Friday, May 23, 2014

Keretapi Kerajaan Muar




Sedikit info ala National Geographic Negeri Johor...

Kalau ikut buku sejarah yang kita belajar masa zaman sekolah dulu, landasan keretapi pertama di Tanah Melayu di bina oleh British adalah diantara Taiping dan Port Weld dibuka pada tahun 1885. Tahukah anda yang fakta ini salah sebenarnya. Biasalah zaman dulu sejarah di tulis oleh orang putih...so faham-faham sahaja lah...

Fakta sebenarnya landasan keretapi pertama adalah di Johor. Di rasmikan pembinaannya oleh Maharaja Abu bakar pada tarikh 21hb Julai 1869. Ianya menghubungkan antara Johor Bahru dan Gunung Pulai. Yang berbeza cuma landasannya keseluruhannya di buat menggunakan kayu. Sebab itu ianya dikenali sebagai keretapi kayu. Tetapi sayangnya pembinaanya ditamatkankan pada tahun 1874 akibat tragedi keretapi tergelincir. (boleh google kisah ni....antaranya boleh baca  kat sini http://amataman.blogspot.com/2012/01/landasan-keretapi-pertama-di-tanah.html)

Sebenarnya bukan nak cerita pasal keretapi kayu ni pun...landasannya pun dah tak tau kat mana dah. Ni nak cerita satu lagi landasan keretapi kat Johor. Selepas gagal dengan projek keretapi kayu, Maharaja Abu Bakar buat projek landasan ke 2. Kali ini di Muar. Guna besi. So jangan tak tau...Muar dulu ada keretapi.


Ia dikenali sebagai Muar State Railway (MSR) atau Keretapi Kerajaan Muar berpangkalan di Bandar Maharani hingga ke Parit Bakar. Muar dulu memang ada kerajaannya sendiri. Tu pasal ada bendera Muar. Menurut sejarah, MSR diwujudkan pada zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar yang beroperasi sepenuhnya pada sekitar 1890 sejauh kira-kira lapan kilometer dari bandar Muar ke Padang ketika itu, yang kini dikenali Parit Bakar. Yang menariknya landasan ini dibina oleh orang-orang melayu dan jawa.


MSR mengandungi 11 gerabak iaitu tujuh bagi mengangkut barangan dagangan (kargo), dua gerabak tertutup dan dua lagi gerabak penumpang dengan kelajuan maksimum 20 kilometer (km) sejam. Kemudiannya perkhidmatan ini diperluaskan lagi sejauh kira-kira 5 km iaitu dari Parit Bakar ke Parit Jawa pada tahun 1913. Setahun selepas tu (1914) disambung lagi hingga ke Sungai Pulai iaitu sejauh 6 km menjadikan jumlah laluan Keretapi Kerajaan Muar ketika itu adalah sejauh kira-kira 20km.

Cadangnya hendak di sambung sehingga Batu Pahat, malangnya perkhidmatan MSR itu tidak berpanjangan berikutan faktor ekologi dan ekonomi. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad.


Apa yang tinggal kini hanyalah kepala Lokomotif MSR sebagai kenangan. Kalau pergi ke Tanjung Emas Muar, Di taman bersebelahan dengan Medan Selera pasti boleh nampak kepala keretapi ni. Ini sahajalah yang tinggal sebagai warisan untuk membuktikan kewujudan MSR di masa silam. Landasannya dan stesennya memang dah lenyap dah. Kan best kalau dulu dorang tinggalkan sedikit landasannya boleh lah dijadikan sebagai tempat bersejarah.

masa taip ni tergiang-giang pulak.....All aboard!!!...hahahahahahahaha...Ay, Ay, Ay, Ay, Ay, Ay, Ay...




antara tempat rujukan - http://www.mpmuar.gov.my/pengangkutan-awam





7 comments:

  1. kalau rail tu maintain Muar nye bandar dan dah sambung Batu Pahat.
    Upgrade sikit je, dah ada ready made MRT system sekarang.

    ReplyDelete
  2. Betul la kan landasan pertama di bina kat johor.. Aku cakap ramai tak caya..nice info,taj penah tau pun pasal MSR secara detail..tq bro

    ReplyDelete
  3. ni lebih kepada history channel berbanding nat-geo

    ReplyDelete
  4. yup..setuju... diorang megahkan taiping ke port weld sebab masa tu johor adalah NEGARA merdeka.. diornag terima residen pun tahun 1911 tak silap aku

    ReplyDelete
  5. Haha, tengah lepak2 kat Tanjung Mas, aku penah tanya wife dan pak mertua aku, camne kepala keretapi ada kat situ.

    Aku tak nampak ada railway station kat Muar pun.

    Takde sapa tahu. Akhirnya misteri ini terungkai dgn penjelasan kau ni. Tq.

    ReplyDelete
  6. gambar last tu siap ada vignet lagi. wow!

    ReplyDelete