Tuesday, December 10, 2013
Making Contact
Lagi album klasik rock yang dah menjangkau 30 tahun...
UFO - Making Contact (1983)
(Maafkan jika gambar kaver ini menyinggung perasaan)
Tak pernah dengar ketika ianya diriliskan. Malah saya bukanlah pengikut UFO di zaman Paul "Tonka" Chapman. Bukan salah dia. Dia seorang gitaris yang bagus sebenarnya. Saya suka hasil kerjanya ketika dia bersama Waysted. Tetapi dah melekat di kepala saya ketika budak-budak dahulu UFO adalah Michael Schenker maka saya agak kurang mengambil tahu perihal UFO selepas itu.
Mungkin ini antara album yang paling kurang digemari oleh peminat mereka. Mana taknya, orang penting dalam penulisan lagu dan pengasas UFO, Pete Way telah tiada. Dia bersama-sama "Fast" Eddie Clarke (Motörhead) telah pun menubuhkan Fastway pada ketika itu. Terimakasih kepada Stok E kerana kalau mereka tidak menjual cd ini dibawah RM14, tidak mungkin saya akan membelinya.
Secara jujurnya inilah pertama kali saya mendengarnya. Seperti kebanyakkan band-band rock dari era 70an seperti Rainbow contohnya, UFO juga menjadi komersial dengan lagu-lagu pop rock/AOR yang didominasikan oleh bunyian keyboards. Mungkin kerana pengaruh pemain keyboards mereka, Neil Carter yang mengambil alih tugas penciptaan lagu.
Lagu track pertama "Blinded by a Lie" adalah satu-satunya lagu yang pada saya bercirikan straight hard rock ala Britain yang menjadi trademark UFO di zaman 70an. Lagu-lagu lain kedengaran seperti lagu-lagu rock amerika seperti Foreigner contohnya. Bukanlah nak kata Foreigner tu tak bagus. Tetapi mungkin terlalu pop untuk standard UFO. Malah menurut Neil Carter, lagu seperti "A Fool for Love" adalah berinspirasikan dari lagu Journey manakala "Call My Name" pula dari lagu-lagu Bryan Adams.
Tetapi lagu "Call My Name" walaupun pop, sedap pula bila didengar berulang-ulang kali. Sangat catchy. Begitu juga dengan lagu-lagu yang lainnya. Memang melodic. Memang catchy. Tetapi saya agak kurang berkenan dengan lagu slow rock mereka. Meleweh-leweh pula. Mungkin saya terlalu berharap adanya lagu seperti "Belladonna" ataupun "Profession of Violence".
Bolehlah jika anda pengemar UFO ataupun sekadar pelengkap discography.
skarang dah Vinnie Moore alrite la. Tapi bassist dia prostrate cancer ke hapa ye.
ReplyDeletetengok kat dvd showtime memang alrite la Vinnie Moore ni bawak lagu lama zaman Michael Schenker semua...
DeletePete Way memang prostate cancer...tapi dia pun dah tak join UFO dah...sekarang UFO mmg takder bassist...
UFO aku start kenal masa zaman michael shenker je..bila vinnie join lagi bertambah suka..
ReplyDeleteBtw,gambar kaver memang menyinggung perasaan ku..heheh