliki…

Sementara nak tunggu Tokyo Tapes sampai…2 aku dah cerita…so aku nak cuba cerita 2 cd lagi…kali ni aku pilih Judas Priest - Priest…Live!..album 2 disc yang diterbitkan pada tahun 1987 ini adalah rakaman siri tour Fuel For Live 1986 dalam promosi album Turbo dorang.


aku masih simpan lagi kaset apache ni...sayang oo...sekejap je dah 23 tahun...banyak nilai sentimentalnya

Percaya atau tidak…aku sebenonya membeli kaset ni (versi Apache la…mana lagi…) kerana terpengaruh dengan ulasan Mama Juwie kat surat kabar Mingguan Malaysia…jangan tak caya…Mama Juwie zaman 80an tu memang rock…auww!!!…hehe..pujian melambung mama terhadap kehebatan vocal Rob Halford menyanyi secara live membuatkan aku tak teragak2 untuk membeli…sayangnya puas cari..hanya part 1 je yang dapat dibeli..tak pasti pulak..mungkin memang satu part je yang Apache berjaya piratedkan kot..

Hasilnya memang betul apa yang juwie tulis…vocal Rob dalam ni memang hebat…sampai kekadang tu ada sesetengah lagu versi live ni aku rasa lebih baik dari versi studio..contohnya lagu Out In The Cold dan Heading Out To The Highway…aku memang prefer versi live ni dari versi studio..vocal dia terutama bab2 yang high pitch tu memang terbaek la…memang tak syak lagi Rob Halford adalah salah seorang vocalist heavy metal terbaik…walaupun korang taukan..sapa dia sebenarnya…hehe…tu bab lain la kan…malas nak campur.. :P



Ketika aku beli kaset ni dulu…tak banyak lagu Judas Priest yang aku tau…1st lagu yang aku tau pun lagi slow Before The Dawn …album live ni la yang banyak mengenalkan aku kepada lagu2 best Judas Priest..selepas dari kaset ni la aku mula meminati Judas Preist..so aku rasa tak der masaalah kalau sapa2 nak start belajo dengar Judas Priest melalui album live ni…walaupun kalau beginner..aku lebih rekomen Metal Works ’73-’93 kerana lebih complete pilihan lagu2 sebaliknya album live ni lebih tertumpu di era awal 80an mereka (dari album British Steel ke Turbo)…kepada peminat2 era 70an mereka mungkin sedikit kecewa..banyak unsur2 pop metal…terutama lagu2 dari album Turbo…tu pasal ramai old fan mereka lebih suka album live Unleashed In The East..ni sama kes macam Scorpions Tokyo Tapes dan World Wide Live la…peminat berbeza pendapat…aku sendiri lebih dulu dengar Priest…Live dan Tokyo Tapes…tu pasal aku lebih suka 2 album ni…mungkin kerana nilai sentimentalnya kot…


tarikh beli pun ada...dah dekat 12 tahun dah..

Satu lagi yang menarik pasal album ni dah tentu2 lah twin gitar solo dari Glen Tipton dan KK Downing…kena pulak zaman tu dengar pakai walkman…sebijik2 dengar solo dorang dikiri dan kanan telinga..walaupun banyak jugak solo yang dubah dari versi studio..ada yang menarik dan ada jugak aku lebih prefer solo asal..Heading Out The Highway contoh solo live yang lebih baik dari versi studio…pendapat aku la..



Dari segi sound…skill permainan dan vocalnya…aku memang cukup puashati la..tambah pulak pilihan lagunya..Out In The Cold, Heading Out The Highway, Breaking The Law, Love Bites, Some Heads Are Gonna Roll, The Sentinel, Electric Eyes, Living After Midnight….iskhhh…kira hampir semua lagu la dalam album ni aku minat…semua favourite…memang puashati la..

REKOMENDED!

14 comments:

  1. best best best..

    aku mula2 beli kaset , lepas tu dah kerja terus upgrade cd haha.

    Beb, ni cd aku suka, banyak lagu pop-rock yang best best.

    tapi, kalo ko upgrade ke remastered version pun elok jugak, pasal nanti ada lagu bonus yang paling gerek versi live

    - rock hard, ride free

    ReplyDelete
  2. band otai~
    aku tak dgr lae~
    t aku try download~

    ReplyDelete
  3. Sentinel...mengenalkan aku pada JP ni..Intro lagu ni...emm macam pernah dengar aje kat sebuah lagu rock melayu dulu2...

    ReplyDelete
  4. Deaf...versi remastered ada lagu Hell Bent For Leather kan...kalau terjumpa murah2..mungkin upgrade kot.

    Ayu...try ler..konpem best

    Skid...lagu kump MAY pemuzik muda kot...ntah la..ingat2 lupa...

    ReplyDelete
  5. nice collections,

    Jp wa tak masuk sangat...tapi nice ar tengok member dapat collect apa yang dia suka/idam.

    ReplyDelete
  6. yeah!oden pu minat j.p!

    u in 4 surprise u in 4 a shock!

    aumM!!!

    eh..the vocalist tul ke gay>huhu....

    ReplyDelete
  7. gua rasa tak lengkap koleksi live album lu kalo tak ada acca dacca. lu kena dengar live album acca dacca "if you want blood you've got it" masa bersama mendiang bon scott ( the one and the only ). antara live album all time feveret gua. tengok coverpun dah gempak habih. perut mr angus tecucuk gibson tanduk setannya. dengan teknologi tahun 70an darah yang tesembur nampak real. hebat!

    "tokyo tapes" gua dah ada. solo mr.roth memang dahsyat.
    lagi adalah mr.ozzy "speak of the devil" dan "tribute" temasuk "live evil" dari mr. ronnie james dio bersama black sabbath

    breaking the law

    ReplyDelete
  8. Portdy...try dengar JP album Turbo...sure senang nak masuk...pop abis..

    Pakcik...tu la...metal2 pun gay...huhu

    Gayour...ntah la..gua dah banyak kali cuba...tapi memang susah gua nak hadam ACDC ni...ada la satu dua lagu yg pop2 tu gua masuk..tapi Ozzy Tribute memang best..

    ReplyDelete
  9. sentinel tu kaset juara rock 2 punye May , ntah apa title dia haha.

    "cubalah kau lihat tangisan di sana.." something like that

    ReplyDelete
  10. ooo ozzy tribute yang randy rhoads live tu eh?

    tu memang dahsyatttttttt!!!
    best best best giler..

    tokyo tapes...kojono tsuki

    lagu rakyat haha

    ReplyDelete
  11. a'aa la deaf...baru ingat..bukan Pemuzik Muda...Derita Bangsa..haha..standard la rock dulu2...mesti cilok punya...

    err..masa aku darjah 6...ada budak sekolah aku nyanyi Kojono tsuki kat konsert sekolah..yg cikgu tak tau...dia nyanyi versi Scorpions...siap sebelum nyanyi tanya crowd "Are you ready???"...haha..

    ReplyDelete
  12. wa pun tak pernah dengor lagu diorg ni...nama band jer kenal...

    boleh la try nt...

    ReplyDelete
  13. best la tgk Apache nye tape tu. klassik!!! Judas Priest aku x into sgt, tp layannn

    ReplyDelete
  14. JP ni dia punya 'painkiller' mmg meletup...

    dan dia punya klasik cover 'diamond and rust' tahun 70an juga bernafas kuda!!

    ReplyDelete